SHAZRIMIN, welder yang ditinggalkan kekasih angkara kerjayanya yang tak menjanjikan masa depan. Hidup bujang diteruskan walau bermacam tohmahan dan umpat keji diterima. Pertemuan dengan salah seorang team member di tempat kerja membuatkan dia jatuh hati. Namun disimpan rasa hati yang sentiasa membelenggu dan mengusik perasaan. Mana mungkin dia mencintai lelaki?! Haram! MIKANADYRA. Kehadirannya sering membuatkan jantung Jimin sentiasa berdebar dan tak menentu. Tanpa usikan dan pertelingkahan, ibarat hari Jimin tak lengkap. Mikanadyra yang kasar, kuat menjeling, mulut celopar tapi kaki sentap!
"Jangan sesekali berani buka mulut canang kat bengkel yang aku bawa kau balik kampung. Pastikan mulut kau tu zip elok-elok." - JIMIN
"Kalau aku ter... juga, kau nak buat apa?" - MIKA
"Aku welding mulut kau. Ingat tu!" - JIMIN
Hubungan mereka kian mesra. Keluarga Jimin juga merestui cinta mereka namun, percintaan mereka terhalang angkara ibu Mika yang menjadikan kerjaya Jimin sebagai isu.
"Boleh tak kau serius sikit? Tak kesian kat aku ke? Aku ni yang tersepit antara ..." - MIKA
"Antara aku dengan famili kau? Macam tu? Kalaulah kau rasa tersepit ... Tak tahu nak buat pilihan... Senang saja. Kau pilih famili. Aku okey, jangan jadi anak derhaka. Mungkin kita tak ada jodoh." - JIMIN
Habis tu? Macam mana dengan perhubungan mereka? Takkan Jimin nak biarkan cintanya terputus di tengah jalan sekali lagi? Nak membujang sampai bila, Jimin oi?!
Dua² watak mulut ya Allah pantang dicabar. Sesuailah mereka berdua. Tapi yang paling pedih mulut si Jimin. Memang patut digelar setan! F sendiri menyirap 🤣
F paling suka part Jimin menghadap bakal mentua untuk kali ke2. Sweet talker betul si Jimin. Sampai mak dari tak suka boleh jadi suka. Berkat doa dari Tok jugak.
Bila mereka dah berkahwin, kemain miang si Jimin. Asal Mika jeling je, si Jimin dah tak tentu arah 😁
" Aku rasa kalau kau petik jari mesti ramai beratur kan? Janganlah memilih sangat." - Mika " Kalau yang bersusun tu termasuk kau. Aku pilih kau sajalah. Senang sikit!" - Jimin . I pick the right story in the right moment ! Alhamdulillah HAHAHAHAH. Aku kalau dah hujung-hujung bulan mesti timbul 'reading slump'. Tapi this book berjaya buat mood aku nak membaca tu datang balik. So, aku tersangatlah berpuas hati. . Aku boleh katakan yang cerita ni dari awal sampai habis bagi kau tak kering gusi sebab Mika dengan Jimin ni boleh dikategorikan sebagai anjing dengan kucing. Sampai kadang aku yang penat nak baca part dorang berlawan mulut. Bab2 mengutuk, meloyar bagi jela kat 2 ekor ni HAHAHAHAH. . Tapi yang paling buat aku tertarik ialah bila penulis berjaya membuat aku rasa seronok masuk ke dunia 'welder' ni. Daripada tak tau apa kejadahnya 'welder' tu terus jadi 'pro' HAHAHAH. Banyak info-info menarik tentang pekerjaan 'welder' yang mungkin ramai yang tak tau. . Lagi satu, aku suka lah tengok connection watak utama dengan watak-watak sampingan yang lain. Nampak la kepentingannya. Tak ada la macam hidup berdua je dalam cerita tu. Especially, bila Jimin dengan nenek dia, rasa macam sweet gila. Kau dapat feel realism tu. . Tapi satu benda yang buat aku tertanya-tanya; Kemana perginya John Sengal(?). Dia macam hilang dari radar secara tiba-tiba. Aku mengharapkan ada kesimpulan kecil la untuk watak John Sengal tu. Takkan semudah tu je dia hilang. Hanim pun sama. Aku tak tau la sama ada aku miss ke atau memang takda pasal dorang ni dalam tengah-tengah cerita tu. Aside from that, aku memang puas hati dengan cerita ni. Tahniah kepada penulis kerana berjaya membuat aku jatuh cinta dengan karya pertama beliau. Looking forward for more books in future.
Serious novel Single Terlalu Lama ni highly recommended. And sepanjang pembacaan, aku gelak. Macam-macam feeling aku dapat. Gembira, sedih, sakit hati, semua campur jadi satu.
Novel ni tak berkisar pasal manusia kolar putih. Jimin is welder. Kerja dalam bengkel, panas, perlu guna tenaga 4 kerat. Yang penting usaha+minat. Paling aku suka secara tak langsung aku dapat info yang welding ni ada banyak cabang. Bukan kerja buat gate rumah je. Tapi still kena hina dengan masyarakat. Maybe sebab masyarakat kita tak ada wide knowledge pasal others. Kita hanya tahu kalau duduk office baru jamin masa depan. Boleh nampak usaha Jimin & Hisyam nak kembangkan business.
Tengok ayat memang nampak kasar tapi itu realiti pekerjaan diaorang. Mana ada duduk bengkel cakap "I-You." Walaupun kasar tapi still friendship, brotherhood diaorang superb. Even as a reader, I am so proud of them (even sometimes I wish I was one of them)
Watak dalam ni semua gila-gila. Jimin tak payah cakap. Tapi aku suka nenek Jimin. Dalam gila-gila, kaki desak tapi still dia terima siapa pun pilihan Jimin walaupun senget macam Jimin 🤣 Anyway, overall rating is superb. Aku suka kata-kata dalam novel ni.
Thank you Penulisan2u sebab kenalkan pekerjaan yang kami tahu dia wujud tapi tak tahu di sebalik pekerjaan tu. Secara tak langsung boleh bagi info and ubah stigma masyarakat. To Penerbitan KaryaSeni, tolonglah terbit banyak lagi novel macam ni.
Saya nak letgo novel ini. Mesej jika berminat nak beli. . Boleh la untuk karya yang pertama. Boleh lagi diperhalusi dan diperbaiki untuk karya yang seterusnya.
Novel Single Terlalu Lama nukilan PyNat Mouri. Katanya ini percubaan pertama penulis. Iye ke ni percubaan pertama? Haha. Sebab perjalanan cerita yang ditulis sangat lancar dan tidak ada yang mengganggu fokus pembacaan. Bermakna, setiap bab yang dikarang tidak ada yang membosankan bagi saya.
Berkisar mengenai Jimin yang membujang terlalu lama selepas dikecewakan. Namun tanpa disangka dia bertemu dengan Mika, 'lelaki cantik'. Dari situ bermulalah adegan anjing dan kucing. Itulah orang kata dari benci bertukar sayang. Dengan perbezaan umur yang agak jauh, makin bertambah mulut laser masing-masing.
Secara keseluruhannya, novel Single terlalu Lama! ini merupakan sebuah naskhah yang santai dan mudah dihadam. Tidak bermain dengan emosi atau gerak cerita yang terlalu berat. Dan apa yang menarik bagi saya tentang pekerjaan seorang 'welder' diketengahkan dalam novel ini. Sebagai pembaca, benda-benda baru seperti ini sedikit sebanyak menambah input berguna dan tidaklah orang menganggap membaca novel ini 'buang masa'. Tahniah buat PyNat Mouri!
Kalau korang nak baca buku yang kelakar, boleh la baca. Honestly, aku tak suka sangat kalau buku tu, watak hero heroin dia asyik duk bergaduh je, but this one is exceptional. Takde la aku gelak cam orang gila, tapi almost of the time, aku senyum la baca buku ni. Sebab dorang punya gaduh tu memang umphh..memang keluar segala setan, biawak. .
Jimin ni dah 38 tahun. Dah 10 tahun la single selepas dikecewakan oleh Hanim. Sebabnya dia kerja sebagai welder. Dan dia dapat pekerja baru, nama Mika. Dorang ni, memang asyik duk gaduh je. Tapi akhirnya jatuh cinta. Memang betul la Jimin cakap, dia nak perempuan yang dia boleh ligan. Mika la tu. Jenuh nak ligan. Sikit lagi nak jadi single forever. .
Setahu aku, ni buku pertama penulis. Tapi gaya penulisannya superb, tak nampak gaya newbie la. .
Aku suka juga bila kerjaya welding diketengahkan. Aku yang tak tahu apa-apa pasal welding, kiranya dapat ilmu baru la. .
Oh ya, endingnya pun comel je. Less is more gitu. .
Bacalah kalau korang rasa nak gelak santai tak stress. .
Novel yang sangat menarik! Usually tak berapa suka baca kalau watak wanita kasar dan tomboy tapi yang lain dari yang lain. Watak Mika perfect gandingan dengan Jimin! Jalan cerita simple tapi sangat kelakar! Will look forward to more books by this author!
Konsep penulis mmg jenis hero heroin jenis kelahi..gadoh ja..tp lwak.. mika awek tomboy yg keje welding jumpa lak dgn mamat mulut lepas,bujang terlajak lak..mmg gado je kojenye tp comel la…ganas2 diorg pon stil sweet…cerita santai je… hero bila datang gatai die..aq pon jadi seram..hahhahaa… recommended..👍
Selalu nampak novel ni di popular book, tapi tak berani nak beli sebab takut tak best.. Tiba2, baru2 ni tergerak hati nak beli.. And yes tak menyesal beli.. Ceta dia sangat2 lah best.. Ceta dia lain dari novel lain.. Selama ni ingat kalau heroin berwatak tomboy mesti tak best, tapi lepas baca novel ni betul2 buat fikiran saya berubah.. Tahniah buat penulis yang berjaya buat buku ni menjadi 1 novel yang menarik.. Lawak2 dalam novel ni pun boleh sampai saya sakit perut, sangat2 terkena dalam hati..
My fren ask me to read this book. Dia kata best.I tgk cover ..hmm mcm tak best..bila i baca blurb..ok i terus grab this book. kalau tak best..i nak jual aje.
HAHAHAHAHHA.Tahniah author. i terus jatuh cinta.Selalu watak utama mesti tip top...tapi yang ni hero dia patut ambil insurans mulut...jahat sangat mulut dia tapi at the same time...caring sangat tapi tak tunjuk. Tiga kali i baca...dan i tetap tergelak besar bila i baca bab biawak tu. i wonder la juga..why biawak...but it funny lol! Seriously..lepas ni kalau biawak melintas di jalan...i akan ingat STL dan Jimin teruna lajak usia.ops!
Congratz author pynat mouri. I tak jadi jual. 💛💜STL 💛💜
Best gila! Suka sangat dengan semua watak. Susah nak jumpa karya yang bagi watak sampingan pun betul2 “hidup”. Menyampah and geram dengan perangai Jimin and Mika asyik bergaduh mulut masa awal2 jumpa. Jimin garang sangat tapi suka mengusik Mika, kesian Mika. Dua2 gatal ni yang tak best, still haram nak jugak pegang2 peluk2 eh. Ish rasa nak cubit2 je! Cumanya, ada dialog kadang2 macam confusing siapa yang cakap. Still, novel ni memang worth it and menarik cerita pasal underwater welder, teringat kat Majalah 3 ada tayang pasal underwater welder perempuan, suami dia pun career sama. Ni karya kedua penulis yang saya baca after abang keli tu pun best jugak!
Paling best dan sempoi.Tajuk tu bikin aku berfikir dua kali...author menyindir siapa? Hahaha.Mujur aku tabah..aku beli sebab review best2 belaka.
Hero nama Jimin..ingat dari korea rupanya author saja je. Terbayang park jimin jadi welder jap.hahaha. Banyak ilmu ttg welder underwater bila baca novel ni.Syabas. Ulang banyak kali baca novel ni sebab dialog selamba aje.besttttt!!
Rencah cukup.Cerita tak meleret.Tak sabar selak setiap helaian untuk baca.Paling best,cerita mcm ni tak boring dibaca berulangkali tau sebab sakit perut tergelak banyak.
Cerita ni buat aku tak kering gusi😂Jimin ni dia punya mulut takde insurans lain mcm, jumpa dgn Mika haaa mmg buku bertemu dgn ruas😂tpi sumpah takleh blaa bila dia ckp dia takut dia suka kat kaum sejenis hahaha aduh😂
Mika lak nasib kau sempat confess kalau tak haaaa naya la kau menangis sbb reject Jimin😂bijak bethol dua sekawan tu kenakan kau Mika😂
Anak pulak perangai ikut bapak bethol aduhz😂kecik2 dah pandai mengayat bagi surat cinta hahaha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kali pertama i baca karya this author di digitalplatform Novel. Saban hari tggu author update chapter by chapter STL. Once novel tu dah publish..i terus grab. Novel yang buat i susah sangat nak serius.I asyik tersenyum sorang diri. Jimin & mika sengal couple.hehehe
Tengok tajuk pun dah nak tergelak, apatah lagi bila baca isi di dalamnya. Memang kelakar. Santai dan sempoi.
Saya suka cara penulis kembangkan watak Mika yang nampak tomboi tapi perlahan² kita nampak kelembutannya seiring halaman diselak.
Meletakkan info mengenai jurukimpal juga sangat bersahaja, tak terasa maklumat bulat² disumbat dalam novel tetapi olahan penulis sangat mengujakan. Tambah² part proses pengimpalan dasar laut.
Saya cadangkan novel ini untuk dibaca kepada sesiapa yang gemarkan novel santai tapi tidak kosong. Masih ada ilmu bermanfaat