Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bella #2

Bella 2

Rate this book
Selepas berkahwin Bella meninggalkan segalanya. Kerja dan kehidupan lamanya. Perlahan-lahan Bella mengubah cara pemakaian dan tingkah laku. Dia bukan lagi seorang Bella yang seksi dan penuh keangkuhan. Namun, penghijrahannya itu tidak mampu memadamkan dosa yang pernah dilakukan.

"Kau tahu daripada awal, tapi kau masih kahwin dengan perempuan ni?” – Encik Kamil

Saat bapa mentuanya mengetahui kisah sebenar di sebalik kematian arwah Khalil, hidup Bella dan Khareef tidak sama lagi. Bella cuba memohon kemaafan tetapi segala usahanya dipandang sepi.

"Saya minta maaf. Sebab saya awak dan ayah bergaduh macam ni.” – Bella

"Shh… This is not your fault.” - Khareef

Ketenangan Bella semakin tergugat apabila Amina, bekas kakak ipar Khareef mengganggu hidupnya dan Khareef. Wanita itu seolah-olah mahu berlawan dengan Bella.

"Ayah nak kau ceraikan dia! Dan kahwin dengan Amina," – Encik Kamil

Kata-kata ayah mentuanya itu membuatkan Bella dalam dilema. Dia tidak mahu Khareef terus menjadi anak derhaka gara-gara dirinya. Azamnya mahu menjadi seorang isteri yang baik bukanlah sekadar azam. Dia akan buat apa sahaja demi Khareef.

Apakah tindakan yang harus Bella ambil demi kebahagiaan semua orang? Berbaloikah pengorbanan Bella ini demi menghapuskan dosa silam? Cinta itu bukan sekadar memiliki, tetapi sejauh mana seseorang itu mampu berkorban demi orang yang tersayang.

250 pages, Paperback

Published July 30, 2019

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Nuriffa

35 books63 followers
Juga dikenali sebagai Afifah Yusof

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
2 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
August 8, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Okay, this one is sedikit tebal berbanding dengan Bella I, but not tebal enough that you will take a whole day to finish it.

N habiskan novel ni sekali gus, reading it back-to-back with Bella I.

I like both Bella and Khareef. But more importantly, N suka Khareef yang tetap setia berada di sisi Bella walaupun dipaksa oleh si ayah untuk menceraikan Bella. But then again, I guess it helps that Khareef ni sendiri pun tak berapa nak suka ayah sendiri. So apa kejadahnya nak dengar cakap dia?
Author 2 books
September 21, 2019
Kesinambungan dari buku poket Bella.. it's so nice to see perubahan Bella.. dan Khareef pun walaupun masih ber'aku-kau' dengan Bella, masih nampak sweet-nya dia dan seronok mengusik Bella..

Seperti buku poket Bella, Bella II ini masih boleh saya kategorikan dalam bacaan santai yang pembaca tak perlu pening kepala.. Walaupun ada cubaan dari orang ketiga tapi tak kronik sangat sampai tahap pembaca sakit hati..

Terusik juga dengan ketabahan dan kekuatan baru Bella.. semua orang boleh berubah dan layak diberikan peluang kedua.. kisah Bella ini sedikit sebanyak mampu memberi pengajaran kepada kita..

Tahniah diucapkan kepada Cik Penulis.. teruskan berkarya dan semoga maju jaya!
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.