Jump to ratings and reviews
Rate this book

Teman Roh #1

Berteman Roh

Rate this book
Apa yang anda rasa apabila anda boleh melihat hantu? Takut? Ngeri? Rasa bagaikan anda sentiasa diburu dan selalu diperhatikan? Itulah yang dirasakan oleh Suraya seorang pembaca Berita TV13 apabila dapat melihat roh Ryzal seorang pelakon terkenal yang hilang tanpa dikesan secara tiba-tiba! Ryzal terpaksa meminta pertolongan Suraya untuk mencari jasadnya yang hilang sama ada hidup atau mati. Namun semuanya bukan mudah. Suraya perlu berdepan dengan pelbagai kejadian berbahaya dan untuk mengelak semua itu dia perlu memahami nota misteri tentang rama-rama yang diberikan seseorang kepadanya.

Sanggupkah Suraya berteman roh Ryzal dan membantunya? Persoalannya apakah Ryzal masih hidup dan apa yang sebenarnya terjadi kepadanya? Berjayakah Suraya membantu Ryzal dengan kuasa psikik yang baru dimilikinya itu? Berteman roh menjawab segalanya.

Paperback

First published February 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Muhammad Fatrim

45 books174 followers
Muhammad Fatrim lahir di Beaufort Sabah dan kini mengajar di Bumi Kenyalang Sarawak. Belajar dalam Penulisan Kreatif (Fokus Skrip Filem@Drama). Oleh kerana boleh menjana idea, beliau cuba menulis novel meskipun susah pada mulanya tapi akhirnya dapat siap juga.

Novel Asrama adalah novel panjang pertama yang dihasilkannya selama 1 tahun penulisan. Kini telah menghasilkan lebih 10 novel dan masih belajar menulis dengan membaca pelbagai buku.

Maaf jika ada kekurangan dalam penulisan.



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (34%)
4 stars
27 (27%)
3 stars
20 (20%)
2 stars
13 (13%)
1 star
4 (4%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
December 28, 2017
1.9* untuk Teman Roh!

Cover dan tajuk, gempak.

Jalan cerita dan idea, boleh tahan.

Cuma perkara yang menjatuhkan rating buku ini adalah narasi penceritaan yang sangat tak menyeronokkan dan buat pembaca baru belajar seperti aku mudah merasa kantuk. Kekadang rasa sakit hati nak baca. Macam nak baca dialog je sampai habis. Sebagai contoh, dialog dah tulis 'Nanti belanja aku ya' dan ayat selepas dialog itu boleh pula diletak 'Razib meminta belanja'. Aiyooo. Dan satu lagi, setiap dialog akan ditulis ucap Suraya, cakap Suraya dan blablabla. Takde idea untuk buat ayat yang lebih menarik sekali-sekala ke? Tapi...

Inikan buku pertama yang ditulis oleh penulis tapi lambat untuk diterbitkan. Jadi mahu expect apa kan? Lagipun buku ini diterbitkan pada 2014 dan sekarang dah nak masuk 2018. So, buku ini masih masuk dalam kategori buku boleh layan. Cuma untuk ulang baca, mungkin aku kena berfikir dua-tiga kali dulu.

Kalian tak nak cuba? Cubalah. Manatahu kalian akan suka?

Peace!
Profile Image for Haziqah Idris.
81 reviews20 followers
June 19, 2014
ok. ini buku ke-2 yang aku baca dari Muhammad Fatrim selepas asrama, terbitan Fixi. Adik aku cakap Teman Roh ok sikit dari Asrama. Tapi aku merasakan macam tak ada kelainan. (ok, ada la lain sikit, jalan cerita lain)

Pandangan aku:
Muhammad Fatrim bagus bila buat cerita seram, sbb, bila aku baca sorang dalam bilik, aku selalu terkesan watak seram yg ada dalam buku nih; Melati. Dia berjaya buat hati aku berdebar-debar bila baca buku nih and Asrama. Aku rasa macam Melati or Ryzal perhatikan aku bila baca sorang-sorang. Yang tak berapa best bila semua konflik yg ada dalam cerita nih selesai dalam satu bab iaitu bahagian epilog. Kiranya, kalau orang paling malas nak baca buku nih pun, dia boleh baca epilog akhir nih boleh tau semua cerita. Tak payah susah payah nak baca dari awal. Yang lain, aku jarang jumpa bahasa pasar dalam buku nih, mungkin dia kos penulisan kreatif, so dah set dlm penulisan ada guideline tersendiri bila menulis. Jadi, bila baca, baca novel seram tapi gaya formal. hehe.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 7, 2016
jalan cerita ok, twist pn menjadi

cuma olahan agak kurang, terasa hambar.

apapun tahniah penulis.
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
July 5, 2020
Dari yg aku tahu, novel ni adalah edisi penjenamaan semula dari novel Teman Roh. Penulis ada idea & plot twist pun agak gempak. Kisah thriller, paranormal & penyiasatan pembunuhan.

Suraya, seorg pembaca berita saluran TV13 dpt melihat roh Ryzal, seorg pelakon terkenal yg hilang tanpa dpt dikesan. Oleh krn hny Suraya yg dpt melihatnya, Ryzal meminta Suraya utk menyiasat & mengesan jasadnya sama ada masih hidup atau pun sudah mati. Berbagai cabaran yg dilalui Suraya. Penjahat itu menghantar nota rama2 & topeng kpd Suraya. Seorg demi seorg disyaki tp kemudian terbukti yg mrk hanyalah mangsa. Ada seorg mastermind yg Cuba memanipulasi kes ini. Semuanya berkaitan dgn 4 sekawan iaitu Ryzal, Aizat, Razif & Maseira. Siapa sbnr dalangnya? Kenapa penjahat itu berdendam dgn mereka? Masihkah Ryzal hidup lg atau telah dibunuh?

Bg aku jalan cerita mmg OK cuma olahan itu kureng sikit. Terlalu laju. Nmpknya kena tunggu siri ke2. Nak tahu apa pula jd pd Juwita. Sbb lepas je ending, telah diselitkan 5 bab awal Berteman Roh 2? Mampukah Suraya mencari punca kematian Juwita & knp dia dibunuh?
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
March 31, 2014
"kakak boleh tolong saya dapatkan kaki dan tangan saya balik kan?"
ending yang macam nak mula satu cerita. kaitan dengan cerita asal ialah suraya boleh berkomunikasi dengan roh...

seringkasnya, suraya didatangi oleh ryzal dalam bentuk roh yang meminta suraya mencari di manakah jasadnya berada. ryzal, seorang pelakon terkenal tanahair tiba2 hilang. bermula dari itu suraya sering menerima nota figura rama-rama. dalam pada mencari jasad ryzal, suraya ada diserang dan orang yang rapat dengan ryzal meninggal seorang demi seorang. akhir cerita, semuanya berkaitan dengan masa lampau dan dendam..
yup, tabik Muhammad Fatrim. berjaya membaca pembaca berpusing-pusing satu semesta sehingga bertemu dengan pembunuh dan perancang sebenar. (ingatkan dah habis, rupanya perancangnya lagi bijak ya ayim..)serius, memang geram masa baca sebab terasa dipermain-mainkan. entah siapa yang betul entah siapa yang salah. unsur suspen rasa takde walaupun rasanya ada cuba nak digambarkan. kulit buku cantik dan suka jenis kertas yang digunakan. tahniah ayim!..
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews59 followers
April 3, 2014
#Teman Roh
Karya Muhammad Fatrim
Terbitan ROMAN

TR novel ke-4 penulis yg bertemakan thriller penyiasatan sedikit berbeza dgn ASRAMA yg bertemakan thriller seram, segalanya berpunca dari dendam lama yg membawa musibah, Suraya seorg pemberita yg sering menerima nota misteri, Suraya membaca berita mengenai Ryzal sorg artis popular yg hilang dan dipercayai tlh mati tp secara tak diduga Suraya bertembung dgn Ryzal yg tdk boleh dilihat oleh org lain, dlm tak sdr Suraya tlh bershbat dgn Ryzal dlm suka atau tdk krn Ryzal mahu Suraya membantunya mencari tubuhnya yg hilang ntah kemana, dlm itu semakin lama Suraya menyiasat kehilangan Ryzal satu persatu rahsia terungkai, mampukah Suraya dlm misi pencariannya yg juga hampir mengakibatkan nyawanya sendiri terancam? Anda harus baca, Siapakah dalang dlm miteri kehilangan Ryzal? Anda pasti tdk akan percaya siapa yg menjadi perencana utama kehilangan Ryzal, mengapa pula Ryzal yg menjadi mangsa? Anda harus baca, kerana dendam, sifat amarah berkuasa dlm diri manusia sanggup lakukan apa saja demi dendam yg membara, tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan naskah spt ini, anda pasti akan teruja membacanya hingga kenoktah akhir, dptkan segera dipasaran, anda tdk akan dpt merungkai jawapannya jika anda tdk smpi ketitik akhir, tahniah buat penulis

# p/s ini adalah pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
October 1, 2015
mngambil masa utk dihabiskn krn kekangan wktu.....keseluruhan jln crite ok,yg last skali tu aku agk utk mnjawab persoalan yg suraya mmg bleh berhubung dgn roh,hehe...
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
April 16, 2017
Teman roh yang mengisahkan suraya persobalitu berita tv13 yang sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama.

Sehinggalah satu hari suraya dapat melihat ryzal yang hilang..melihat dan dapat bercakap dengan roh ryzal...

Ryzal meminta satu pertolongan untuk menjejaki tubuhnya yang hilang.. Di ketika inilah farid@raqib,aizat,razif dan maseira mula menjadi mangsa.

Banyak pembunuhan yang berlaku..suraya semakin. Siapa pembunuh sebenarnya? RAzif?
Kenapa hanya keluarga Datuk mirdad yang menjadi mangsa???

Kenapa ryzal dan kawan-kawannya dijadikan mangsa?bila baca novel kita non stop sebab kita tertanya tanya sapa dalangnya....bila dah habis baca ...memang kita tak sangka yang sebenarnya dalang utama adalah DIA!!!

So korang ble baca novel ni..memang best..jalan cerita x melalut sangat...
Displaying 1 - 11 of 11 reviews