Harry mencari kebenaran di sebalik kematian Camila Bretton yang dikatakan mati kerana dirasuk jin. Di benak fikirannya sudah sarat dengan persoalan. Di mana kubur Camila? Di mana Camila dikebumikan?
Sebuah diari menceritakan kejadian yang berlaku. Diari yang ditulis oleh Tuan Bretton, ayah Camila. Harry yang tidak percaya kewujudan makhluk halus mula mengakui kewujudannya.
Harry mula diganggui dengan makhluk yang menghuni rumah agam tersebut.
"Perempuan tu dah usik sesuatu yang tak sepatutnya dia usik. Dia perlu menanggung natijahnya." ` Tok Awang
"Saya takkan balik selagi saya tak tahu punca kematian Camila." ~ Harry
Cerita mengenai dendam dan penganiayaan.. Camila dan keluarganya menjadi mangsa manusia yang bertuhankan syaitan.. Terseksa dan hilang tak tahu ke mana.. Haryy yang datang menyiasat akhirnya berjaya membongkar kebenaran disebalik peristiwa sadis yang menimpa Camila sekeluarga.. Memang tak disangka rupanya musuh berada dekat sekali..
Cerpen bonus pun ohsem.. Baby blue.. Menyeru pada yang tak sepatutnya berakhir dengan gila dan kematian..
dek kerana dendam, manusia jadi lupa pada Pencipta. sanggup tuntut ilmu yang salah. dan makin teruk bila ada manusia lain yang jadi mangsa.
camila ini mangsa. dia lemah jadi dia menjadi tumpuan untuk manusia yang busuk hati melunaskan dendam.
kembalinya harry ke rumah agam itu hanya kerana mahu mencari kebenaran di mana hilangnya camila selepas ibu dan ayahnya mati. dari diari tuan bretton, harry mula menghadam kisah sebenar yang berlaku dalam keluarga tuan bretton.
puan penulis tak tinggalkan pembaca terkapai-kapai. setiap babak imbas kembali menceritakan betapa sengsaranya camila sewaktu dirasuk dan betapa payahnya tuan bretton dan isterinya mahu menghadap dugaan. walaupun ada penduduk sekeliling yang membantu tapi apa yang dialami oleh camila itu sangat mengundang kepayahan.
ceritanya berentetan bertahun. dengan kehilangan camila lagi. itu yang harry bertekad walaupun teruk dia terseksa.