Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Matchmaker

Rate this book
Bangga memegang gelaran ‘The Matchmaker”, ramai pasangan yang sudah berjaya disatukan oleh Aria, seorang gadis yang tidak percaya pada cinta. Melihat teman-temannya bahagia, cukup membuatkan dirinya rasa puas dan gembira. Namun akhir-akhir ini, Aria dikejutkan dengan satu demi satu kisah perpisahan daripada kalangan teman-teman yang pernah dipadankannya.

“Aku dah serik… Aku rasa nak pencen jelah daripada jadi matchmaker lagi lepas ni…” – Aria

Sebagai tukar ganti ingin mendapatkan persetujuan Julia untuk berkenalan dengan temannya Fitri suatu ketika dahulu, Aria sanggup berjanji untuk membantu abang Julia, Ray, jika suatu hari nanti khidmatnya diperlukan oleh lelaki itu. Sangka Aria, janji itu tidak akan sekali-kali dituntut oleh Julia, mahupun abangnya, memandangkan lelaki itu tidak tinggal di bumi Malaysia.

Namun…

“Ree… 2 hari lepas abang aku balik Malaysia. Kau masih ingat, kan?” – Julia

Janji yang dimeterai setahun yang lalu datang menghantui Aria. Aria tidak bisa berlari lagi. Dia terpaksa bersetuju.

Aria dan Ray… sama-sama tidak percaya pada cinta akibat kisah silam masing-masing. Dan persamaan ini merupakan padanan yang sesuai, yang ideal dan yang terbaik untuk menjayakan rancangan Ray.

“Why me? Kenapa you setuju dengan pilihan Ju dan tak cari pelakon lain untuk jadi girlfriend you?” – Aria
“Sebab Ju gerenti kat I 100 peratus yang you takkan sekali-kali jatuh cinta pada I…” – Ray

Berjayakah nanti rancangan Ray? Apakah hati yang pernah bersumpah tidak akan tunduk pada cinta mampu mempertahankan segala prinsip yang tertanam dalam jiwa mereka? Mampukah Ray melawan detik rasa yang sudah berkurun tidak dirasakannya?

160 pages, Paperback

Published May 1, 2019

22 people want to read

About the author

Lynn Safiya

16 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (35%)
4 stars
28 (52%)
3 stars
3 (5%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,027 reviews377 followers
July 3, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

This story is just too sweet for me sampai tahap annoying, if that is possible.

Rasanya had I been younger, I would probably like it more than I do now.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 4, 2023
Can we all appreciate how good the English sentences are in this book? I AM IN LOVE 😍

This story is super entertaining! Even with a simple plot, it has all the package a great story has. Got me hooked from the start until the end too!

Aria and Rey are both scarred individuals, thanks to their past. But thanks to one fortunate event, things started to change, so do their hearts. Read to find out how the matchmaker gets into her own game 💃🏻

If you’re in your reading slump, I’d suggest reading this.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 10, 2019
Kisah cinta biasa2 sahaja. Matchmaker di matchmake tanpa sedar. Saya beri 4* kerana kisahnya tak rumit dan takde third party. Jika ada mudah ditanggani. Adengan tarik tali juga tidak membosankan.

Tahap sweetnya bagi saya takdelah sampai diabetes atau memualkan. Bagi saya, selain dari Gemalai Kasih, novel ni adalah yg kedua dari author yg benar2 saya suka. Watak utama tidak berpura2 and behind their every actions ada sebabnya until 1 scene yg saya tak berapa gemar. But sekajap sahaja perasan jengkel tu hinggap.

Overall ok. But buku ni tipis. Tak puas pulak membacanya. But I rather it be this way then dipanjangkan lagi kerana takut dialogs or scene yg tak perlu pulak menimbulkan tidak keserasian antara watak yg sememangnya serasi dari awal cerita.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
March 6, 2021
[eBOOK 17]

The Matchmaker by Lynn Safiya.
.

Best!
.

Ni pun mini novel macam Mr Frozen, tapi jujurnya, aku lebih suka The Matchmaker sebabbb.....
.

1. Aku suka karakter Aria. Yang nampak manja, tapi bila lelaki dekat, dia akan tepis. Yang ada pendirian. Yang bukan jenis lembik je. Bagi aku, ada sedikit kelainan la untuk watak heroin LS yang biasanya lembut, sopan santun, cantik, semua lelaki suka. Aria ni pun ada aura dan kelasnya yang tersendiri. Memang tak pelik la kalau Ray jatuh cinta. Aku suka jugak bila Aria ni sangat pentingkan kawan-kawan. Dan tanpa sedar, Julia pun pentingkan Aria dalam hidupnya dan matchmake kan ngan abangnya. hahaha
.

2. Ray memang hot la. Tipikal hero novel. Dan aku suka Ray sebab bila dia suka, dia akan usaha untuk dapatkan. Dan aku suka bila dia memujuk Aria, tidak memaksa.
.

3. Aku suka chemistry Ray dan Aria. Daripada kekasih pura-pura kepada kekasih betul-betul pun smooth je perjalanannya. Tengok-tengok dah kahwin. hahaha
.

4. Biasanya, dalam novel LS, wajib la, hubungan kekeluargaan tu mesra je. Tapi untuk buku ni, family Aria berantakan. So, aku nampak la kelainan yang ditonjolkan.
.

apa lagi eh? Aku rasa, tu je kot. Basically, overall, buku ni best. Manis pun sedang-sedang je. Takde la rasa cringe gitu.
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
February 16, 2023
Naskah yang sangat pendek dan padat. Aku suka cerita pendek macam ni, taklah meleret sangat.

Mengisahkan tentang Aria yang yang menjadi matchmaker cinta antara kawan-kawannya. Ada pasangan yang berjaya dan ada yang gagal. Gagal pun bukan salah Aria. Aria pulak yang rasa bersalah. Oleh sebab itu, dia terus berhenti jadi matchmaker.


Bertemu dengan Ray atas satu perjanjian. Masing-masing ada kisah silam sampaikan rasa serik nak bercinta. Dan nak membujang sampai ke tua.


Disebabkan rasa rimas Ray terhadap Erin. Ray membuat plan untuk menjauhkan diri daripada Erin. 3 kali date yang dijanjikan mampu mengubah persepsi Aria dan Ray tentang perasaan masing-masing.


Bacaan yang santai. Tak ada plot berat. Orang ‘ketiga’ pun bersikap matang. Tak meroyan apa benda. Jalan cerita pulak menarik.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
January 1, 2024
Kisah dua orang manusia yang tak percayakan cinta.

Saya bila dua karakter tak percayakan cinta ni saya buat muka gini je:


Aria and Ray, both ada trauma tersendiri. Tapi rasanya trauma Aria paling bagi impak dalam hidup. Tak terbayang macam mana Aria boleh setabah itu nak hadap semua sendiri. Please, nak peluk Aria kuat-kuat!

Ray pun, waktu awal-awal, annoying ya mamat ni. Perasan nombor satu,dia menang tanpa bertanding haha. Lepastu bila dah suka dengan Aria, kemain try hard betul nak mengorat Aria.

She fell first, and he fell harder babe haha.

Cerita ni cute and ada pain tu sikit, tapi tak banyaklah and pembacaan laju jugak sebab penulisan penulis santai tanpa perlu serabutkan kepala. Konflik pun cuma fokus pada trauma Aria and Ray, jadi senang nak cope with the story.

And lagu Mastermind Taylor Swift milik Ju! Hahahaha, this girl kan!

Suka penulisan penulis, pertama kali baca cerita penulis dan saya kategorikan buku anda termasuk dalam senarai penulis yang patut dicari bukunya.

Agreed with other reviews yang kata English dalam buku ni is well written. Chef's kiss 🤌

What happened to me? You happened to me, Aria.

Nota kaki: Buku ni perlukan parental guidance. Some readers may brush it off and ignore it but some may not (memandangkan tiada babak melebihi batas, cuma ada double meaning). Hence I advise, that if you want to suggest this book to underage please be responsible.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
October 7, 2020
niat aria sangat baik. dia suka kawan-kawannya gembira. disuai padankan sesiapa antara rakan yang mahu berpasangan. dia - the matchmaker.

tapi kemudian, tiga pasangan yang diperkenalkan berantakan. yang terbaru, julia dan fitri yang lagi sebulan mahu bertunang. nasib baik julia langsung tak menyalahkan dirinya.

tapi, aria punya janji dengan julia.

disebabkan janji itu, dia terpaksa 'dating' dengan ray. tujuannya untuk tidak memberi erin apa-apa harapan.

dan sinonim antara ray dan aria, mereka tidak percaya pada cinta.

silap mereka berdua, terlalu yakin yang mereka boleh hidup sendirian tanpa pasangan. seakan lupa hati Allah yang pegang.

kedua watak yang dibina oleh puan Lynn Safiya ini ada kisah sendiri. ray punya pengalaman buruk dengan pasangannya dan aria punya pengalaman hitam dengan ibu dan ayahnya.

seharusnya pengalaman lampau dijadikan pengajaran, bukan dijadikan dendam yang berpanjangan.
dan manusia memang mudah menghukum, sebagaimana aria menghukum ayahnya. kita takkan tahu pengakhiran hidup sesiapa pun.

redha, tabah dan bersyukur dengan segala apa pengalaman yang diberikan sepanjang jasad masih bernyawa.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
171 reviews3 followers
August 31, 2020
Done in one day... best sgt2... suka sgt dgn watak Hero n Heroin nya... Aria dan Ray... dr awal lagi dh falling in love dgn wtk diaowg nie... plus sweet sgt is Ray nie wpun Aria awal2nya buat x tau and cold shoulder je dgn Ray nie... Overall I love this story... plus Julia is Matchmaker utk abg n Aria nie... heheh... dlm diam2 rupanya si Julia nie... I loikeeeee... u deserve for that 5*****... truskan berkarya
Profile Image for Nisya.
79 reviews3 followers
December 10, 2022
Rupa-rupanya, kisah ini bukan merujuk kepada Aria sahaja sebagai ‘The Matchmaker’. Ada individu lain lagi. Akhir-akhir baru tahu ye. Suka dengan watak-watak dalam ni. Ingatkan Erin akan buat hal, rupa-rupanya dia matang dalam menangani perasaannya. Juga suka dengan watak utama, Ray dan Aria yang pada mulanya tidak percaya pada cinta, tapi pendapat mereka akan sesuatu hal tu sangat saya suka.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
December 23, 2019
Simple but fast....xde meleret..mmg sweet..tp ntah ku suka..sbb dia x mmberatkan kepala...

🤣🤣🤣🤣😘😘😘
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
August 20, 2022
3.85 bintang

Agak berbeza karya ni dengan cerita2 penulis yang saya baca sebelum ni. Watak-watak yang matang, perlakuan dan pemikiran seiring dengan umur dinyatakan. Cerita pun tak meleret. Straight to the point. Mungkin sebab ini mini novel jadi tak perlu ruang untuk filler yang ntah apa-apa kot.
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
March 16, 2022
4.7

Mini novel yang sangat sweet pada aku😍 Aku suka chemistry Aria dan Ray. Watak diorang 'hidup'. Aku suka macam mana penulis kembangkan plot dan konflik yang nampak biasa² tapi feel sampai ke hati.

Bagi aku, Lynn Safiya penulis yang bijak. Aku tak boleh berhenti selak muka surat. Aku suka ayat²nya yang simple tapi terkesan. Tak perlu cedok quote di google atau IG.

Dengan ini, LS dah jadi salah satu fav author aku. Tahniah LS🌷 Aku nak buru novel² dia yang lain juga.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
August 11, 2019
Best tp rasa cam tak cukup..kalau part2 sweet dipanjangkan mesti dah bg 5* hihi
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
March 4, 2022
Karya penulis Lynn Safiya kali ini agak mengecewakan. Semua naskhah penulis sebelumnya sangat menarik tapi bukan The Matchmaker. Buku nipis ini sekejap saja boleh habis baca namun tidak sampai ke jiwa saya.
Mengisahkan Aria, 28 tahun dan Ray, 35 tahun yang begitu yakin bahawasanya cinta sejati itu tidak wujud.
Di atas kegagalan jodoh Julia, terpaksalah Aria tunaikan janjinya pada Julia untuk menolong abang Julia. Selepas Aria berjaya menjadi kekasih olok-olok Ray untuk jauhkan Erin dari Ray, perasaan Aria dan Ray pun berubah.
Gurauan serta sindiran Aria dengan Ray macam budak remaja bercinta, agak menjengkelkan. Padahal usia dah banyak tentu fikiran pun matang namun karakter mereka menunjukkan sebaliknya.
Kisah mama dan papa Aria sepatutnya dipaparkan secara imbas kembali bukan setakat Aria bercerita. Kehidupan Aria selepas mamanya meninggal dunia pun tergantung sepi.
Pengakhiran Uncle Ariff berhenti setakat di katil hospital, langsung tidak ada lanjutan selepas kematiannya.
Walau bagaimanapun, saya suka keseluruhan jalan cerita ini yang straightforward dan tidak meleret-leret atau berulang-ulang. Watak pun tak banyak.
4 reviews2 followers
January 2, 2020
Best crite kalau dipanjangkan lagi skit lagi baik... 😊
154 reviews2 followers
September 25, 2021
Short and sweet, dan tak menyerabutkan kepala. Epilog tak perlu, bab akhir dah cukup.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.