Jump to ratings and reviews
Rate this book

GOTHIK PUAKA EDAN

Rate this book
ددنيا مودن کيني، ماءنسي سودە تيدق تاکوتکن هنتو دان ڤواک لاݢي. اي منجادي نورمل. هنتو٢ دکامڤوڠ ستوي منجالني کهيدوڤن بياسا بݢيتو جوݢ اورڠ کامڤوڠ يڠ مڽمبوت باٴيق کسموا هنتو دکامڤوڠ مريک تنڤا تاکوت دان رسه. ملاٴينکن مت کڤيڠ (هنتو راي)، بوستمام (ڤوچوڠ) دان تويو (تويول) يڠ سلالو ممبوات ککاچاوان دڠن کݢيلاٴن مريک يڠ تيدق ڤرنه براخير دالم کأداٴن هورو-هارا دان ملوچوکن.

***

Di dunia moden kini, manusia sudah tidak takutkan hantu dan puaka lagi. Ia menjadi normal. Hantu-hantu di Kampung Setoi menjalani kehidupan biasa begitu juga orang kampung yang menyambut baik kesemua hantu di kampung mereka tanpa takut dan resah. Melainkan Mat Keping (Hantu Raya), Bustamam (Pocong) dan Toyu (Toyol) yang selalu membuat kekacauan dengan kegilaan mereka yang tidak pernah berakhir dalam keadaan huru-hara dan melucukan.

152 pages, Paperback

Published October 4, 2019

2 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Hasrul Rizwan

22 books266 followers
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.

Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (15%)
4 stars
25 (29%)
3 stars
39 (45%)
2 stars
5 (5%)
1 star
4 (4%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
February 4, 2024
Cereka jenaka santai, adegan-adegan harian di kampung dengan penghuni manusia dan makhluk puaka. Tak perlu fikir berat baca Gothik Puaka Edan, cerita simple dan in one sitting boleh habis baca. Suka cara penulis buat gambaran suasana perkampungan yang 'ghostly friendly'. Aksi dan ragam makhluk-makhluk puaka hidup di alam nyata. Penceritaan bersahaja, pemilihan bahasa tersusun dan alur cerita juga menarik. Suka dua kisah terawal tentang Toyu dan Seripah. Sebenarnya cuma baca dalam Rumi dan cuma cerita akhir aku baca dalam Jawi sambil belek-belek mengelat tengok halaman Rumi. Buku kecil yang istimewa, tapi aku sebenarnya harap ia ada banyak cerita lagi. Tahniah atas cubaan Rumi-Jawi kan karya ini. Harap ada lagi keluaran FixiDwi di masa akan datang!
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
April 4, 2020
Gothik Puaka Edan memuatkan kisah-kisah ringkas dan kelakar tiga sahabat hantu. Santai sahaja. Tak lebih tak kurang. Tapi part Mat Keping nyanyi lagu Awie tu memang best lah.

Istimewanya untuk edisi fixi dwi ni, kita ada pilihan untuk membaca versi jawi.
Profile Image for Afa.
129 reviews
Currently reading
October 15, 2019
Izinkan saya menulis panjang sedikit.

Pertama sekali saya ucapkan tahniah Fixi kerana berani menyahut seruan Jawi. Di tengah-tengah hangat topik Jawi ditunggang (mahupun ditendang) untuk benda-benda serius, Fixi muncul dengan hiburan Jawi. Saya tidak tahu apa latar rancangan penulis dan penerbit: adakah Hasrul sengaja menulis cerita hantu secara sedar ia akan dijawikan, atau Fixi mengambil peluang dengan memilih naskah 'mencabar' ini untuk dijawikan sementara topik Jawi ini hangat.

Saya tak tahu.

Mencabar kerana selain bahasa pasar seperti 'pehhh' dan 'stressssss' dijawikan, bahasa inggeris dan nama juga dijawikan seperti 'whatsapp' dan sebagainya. Untuk pengetahuan, saya baca bahagian Jawi, bukan rumi, sehinggalah terjumpa banyak huruf ha ڤههه dan sim ستريسسسسسس, saya mengalah dan mengintip bahagian rumi. Pengalaman itu sendiri menjadi sesuatu yang menghiburkan saya.

Sedikit kritikan, pemilihan font atau mukataip jawinya agak sukar untuk saya baca kerana relatif kecil berbanding rumi (saya terbiasa membaca surah Yasin jawinya besar, dan ruminya kecil berhimpit-himpit dibawah tulisan Jawi). Selain itu huruf dhalnya (misalnya di mana دمان) sukar dilihat; rentetan saiz dan juga jaraknya di pangkal perkataan. Typo juga kerap muncul, mungkin mengganggu pembaca lain yang kurang mahir membaca Jawi.

Sebenarnya buku ini mencabar versatile atau tidak tulisan Jawi itu sendiri: kalau pembaca hanya membaca (atau menulis) Jawi seratus peratus, dan mereka dapat kenal tepat, yang mana nama khas seperti Pak Mat misalnya, atau perkataan slanga seperti stressssss misalnya, ataupun perkataan dalam bahasa lain seperti challenge misalnya, maka angkatlah tulisan Jawi menjadi tulisan rasmi negara, saya sokong dan yakin.

(pembacaan masih diteruskan)
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
October 11, 2019
Mat gorn main tipu sikit sebab letak 4 short story je dalam buku ni. Character mat gorn macam biasa, watak-watak lokal yang takde over the top, semua watak yang kita boleh imagine dan rasa dekat. Boleh kembang lagi kisah-kisah mat keping dan toyu, which is why aku bagi 3 star je. Pendek sangat ni.

Cubaan fixi untuk memartabatkan jawi menarik tapi malangnya aku baca rumi sahaja sepanjang pembacaan aku. Hanya baca jawi kat first page dan page sinopsis kat belakang. Maaf fixi!

Overall, aku terhibur. Suitable for light reading, bacaan ringan lepas baca buku heavy maybe.
Profile Image for Elvina Zafril.
710 reviews104 followers
October 31, 2019
Cerita yang simple penuh dengan jenaka. Tema yang menarik. Macam cerita cerita dongeng zaman dulu. Kadang tak masuk akal. Suka sebab latar tempat sebuah kampung yang mesra hantu. Kalau selalu tengok cerita yang ada manusia, vampire, werewolf and witch tapi yang ni hantu.

Semua cerita seronok dibaca dan kelakar. Aku baca dalam bahasa rumi sebab buku kelakar macam ni elok baca rumi sebab baru sampai lawak tu.

Overall, bacaan ringan dan sesuai untuk bacaan santai. Tahniah kerana memartabatkan tulisan jawi.

112 reviews3 followers
September 29, 2020
Aku perlu beri buku ni 5 bintang. Naskah ni isinya simple, direct namun masih begitu menghiburkan. Kalau nak hilang stress, bacalah. Jangan fikir jauh sangat. Baca untuk enjoy saja.

Ini buku kedua aku baca dari penulis yang sama. Buku pertama, Fantastik. Benci aku kat buku tu. Bengang je baca, rasa macam nak tercabut setiap helai rambut 😂 Tapi aku tak give up dengan penulis ni sebab aku percaya aku mungkin akan suka buku-buku beliau yang lain dan nyata aku tak silap.

For the first time I want to praise the author. Well done!
Profile Image for Erin95.
148 reviews6 followers
April 29, 2021
Sesuai sangat untuk bacaan one sitting. Simple cerita pasal hantu yang hidup dalam dunia manusia. Manusia dah tak takut hantu, diorang boleh nampak hantu malah berkawan dengan hantu. Siap hantu siapkan hantaran perkahwinan lagi. Hantu jadi pelakon. Semua berkisarkan pasal hantu la. Tu kat cover tu aku kenalkan Mat Keping, Bustamam & Toyu.

Buku ni light giler. Takde pengajaran sangat pun tapi lawak ringan tu ada. Lawak yang kau dah selalu dengar. Part last tu je aku betul² gelak.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 8, 2020
4 kisah ringkas dengan jenaka santai. Kisah Toyu (Toyol), Mat Keping (Hantu Raya) dan Bustamam (Pocong) menjalani kehidupan normal(?) mereka bersama orang kampung. Tenang sahaja bacaan kali ini.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
July 31, 2020
Buku yang nipis tapi lucu dan menghiburkan. Menghimpunkan 4 cerita pendek, Gothik Puaka Edan menceritakan tentang Toyu, si toyol; Mat Keping, si hantu raya; dan Bustamam, si pocong, tiga sekawan hantu yang berperangai seperti mat rempit dan mat lepak kampung yang sentiasa terlibat dalam masalah yang kemudiannya bertukar menjadi situasi huru-hara yang lucu dan kelakar. Cuma standard la lawak-lawak rempit, ada satu cerpen terutamanya berat dengan lawak yang lucah.

Satu bacaan ringan dan santai dengan humor hantu yang aneh, sesuai dibaca khususnya bagi mereka yang meminati filem-filem komedi seram arahan Mamat Khalid seperti Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah.

Usaha yang patut dipuji dengan menerbitkan buku ini dalam dua ejaan – rumi dan jawi. Tergagap-gagap jugalah cuba nak membaca dalam ejaan jawi sebab dah lama tinggal. Lebih-lebih lagi bila terjumpa perkataan Inggeris yang dijawikan. Tapi kedegilan nak cuba habiskan baca buku ni dengan bacaan ejaan jawi tu tak bertahan lama pun la sebab dah terbiasa membaca dengan kelajuan yang lebih tinggi, jadi bila membaca terlalu perlahan ni jadi stress pula rasa. Mungkin suatu hari nanti kalau rajin akan cuba baca sepenuhnya dalam jawi pula.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
June 13, 2021
Cerita dia kelakar-kelakar bodo. Demi Zila Bakarin apadiaaa. Hahahahaha.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
January 11, 2022
Sebenarnya, ceritanya biasa saja. Bukan cerita yang kena perah kepala untuk diwujudkan. Tapi idea asas untuk menjadikan hantu sebagai watak seperti manusia normal itu satu yang tak semua orang boleh fikir.

Satu perkara yang saya sangat suka dengan penulis adalah cara penyampaian ceritanya, bahasanya adakala puitis, adakala santai dan adakala macam terlalu pasar. Tapi semua gaya penyampaian yang dia guna, sangat berkesan. Lawak yang dimasukkan juga sesuatu yang sangat kena. Nak buat cerita kelakar, orang kata lebih susah berbanding buat cerita thriller kerana ramai boleh buat cerita thriller tapi tak ramai yang berjaya buat orang gelak. Begitulah.

Kesimpulannya, cerita yang sangat fun dan santai. Maaf tak mampu nak baca penuh bahagian jawi, hehe.
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
January 11, 2023
Satu lagi bacaan yang aku cabar baca dalam Jawi sepenuhnya. It's fun, tho! 🤣

Bagi aku, ceritanya biasa je, tapi fun. Sejenis fun yang Mat Gorn je boleh buat (ceyyy~).
Ada empat tajuk cerita dalam buku ni, dan aku suka tajuk yang kedua iaitu Kau Yang Bernama Seripah. Aku suka dengan aksi yang berlaku dalam buku ni, ia diselitkan komedi sekali. Disebabkan aku baca dalam Jawi, aku banyak discover bahasa atau nama dalam ejaan Jawi yang lucu. So, ia jadi combo experience membaca yang lagi menyeronokkan dan korang kena cuba jugak.

Aku harap kisah Toyu, Mat Keping dan Bustamam ni tak berakhir kat sini. Aku tak puas dengan kisah mereka, sebenarnya.
Profile Image for Izzati.
584 reviews7 followers
October 29, 2021
Akhirnya habis jugak baca buku ni. Entah kenapa, tapi setiap kali pilih buku Bahasa Melayu untuk dibaca mesti rasa amat kecewa. Saya pilih buku ni untuk mempraktikkan Bahasa Melayu dan bacaan Jawi. Satu bintang yang saya bagi ni pun sebab saya ada banyak belajar perkataan-perkataan baru dan dapat berlatih membaca Jawi semula setelah sekian lama tidak membaca tulisan Jawi. Biasanya saya sangat pemurah dalam hal menilai buku sebab saya bagi 5 bintang untuk semua buku saya mula baca dan kemudian saya menolak satu-persatu bintang kalau saya tidak suka apa yang saya baca. Sayang sangat cerita ini langsung tidak menarik bagi saya.

Dalam buku ni ada 4 buah cerita.
1. Cerita pertama mengenai seekor toyol yang disuruh mengutip hutang,
2. cerita kedua mengenai penculikan gadis yang baru mahu kahwin,
3. cerita ketiga mengenai hantu yang mahu debut dalam lakonan dan
4. cerita terakhir mengenai gadis yang baru menjadi pontianak untuk balas dendam kepada teman lelakinya yang curang.

Mungkin lawaknya boleh dikatakan lawak hambar, tapi bagi saya, tidak ada apa yang lawak langsung. Ada "gurauan" homoseksual yang membuat saya rasa macam penulis ni benci orang homoseksual atau teringin senyap-senyap jadi dia membuat "lawak" untuk mengaburi mata orang lain supaya orang tak sedar. Ada "lawak" menjijikkan berkenaan perkumuhan. Entah mana lawaknya. Saya tak faham. Itu pun penilaian buku ni tinggi di Goodreads.

Saya serik cuba sedaya-upaya untuk menambahbaikkan Bahasa Melayu dengan membaca buku yang ditulis oleh penulis lokal yang saya tak kenal. Lepas ni, saya akan hanya baca buku yang diterjemahkan dari bahasa lain atau buku yang ditulis oleh penulis berhemah negara sahaja.
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
April 12, 2020
Comel pula watak-watak hantu yang bertiga ini. Buku ini menghimpunkan empat cerita pendek yang sangat kelakar hasil dari telatah tiga ekor hantu di Kampung Setoi. Susunan dan olahan penceritaan yang sangat baik. Saya dapat bayangkan suasana kampung dengan hantu yang membonceng motosikal sambil berbual-bual sesama sendiri. Sememangnya ada keserasian watak di antara hantu-hantu ini dengan penduduk kampung tersebut. Saya sangat terhibur membaca buku ini.

Pesanan untuk Mat Keping, Bustamam dan Toyu, kamu bertiga boleh cuba minta Hasrul Rizwan panjangkan lagi cerita-cerita kamu bertiga menjadi novella. Ataupun, mintalah beliau buat cerita baharu. Jangan lupa bawa Ruminah dan Seripah sekali dalam cerita itu nanti.

Seperkara lagi, rekaan seni pada kulit buku ini sangat comel dan menarik sehingga ia membuatkan hati saya tertarik untuk memilikinya. Gambar kulit buku ini ada kaitannya dengan adegan membonceng motosikal. Penat saya gelak.

Di antara keunikan lain yang terdapat pada buku ini ialah, ia dicetak dalam dua aksara iaitu Jawi dan Rumi.

Tahniah di atas usaha baik Buku Fixi kerana memperkenalkan FixiDwi, yang membawa karya urban kontemporari dalam dua aksara iaitu Jawi dan Rumi. Saya sangat sukakan buku ini.

Penilaian saya untuk buku ini ialah 5/5.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 10, 2021
📌Satu naskah cerita jenaka yang simple saja tapi menghiburkan. Latar belakangnya sebuah Kampung Setoi. Yang golongan manusia dan Hantu bersatu dan bermasyarakat. Kononnya, hantu-hantu ini hidup rukun dalam komuniti manusia di hidupan nyata. Sila bayangkan, Hantu boleh siapkan hantaran kahwin, hantu bekerja dengan manusia, hantu boleh jadi penggali kubur, hantu pun boleh jadi Penghantar Pizza. Hantu yang transgender, Hantu yang bercita-cita tinggi nak jadi penyanyi dan pelakon.😂

📌Lihat pada cover, itulah 3 hantu yang mewarnai jalan cerita ini. Toyu(Toyol)- Mat Keping (Hantu Raya) -Bustamam(Pocong) Ada pecahan cerita dalam ni yang menghuru-harakan dan kelakar🤣
1.Malam Beranjau
2. Kau yang Bernama Seripah
3.Gothik Malam Berahi
4. Hari Pertama Ruminah menjadi Pontianak

📌Aku suka yang no.3..tercapai dalam 1 malam Mat Keping nak jadi pelakon+penyanyi. Ingatkan aku saat dia nyanyi mirip Giant dalam cerita Doraemon. Mantapkah lagu Awie dinyanyikan? 🤣 Tak boleh blah saat kerasukan di set penggambaran boleh pulak suggest suruh baca ayat Kursi. Kan diaorang pun hantu. Haru-biru sungguh😂

📌Boleh buat stok hiburan santai.
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
June 23, 2021
buku yang simple dan cerita yang simple..dalam sejam pun boleh habis..tapi tetap kelakar dan best seperti karya2 MG yang lain..

tak tau kenapa tapi rasa toyu tu macam kiut2 baby gitu....dan bagi aku,buku ni paling 'clean' setakat ni..huhuhu
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
January 12, 2020
اورڠ کامڤوڠ ستوي ميمڠ سمڤو هابس، بوليه سرومه دڠن هنتو يڠ ڬيل۔ هابيس ݢيلا مت كڤيڠ، بوستامم دان تويو۔ کݢيلاءن مريک برتيݢ دالم کأداءن هورو-هارا دان منچوءيت هات۔ سسواي لاين ماس سڠڬڠ، لاين هابس۔
Profile Image for aisyah faizal.
6 reviews
January 24, 2021
a good book to read during your free time,, its really relaxing and funny to read, good to release your stress of the day,, i really recommend you to check this out
Profile Image for Aishahzubki.
60 reviews
August 21, 2021
Kelakar. Keletah setiap makhluk yang sepatutnya ghaib, masing masing membawa masalah dan musibah kepada umat manusia.
Profile Image for Noor Atiqah (Atiqreadswithluv).
21 reviews
September 19, 2021
Semua cerita kelakar. Aku baca dalam bahasa rumi sebab buku kelakar macam ni elok baca rumi sebab baru sampai lawak tu. kalau baca jawi aku rasa lawak tu jadi hambar pulak sebab nak kene eja dulu.
Profile Image for Shafiqahsamin.
207 reviews4 followers
March 20, 2022
Seperti biasa, penulis tak pernah menghampakan.

Bacaan ringan, ringkas, dan kelakar.

Saya paling suka part hantu raya menyanyi sumbang 🤣🤣🤣. Teringat² dan rasa nak gelak lagi 😂
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
June 19, 2022
Tak pernah tak kelakar... hahahaha

Bangang punya antoo.... Bacaan santai untuk aku, baca sambil gelak gelak.. hahahha..
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews28 followers
January 3, 2020
Buku terakhir dibaca tahun lepas.

Gothik Puaka Edan tulisan Hasrul Rizwan ni kisah santai, mencuit hati antara penduduk kampung dan hantu hantu. Dalam kampung ni, hantu dan manusia hidup bersama aman dan saling membantu. Ada hantu yang siap jadi mak andam lagi dalam ni.

Kelakar memang kelakar. Tapi dah sikit lari daripada kebiasaan genre dibawa Hasrul Rizwan - thriller/drama. Jujur kata, baca trilogi Murtad dan Lelaki Yang Tak Punya Apa Untuk Dipersia (belum habis baca) jauh lagi syok dan puas. Sebab asal aku beli Gothik Puaka Edan ni pun sebab terkenangkan trilogi Murtad tu. Haha!

Harap 2020 ni ada buku baru daripada penulis. Kalau boleh, yang setara dan lebih baik daripada trilogi Murtad.
Profile Image for Akif Irfan.
23 reviews
December 1, 2019
Lain dari kebiasaan Hasrul Rizwan. Satira dan humor kali ni mungkin agak tak mengena. Masih ada tapi tak terbahak. Sepertinya Hasrul Tak bebas sedikit dalam karya Kali ni. Mungkin pihak penerbitan dah hadkan bil. mukasurat atau apa, saya tak tahu. Tapi tak enjoy seperti ketika membaca BHOS dan Murtad.

Apa pun gembira dengan usaha FIXI dalam terbitan buku pertama FIXI Dwi ini demi memartabatkan tulisan Jawi.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
April 14, 2021
Buku yang santai. Sekali hadap..sudah dapat menyelesaikan bacaan sebuah buku. Sangat menarik dengan idea untuk memasukkan tulisan Jawi yang mana agak mencabar untuk dibaca memandangkan huruf Jawi yang agak kecil, tarikan kuat untuk menghendap tulisan rumi di halaman sebelah dan kebimbangan untuk tidak dapat menghayati sepenuhnya kandungan buku.

Walaupun tulisan Jawi hanya dibaca beberapa helaian sahaja, kebimbangan untuk terlepas beberapa perkataan yang akan mencacatkan jalan cerita itu ada. Langsung..bacaan hanya tertumpu pada muka surat tulisan rumi sahaja.

Terima kasih Fixi Dwi kerana berusaha menerbitkan buku dengan tulisan Jawi dan kesanggupan penulis mengetengahkan cerita yang santai untuk dibaca.

Cadangan pada masa hadapan - perbanyakkan novel santai dengan tulisan Jawi (contohnya koleksi cerpen).
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.