Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anggun Mikayla

Rate this book
Dia Mikayla, gadis anggun yang bukan tipikal untuk kau jumpa hari-hari. Aneh! Biarpun kepalanya dilempar batu, telinganya dihentam kata cacian dan tubuhnya disiat luka, dia masih mampu tersenyum buat dunia. Kewujudannya dinafi. Namun, Mikayla tidak ampuh membenci mereka yang membencinya.

“Tak kira apa kau buat, kau masih hodoh kat mata aku. Kulit putih kau. Rambut merah kau. Mata biru kau. Semuanya jelik!” - Kadir

Pertemuan Mikayla dengan Idriz dalam insiden yang tidak dijangka mencipta satu hubungan pelik. Siapa sangka hati Idriz mampu tergolek-golek pada wanita yang ditemuinya dalam versi puntianak itu?

“Kau jumpa hantu, kau laung azan. Kau jumpa perempuan cantik pun, kau laung azan jugak?” – Mikayla

“Orang cakap, kalau lelaki dan perempuan bukan mahram duduk berdua-duaan macam ni, syaitan akan jadi makhluk ketiga. Itu yang aku azan.” – Idriz

Asif yang suka mengusik pula mulai sedar yang usikannya sudah mencambahkan rasa sayang. Namun, kemunculan lelaki dari masa silam Mikayla, Aidan yang menagih kemaafannya membuatkan Asif dan Idriz disampuk cemburu.

“… Memang aku dah banyak kali jadi hero dalam drama, dah banyak kali couple dengan macam-macam spesies heroin. Tapi, dalam dunia sebenar ni, hanya kau seorang heroin aku.” - Aidan

Keanggunan Mikayla menggetarkan tiga jiwa. Namun, obsesinya masih satu, mendapatkan secebis kasih daripada insan yang enggan mengakui kewujudannya.

448 pages, Paperback

First published December 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Liza Nur

24 books112 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (50%)
4 stars
15 (46%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,223 reviews223 followers
May 18, 2025
Kisah mereka kisah plain 'vanilla ice-cream dan food delivery boy. Kisah mereka kisah manusia biasa yang berusaha untuk memperbaiki diri dan nengejar cita-cita masing-masing.

F suka kisah ini. Bukan kisah anak² orang kaya... tapi kisah rakyat marhaen.

Pertemuan mereka di fun fair bila Idriz yang berkerja di bungkusit delivery foods ke fun fair.

Ingatkan berjumpa cikP rupa²nya perkerja yang jadi CikP. Tergelak F.

Idriz ni suka dekat Mikayla. Tak pernah memaksa.. hanya dengan perbuatan je kita tahu dia suka Mikayla.

Mikayla anak yang dipulau oleh mak sendiri.. malah digelar orang gila. Dimaki dihina oleh mak sendiri.

F kagum dengan sikap Mikayla. Sentiasa memaafkan orang dan bersangka baik. Maybe sebab didikan dari Ummi Su. Mikayla dibesarkan oleh Ummi Su bila maknya Asmidar, atuk Kadir taknak terima Mikayla.

F faham apa yang atuk Kadir rasa. Anak yang dicanang menconteng arang di muka. Asmidar pulak tidak berterus terang. Dibiarkan ayahnya buat assumption sendiri.

Nanti bila tahu kebenaran tentang ayah Mikayla.. sedih jugak. Cam kesiannya life Mikayla.. dihina dibuli dari kecil.. dibenci oleh mak dan atuk.

Scene atuk Kadir tu F sebaklah. Mikayla happy bercerita pada nenek Salmah tentang atuk Kadir. Baru nak happy².. dah sedih.

F suka watak ayah Idriz.. nampak kasar & tegas suka membebel² tapi kelakar orangnya. Tak sangka bapa saudara Idriz tu yang azankan Mikayla masa baby.

Ending yang best untuk Ummi Su dan Mikayla.
Profile Image for Starlit Stories by S.
105 reviews1 follower
February 6, 2026
Awal-awal cerita aku dah cemas. Risau juga sebab tengah baca pada waktu malam. Ni cerita hantu ke? Tajuk macam sweet je nama gadis 😭 cover page pun cantik tak nampak macam cerita gadis hantu.

Tapi makin aku baca, makin sedih dengan hidup Mikayla yang rencam ni. Mujur ada Suraya, ummi yang tidak melahirkan tapi membesarkannya dengan penuh kasih sayang.

Dengan kisah Asmidar yang menconteng arang ke muka Kadir dan Salmah buat hati aku sesak dan sebak. Bergenang air mata aku, cerita tak sampai separuh pun lagi. Betul la dont judge a book by its cover.

Abang Bungkus dengan Cik Hantu berjaya mengeringkan airmata aku. Sampai rasa teringin nak makan kaya ball. Aku suka sangat part development Abang Bungkus bertukar jadi Encik Superhero. Kagum dengan usaha Idriz yang buat kerja hantar makanan dan meniaga nasi lemak demi menyara adik-adiknya. Nak cari kerja tetap memang susah. Idriz memang green flag. Suka juga watak Bakri sebab dia pun forest, gunung dan segala yang hijau.

"Kau ni plain Jane. My plain Jane." Aduh ada apa dengan Asif ngokngek kepala kemek ni.

Cerita ni asalnya aku baca kat cereka apps. Pastu rasa nak beli buku fizikal dia. Nak baca buku jugak. Huwaaa. Buku Kak Liza Nur memang best! Selalu aku tahan mata tak mau tidur malam semata nak habiskan bacaan.

Anggun Mikayla buat aku belajar pasal darah O. Selama ni memang tahu darah O universal donor. Tapi hanya 7 - 8% population je yang berdarah O negative. Species rare tapi sangat diperlukan. Tiap kali berpeluang, aku akan derma darah walaupun darah aku tak rare, tapi darah aku bermotivasi, be positive. Ok gurau. Aku suka derma darah sebab tgk abah kerap derma darah masa muda dulu. Masa kecik bila abah bawa balik mcm mcm lepas derma darah mesti aku rasa teruja 😂

On side note, derma lah darah whenever you have chance. Sebab tabung darah selalu kritikal kala musim perayaan. Tiber PSA
Profile Image for Hamidah Effendi.
512 reviews6 followers
July 4, 2025
Ulasan Buku Anggun Mikayla oleh Liza Nur

"CINTA membuatkan manusia buta. Cinta membuatkan manusia gila. Tetapi, jika sesaat kita mahu duduk bertenang, berfikir secara waras, kita akan tahu jalan cinta tidak semestinya yang terbaik untuk kita. Bertahun lamanya aku menunggu dan mencari kekuatan untuk mencari titik permulaan kepada satu pengakhiran. Hari ini, barulah aku berupaya meletakkan noktah untuk segala-galanya. Ketakutan untuk hidup sendiri itu aku nyahkan. Setiap manusia sememangnya dilahirkan sendiri dan akan pergi bertemu TUHAN jua sendiri."🥰

Kisah bermula dengan konflik yang tercetus gara-gara Asmidar, hingga menyebabkan satu keluarga menjadi bahan umpatan penduduk kampung. Tapi jangan risau — segala kesedihan dan kepedihan yang dilalui Mikayla akhirnya terbayar dengan penutup yang menggembirakan. Termasuk juga kisah mak saudara Mikayla yang sangat menyentuh hati — seorang wanita yang banyak berkorban demi dirinya.

Watak Mikayla sangat kuat. Dia tabah, matang, dan tidak simpan dendam dalam hati walaupun sering dihina dan dibenci. Dia tetap memerhati dari jauh, tetap menyayangi orang yang menyakitinya. She is strong. Truly strong. Jahat mak dia, kisah bapa Mikayla pun sangat tragis..😭😭😭 nak dekat abis nanti baru korang tahu..😉😉😉 sabar ya..

Penulis pula sangat pandai buat pembaca tension! Contohnya ayat ini:

> “Sayang, kita dah lambat! Kenapa dengan you ni?!” jerit Ariani yang muncul di depan pintu dengan suara manja. Dia terkejut sewaktu ternampak Mikayla."

Korang rasa apa perasaan bila baca part ni?! 😩 Cerita dah hampir habis, tolonglah... bagi Mikayla bahagia pula! Aku pun rasa macam turut kena scam dengan penulis 🤣

Secara keseluruhan — cerita ini memang best. Rugi kalau tak baca. Watak Mikayla sangat kuat dan memberi inspirasi. Aku suka dia!
Profile Image for Edziani Nabila.
111 reviews8 followers
February 8, 2026
Pertama kali baca penulisan Liza Nur. Perkataan yang timbul usai membaca beberapa halaman - Wow, Not Bad!

Mengetahui novel Anggun Mikayla daripada rakan-rakan Karangkraf Reading Challenge, saya cabar diri unutk membaca. Fuh, saya bersyukur kisah Anggun Mikayla anak yang tak sah taraf ini lebih kepada konflik berbanding cinta.

Anggun yang berperwatakan separa Melayu, sering dibuli oleh orang-orang kampung hingga memaksa dia untuk menukar imej seperti gadis Melayu. Rambutnya yang semula jadi berwarna aurburn disembunyikan dengan wig hitam, mukanya yang cerah disolek menjadi sedikit gelap. Anggun bukan sahaja dibenci oleh atuknya, malah mamanya sendiri membuang Anggun.

Anggun Mikayla atau lebih mesra dipanggil Mik, akhirnya belajar berdamai dengan fizikal dirinya setelah bertemu dengan Idriz, seorang penghantar makanan. Pertemuan Idriz dan Mik turut mengubah nasib Idriz menjadi seorang pelakon.

Sangat berbaloi membaca karya ini kerana bukan sekadar cerita kosong. Hampir setiap bab ada info yang menarik dan selitan nasihat yang sangat bermanfaat.

Antara ayat-ayat yang menarik perhatian saya:
♥️ m/s 230 - Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita. Semuanya Tuhan dah aturkan. Kita hanya boleh beroa, jangan ulangi kesilapan dia orang

♥️ m/s 186
- Kalau kau tak sayang dan hargai diri kau, orang lain pun takkan sayang dan hargai kau.
- Aku harap, aku takkan tengok kau pakai rambut palsu dan kanta lekap hitam lagi. Be yourself, Mik. Don't be afraid to be you. Aku telus dgn hati aku. Aku harap kau juga telus dengan hati kau, diri kau
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews70 followers
February 28, 2022
[BOOK 39]

Anggun Mikayla by Liza Nur.
.

Ni buku pertama penulis yang aku baca. Baca pun sebab tertarik dengan review.
.

Mikayla, seorang anak yang tidak sah tarafnya. Lagi pula, wajahnya sangat menyerupai lelaki yang menghamili ibunya. Mata biru, rambut merah, kulit putih. Kerana itu, dia dibuang oleh ibunya. Dan kerana itu, dia dibenci oleh atuknya, kerana kehadiran Mikayla menyebabkan Tok Kadir dan isterinya, seorang yang disegani kerana ilmu agamanya, dicemuh oleh orang kampung. Hanya Suraya, ibu saudaranya, satu-satunya yang sudi membelinya. Dan tindakan Suraya itulah menyebabkan Suraya tidak berkahwin sehingga ke tua.
.

Idriz pulak ialah rider Bungkusit. Seorang anak sulung yang terima apa aje kerja untuk menyara ayah dan adik-adiknya. Lagi pun, ayahnya tak suka bila Idriz lebih rela menghabiskan pengajiannya di universiti, daripada bekerja.
.

Pertemuan pertama mereka ialah bila Idriz menghantar makanan kepada Mikayla di sebuah fun fair usang. Masa tu, Mikayla berpakaian sebagai pontianak, sebab dia bekerja di rumah hantu. Dari situ, banyak kali pulak mereka terserempak.
.

Dan, atas nasihat Mikayla la, Idriz menjadi pelakon. Idriz ni memang sukakan Mikayla, walaupun Mikayla buat tak tahu je.
.

Aku suka cerita ni sebab rasa macam real. Boleh faham kesakitan Mikayla, boleh faham susahnya hidup Idriz. Cerita ni macam realiti golongan rakyat marhaen la, sebelum masing-masing cuba mengubah nasib diri.
Profile Image for NikZah.
23 reviews
May 2, 2025
Novel Anggun Mikayla tentang Mikayla yang merupakan anak tak sah taraf dan dirinya dibenci oleh ibu kandungnya sendiri. Suraya yang merupakan ibu saudaranya sanggup menjaga Mikayla sejak kecik apabila mak kandung Mikayla sendiri telah 'membuang' Mikayla dari hidupnya.

Watak Mikayla digambarkan sebagai seorang yang tabah dan pemaaf. Walaupun dibenci oleh ibu kandung, dipinggirkan oleh atuk (Kadir) malah pernah dibuli oleh Aidan sewaktu kecil namun Mikayla tetap memaafkan mereka.

Perwatakan Mikayla yang baik disertakan wajah yang cantik (bermata biru, kulit putih dan rambut auburn)membuatkan dirinya disenangi dan mula diminati oleh beberapa orang lelaki termasuk Idriz sehingga membangkitkan perasaan cemburu antara mereka.

Cerita ni ada unsur sedih, gembira dan humor. Watak ayah Idriz walaupun kelihatan tegas dengan Idriz (lagi-lagi Idriz ni anak sulung) tetap menyelitkan dialog berunsur humor. Jadi tak adalah asyik serius je percakapannya.

Dalam novel ni mengajar pembaca tentang erti pengorbanan, tanggungjawab, kesabaran dan kasih sayang. Watak Suraya yang sanggup berkorban menjaga Mikayla jelas menunjukkan dia seorang yang bertanggungjawab.( Kesian juga dengan nasib Suraya tentang perihal jodoh tapi tetap ada bahagia menanti di akhirnya.)

Watak Idriz pula seorang yang bertanggungjawab dan matang.Dia tetap tak lupakan tanggungjawab kepada adik-adiknya walaupun sibuk bekerja.

Endingnya juga menarik dan adil buat watak-watak dalam cerita ni.

Profile Image for Huda Halim.
61 reviews1 follower
March 10, 2025
Kisah mengenai Mikayla, anggunnya dia dengan mata biru dan rambut auburn🌸. Sepanjang baca novel ni sambil membayang wajah Mikayla yang menurut penulis sangat cantik even mengalahkan watak2 model dan pelakon popular wanita dalam novel ni🤭.

Cerita yang penuh dengan perasaan-happy , sedih , geram dan everything. Mikayla seorang yang kuat dan terima semua ujian serta tanggapan orang sekeliling mengenai dia. Penulisan Jalan cerita kehidupan seorang Mikayla and her family sangatlah senang nak kita nak faham and follow.

Idriz, our hero sangatlah bertanggungjawab, and moment dia luahkan perasaan dekat Mikayla sangatlah gentlemen, no paksaan or rushing tapi bagi ruang untuk tunggu dia buktikan and improve his life. - Love about his family jugak, yang penting nama ayah , brothers and pak cik2 dia mostly based on nama nabi-nabi Allah ♥️.

Love story about plain vanilla ice-cream and food delivery boy, mereka just org biasa yang berusaha untuk memperbaiki diri dengan sejarah hidup masing-masing dan mengejar cita-cita masing-masing♥️.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
August 25, 2020
OMG!!! Tanpa perlu ragu2 mmg aku bagi rating tinggi. Novel ni macam2 perisa ada... sedih, sebak, bahagia, sakit, derita, kelakar! Haaa mcm2 kak Liza Nur bagi. Mmg terbaik!

Kisah mengenai Mikayla seorang anak terbuang (dibuang sebab apa, korang kena baca!), yang tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan yg penuh cabaran. Dikelilingi kwn baik, mak sedara, family angkat yg sgt supportive dan sgt sygkan dia. Hero dia kemain kau artis gitu!!! Haha. Walaupun ade 3 org jejaka (tiga2 artis) yg suka Mikayla, tapi dorang tak bergaduh bertumbuk. That's y Aku suka sgt. Matang!

Watak2 yg Aku suka dlm novel ni ialah Suraya (mak sedara Mikayla), Habibullah (tukang azankan Mikayla), Idriz (hero), Pak Ayub (bapak Idriz), adik2 idriz dan May. Semua mainkan peranan penting dan disusun baik oleh penulis. Thumbs up!!! Will be my favourite novel!!!
Profile Image for Ctriko.
290 reviews6 followers
March 30, 2022
Kisah Mikayla, si mata biru rambut warna coklat kemerahan auburn ini memang sedih, menyentap tangkai hati dan buat aku 'cembeng' lagi. Aku tak nak comment berjela, cukup aku tuliskan kisah ini buat aku insaf diri dan belajar mensyukuri dan mengakui nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini.

http://myhookedbooks.blogspot.com/202...
Profile Image for Iffah Syuqaira.
12 reviews1 follower
March 20, 2026
Kisah ML anak terbuang dan ML anak sulung tonggak keluarga. Fokus lebih kepada konflik peribadi dan struggle watak utama untuk menjalani kehidupan seharian.

Ada juga momen-momen romantis yang comel dan lawak-lawak sikit. Selalunya ML lah yang mengusik tapi FL tak layan 😑

Bahagian tengah saya rasa agak perlahan dan lewah sikit. Lepas 2/3 buku, baru pace laju balik.
34 reviews
September 29, 2020
Penulisan yg baik. Cuma tidak memenuhi citarasa sy.
Sy rasa perasaan sy mendatar shj bila membaca novel ini dr awal hgga hbs. Rasa mcm lmbt betul nak hbs. Rasa lelah nk bg habis tp terpaksa habiskan sbb rugi dah beli..
20 reviews1 follower
January 31, 2021
Hasil garapan yang terbaik dari Liza Nur bagi saya. Babak-babak sedih dalam novel ini di kembangkan dengan sangat baik. Airmata berderaian jatuh banyak kali. Semoga Liza Nur akan menghasilkan karya-karya yang terbaik di masa akan datang
Profile Image for Nani S.
20 reviews2 followers
March 6, 2026
Kisah seorang anak luar nikah yang dibuang oleh ibu kandung dan dibenci oleh datuknya. Dibesarkan oleh seorang ibu saudara yang dipanggil ummi. Sedih menjadi seorang Mikayla. Lahirnya bukan dipinta, tapi kewujudannya dibenci.

Mikayla dan Idriz.
Kisah cinta mereka tak perlu menjadi romantis terlebih gula. Tidak perlu watak putera mahkota mahupun lelaki yang berkasta tinggi. Tidak perlu watak wanita popular ataupun si naif yang menuntut perlindungan. Kisah mereka kisah plain vanilla ice-cream dan food delivery boy. Kisah mereka kisah manusia biasa yang berusaha untuk memperbaiki diri dan mengejar cita-cita masing-masing.

Novel SoL yang cukup rencah.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews