Oh, manisnya cinta! Semestinya NOMIK ini memberikan pelbagai jenis perasaan lucu dan indah terhadap individu yang bergelar ibu! Gabungan 2 pekomik Malaysia dan Indonesia dengan komik bertemakan kasih sayang ke syurga!
Ikuti juga novel penuh drama berkenaan Syaza dan ibunya yang suka menghasilkan bekal-bekal comel! Kasih si ibu menghiasi pelbagai jenis makanan menjadi bentuk yang menarik dipandang. Namun, bekal comel itu sentiasa menjadi ejekan rakan kelas Syaza di sekolah. Apa yang perlu Syaza lakukan? Terima segala kutukan ataupun berhenti membawa bekal makanan? Ikuti kisah penuh suka duka melalui penulisan indah Hazira Hanapi!
Cerita yang menyeronokkan dan mampu menyedarkan pembaca bahawa kasih sayang ibu itu tiada gantinya.. Kebingitan seorang ibu itu lagu yang menyedapkan halwa telinga..
Summary + Review: "Cinta Semanis Ibu" is a compilation of three one-shot comics and a short story. All of them revolve around the same topic as pointed out by the title itself, "Love as Sweet as Mother". This compilation is suitable for young and school children, though it doesn't hurt for people of other age groups to read as well (I enjoyed it as much). A light and touching read.