Mengahwini Syed Zaqef adalah satu keterpaksaan buat Dian Antasya. Zaqef itu tunangan Ferra, wanita yang telah dianggap seperti adik sendiri. Tapi hanya kerana peristiwa hitam di bumi China, dia terpaksa memasuki zon larangan.
Nasib menyebelahi Dian kerana dia tidak mengandung dan dia mula menuntut janji dari Zaqef.
“I tengah tunggu bila you nak lepaskan I. Bukan susah pun lafaz ceria tu.” - Dian “I kena fikir banyak kali sebab you yang menyebabkan I hilang teruna.” - Zaqef
Zaqef pula terlalu banyak dalihnya. Tak ada bicara manis dan lafaz cinta tetapi Zaqef tiba-tiba mahu umumkan pada semua tentang status mereka.
“You beritahu semua orang, you tak akan jumpa I lagi.” – Dian
Pendirian Dian menyulitkan keadaan. Apatah lagi bila Ferra mahu cepatkan tarikh pernikahan.
“I boleh saja kahwin dengan Ferra kalau you mahu.” -Zaqef. “Kita berpisah cara baik.” - Dian “Berpisah dan lepaskan you tak ada dalam perancangan hidup, I.” Zaqef
Tiada jalan mudah buat mereka untuk menyentuh bahagia kerana semua pilihan yang ada harus mengorbankan banyak hati.
Persoalannya, Zaqef sebenarnya cintakan siapa? Si isteri, Dian Antasya atau si tunang, Ferra Nabila?
Masih lagi kisah kahwin paksa. Kali ni antara Dian Antasya dan bossnya Syed Zaqeef yang terpaksa berkahwin dan merahsiakan perkahwinan mereka. Masalahnya Syed Zaqeef bukan sekadar boss tetapi juga tunang kepada Ferra yang dianggap sebagai adik sendiri oleh Dian. Bermula dengan saling tak suka kemudian terjatuh cinta. Tapi Dian berkeras merahsiakan perkahwinan mereka kerana tak sanggup berhadapan dengan family Ferra. Sanggup tu suruh suami kahwin je dengan Ferra dan lepaskan dia.
Plot makin menarik bila Ferra nak percepatkan perkahwinannya dan Syed Zaqeef dan Dian pula hendak dijodohkan dengan Adlan. Syed Zaqeef nak berterus terang tapi Dian berkeras masih mahu merahsiakan perkahwinan mereka kerana tidak mahu dianggap perampas.
Sampai point ni teruja untuk tahu macamana penulis nak leraikan kekusutan kisah mereka ni.Yela sebab Ferra tu ditonjolkan sebagai seorang yang baik dan sayang sangat dengan Syed Zaqeef. So bila tetiba Ferra dijadikan kambing hitam tetiba bertukar menjadi watak jahat agak frust jugakla.Terasa macam jalan pintas yang terlalu mudah untuk selesaikan konflik ni.Pengakhiran untuk Ferra pun tidak diceritakan sepenuhnya (ke saya tak perasan?)
Overall kalau anda peminat HF,novel ni memang makanannya dan boleh dilayan
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ha ha ha… Jarang-jarang ya cerita gini berlaku. Heroin menyondol hero dari tunangnya. Alasan tak suka pun kat cik tunang tu, minah tu je yang beria sayang. Padanlah muka dia 🫠🫠 Tapi disebabkan kau seorang heroin, walaupun kau jadi penyondol kira halallah 😁 (what a bullsh*t) Aku benci hero heroin. Kenapa lah depa tak mati je ya masa kena culik tu? Eh lupa! Depa kan hero heroin 🤦🏼♀️😂
Not arrange marriage tapi kerana terpaksa. Dari awal author dah buat saya rasa teruja nak tahu penyebab disebalik perkahwinan mereka.
Dian ada sikit masalah tentang apa2 yg berkaitan dengan perkahwinan akibat kisah hidup ibunya. At some point, bengang juga dengan Dian kerana terus2an mahu merahsiakan pernikahan dia dengan Zaqef. Z lagi nama bermula untuk watak utama. 😜
Masalah selepas bernikah sendiri yg cari. Tapi bolehkah kita salahkan dia sedangkan banyak hati yg perlu di jaga? Terhutang budi dan juga kisah silam hidup keluarganya buat dia menjadi seorang isteri yg ingkar. She shd used her advice on herself. But she grew on you.
Samalah dengan suaminya. Zaqef mmg dari awal sikap dia menjengkelkan tapi bila status dah bertukar macam kucing jadi2an pulak. Hahaha.
Yg saya pelik watak Ferra. Kenapa begitu jadinya? Dari terlalu baik dan manja hingga jadi seorang amat kejam? Cinta mati punya pasal. Salah Zaqef ke? I dont think so sebabnya Zaqef is very stone cold towards Ferra. Even kalau di terangkan dari awal pun saya rasa tindakan Ferra tetap sama sebabnya dia pernah berkata, she will get what she wants. Tak kisah bagaimana mahu mendapatkannya asalkan tercapai juga. Saya rasa ayat ni amat jelas tentang sikap dan pendirian Ferra tapi pembaca mungkin dikaburkan dengan keletah Ferra. Or actually dia memang begitu? Pelik benar.
Sebenarnya antara 2 nak tulis review atau tak karya terbaru HF ni. Sebab rata-rata KakChik tengok rating agak tinggi. Tapiiiiiiiii, KakChik tulis juga sebab tangan dah gatal tak ketuk papan kekunci dah lama..ngeeeeee
Tema karya HF kali ni masih mendominasi kahwin paksa. Tapi plotnya kahwin paksa disebabkan keadaan Dian-Zaqef takut ada musibah yang lebih teruk di kemudian hari. Selepas tu main sembunyi-sembunyi pulak dari semua orang.
Karektor Dian Antasya yang paranoid dengan poligami membuatkan dia terlalu fragile dengan status dia. Dia terlalu menghukum diri sebagai perampas, apatah lagi Zaqef tu adalah tunang Ferra yang merupakan insan yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Menumpang lagi di rumah keluarga Ferra. Jadi keyakinan Dian memang jatuh ke tahap terbenam dalam bumi untuk berterus terang walaupun selepas perasaan love-hate Dian-Zaqef berubah. Susahkan hidup tersepit begitu. Tapiiiiiiiiii, KakChik pun tak suka dengan cara Dian tu.
Yang seterusnya,sesiapa yang sudah terbiasa dengan air tangan HF sudah pasti puas hati. Yang KakChik suka HF, bahasanya sangat lancar. Kias-kiasannya yang terselit buat rasa karya tak terlalu kaku.
Yang KakChik sedikit ralat, aduhaaiiiiiii kenapa penamat watak Ferra seperti terlalu mendadak. Hilang jejak tanpa dapat diselami kesakitannya (KakChik rasa tak adil untuk Ferra). Dan 'terbukanya' sikap mama Ferra terhadap Dian, sudah pasti dia terpaksa memendam rasa ngilu hilang anak sendiri.
Cumaaaaa, ada jugak yang nak komplen, kan? :)))
Kenapa watak bapa-bapa dalam karya kali ni bagaikan hilang aura. :(
Wowww.. Sbg peminat HF mmg novel ini yg saya nantikan. Teruja utk tahu bagaimana HF meleraikan segala kekusutan dan masalah cinta bersegi2 di antara Dian-Zareef-Ferra-Adhan.
Kisah Dian-Zareef dimulakan dgn sebuah perkahwinan paksa akibat terlanjur. Perkahwinan mereka dirahsiakan utk menjaga hati Ferra iaitu tunangan Zareef dan juga keluarga Ferra yg terlalu byk menabur budi kpd Dian. Namun takdir tuhan telah membolak balikkan hati keduanya lantas mereka jatuh cinta di antara satu sama lain dan menjadikan mereka makin tertekan dgn desakan keluarga utk mempercepatkan perkahwinan Zareef-Ferra dan juga Dian-Adhan.
Sepanjang pembacaan, saya geram dgn Dian. Suka tarik tali dan menjadikan budi dan tidak mahu dicop perampas sbg halangan terbesar utk Zareef tidak memberitahu hal sebenar kpd keluarga mereka. Zareef pulak layankan aje permintaan mengarut Dian tu dgn alasan Dian mengugut utk melarikan diri. Ermm tapi bila keadaan tidak terkawal, boleh je Zareef berdepan dgn Ferra dan menceritakan hal sebenar.
Dan rasanya tindakan Ferra terhadap Dian-Zareef adalah terlahir dr sifat sakit hati dan dendam. Mcm mana la tak sakit hati kalau kedua2 org yg dia sayang telah tikam dia dr belakang? Kalau mereka berterus terang dr awal, mungkin kesannya lebih kecil dibandingkan dgn impact setelah segala persiapan perkahwinan yg hampir siap. Ohh tetiba ku rs belas dgn apa yg berlaku terhadap Ferra walau HF tidak menyudahkan pengakhiran nasib seorang Ferra dan rasanya ianya agak tergantung.
Walau byk benda yg saya luahkan di atas, namun saya puas membaca keseluruhan cerita HF. Ini kerana lately ini novel HF lebih smooth dan konflik yg ringan dr awal smpi akhir. Tetapi utk kali ini, kita dihidangkan dgn pelbagai rasa dan rempah. Itu yg menjadikan Cemburumu Tak Beralasan sbg salah satu novel kegemaran saya. TAHNIAH HF dan hopefully lps ni HF dpt mengekalkan momentum dlm menghasilkan novel yg berkualiti!!!
Haishhh.... Sekejap je baca dah jumpa penamat. Nak lagi dan lagi. Itulah perasaannya kalau baca karya HF.
Dah banyak nama watak hero mula dengan huruf Z. Orang ketiga pulak selalunya tak payah pegi jauh2. Ada je kt sekeliling mereka. Contohnya adik, abang, sepupu, kawan baik and bla bla. Dah brapa kali dah ni duk buat style kena kawen kt luar Malaysia. Huhuhu...
Tapi kali ni watak ibu bapa yang sangat lah baik dan bertimbang rasa. Selalunya kan perangai ntah apa apa.
Lagi satu yang dah banyak kali jumpa perkataan 'miting'. Auto correct ke macamana tu ye.
puan penulis Hani Fazuha memang tidak pernah mengecewakan dalam memberi kisah yang simple tapi punya mesej yang sangat berguna. penyampaian tak boleh pertikai, memang menusuk jiwa.
kalau tidak, masa kan pembaca pun sama terasa kalut dengan dian bila dia terpaksa menikahi dan menyimpan rahsia dengan zaqef. punca utama ialah zaqef tunangan ferra dan ferra, seorang model dan artis dah macam adiknya sendiri.
deniz juga selalu menggiatnya untuk lamar jadi isteri. lagi haru sebab deniz adik zaqef. belum kisah abang adhan yang hendak dijodohkan dengannya.
haru biru!
kebenaran memang pahit tapi itu sahaja jalan untuk merungkai segala kemelut. sepatutnya dian begitu tapi kerana sibuk mahu menjaga hati orang lain dia lupa pada hatinya sendiri.
dan dia lupa
bukan semua manusia yang jernih hati, mampu menerima luka.
Berkahwin sebab hero nak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku
Masalah boss dah bertunang dengan Ferra, yang dianggap adik oleh Yang.
Terjadilah scene suruh Zaqef, suaminya berkahwin dengan Ferra tapi Zaqef tak nak.
Ada soalan yang tidak terjawab. Apa jadi pada Ferra? Cam pelik dari watak yang ceria, suka bermanja boleh jadi seorang yang bengis dan tidak perikemanusiaan.
Overall cerita okay especially masa Yang mengandung.
Kisahnya biasa-biasa saja. Tapi tak taulah kenapa suka sangat. Novel ni sesuai untuk orang yang ada reading slump. Stress-free pakej dengan lori gula terbalik.
Mula-mula macam kurang sikit dengan kisah permulaan hero dan heroin. Bila dah lama-lama tu baru dapat feel antara hero dan heroin. Heroin kira mcm penyondol tak bersalah dalam novel ni, tersepit dan terhimpit. Agak meh jugak bila penulis terus tukarkan watak Ferra begitu, senang cerita nak bagi habis dan tutup segala konflik yang timbul.
Berkahwin kerana terpaksa dan dirahsiakan dari orang sekeliling. Sebenarnya geram dengan Dian yang berkeras nak rahsiakan jugak perkahwinan dia dengan Zaqef atas alasan tak nak sakitkan hati Fera.
Faham yang Dian sememangnya terkesan dengan kecurangan ayahnya sendiri sehinggakan mak dia depressed semua tu, tapi sebab perkahwinan tu dirahsiakan lah masing2 jadi tersepit.
Fera dalam cerita ni sangat2 manja & loving, so it must be a big blowww for Fera sampaikan dia betul2 jadi macam orang lain dan sanggup buat apa yang dia buat tu. Yelah, ada masalah dengan Zaqef cari Dian tapi dalam diam Dian & Zaqef dah kahwin rupanya. Hmmmm...
Lama tak Baca buku Hani fazuha. Best. Kisah zaqef dan Dian yg terpaksa kawen kerana satu insiden. Dian yg nak rahsiakan perkahwinan mereka kerana ferra adalah tunangan zaqef. Overall cerita ni best.
Baca cerita ni rasa geram pulak dengan si hero. Eh... lagi geram dengan heroin kot? Novel HF yang ni pun saya baca dalam 3-4 jam je macam tu. Santai saja, turun naik emosinya tak banyak.
Actually saya hairan kenapa novel ni dijadikan Limited Edition. Sebab nak kata tebal pun tidak juga... baca-baca sedar-sedar dah habis. Eh?
Mungkin HF boleh consider buat mini novel pula selepas ni?