Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jagakan Aku

Rate this book
"Lindungi Aku Dari Dia Dan Mereka, Hingga Hujung Nyawa."

******************************

“Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya.”

Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel.

“Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak.” – AINA NATASHA

“Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje.” – MUZAFFAR

Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel ‘menghantar’ mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran!

“Ana Zahirah. Kau… Mengecewakan aku.” – DEVIL ANGEL

Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari…

“Jangan takut. Aku akan jagakan kau.” – ASP AYDIN

Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu.

Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap, dan menjadi serupa Devil Angel?

“Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look into the abyss, the abyss looks into you.” – FRIEDRICH NIETZSCHE, GERMAN PHILOSOPHER

668 pages, Paperback

First published September 1, 2019

11 people are currently reading
244 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books223 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
133 (66%)
4 stars
51 (25%)
3 stars
14 (6%)
2 stars
3 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 60 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
October 12, 2019
Buku pertama untuk #BOOKENDSCBT2019 . Cabaran buku tebal. Macam biasalah kalau karya Syu Ariani, aku habiskan pembacaan dalam kurang daripada 3 hari. Aku mula baca buku ni semalam dan habis baca tadi.

Cerita mengenai Zahirah yang membina tembok kuat di sekelilingnya agar tidak ada sesiapa yang boleh runtuhkan tembok itu selepas kematian kakak dan adiknya. Zahirah sememangnya tahu bahawa dia tidak boleh bergantung pada orang lain. Kehidupan Zahirah daripada melodrama, bertukar jadi drama medikal, tiba-tiba jadi psiko-thriller kerana berkait rapat dengan Devil Angel dan jadi action-romance pula kerana kisahnya bersama ASP Aydin.

Perubahan dalam kehidupan Zahirah berkait rapat pula dengan emosi aku sebagai pembaca. Pelbagai perkara jadi dan apabila ia melibatkan Devil Angel, si pembunuh durjana, lagilah emosi aku menjadi tidak stabil memikirkan siapa Devil Angel dan adakah Zahirah selamat akhirnya?

Plot teratur dan bijak disusun. Walaupun buku ini tebal, plot tak meleret langsung. Semua bab ada isi penting yang meninggalkan tanda tanya pada setiap akhir bab. Cubaan meneka siapa Devil Angel semestinya tersasar saja 😅 Bahagian Prolog dan Epilog sangat menarik dan tepat bagi menjawab semua persoalan yang muncul ketika baca buku ni. Aku berterusan baca buku ni sebab nak jadi teman penyiasatan ASP Aydin dan Muzaffar. Dua orang lelaki yang wujud dalam hidup Zahirah dan menjadi sumber kekuatan untuk satu sama lain.

Action-romance best dan paling aku suka bila Zahirah dan Aydin tak main tarik tali. Mereka tak buang masa untuk menafikan perasaan masing-masing. Suka dengan kisah mereka berdua yang ambil satu langkah dalam satu masa. Biar lambat asal jadi 🤭

Ada satu babak pergelutan di KLIA yang buatkan aku kena baca berulangkali sebab agak keliru dengan kemunculan pelbagai watak sampingan. Watak-watak yang datang daripada novel Syu sebelum ni. Nice to meet you all, again ~ 🤗

Sesungguhnya, aku rekomen buku ini untuk semua peminat psiko-thriller. Buku yang bukan setakat menghadirkan pelbagai emosi, malah boleh memberi kesedaran kepada semua orang terutama kaki buli. Jangan sesekali buli orang tau.

Rating: 4.7 🌟

Quote:
Hidup bukan semata tentang siapa yang ada dengan kita, sepanjang masa. Tapi, hidup juga tentang siapa yang ada dengan kita, muncul di sisi kita, saat kita betul-betul ketakutan dan rasa tak berdaya.

P/s : Syu memanglah psiko 🤭

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
September 30, 2019
Novel ke 5 yang aku baca daripada penulis syu ariani. Aku dh jadi peminat tegar syu sejak novel Aku Ada. Sebenarnya aku baru je habiskan baca novel JA ni. Emosi pon tak stabil lagi. Haha. Tapi nak update jugak.

Psikopat. Wujud kan orang macam dalam dunia realiti. Lihat saja la. Terutama di luar negara. Mereka menjadi seronok ketika melihat darah atau mangsa merayu2 untuk nyawa.

Selepas Aku Lelakimu daripada Sara Aisha. Aku ternanti- nanti juga novel yang bergenre psiko-thriller ni. Dan yes. Favourite novelis aku lahirkannya. Haha

Saat aku baca novel ni, macam2 emosi kuasai aku. Marah, sedih, geram semua bercampur pabila dengan mudahnya manusia menjadi Malaikat pencabut nyawa. Di mana akal waras mereka?

Doktor Ana Zahirah. Menjadi tumpuan Devil Angel dek kerana pernah menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan yang dilakukannya. Lepas pada itu, tiapkali dia melakukan pembunuhan, dia akan memghantar mangsanya kepada Zahirah. T

Pada awal, aku tertanya siapa sebenarnya watak di sebalik Devil Angel ni. Pelbagai sasaran yang aku tuju. Tapi tak kena. Hahah. Bila aku syak dia ni yang sebenarnya Devil Angel, tapi bila part lain. Aku dah tak yakin pulak dia ni Devil Angel. Muncul orang lain pulak yang aku suspek. Haha. Hinggala watak sebenar Devil Angel muncul, aku target dia ni sebenarnya yang memakai topeng Devil Angel. N yes. Memang betul.

Watak hero yang menjadi penjaga Ana Zahirah, ASP Aydin. Pada mulanya dia mengesyaki Zahirahla sebenarnya Devil Angel. Tapi akhirnya dia silap sendiri. Lepas pada itu dia sendiri berjanji untuk jagakan Zahirah. Haa adalah masuk part sweet. Tapi takdela se sweet 100HMC.

Muzaffar, jiran Zahirah. Mereka berkenalan tanpa sengaja saat Zahirah bertemu dengan Devil Angel. Di situla titik pertemuan mereka apabila Muzaffar turut berada di kawasan itu dan sedikit sebanyak Muzaffar membantu Zahirah untuk menghadap ujian yang diterimanya daripada Devil Angel. Muzaffar turut membantu pihak polis dalam kes Devil Angel ini.

Banyak sebenarnya watak2 yang penting untuk dihighlight kan. Tapi aku just ringkaskan. Better korang baca sendiri. Carilah siapa sebenarnya disebalik topeng Devil Angel. Aku taknak spoilkan. Haha
33 reviews6 followers
November 6, 2019
Siapa pembunuh devil angel. Muzaffarkah orgnya.

Cerita yg sangat mengujakan dr permulaan hingga ke pengakhiran. Ntah bbeberapa kali tersasar jangkaan siapa si devil yg sebenarnya. Well done penulis
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
September 22, 2022
4.7

Sebenarnya kannnn.... mula² aku baca sampai bab 4-5 je tapi aku tutup sebab rasa awal² cerita tu tak ada wow factor. Lama aku simpan, then buka balik dan baca sampai habis.

Ternyata, aku silap. Cerita ni bestlah wehhhh! Mungkin mula² tu aku macam susah nak hook dengan ceritanya (yg agak berserabut kerana banyak prolog dan ko tak faham situasi😅)

1. Aku suka watak Aidan. Mula² je annoying tapi lepastu sweet boleh tahan hahahaa. Aku juga suka watak Zahira yg cuba untuk kuat walaupun awalnya dia agak cengeng (dah tu nak expect dia boleh beriak selamba lepas tengok mangsa kena tikam depan mata ke, nyah?😂)

2. Aku suka olahan babak aksi yg kemas, tak meleret. Tapi sorry, tak tahu kenapa macan terganggu cameo hero heroin dari novel Anastasia tu.

3. Watak villian dia..... nauzubillah punya setan. Jijik. Aku tabik author boleh cipta watak sejijik Devil Angle tu. Benci gila aku dengan dia!

Overall, aku suka karya ini. After AKU ADA, JAGAKAN AKU adalah karya Syu Ariani yg berjaya melekat di hati. Next, kita baca Cinderella dan Belle pula😁
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
October 21, 2024
5/5 ⭐️

pertama sekali, saya sangat enjoy membaca JA sangat sangat! sebelum buku ni, saya baca buku yang tak berapa menarik minat saya, jadi sebulan juga baru habis. masa pilih JA, to be next read, saya fikir "urgh boring la baca buku" tapi nak juga membaca, and guess what? JA sangat worth it!

saya suka tonton k-drama psycho thriller, jadi this book sangat membantu saya lepas 'gian' tengok psycho thriller (seram pula type perkataan gian ni). the whole vibe of this book memang menaikkan bulu roma saya. part romance sikit & lebih tumpukan kepada Devil Angel dan sayaaa suka! its not a psycho thriller novel lah if fokuskan romance kan 🤣

saya sebelum ni nak larikan diri dari novel kak Syu sebab sebelum ni berturut-turut layankan kak Syu je. lahhh, balik ke kak Syu jugaaa 🤣 tapi tak menyesal langsunggg! ok back to reviewing this book (menyimpang jauh dah ni)

JA mengisahkan Ana Zahirah yang menjadi saksi pembunuhan, berjumpa pula dengan polis yang mengetuai operasi ni, ASP Aydin (😍) yang mengesyaki dia DA atau bersubahat dengan DA. suddenly "Jangan takut. Aku akan jagakan Kau." keluar dari mulut dia.. eh??

Bagi saya, perjalanan cerita ni sangat smooth, saya boleh ikut sekali meneka siapa Devil Angel ni? kenapa dia buat begini? prolog 1 pun dah meremang ya baca. satu perkataan je muncul dalam otak: Gila. Plot yang menarik, membuatkan saya rasa tak nak letak buku ni sebab nak tahu siapa DA ni? apa rancangan dia yang seterusnya? not only that, novel ni gunakan 3rd POV! which kita boleh tahu every sudut! dari Ana Zahirah, ke Devil Angel! itu paling seronokkk.

saya loveee friendship dan brotherhood antara mereka bertiga! at first, saya tak percaya Zaf ni, tapi he is one of the important character dalam ni. chemistry between Ana Zahirah & ASP Aydin??? fuhhh 🤌🏼😚 reviu kalini taknak go through characters, sebab if i do, memang banyak spoiler terkeluar 🤣 oh and Devil Angel? dia ni sangat psycho ya. bijak mempermainkan mental semua orang.
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
February 6, 2023
My own rate for this book: 5⭐️

Buku ni aku memang suka sangat the thriller part 💯
The storyline memang mantap. Berjaya grab attention aku daripada awal sampai akhir. Takda moments yang bosan.

Ini yang aku maksudkan kalau nak buat thriller, tapi nak masukkan romance as a subplot, this book boleh jadi one of the good examples selain karya Kak Sara Aisha. Buku ni buatkan the romance part tu tak rasa menganggu pun, dan just nice je for the plot. Suka dengan byk karakter dalam buku ni, semua mcm perfect dgn personaliti masing2, even the villain. 😌 Buku ni aku dapat la teka the twist tu, sebab hint yang author ✍️ bagi banyak jugak, tp okay je sebabnya jalan cerita dia aku rasa solid. Bab thriller memang rasa real, memang geram giler dengan watak villain tu. Watak villain yang memang menjadi, yang buat aku rasa nak masuk dlm buku ni, geram dia tu 😤

Overall, memang best 🤌🏻 Actually, ni karya pertama Kak Syu Ariani yang aku baca dan buku ni memang tak mengecewakan. Banyak info pasal psychology and criminal theories dalam ni, so memang boleh nampak la author buat research🫡 Nanti nak try buku Kak Syu yang lain jgk 🤭 #emptycanvashida
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
November 30, 2021
Saya suka dengan storyline. Banyak teka teki. Watak jahat digambarkan dengan baik. GILA!!! Memandangkan saya peminat setia criminal minds dan bones, contoh2 kes yang dibincangkan memang buat saya teruja. Kalau melibatkan genre macam ni memang saya kena berhati2 dengan semua watak dalam kisah ni. Yang di sangka baik rupa2nya sebaliknya.

Tetapi ada sesuatu yang kurang. Untuk watak2 dalam kisah ni. Saya tak tahu kenapa. Mungkin saya tak dapat rasa chemistry antara mereka. Zahirah tu seorang yang macam mana? Ada ayat2 yang saya rasa tak kena bila baca. Muzaffar tu macam mana orangnya? Inilah soalan2 yang ada ketika membacanya.

Ini adalah naskhah pertama penulis yang saya baca. Tak apa saya masih nak membaca karya lain dari penulis.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
May 21, 2020
Lepas baca Ursula kan, (padahal novel ni keluar dulu) terus ada mood nak baca Jagakan aku. back to back layan novel dari Syu Ariani.

cukup ramuan dalam novel ni. semua ada.
sebenarnya penulis tinggalkan hint besar siapa Devil Angel tu.
pastu dia main twist2 plot pulak sampai clueless dah siapa DA. Eeei, geram jeee
Suka sangat chemistry antara Dr Ana Zahirah dengan ASP Ayden.
naskah yang wajib dimiliki.

highly recommended.
Profile Image for SS.
514 reviews5 followers
April 19, 2020
Ini buku pertama dari Syu Ariani yang saya baca. Nama Syu Ariani menjadi sebutan setelah karya dia yang terbaru bertajuk Ursula keluar baru-baru ni. Ini membuatkan saya rasa curious sangat nak baca buku dia. Nasib baik dekat rak ada JA yang dah dibeli lama. Sebelum ke karya dia yang lain, ada baiknya kita baca yang ni.

In short, Jagakan Aku mengisahkan tentang Doktor Ana Zahirah yang menjadi mangsa Devil Angel setelah dia secara tidak sengaja melihat satu pembunuhan yang telah Devil Angel lakukan. Since that, Ana Zahirah berada dalam permainan Devil Angel. Setiap mangsa yang Devil Angel aim atau akan dibunuh, akan terpalit sama Ana Zahirah secara tidak lansung. Mangsa-mangsa tersebut akan dihantar kepada Ana Zahirah.

Ini membuatkan Ana Zahirah menjadi takut. Ketakutan dia bertambah apabila ASP Aydin mengsyaki Ana adalah suspek utama. Dan Ana lah Devil Angel tersebut. Sebab? Sebab apa saja la yang berkaitan dengan Ana mesti akan ada kaitan dengan mangsa Devil.

Personally, ika enjoy baca Jagakan Aku. Walaupun tebal, momentum membaca tak menurun and lari. Sebab, kita akan selalu rasa macam tertanya tanya siapa Devil Angel ni. Mulanya, ika ada aim seseorang yang sangat rapat dengan Ana Zahirah as a Devil Angel. Ciri-ciri psiko tu adalah dekat orang ini. Dan banyak benda sepanjang dalam cerita macam 'Ah, ini comfirm la dia ni'. Confident gila. Tapi bila baca banyak lagi pages, hampa sebab salah teka. 😪

Storyline yang menarik dan mempunyai isi. Dialog juga bukanlah dialog yang berulang-ulang. Ayat yang digunakan mudah difahami. Sebagai pembaca, saya senang dengan pengunaan ayat dalam JA.

Tahap curious saya dah rasa macam maksimum dah sampai ke tengah pages. Rasa macam ah bila nak reveal psikopat ni. Tak sabar gila kot. And akhirnya, lepas dari beberapa bab. Korang akan dapat tahu jugak. Puas hati. Segala pertanyaan, soalan, gundah gulana dalam hati dah ada jawapan.

Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
June 1, 2020
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Selepas N baca Anastasia, N sangka itulah kali terakhir N akan baca novel SA. Tapi sejak MCO ni, rajin pulak N selongkar bilik and what do you know...ada lagi satu buku SA yang N dah beli (tapi lupa) dan belum baca. Alang-alang cuti raya panjang, N fikir, baca saja lar sebab dah beli and membazir kalau tak baca.

And hey, it turns out, (in my opinion), SA best work so far.

But then again, N memang suka cerita psychopath. So the thrilled and excitement baca buku ni, lain macam sikit. Ceritanya sedikit suspense dan buat N sangat nak tahu betul tak sangkaan N (turns out tekaan pertama salah, tapi tekaan kedua tepat pada sasaran!). Orang jahatnya pulak memang betul-betul licik and psycho sampai N tak sabar nak tunggu dia kena tangkap or kena bunuh sebab jahat sangat.

And here's what I come to realize about SA. Her story is best when it is plot driven dan bukannya character driven. Pada N, watak-watak dalam cerita SA tak hidup - mereka mempunyai perwatakan yang agak membosankan atau tidak relateable. Jadi, N tak berapa nak kisah sangat dengan watak-watak SA. I just want to get to the end of the story. Walaupun N suka cerita Jagakan Aku, N tak boleh nak kata N suka sangat dengan watak Ana Zahirah dan ASP Aydin (tapi tak bermakna N tak suka dorang, hokeeeyyyy~). What kept me hook is the story. Jalan penceritaan membuat N nak tahu what will happen next. Sebab itulah N tak suka dengan cerita Anastasia kerana ia lebih kepada character driven than plot driven, when membina watak bukanlah SA's strongest suit.

Highly recommended untuk mereka yang dah bosan asyik baca buku cinta saja tapi kau tetap single!
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
January 14, 2023
“𝘼𝙣𝙖 𝙕𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙝. 𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙠𝙖𝙪... 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙘𝙚𝙬𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪?”

Ya. Itulah Devil Angel yang kini obses dengan Zahirah sejak malam itu. Yang kini suka mainkan mental Zahirah supaya menjadi semakin rapuh. Juga yang suka melihat pihak atasan kesana kemari mencarinya tapi sia-sia.

Ketakutan yang dialami Zahirah menimbulkan doubt ASP Aydin. Disebabkan mangsa dan kejadian yang berlaku, pasti akan ada kaitan dengan Zahirah. Mustahil itu hanya kebetulan semata fikir ASP Aydin.

“𝙎𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙖𝙪 𝙢𝙪𝙣𝙜𝙠𝙞𝙣 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙨𝙖𝙠𝙨𝙞. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞, 𝙢𝙪𝙣𝙜𝙠𝙞𝙣 𝙠𝙖𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙪𝙗𝙖𝙝 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙪𝙨 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙨𝙪𝙨𝙥𝙚𝙠.”

Kawan Ana Zahirah, Muzaffar yang suka membaca and mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pembunuhan lagi buatkan zu rasa suspicious dengan dia.

Zu literally into this storyline right after zu baca prolog. Like wow 🏃🏼‍♀️ menarik sangat. Serious ya, buku ni buatkan zu keep on curious siapa Devil Angel ni, kenapa dia buat macam tu? Dia ni memang bunuh orang ikut suka hati dia ke?

Storyline yang diterangkan dengan terperinci dan tersusun. Waktu baca ni, dalam bayangan zu dah macam tengok movie tau. Lagi teruja bila part dimana dua side berlaku dalam masa yang sama menuju ke satu destinasi.

Obviously bila baca buku thriller ni best bila kita as pembaca akan terfikir “Mesti dia ni kan” / “Jangan kata dia yang buat 😨” banyak sangat thought zu sampaikan terasa macam zu ni pun jadi ASP juga HAHAHAH ASP ZU okay tak? 🤣

Bila makin lama makin tahu apa yang terjadi, nyah memang ternganga terus. At one point zu rasa zu tak percaya semua orang dalam buku JA ni termasuklah ml & fl sendiri 🫠 haa risau kan, sebab ye lah kan buku psiko thriller so tak mustahil plot twistnya gitu kan 🤣

Personally, zu rasa siapa yang dah/nak baca buku JA ni, you guys really interested pasal Devil Angel 😌 tapi dalam buku ni tengah huru hara pasal pembunuhan, semestinya ada terselit sikit benih cinta yang timbul antara Zahirah dan Aydin 🤭 tiba tiba rasa berbunga bila sebenarnya dalam diam Aydin tu risaukan Zahirah, caring dalam diam lah gituh COMEL BETUL!

Zu sangat sangat SANGAT recommend buku Jagakan Aku ni. Marilah kita serbu karyaseni untuk restock!
Profile Image for Eyd1410.
834 reviews22 followers
October 31, 2019
Jagakan Aku bertemakan psiko thriller. Dan yes, ia mengingatkan saya ttg Aku Lelakimu dr Sara Aisyah. Ianya berkisarkan ttg psikopat. Pembunuh bersiri yg dikenali sbg Devil Angle yg dahagakan darah dan pembunuhan. Tetapi kenapa kurasakan buku ini sgt lah sweet dgn kisah cinta yg sgt manis diantara Aydin dan juga Zahirah🤔.

Sangat suka dgn olahan penulis dlm cerita ini. Jalan ceritanya mudah difahami tetapi dlm masa yg sama, penulis ada buat plot twist yg membuatkan saya membuat pelbagai andaian ttg siapakah pembunuh yg sebenar. Selalu shj andaian saya tersasar jauh. Namun bila mengetahui siapakah pembunuh yg sebenar, terus rasa nak hentak kepala ke dinding. Kenapa la tak terfikir dr awal. Padahal semuanya dah jelas di depan mata.

Penulis bkn shj menulis tentang watak pembunuh didalam JA, tetapi penulis juga ada selitkan kisah2 pembunuh bersiri yg menjadi LEGEND seluruh dunia. Best sgt sbb automatik kita akan dpt ilmu tanpa bersusah payah mencarinya😂.

Hidup Zahirah yg asalnya bersendiri mula menjadi 'meriah' dgn kehadiran Aydin dan Muzaffar yg menjadi bayang2 dlm hidup Zahirah. Kerana peristiwa yg berlaku 19 tahun dulu membuatkan Aydin dan Muzaffar tekad utk melindungi Zahirah drp menjadi buruan Devil Angle.

Walaupon cerita dlm JA ini tak meleret, namun part di KLIA rasanya tak perlu pon tak apa. Tapi mungkin penulis mahukan cameo utk watak Ain Natasha dan juga Hans. Juga ttg perbalahan di antara Duke dan Aydin.

Apapun, tahniah pada Syu atas karya yg hebat ini. Sangat sangat berpuas hati bila dpt membaca karya sebegini. Tak perlu adegan cinta tangkap leleh, melindungi seseorang dgn nyawanya sendiri juga boleh menjadi sweet dan sangat terkesan! 👏👏👏
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
March 26, 2020
[32-2020]

#JagakanAku #SyuAriani #StayAtHome

Wow! Percubaan pertama penulis dalam menulis kisah bergenre psiko-thriller benar-benar memberi kepuasan kepada saya. Dan... Percubaan ini nampak sangat menjadi!

Permulaan cerita saja penulis berjaya membuat saya tertanya-tanya, siapakah Devil Angel yang sebenar? Bermula tilikan pada Muzaffar yang akhirnya meleset, membawa kepada Ayuni yang juga salah tebakan. Jadinya, siapa pembunuh yang sebenar?

Kisah ini tidaklah berpaksikan 100% pada psiko-thriller saja. Penulis juga mewujudkan elemen cinta antara Aydin dan Ain Zahirah. Tidak perlu bahasa mendayu-dayu, cukuplah dengan ketegesan Aydin ingin melindungi Zahirah, berjaya mewujudkan kekuatan antara watak ini.

Bagi saya, novel ini agak banyak watak yang timbul, lebih-lebih lagi anggota polis yang terlibat. Tapi... Itu tidak memeningkan kepala kerana penulis memberi fokus lebih kepada Ain Zahirah, Muzaffar dan Aydin. Watak-watak lain yang diwujudkan, bagi saya masing-masing memberi kesan tersendiri terutama keluarga Imelda, rakan serumah Zahirah.

Secara keseluruhannya, usaha penulis dalam membawa tema ini sangatlah bagus bagi saya. Semua elemen digaul dengan baik, menjadikan novel Jagakan Aku ini antara novel wajib dibaca buat pembaca di luar sana. Tahniah buat Syu Ariani!
Profile Image for Sarah.
51 reviews
September 5, 2022
My second book written by Syu Ariani. My opinion is yes! This book was so good even i tak suka pun action/thriller novel. Sebab sakit otak nak imagine apa yang jadi. Nama pun novel action... Mestilah banyak aksi yang perlu pembaca hadam.

But... I tak dapat nak rasa chemistry antara ML and FL. Tak tahu kenapa. I rasa chemistry FL lagi ngam dengan Muzaffar. But it's okay. That author's choice. Sebab tak semua kena dengan kita punya opinion.

About Muzaffar... Haish dia ni buatkan I rasa nak baca kisah dia. First sebab aura dia... Second sebab dia ni pun ada kisah silam yang diceritakan serba sedikit dalam ni. Hope author buat lah novel pasal Muzaffar ni pulak. Confirm meletups.

Psychopath ni dia sangat pandai berlakon. Dia ni lah yang paling naif, baik, sopan. Mudah nak kata, muka dia macam anak syurga. Sampai buta mata orang keliling dia. Tapi kalau tengok drama mouse... Ha petik jari je dah tahu siapa psychopath.

The last one... Epilog. Literally my style you know! Pertemuan pertama dorang... Haish memang I suka lah! Even ada yang kata cliché. Tapi kalau dah suka... Tak rasa pun tu cliché. Perfect ending!!
Profile Image for Nadhiah Aida.
512 reviews27 followers
October 25, 2019
fuh lama betul nak habiskan buku
terasa macam hidup juga lah setiap watak
kira boleh tahan twistnya ..
and tak sangka ... juga lah

kira ni lagi best dari Anatasia
hehehe minta maaf lah yer

Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
September 21, 2022
ASP Aydin:
'Aku minta maaf sebab terlambat. Kan lebih bagus kalau aku datang awal sikit. Tapi jangan risau, Zahirah. Aku takkan tinggalkan kau. Aku, penjaga Ana Zahirah. Aku akan jagakan kau, hingga hujung nyawa kita.'

The twist.. twist after twist, the tittle 'Jagakan Aku' just make sense & waww! Highly Recommended!!
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
February 26, 2024
Banyak sakit hati baca ni 😭 geramlah dengan Zahirah tu. Geram lagi dgn Devil Angel dgn Devil Mama tu. Klau mcm drama, nk buktikan pelakon tu berjaya bawa watak, lagi2 yg jahat tu kan, kita rasa nk tonyoh-tonyoh ja muka dgn cili. Dalam novel ni, rasa nk tonyoh tu kluar bila part Devil Angel berkata-kata lah. Geram betul kita hahah tu maksudnya, penulisan menjadi. Taktahulah sya yg penakut atau apa tpi, mcm terasa bila baca part2 thriller muncul. Seriau rasanya. Lagi baca tengah malam huhuh pandang kanan kiri juga taw. Overall, menarik untuk dibaca 👍🏻
26 reviews
December 17, 2019
Buku ni tebal
Tp siap baca dlm 1 hari..:)
What can i say..
A step up from Syu previous novel
Saya suka..bukan...saya sgt sgt sgt suka!!!
Olahan novel ni..memaku saya utk teruskan pembacaan..
Thriller..bab serial killer..jelas penceritaan perincian bagaimana a pychopath work in their sordid mind.. reading it..mcm projected how sick their mind is
And suprisingly zaf character walaupun nmpk macam Penyibuk sikit sbenarnya life saviour for ira to keep her sane..to make sure she is ok
Ayd..he’s sarcastic words may hurt but his action/words (afterwrds)..hailaa bikin cair hati..❤️❤️❤️
Cinta..ada ssiikiit ..lgsg x jejaskan jalan cerita novel, jalan cerita kisah ayd n ira yg intertwine dr sebelum jadinya cerita mereka berdua (current) bab ni klu diolah bnyk sssiiikkit pun ok🤪🤪🤪
What can i say more?!
None.. because spilling the beans isnt for me..
Belilaa buku ni..
And to the author syu ariani.. if you’re reading this.. congrats!!!
This one is my fav...
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
October 4, 2021
Tahniah Syu utk karya ini. Menyelami watak Ayd & Ana Zahirah bt aku mengagumi kedua duanya. Tahniah Syu..teruskan berkarya 💪👍👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Elvina Zafril.
710 reviews104 followers
March 8, 2020
Jagakan Aku oleh Syu Ariani mengisahkan kisah seorang doktor, Ana Zahirah yang bertugas di Hospital Sultan Ismail. Ana Zahirah tidak mempunyai sesiapa dalam kehidupannya selepas kematian kakak dan adiknya. Kisahnya mula bertukar kisah misteri apabila terjadinya kes pembunuhan oleh pembunuh bersiri yang diberi gelaran oleh pihak polis iaitu Devil Angel. Apa kaitannya Ana Zahirah dengan Devil Angel? Siapakah Devil Angel ni?

Perkenalan Ana Zahirah dengan ASP Aydin sewaktu bertugas untuk menyiasat kes pembunuhan bersiri ni membuatkan mereka mula ada perasaan antara satu sama lain. Cuma, satu hal di sini yang ingin saya sentuh, saya tak dapat rasakan chemistry antara Zahirah dan Aydin. Ianya seperti tak sampai. Sepanjang cerita, saya cuba untuk rasa chemistry tu tapi tiada. Is it just me? I dont know. Bagaimanapun, saya tak berkenan dengan watak Ana Zahirah. Saya faham dia dalam ketakutan dan ingin dilindung. Tapi watak dia nampak macam perempuan yang lemah bagi saya. Mungkin penulis boleh seimbangkan character dia dan tunjukkan she can stand up for herself and show us how strong she is to face the problem.” Lagi satu, terlalu banyak watak sampingan yang tiba-tiba muncul membuatkan saya keliru. Mana datangnya mereka ni. Mungkin mereka ialah watak-watak yang ada dalam novel penulis sebelumnya. Tapi untuk pembaca yang baru mula membaca karya penulis ni, tidak sesuai untuk mengenalkan watak-watak dari novel sebelumnya sebagai watak sampingan secara tiba-tiba kerana ianya akan mengakibatkan kekeliruan dan proses pembacaan menjadi kurang memuaskan.

Setiap buku yang saya baca, saya memang sukakan plot yang teratur, dan saya suka membayangkan setiap scenes yang melibatkan pergelutan dan aksi-aksi pergaduhan antara watak-watak dalam cerita ni. Pengalamannya eperti menonton filem-filem aksi. Plot yang macam ni, ada dalam buku ni. Teratur dan disusun cantik. Tahniah kepada penulis. Salute!

Satu lagi kupasan yang menarik disentuh dalam cerita ni ialah kes buli yang dihadapi oleh Ana Zahirah sewaktu dia berada di alam persekolahan. Dibuli oleh Ayuni dan kawan-kawannya kerana mereka cemburu dengan Ana Zahirah. Saya pasti penulis telah banyak menjalankan kajian tentang pembunuhan dan bagaimana cara penyiasatannya. Isu-isu medikal juga berjaya disampaikan dengan baik dan teratur.

Secara keseluruhannya, buku ini menarik untuk dibaca dengan plot twist yang tak dapat dijangkakan, watak-watak yang ada fungsinya tersendiri. Plot yang bagus untuk sebuah buku psiko-thriller. Semoga penulis dapat menghasilkan lebih lagi karya yang menarik. Tahniah untuk buku psiko-thriller yang pertama.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
April 30, 2023
Bestnya la novel ni 😍 suka sgt bab thriller dan psikopat tu. Aduh mcm nak bunuh je si izz tu. Eh ada aina dan hans la dlm ni. Kesinambungan bab terakhir dlm anastasia Nice 👍🏻
Profile Image for Jannahniknur.
18 reviews6 followers
March 15, 2020
4.5 ⭐

Sejujurnya, karya psiko-thriller bukanlah genre yg digemari. Kali terakhir membaca karya bergenre begini, hanya mampu baca separuh buku & tak pernah ada hati lagi untuk sambung baca smpai habis.

Tapi, karya ini lain. Pada permulaan cerita, memang ada ura-ura untuk menutup buku ini sebab bosan. Tapi lama kelamaan seperti ada daya penarik untuk teruskan bacaan sampai ke helaian terakhir.

Kisah Ana zahirah, seorang doktor yg terlibat secara tidak sengaja dengan Devil Angel, psikopat yg obses untuk membunuh. Dan disitu, muncul ASP Aydin, seorang anggota polis yg pada mulanya menuduh Ana Zahirah sebagai suspek sehinggalah berlakunya satu peristiwa yg membuatkan Aydin tarik balik tuduhannya (ada plot twist disebalik plot ini)

Setiap satu watak yg timbul dalam naskhah ini, masing2 memainkan peranan yg penting dlm menggerakkan jalan cerita.

From my point of view, apa yang menjadi daya penarik utama dlm cerita ini ialah Ana Zahirah & Aydin sendiri. Tidak perlu ayat2 yang romantis atau plot2 cliche, tapi masing2 saling faham kehendak hati. Tapi, disebalik itu ada Devil Angel yg memerhati..

Dan, siapakah sebenarnya Devil Angel? Apkah motifnya membunuh? Mengapakah Devil Angel begitu obses dgn Ana Zahirah? Pada pertengahan cerita lagi, dah dapat agak siapa Devil Angel, dan ternyata telahanku benar sekali haha.

Penulis begitu cermat sekali meleraikan satu persatu persoalan ini dalam plot cerita yg kemas. Thumbs up kerana mampu menghasilkan karya hebat ini👍
8 reviews
October 14, 2019
Jagakan Aku adalah novel pertama Syu Ariani yang aku baca.. dan ternyata selepas ini karya-karya beliau akan aku buru hehe...Plot cerita JA ini disusun begitu rapi dan aku kira tidak ada yang perlu diulang banyak kali untuk memahaminya..Bagaimana unsur persahabatan dan kasih sayang di antara watak-watak utamanya (kecuali Devil Angle) diceritakan oleh penulis

Banyak karya thriller yang aku baca..dan JA menjadi satu di antara karya yang terbaik. Berbalik kepada ceta ni serasanya plot ceta di Airport membuatkan aku rasa maybe tak perlu ada atau membuatkan pembaca terfikir sejenak mai mana pulak depa ni..tapi penulis maybe nak kaitkan masa silam ASP Ayden dengan Duke.. tapi itu lah kisah Ana Zahirah baru nak mula kot dengan ASP Ayden. macammana Duke terus nk jadikan Ana Zahirah sasaran dendam (sori cik penulis if i missunderstood kat mana2 part ni)...but overall benda ni xmencacatkan keseluruhan karya ni....

Rasanya bab ke bab pembaca cuba meneka sapa sebenarnya Devil Anjel...tapi menelusuri bab2 berikutnya, dah boleh pangkah bukan watak ini Devil Anjel..Tapi muncul ja Devil Anjel sebenar (x nak sebt sama) ternyata firasat aku betul...

Last but not least tahniah pada penulis dan teruskan berkarya. Tak sia sia aku menghabiskan bacaan sehingga jam 2.15 pagi hehe
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
December 16, 2019
Karya psiko thriller yang sangat mengujakan dan mendebarkan.Thumbs up kepada penulis kerana genre ini jarang ditulis oleh penulis wanita.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
May 10, 2020
"Who fights with monsters might take care lest he thereby become a monster. And if you gaze for long into an abyss, the abyss gazes also into you."- Friedrich Nietzsche
.
Untuk aku, genre ni sesuatu yang baru. Walaupun begitu, dari awal pembacaan, aku jatuh suka dengan Jagakan Aku kerana penulis mampu membuatkan pembaca untuk 'stay' dengan lebih lama untuk menyingkap satu-persatu tanda tanya di sebalik peristiwa yang terjadi. Menceritakan tentang Ana Zahirah yang secara tidak disengaja bertemu dengan satu kejadian yang menimbulkan trauma padanya. Sejak itu, hidup Ana Zahirah sering menjadi mainan Devil Angel !
.

Pada aku membaca Jagakan Aku, memerlukan konsentrasi yang lebih sedikit kerana adakalanya seolah-olah kita yang merungkai apa yang berlaku. Ceritanya berat, bukan sahaja kerana plotnya yang mantap, tetapi memerlukan kita untuk bermain dengan emosi yang turun naik.Walaupun penggunaan flashback yang agak banyak, menuntut untuk kita berfikir namun setiap peristiwa yang berlaku kepada Ana Zahirah digambarkan dengan jelas dan membuatkan pembaca dapat mengikuti satu persatu
.
Pada aku karakter Ana Zahirah merupakan karakter yang baik untuk dirai. Hidupnya tidak 'meriah' kerana peristiwa lalu, tetapi tidak menjadikan dia seorang yang lemah. Keberanian dia, menukar kelemahan dan ketakutannya sebagai kekuatan. Lebih mengujakan apabila peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Ana Zahirah dilengkapi dengan gabungan watak yang seiring dengan peranan seperti Muzaffar, Imelda, Damia, Ethan, Izz dan ASP Aydin
.
Mencari dan membongkar identiti Devil Angel sesuatu yang mendebarkan dan mencemaskan! Ia melibatkan permainan 'personaliti', 'jiwa' dan 'kehidupan'. Namun disebalik cerita ini, tersingkap mesej yang baik untuk semua lapisan. Rentetan peristiwa di dalam Jagakan Aku adalah disebabkan 'perkara' yang pada sesetengah orang kecil, tetapi tidak pada sesetengah yang lain
.
Aku kira Jagakan Aku sangat menarik untuk diterokai untuk sesiapa yang ingin membaca sesuatu yang lebih berat! Highly recommended. Tahniah Syu Ariani menghasilkan karya yang berkualiti.
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
May 4, 2023
"𝐂𝐮𝐦𝐚 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐧𝐚 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚."

Semuanya bermula apabila Zahirah tanpa sengaja menjadi saksi untuk kejadian membunuh di depan mata. Dari situ, Devil Angel heret Zahirah untuk 'bermain' sekali dengan dia. Hari demi hari, orang yg terdekat dengan Zahirah menjadi mangsa. Apa motif dia membunuh? Kenapa orang rapat Zahirah menjadi mangsa? Apa mesej yg cuba disampaikan? Siapa Muzaffar? Dan siapa Devil Angel?🫣

"𝐀𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐠𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮. 𝐀𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐀𝐧𝐚 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐡."

ASP Aydin dari syak wasangka terhadap Zahirah terus bertukar menjadi sayang. Alamak terjatuh pula cik abang polis ni🙈 takpelah at least tersenyum juga sy yg membaca. Niatnya untuk melindungi wanita tersayang, jadi ASP Aydin berjanji untuk menjaga Zahirah. Tapi, mampu ke ASP Aydin kotakan janji dia? Ke Zahirah sendiri yg akan berubah dan jadi macam Devil Angel? Haaaa jeng jeng
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Ikutkan Ad memang takde nak komen sebab memang complete semuanya. Very thrill, berdebar, cuak, storyline cantik tersusun dengan info yg jelas, every hint tu semua bercantum-cantum memang best. Sampai kita pun main watak polis sekali kat situ😂 Every characters rasa real especially DEVIL ANGEL😌 memang focus Ad ke arah DA je. Ouh ya tak lupa juga, otak Ad turun naik sebab sibuk dok tuduh orang tu orang ni😞 semua salah HAHAHAH sebab tu tak jadi polis kot😪

Dalam pada rasa takut baca buku ni, don't worry ye sebab kita still ada scene manis yg light tapi impact besar (terhadap saya😓). Time tengah meremang ni lah cik polis nak bersweet😮‍💨Nasib baik awak sweet + hot, eh terngaku pulak. Korang sila baca, plot twist unexpected, memang mind blowing🫣 Wajib baca kalau nak rasa cuak tu. Selamat ber-date dengan Devil Angel😏

"𝐀𝐧𝐚 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐡. 𝐊𝐚𝐮... 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐜𝐞𝐰𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮."
Profile Image for Ansya.
113 reviews
October 29, 2019
Bismillah.
oklah. tak nak panjang panjang dan tak nak pendek pendek kan review yg sedang sedang saja. 😂 pertama sekali. Mengambil masa yg panjang utk aku membaca karya yg sgt baik ni. lebih2 lagi aku mmg minat genre2 sebegini. psiko is there action is there yah romance is there too namun ia tak menghampakan aku langsung sebab....continue di bawah 😂
kedua. syu pandai susun jalan cerita ini dengan baik tak meleret..informasi yang beliau dapat sebelum menjadikan sebuah cerita bagi aku, ia sangat baik..supaya jalan cerita yang nak di sampaikan itu baik. agar pembaca tak keliru di setiap plot plot yang nak dipersembahkan..
Last but not least..syabas buat syu! aku suka jln cerita beliau ini..tebal BUT iz worth it!!! siapa dalang nya??? siapa Devil Angel??? nk tau??? korg bacalah karya syu ni! siapa2 yg di luar sana minat genre yg mcm ni, u may try it! Mabruk syu! Teruskan perjuangan. Wassalam.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
September 7, 2023
Jagakan Aku by Syu Ariani

🏷️Genre: psycho thriller romance
⚠️TW: blood, serial killer

Kisah mengenai Doktor Ana Zahirah yang secara tidak langsung menjadi saksi pembunuhan bersiri yang dijalankan oleh Devil Angel. Sejak dari tu, hidup Ana Zahirah tidak keruan kerana dia telah dijadikan sasaran oleh Devil Angel.
----------------------------------------------

Buku JA ni karya ke-9 kita baca dari Syu Ariani. Banyak jugak rupanya buku kak Syu kita dah baca. 🙈 Sepanjang bacaan karya kak Syu, buku JA ni antara buku yang paling mencabar minda dan mental kita ye. Before baca buku JA ni mmg kita kene rehatkan minda & fikiran baru boleh hadam since buku ni mmg agak heavy. 🤧

Buku JA ni one of my fav book from kak Syu tau. In fact, kita adore gila dekat Kak Syu sbb banyak buat research dgn individu ii tertentu dalam menghasilkan buku ni. That's why la karya ni nampak real. 😍

Sepanjang baca buku ni, jantung kita DUP DAP je tau. Mmg ghoostbump gila. Siapa la agaknye Si Devil Angel ni. Bila dah separuh baca barulah dapat teka siapa Devil Angel tu. Hehehe nampaknye tekaan gue benar. 😏

The male lead: 𝗔𝗦𝗣 𝗔𝘆𝗱𝗶𝗻 𝗙𝗮𝘄𝘄𝗮𝘇
At first, dia ni syak yg Doktor Ana Zahirah tu Devil Angel sbb berkait, last ii eh boleh sangkut pulak! 🤭😳 Disebalik wataknya yg cold tu siapa sangka yang dia sebenarnya suka dekat Zahirah. Setiap kali Zahirah dalam bahaya je mesti ASP datang selamatkan. Srsly bila korang dah baca buku ni, korg mesti tak percaya yg ASP Aydin ni boleh tahan nakal jugak eh. Asyik nk menyakat Zahirah je. Ok la tu, disebalik jalan cerita yang mendebarkan, terselit la jugak kemanisan. 🦋

"𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚. 𝐓𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠...𝐣𝐚𝐠𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚"
-Ana Zahirah

"𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭, 𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚���𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮" -Aydin

Overall, this book is totally recommended if you like to read a psycho thriller novel. Guarantee you like like it as much as i do! 🔥

Personal rating: 5/5 🌟
Displaying 1 - 30 of 60 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.