Bayang Puaka Sekolah mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan, dan Puaka Bilik Darjah. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Khairul Nizam Khairani, Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera, Lyla, Lavender Biru, dan Rhea.
Sekolah adalah fasa yang menyeronokkan dan paling penting dalam hidup seseorang, sama ada bagi yang sudah menjalani ataupun kepada para remaja yang sedang melaluinya sekarang ini. Menariknya tentang fasa ini, boleh dikatakan setiap sekolah mempunyai kisah seramnya yang tersendiri, yang disampaikan dari generasi ke generasi.
Kenapa sentiasa ada kelas yang ditinggalkan kosong dan berkunci di sekolah? Apakah benar ada banyak benda ghaib berkeliaran di sekolah?
Kompilasi 3 buku dari siri cerita hantu bertemakan sekolah. Dalam banyak2 siri cerita hantu tu saya paling suka cerita Puaka Asrama. Berdebar nak habiskan kisah puaka asrama. Plot twist yang tak disangka2. Gabungan kisah seram, mistik, sains fiksyen memang mengujakan. Kisah lain tak kurang hebatnya. Kisah2 seram dalam puaka stor sukan pun menyeramkan. Terbayang plak stor sukan kat sekolah. Seram!
Cerita puaka asrama macam tergantung je atau ada sambungan pada mana-mana buku yang lain 🤔
Paling tak sangka ada juga terselit genre komedi. Terus daripada seram tak berapa nak seram mana 😂
Latar tempat antara cerita agak berulang iaitu stor sukan. Kalau dapat dipelbagaikan lagi baik. Apa-apa pun sebuah buku santai yang seronok untuk dibaca.
Kompilasi Siri Cerita Hantu kejadian seram di sekolah dengan 7 orang penulis yang berpengalaman dan pernah menulis novel sebelum ini.
Maaf saya tidak boleh terima majoriti penceritaan genre seram dalam buku ini. Hanya dua buah cerita bertajuk Puteri Kesuma oleh Pn Katarina dan Penyeru Syaitan oleh Lyla yang logik dan sedikit seram.
#bonet kereta adalah pada bahagian depan kereta (enjin kereta)... boot kereta yang tempat simpan barang... #panah berdarah
Membaca kembali buku-buku dari siri ini yang bertajuk Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan, dan Puaka Bilik Darjah.. Ketiga-tiga novel ini berkaitan sekolah dan berjaya mengembalikan memori semasa disekolah.. Walaupun diulang baca, tetap seronok dan menarik.. Setiap buku ada vibes seram yang tersendiri..
Ada yg menyeramkan and ada juga yg x seram sgt… Overall best… cuma x dpt nk bg 5* sbb ada kisah yg kureng and too rush i must say… apa2 pun 👍🏻 utk kesemua penulis… hehe