Jump to ratings and reviews
Rate this book

Setia Dia

Rate this book
Dipaksa oleh ibu tiri agar terima lamaran dari keluarga yang tak dikenali, Nur Intan tersepit antara setia seorang anak dengan kehendak diri. Tapi, ugutan si ibu tiri buat Intan akur. Menerima lelaki bernama Hariz Aidi tanpa mengenali orangnya.

“Do you like my money?” - Hariz

“Saya tak harapkan duit sesiapa. Saya mampu jaga diri saya sendiri." - Intan

Hariz yang menjengkelkan ketika kali pertama bertemu buat Intan takut. Tapi sudah terlanjur menerima, dia harus teruskan juga. Menjadi suami isteri, sikap Hariz yang berubah ikut musim, sekejap dingin dan sekejap manja sering buat Intan penasaran.

“That's why I call you love.” Hariz membenamkan wajah ke ceruk ahu Intan.

“Because Love, is You."

Tapi satu yang Intan suka tentang Hariz, sikap melindunginya. Intan rasa selamat dan disayangi. Namun, bila dia baru ingin mengecap bahagia, si ibu tiri kembali mencelah. Tak cukup dengan itu, kakak tiri juga menambah perisa.

“I think I like Hariz.” - Rose

“Hariz tu suami Intan. Adik ipar akak.” - Intan

“I never accept you as my sister. And for sure, I tak pernah pandang Hariz as my brother in law.” - Rose

Adakah Intan akan mengalah sebagaimana dia mengalah ketika diminta menggantikan Rose untuk mengahwini Hariz dulu?

Yang Intan harapkan hanya setia seorang suami. Tapi, adakah Hariz akan pegang janjinya, hanya akan setia pada seorang isteri?

337 pages, Paperback

Published July 1, 2019

2 people are currently reading
51 people want to read

About the author

Laydee Amarfi

18 books67 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (55%)
4 stars
22 (33%)
3 stars
5 (7%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 20, 2019
Berlandaskan issue kekeluargaan yg bermula dari bapanya yg berpoligami hingga anak yg menderita menagih kasih ibu tirinya. Anak kandung yg di'saudarakan' demi menjaga hati isteri yg pernah dicurangi. Adilkah buat si anak?

Sayangnya, Tuan Isa pada Indah tidak sama dengan sayangnya dia pada Ruby. There's always two side of a coin mengapa hubungan Tuan Isa dan Ruby berantakan hingga Tuan Isa berpaling tadah. Khilaf kah dia? Pendapat saya jika dia bertegas dari awal hal sebegini tidak akan berlanjutan.

Jika isteri sukar untuk dibentuk dan keras kepala, adakah dgn menduakan isterinya jalan penyelesaiannya yg baik? Mungkin sudah cuba sehabis daya tapi isterinya ungkal. Hingga ke lanjut usia masih tetap begitu sedangkan orangnya tiada lagi di dunia. Tiada hormat buat sang suami tapi hartanya nak juga. Hmm..

Untungnya, Intan bersuamikan Hariz dan mempunyai keluarga yg melindungi dan memahami. Sayangnya, Hariz jenis yg tak reti bermadah cinta, beku sentiasa dan autocratic. Berat mulut tapi jenis yg tunjukkan kasih sayang melalui perbuatan dan bercakap apa yg perlu dan bila perlu. Sekali sekala boleh juga dia senyum dan ketawa. Letih juga si Intan ni nak tebak apa yg ada didalam hati Haris yg kekadang mcm angin kuskus. 😜

Tabahnya seorang Intan, mmg amat dikagumi. Jika saya dah lama surrender. Walaupun dicaci, dikeji, dibuat seperti org luar, tak diiktiraf sebagai anak masih tetap teguh mencari jalan merai kasih mama.

Alahai kesian betul.

The thing about this book is ia takde conflict luar. Semuanya tentang keluarga. Dan percubaan kakaknya menggoda Hariz dengan memperkecilkan adiknya. Sekejap dan itu sahaja. Overall saya takde complain. Cuma bab Tuan Isa sahaja yg saya mengharapkan agar dia lebih tegas dengan Ruby instead of berasa bersalah seumur hidup kerana menduakan isterinya dahulu. Dan betulkan dgn jelas persepsi negatif Rose terhadapnya. Good ending which however rasa macam cepat nah habis.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
August 10, 2019
Selepas habis pembacaan Setia Dia, saya terus teringatkan novel drp Rehan yg bertajuk Seseorang Utk Aku. Karektor Intan yg lembut, baik hati dan sgt positif yg mengingatkan saya pada Lailatul.

Intan sgt beruntung bersuamikan Hariz yg walaupon bersikap beku, namun Hariz sgt peka dan sgt melindungi. Sikap tegasnya terhadap bapa mertuanya yg menjadi titik tolak pada hubungan Intan dan juga Ruby yg byk menyimpan benci dan dendam terhadap Intan.

Setia Dia bukan shj antara Intan-Hariz tetapi Setia Dia lebih pada setianya Intan terhadap Ruby untuk mendapatkan kasih syg dan perhatian darinya. Kerana kesetiannya itulah yg berjaya menyelamatkan Ruby dari kecelakaan.

Bagi saya, penulis berjaya menceritakan kisah Intan Hariz dgn baik sekali. Dan oh ya!! Walau Hariz tu beku dan berat mulut namun jgnkan Intan, kita yg membacanya pon turut cair dgn kata2 Hariz yg kdg kala sgt bersemut🐜🐜🐜
Profile Image for Mslvoe.
2,053 reviews200 followers
March 12, 2022
Tak menyesal baca naskah dari penulis Laydee Amarfi.

Kisah² begini memang laju F baca within 1 days. Conflict tak banyak pun sekadar 2-3 pages sahaja.

Hebat lelaki bernama Hariz.. sentiasa menjadi pelindung pada Intan. Sikap Hariz yang berubah² hanya Intan saja pandai tackle.

Bab Babah Intan, babah yang salah tidak berkeras pada mama ruby. Sebabkan babah curang, mama ruby memendam perasaan dan dendam. But satu incident je merubah segalanya.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 27, 2021
[BOOK 72]

Setia Dia by Laydee Amarfi.
.

Awwww....Love this book!!!
.

OMG. Aku dilema. Sekarang aku dah jatuh cinta pada Hariz. Tapi, macam mana dengan Akashah dan Kamil?
.

Aku suka gila chemistry antara Hariz dan Intan. Hariz ni gila kerja. Bila ayahnya nak kenenkan dengan perempuan, Hariz akan menolak. Sehinggalah calon itu ialah Intan.
.

Intan pulak anak kepada isteri kedua ayahnya. Kerana itu, dia sering dianaktirikan. Dia cuma ada ayah untuk bermanja. Kerana itu, dia terima bila ayahnya menjodohkannya dengan Hariz.
.

Aku suka Hariz yang sangat protective. Tak tahu la nak describe macam mana, tapi aku dah jatuh cinta tergolek-golek. Tapi Hariz pun ada sisi sejuk beku nya, yang cuma Intan reti nak handle.
.

Dan Intan pulak, karakter yang sangat sejuk hati memandang. She is nice and pleasant in her own way. Karakter yang match dengan Hariz.
.

Ya Allah, aku suka combination Intan dan Hariz. Aku suka bila LA menulis cerita sebegini. Feeling tu sampai ke hati.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 13, 2021
tertanya juga, apa yang ada dalam fikiran penulis bila mampu memberi jiwa pada sesebuah karya mereka?

tulus ikhlas.

bunyi macam hari raya pula, kan? tapi rasanya itu jugalah jawapan paling sesuai untuk penulis-penulis sebegini. salah seorang, penulis Laydee Amarfi. beliau tak teragak untuk mengait ayat-ayat yang membentuk semua cerita indah.

watak utama dalam novel ini, intan. watak ini kuat. walaupun pada permukaan tengok macam lurus cengeng tapi dia makan tahun menjeruk rasa pada puan ruby. puan ruby isteri pertama pada ayahnya dan sekaligus meletakkan intan pada kedudukan yang sangat tak sedap bila manusia pandang serong. anak isteri kedua. anak perampas. benarkah begitu?

puan ruby pun kenalkan pada manusia luar yang jntan anak saudara tuan isa. sesungguhnya dia amat benci pada anak arwah indah. tu sebab bila tuan halim mencari isteri untuk anaknya, hariz, laju ruby arahkan suaminya menerima untuk intan. dia mahu usir gadis itu keluar dari rumah.

watak hariz. kuat watak ini. bukan senang hendak digoyahkan. anehnya intan berjaya tanpa dia sendiri sedar. hariz tak perlu banyak berkata. cukup dengan gerak badan dan pandangan mata.

cinta di bawah sedar. hariz tahu hatinya cuma indah yang kurang peka.

hubungan bahagia mereka, ada cuma mahu garitkan. mahu calarkan. intan, penerimaannya? hariz, pendiriannya?

sesuatu yang berlaku dalam hidup ini bukan saja-saja. ada tujuan dan ada hikmah. dugaan dan cabaran itu adalah tetamu yang datang menyinggah. sama ada ikhlas mahu menerima sebagai tetamu atau tidak.

pokok pangkal, diri sendiri.

boleh terima?
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
September 23, 2019
Karya Laydee Amarfi yg pertama sy baca. Love it so much! Gaya bahasa n penyampaian yg sangat best. Takde jiwang karat romantik melebih2, tp manis bergula yg just nice.

Hariz yg beku dan tegas, tp sangat protective towards his loves one. Beku2 pun, sekali datang manja dan sweet dia tu, macam kena panah je rasa jantungku ini😍

Intan yg tenang, matang dan lembut. Sejuk je hati baca karakter intan ni. Memang match made in heaven dgn Hariz.
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
October 8, 2019
Nur Intan dan Hariz.. bercinta tidak menjanjikan bahagia.. berkahwin tanpa cita..kerana yakin cinta boleh di pupuk..

Intan setia pada ibu tiri yg kejam.. hadiahnya Hariz


Hariz taat pada ibu bapa hadiahnya Intan
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
August 27, 2019
Selepas Mrs Kamil, Setia Dia hasil garapan penulis Laydee Amarfi ini mampu membuatkan saya membaca tanpa rasa ingin berhenti.
.
Plot cerita yang tersusun cantik, bahasa yang santai serta setiap watak dipotretkan serba lengkap melengkapi membuatkan naskhah ini saya suka semuanya.
.
.
.
.
.
Kak Wan
Pembaca pencen
23 reviews
January 30, 2020
Karya Laydee Amarfi yang pertama. Saya suka buku ni walaupun kadangkala geramkan Intan, buku ni saya 'campak' ke belakang almari buku untuk beberapa waktu. Ambil masa beberapa minggu juga untuk habiskan buku ni.

Kisah keluarga, cinta dan kasih sayang yang digarap dengan baik. Sebab tu ada adegan 'mencampak' sebab geram sangat. Haha.

Thumbs up buat penulis.
Profile Image for Ri Readers.
30 reviews19 followers
October 10, 2020
Cerita santai dan seperti biasa Laydee Amarfi dngn penulisan sntiasa ku suka

Setia dia.

What can I describe about this kind of novel is,

Setia yg disampaikan dlm naskhah ini melibatkan seorang anak yg bernama Intan.Bertahun tinggal bersama si mama yg membncinya mmbuatnya tidak mengeluh langsung kerna hormat nya pada si ibu.Nak tahu mengapa dia dihidngkan dngn kebencian itu,

Boleh cari tahu dalam novel sndiri..haha( gelak jahat). For me,bukan sahaja pada Intan sebenrnya

Juga

Setia Ruby pada si suami wlaau sdah trserlah salah suami ttpi masih juga dia kekal mahu setia di sisi

I don't know why but this novel benarbenar sebak.. Simpati sebenrnya dngn ruby,mnympan serba salah trlalu lama ttapi ego nya ttap juga menggunung hingga memakn diri sndiri.

Dan mungkin juga setia Intan pada ahli keluarga nya yg membuatkan cinta hariz itu hadir hingga dia tekad dngn keputusan nya mahu melindungi si isteri

Siapa lagi yg mahu memahami jika bukan org yg menyayangi.

You always do the good job Laydee Amarfi.

I like Rose!.
Haha..sempt lgi tu ....,............ Oh ya,still tak bleh move on dngn Daniyal Zayan sebenrnya walau Hariz ni lngkap manisnya dalm bekunya.

Cc to tercipta satu ikatan.Rasa mcm nak ulang blik baca crta tu.
242 reviews11 followers
September 4, 2019
Cerita ni tentang setia. Intan dan hariz berkahwen kerana paksaan ibu tiri intan. Suka dgn kesetiian hariz kpd intan. Intan setia kpd ruby si ibu tiri. Best
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.