Jump to ratings and reviews
Rate this book

Senyumlah Bidadariku

Rate this book
"Shin diterima jadi mekanik kereta lumba yang diidamkan tu, mak." - OSHIN ELEENA

"Doktor Para ni maksudnya doktor yang terlatih dengan kemahiran skil penerjunan dan ketenteraan sama macam anggota elit yang lain. Sama-sama turun operasi." - KAPTEN DOKTOR HAZIM

Masing-masing mempunyai 'rasa' antara satu sama lain. Namun, rasa itu tak terluah dan terbiar sepi dimamah masa. Pertemuan di majlis perkahwinan abang Oshin, Sharimin, meyakinkan Hazim untuk membuat keputusan. Pinangan Hazim dirasakan sebagai ancaman besar yang mengganggu-gugat usahanya mencapai impian hidup, menjadi doktor pakar kereta. Namun, kemahuan keluarga menyatukan mereka buatkan Hazim bertindak pantas menawan hati Oshin dengan janjinya. Pertunangan dialngsungkan dengan tergesa-gesa sebelum pemergian Oshin melanjutkan pelajaran ke Jerman. Pelbagai onak duri percintaan yang dilalui Hazim dalam mengikat Oshin dengan kasih dan cintanya. Kejauhan hanyalah jarak yang memisahkan jasad, tapi tetap merapatkan dan menguatkan hati untuk bersama. Dek terlalu sayang dan cinta pada Hazim, Oshin mahu diputuskan pertunangan mereka semata-mata untuk memastikan Hazim bahagia...

"Sekiranya nyawa Shin dah terbang, tunaikan harapan terakhir Shin... Akak bawalah jenazah Shin balik. Shin nak dikebumikan di sebelah kubur abah." - OSHIN ELEENA

Pantang anak jantan menyerah sebelum berjuang. Hazim buat keputusan menggempur Oshin di Jerman bersama Sharimin dan isterinya, Meera. Dia perlu tahu sebab musabab mengapa perkahwinan mereka dibatalkan. Alangkah terkejutnya mereka, melihat Oshin yang menghidap kanser darah berjuang sendirian tanpa keluarga.

"Dan zalimnya Shin sebab sangsi pada abang. Abang cintakan Shin. Segala-galanya tentang Shin... Demi Allah... Demi rasa cinta yang dah terlalu lama abang pendam, abang nak kita disatukan segera." - KAPTEN DOKTOR HAZIM

"No! Gila. Shin tak perlukan simpati sesiapa pun ... Shin akan mati." - OSHIN ELEENA

"Abang pun." - KAPTEN DOKTOR HAZIM

"Abang perlu bahagia." - OSHIN ELEENA

Mampukah Hazim meyakinkan Oshin yang dia bersungguh dengan cintanya? Berjayakah misi AKU INGIN HIDUP yang menjadi matlamat hidup terbaru Oshin? Kuatkah kasih sayang dan cinta Hazim memimpin Oshin untuk bersemangat memperjuangkan hidup matinya? Berdayakah Oshin menewaskan dan seterusnya menjulang piala kehidupan yang diimpikannya selama ini?

Paperback

First published December 1, 2019

2 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Hessa Widad

12 books33 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (56%)
4 stars
18 (43%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for myendlessreadinglist.
132 reviews5 followers
January 1, 2021
Buku pertama untuk tahun 2021. Buku kedua karya penulis yang dibaca. Suka dengan gaya penulis yang tak bawa konflik sampai meleret-leret. Paling suka sebab heroin bukan jenis yang lemah, menurut je apa orang buat dekat dia.
Profile Image for HoneyGee.
150 reviews7 followers
April 10, 2024
Abang akan ambil masa seumur hidup untuk lupakan Oshin.

.

This review may contain spoilers.

Sedih pulak cerita ni. Oshin yang suka berdikari, bila diuji, mahu melawan sendiri. Sedangkan, Hazim nak berjuang bersama-sama. Akhirnya, Oshin kalah dengan pujukan Hazim. Together, we fight! Gitew.

Paling menyakitkan hati bila mak mertua yang dulu berkenan dengan Oshin, mula beralih hati hanya kerana kekurangannya. Tapi, anak mak mertua tu pulak taknak lepaskan kita! Kita pun taknak lepaskan anak mak mertua tu! Datanglah perempuan sebaik Mashitah tu pun, hati Hazim tetap terpikat pada Oshin. Nasib baik pak mertua kita pandai sekolahkan balik bini dia.

Oshin ni dalam pada kasar, ada jiwa lembutnya. Menangis. Menyendiri. Tapi, dia kena kuat demi mak dan abang-abangnya. Sedih sangat bila Oshin luahkan apa yang dia hadapi bila tahu tentang penyakit dia. Scene dekat Jerman tu memang banyak main emosi.

Hazim, mak, abang-abang Oshin, Dalia, Murni dan Donny tulang belakang Oshin yang sangat kuat. Kuat bagi semangat pada Oshin walaupun mereka sebenarnya tak kuat tengok keadaan Oshin.

Ujian demi ujian, finally they live happily ever after.

-1🌟 sebab ada babak laki bini. Double meaning jokes. Other than that, kisah Oshin-Hazim ditulis dengan sangat baik. Pengajaran dan emosi, sampai ke hati.
Profile Image for Mslvoe.
2,125 reviews211 followers
May 28, 2021
Scene kat Jerman bercucur²an airmata.. non-stop pulak itu. Sebak baca kesedihan abang Oshin, Min and tunangnya, Hazim.

Best cerita ini. Oshin cekal and semangat kuat. Bonding family pun best dalam cerita ini. Suka family gitu.
33 reviews6 followers
January 30, 2020
Tulisan penulis lebih matang berbanding novel novel terdahulu. Cerita ni sarat dengan kasih sayang...kasih sayang keluarga oshin yg ohsem dan hero.
Profile Image for copeaaa.
3 reviews1 follower
August 13, 2023
BEST BEST BEST NAMAMPUS!! IT SUITS MY TASTE PERFECTLY. THE ANGST, THE HUMOR, THE REALITY, THE BROMANCE, THE RELATIONSHIP, THE ROMANCEEEEE??!! MWAH CHEF KITH 💋

PERGILA BACA KORANG 🫵🏻😾

kalau ikut nak bagi infinity stars sebab tekak cerewet aku boleh telan cerita ni, papepun KAPTEN HAZIM IS THE STANDARD LOVE LOVE 💓

Oshin meh peluk meh SHES SO STRONG LIKE FREAKING COME HERE I WANNA GIVE YOU A BIG HUG!! 😭😭😭
Profile Image for Pablo Reading Books.
90 reviews15 followers
February 17, 2021
bercucuran air mata baca novel ni..Oshin si mekanik comel dan Kapten Doktor Hazim yg crush dr kecil hingga masing2 dewasa baru jumpa balik...pertunangan diuji bila terpaksa berjauhan dan Oshin sakit leukimia..cerita ni berkisar pasal bonding kekeluargaan tak kira apa hubungan...over protective brothers and husband..dan juga perjuangan Cancer Survivor...highly recomended
Profile Image for INADM.
20 reviews1 follower
September 11, 2020
Best sangat2... kisah yang sarat dengan kasih sayang..
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
December 18, 2021
Tahniah Hessa. Super best cita ni 😍
2 reviews
July 25, 2023
Suka dgn gaya penulisan dlm buku. Plot cerita yg kemas dan menarik, tidak terlalu meleret2. Watak Oshin kuat begitu juga Hazim.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.