LANUN Kisah mengenai hantu Lanun Langka mitos yang terkenal bermahajaralela di Kepulauan Melayu pada masa dahulu. Orang menganggapnya lanun yang hanya tinggal rangka itu cerita dongeng tetapi ianya muncul pada masa dan dilihat oleh orang tertentu. Dan kemunculannya menuntut korban untuk menjadi askarnya!
RUMAH HANTU Janna, Karen dan Hally kawan baik yang baru menghabiskan peperiksaan terakhirnya di universiti. Bagi meraikannya sebelum mereka balik ke kampung halaman masing-masing mereka bersetuju untuk pergi ke sebuah rumah hantu. Rumah hantu itu bukan sebarang rumah hantu kerana mempunyai koleksi berhantu seluruh dunia seperti gaun berhantu Anne Baker, keranda kuno negara China, balang mempunyai toyol dan penanggal serta sebagainya. Mereka bernasib malang kerana pada malam itu semuanya dibangkitkan dan hidup!
MONDOU Setelah selamat keluar dari dunia Koc 13, Aiman Aklaken dan Raiqal terputus hubungan. Aiman Aklaken mengecapi kemasyuharan dan kekayaan sebagai novelis di mana novelnya terjual 100 juta unit. Manakala Raiqal pula entah hilang ke mana tanpa gagal dikesan. Satu hari, seorang tua datang menemui Aiman Aklaken untuk mencari Raiqal menghapuskan Mondou yang bermahajaralela di hutan Keningau sehingga menyebabkan 3 orang sudah terbunuh. Berjayakah mereka menemui Raiqal dan memburu Mondou?
CIKGU Mengisahkan Cikgu Irfan seorang juga kaunseling di SMK Jalan Feel yang mana Tan Sri Ahmad telah meminta bantuannya untuk memulihkan anaknya Joe yang semakin liar dan tidak lagi bersekolah. Cikgu Irfan bersetuju untuk membantu dengan caranya.
Lanun mengandungi 4 cerita yang ohsem dan menarik.. Kisah lanun langka yang mencari ahli setiap 4 tahun.. Kisah kedua pula mengenai rumah hantu yang menempatkan koleksi mistik yang real.. Kisah ketiga pula bertajuk Mondou yang menampilkan dua watak dari Koc13.. Teruja pula bila Raiqal dan Aiman yang penakut membuat kemunculan istimewa.. Kisah terakhir agak menarik danemberi pengajaran yang tersendiri.. Tahniah penulis..
4 cerita -Lanun, Rumah Berhantu, Moudou & Cikgu. Paling suka kisah: a.Lanun - ada plot twist yang tak dijangka. b.Mondou - sambungan koc 13 c.Cikgu - walaupun bukan kisah seram tapi banyak pengajaran. tahniah naim.
Cerita utamanya Lanun. Ada juga sisipan cerita lain; Mondou, Cikgu, Rumah Hantu.
Membaca Lanun sedikit sebanyak terbayangkan watak tipikal yang sering ditonjol dalam televisyen atau filem. Kiranya boleh dibayangkan keadaan watak utama & kawasan sekitar. Ada plot twist & ini membuatkan cerita ini menarik.
Cerita yang lain, Mondou ni kesinambungan daripada ceria Koc 13 rupanya (ada ditulis beberapa kali dalam cerita ni). Aku tak baca cerita tu jadi tak dapat nak kaitkan antara satu sama lain. Ada beberapa kesilapan nama watak dalam sesetengah ayat. Sepatutnya Raiqal tapi ditulis Aiman Akhlaken.
Cikgu ni bukan cerita hantu namun penuh pengajaran. Tak usahlah buat benda bukan-bukan yang boleh menyusahkan hati ibu bapa.
Satu lagi cerita, Rumah Hantu. Aku pernah terbaca fakta benda mistik yang ada dalam rumah tu jadi ada sedikit pengetahuan. Cerita boleh tahan. Kalau berada dalam keadaan budak-budak tu, pengsan aku terus.
Okay. Panjang dah aku tulis. Dah lama tak tulis reviu panjang-panjang.
"orang yang telah meninggal walau dengan cara yang salah, kita doakan yang baik-baik sahaja. Ingat, Kita bukan tuhan untuk menilai baik buruk manusia."
Setiap cerita ada plot dan mesej yang tersendiri. Bagi saya cerita "Rumah hantu" ialah kisah paling seram dalam buku ni.
Untuk kisah "lanun" lebih kepada ngeri dengan "detail" seksaan lanun langka.
Mondou adalah kisah paling saya teruja untuk baca, menyambung pengembaraan Raiqal & Aiman aklaken.
Akhir sekali, kisah cikgu cukup menyampaikan teladan yang baik. Dan seram juga ya bila kena tinggal, atm pula tak jadi 😅😂