Jump to ratings and reviews
Rate this book

K.A.M.U. : Kerana Adamu Manisnya Ukhuwah

Rate this book
Pang!

Tangan Haziq ditampar kuat.

Kebas.

“Aku tak perlukan kawan! Pergi mampus dengan bantuan kau apa semua! Aku tak perlukan!” Uwais menjerkah. Badannya menggeletar. Dia memalingkan tubuhnya dan mula melangkah meninggalkan Haziq.

“Tunggu!” Haziq memanggil.

Panggilannya tidak dihiraukan. Uwais terus bergerak ke hadapan.

“Allah sayangkan kau!” Haziq melaung.

Langkah Uwais terhenti. “Allah tak sayangkan aku, bodoh!”

Uwais dan Haziq lahir di dunia yang berbeza. Haziq hidupnya disinari kasih sayang sedangkan Uwais diuji dengan kehilangan dan kisah silam. Pertemuan pertama mereka bukannya kebetulan.

Namun, jalan mujahadah tidak semestinya indah. Muncul musuh untuk menjatuhkan Uwais dengan pelbagai rancangan licik. Semua ini hanya kerana DENDAM lama yang belum terlunas.

Mampukah Uwais menapak teguh di jalan hijrahnya?

Siapakah sebenar-sebenar sahabat?

248 pages, Paperback

First published September 26, 2019

3 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Syu'lah Arwa

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (63%)
4 stars
10 (22%)
3 stars
4 (9%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for books.bintulu.
260 reviews7 followers
September 30, 2022
September 2022: K.A.M.U [Kerana Adamu Manisnya Ukhwah]

Kalau dapat saya ringkaskan novel ini:

persahabatan | hijrah | cinta antara manusia | sifat empati | penunggang agama | khianat | menebus kesilapan lalu

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Mulanya saya rasa janggal membaca dialog mesra antara dua sahabat baik, Haziq dan Uwais. Tapi disebabkan itulah saya sambung bacaan, kerana mungkin ini dunia yang tak pernah saya tahu.

Penulis sangat kreatif mengolah cerita yang pada saya 'macam pernah baca' terutamanya bila ada babak terlanggar dan buku pun jatuh.

Watak Masturah, anak 9 tahun yang menulis huruf terbalik, juga berjaya menyentuh hati saya. Teringat pengalaman seronok belajar dengan cikgu praktikal dulu². Kehidupan guru pelatih di IPG juga dikongsi dalam kisah ini.

Novel ini sarat dengan mesej tarbiah. Ada yang melalui dialog, ada yang disampaikan monolog dan ya bab 18 cerita ni boleh meremang bulu roma sambil bertakung air mata.
Profile Image for AnissHafz.
31 reviews
October 23, 2022

Tentang dakwah.

📍"Semua orang layak pikul tanggungjawab pendakwah ini, mahu atau tak saja. Bukankah Allah mengiktiraf kita sebaik-baik umat kerana mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran? Andai kelayakan menjadi sebab pertama untuk kita menarik diri dalam perjuangan, terpaksalah kita hadapi betapa tenatnya umat.” – Haziq Irham

Tentang sahabat.

📍"Seorang sahabat yang baik, lebih bernilai daripada 1,000 kawan yang tinggalkan adik semasa susah." – Datin Fariza

Tentang disleksia.

📍 "Disleksia adalah salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, yang mengalami kesukaran untuk membaca kerana tidak mampu menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada berbentuk huruf atau perkataan." – Uwais Qarny

Tentang cita-cita dan masa depan.

📍"Encik, rezeki kita Allah dah tetapkan. Tak semestinya perlu jadi seorang guru, doktor, perdana menteri baru seseorang itu dikatakan berjaya. Tidak. Biar anak-anak berjaya dengan kemampuan dan kebolehan yang ada pada dirinya. Kita hanya membantu bukan mencorakkan mengikut acuan yang kita nak. Dia tidak pernah minta dilahirkan sebegini. Zalim bagi kita kalau kita kutuk dan marah dia yang bukan salah dia. Beri semangat dan pujian kepadanya. Bina keyakinan dalam dirinya yang semakin hari semakin luntur." – Uwais Qarny

Tentang ilmu.

📍 "Ilmu boleh didapati di mana-mana sahaja hatta di kedai kopi, tetapi keberkatan itu yang membezakan."

📚 TBR: Sang Pemimpi - Andrea Hirata
Profile Image for Lia.
45 reviews
August 4, 2021
Review jujur;

Storyline agak cliche dan predictable. Malah dialog antara watak pun agak formal. Perkembangan idea serta watak biasa sahaja. Mungkin bacaan ni sesuai untuk remaja. Tapi,elemen ukhuwah dan nasihat itu masih dikekalkan sepanjang cerita.
Adegan antara Uwais dan anak muridnya mengingatkan aku tentang filem Hindustan,Taare Zamen Par.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for budu kicap.
48 reviews
August 25, 2021
Buku menceritakan tentang manis ukhuwah yg terjalin kerana Allah. Kisah persahabatan uwais qarny dan haziq irham boleh dijadikan inspirasi buat kita semua untuk bersahabat dan menjadi sahabat ketika susah & senang. Moga2 kita semua menjadi sahabat yg baik utk sahabat kita.
102 reviews2 followers
November 2, 2022
Sahabat
Hadirnya tika susah mahupun senang
Hadirnya membawa senyuman walaupun hati sesak

Hijrah
Mujahadahnya tidak mudah
Tidak sentiasa indah

Permulaan cerita yang agak perlahan. Novel ini sarat dengan nilai. Persahabatan, hijrah, masa lalu, cita-cita, ilmu, dakwah dan banyak lagi.




Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 22, 2021
Sebuah cerita tentang persahabatan yang sangat indah.. Kawan itu datangnya untuk bersama-sama menuju kebaikan, saat susah dan juga senang serta saling mendoakan..
Profile Image for Nrlirdena.
10 reviews
December 6, 2025
the only book that contain bawang.repeat banyak kali pun mata still bengkak
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.