Dilema sungguh nak tentukan jumlah bintang untuk buku ni. Sebab perasaan aku bercampur baur.
Ada perasaan suka, ada perasaan semacam kurang berkenan.
Ia macam ni tau. Aku suka gila dengan watak Ali yang gentleman sangat-sangat tu. Hmm watak Ari pulak... biasa-biasa saja bagi aku.
Senang cakap, macam nilah. Bagi aku, tarikan buku ni sebenarnya ialah perwatakan Ali Alauddin itu sendiri, dan semestinya kerana gaya olahan Rose Harissa yang tidak pernah kosong, mesti akan terselit juga satu dua isu yang menarik walau sesantai mana pun kisah yg dikarangnya.
Ya, kerana dua sebab itu jer yg buatkan aku jadi suka dengan buku Ali Alauddin ni. Kerana Ali, dan kerana RH.
Kalau tengok dari aspek-aspek lain. Macam perwatakan heroin, tiada yg terlalu WOW tentang Ari itu, biasa saja karakter dia. Dan pada jalan cerita buku ini juga, rasanya biasa-biasa juga. Tentang seorang suami yg sangat penyabar lagi budiman dalam cubaan melembutkan hati si isteri agar dirinya diterima sepenuhnya sebagai suami dalam perkahwinan mereka, dalam masa yg sama si suami cuba menghilangkan trauma si isteri. Hmm, aku tiada masalah dengan jalan ceritanya walaupun kisahnya simple. Rasa okay saja, asalkan tak meleret sudah.
Tapi yang aku cakapkan kurang berkenan tu sebenarnya ialah konflik cerita ni. Konflik utamanya tentang Ari yg trauma, Ari yg tak boleh move on dengan bekas tunang yg dah meninggal. Hmm, aku malas cakap banyak pasal konflik ni sebab konfliknya simple dan ringan saja, bukan konflik yg terlalu berat bagi aku. Dan pada hujung-hujung cerita tu, aku fikir bila konflik Ari dah selesai, settle dah lah semua masalah, rupanya mai pulak konflik sampingan lain pasal rahsia Ali dan siapa Jana sebenarnya. Ya Tuhan... Aku terkejut sungguh bab rahsia Ali tu, tak sangka. Speechless jugak sekejap rasa. Sebenarnya part tu laa aku kurang suka tu, rasa macam why laa Ali buat keputusan macam tu masa dia kat England dulu, kenapalah dia perlu berkait dengan seorang Jana yg tak guna tu. Jana dan keluarganya semua tak guna, tergamak aniaya Ali dengan cara memalukan macam tu. Tapi itulah, balasan Tuhan tu kan wujud, jadinya sekelip mata aibnya pula yg terbongkar teruk dan Ali pula yg dipuji-puji. Apa-apa pun aku happy dengan ending Jana tu, hahaha aku memang kejam.🤣
So sebenarnya sikit-sikit saja part yg buat aku rasa geram dan kurang suka tu, tak banyak pun. Cuma kat part yg ada babak Jana saja. Setiap kali ada scene pasal Jana, haaaaa kat part tu laa yg aku tak suka tu. Nampak tak aku punya menyampah dan benci kat perempuan tu sampaikan hampir-hampir menjejaskan rating penuh aku untuk buku Ali ni.🙄
Ya, aku tetap beri 5* jugak kerana seorang Ali yg gentleman tu.😌 Walaupun kisahnya biasa-biasa, tetapi RH jadikan Ali Alauddin tu seorang yg luar dari biasa. Hmm.. Ari jugak yg untung dapat suami macam Ali tu.😗