Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tiga Catatan Perjalanan

Rate this book
Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu sembilan puisi dalam Catatan I. 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad Haji Salleh.

Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997.

117 pages, Paperback

First published January 1, 1980

2 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Baharuddin Zainal

28 books21 followers
DATUK Baharuddin Zainal atau turut dikenali sebagai Baha Zain anak kelahiran Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (UM) pada 1963 dan Sarjana Sastera di Universiti Indonesia Jakarta (1972).

Baha Zain mula berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1963 sehingga 1984 dengan pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengarang Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera serta bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, sebelum terjun ke dunia penerbitan melalui Pustaka Cipta Sdn Bhd.

Beliau yang lebih dikenali sebagai penyair dan menghasilkan beberapa kumpulan puisi, iaitu Perempuan dan Bayang-Bayang, Dari Kertas Catatan Tengah Malam dan Tiga Catatan Perjalanan (Three Sketches from A Journey), selain Postponing Truth and Other Poems = Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak Lain.

Dalam kesusasteraan tradisional, Baha Zain menyusun semula Hikayat Bakhtiar, Hikayat Umar Umaiyah dan Hikayat Cekal Waneng Pati.

Baha Zain tidak hanya bertingkah dalam penulisan, bahkan beliau turut terbabit dalam aktivisme, iaitu sebagai Setiausaha Satu, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) 1967-1969; Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 1982-1984; Ahli Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pendidikan 1986-1994; Naib Presiden, Persatuan Penterjemah Malaysia 1985-1991; Presiden, Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional 1989-1994; Ahli Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) 1984-1987/2001-2003; Ahli Lembaga Pengelola DBP 1989-1992/2002-2005/2005-2008; Ahli Lembaga Pengarah, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) 1993-2009 dan Presiden PENA 2008-2010.

Namanya terpahat sebagai penyair serantau sehingga dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) pada 1980; Anugerah Penyair GAPENA (1988); Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (2004); Anugerah Budayawan GAPENA (2008) dan Anugerah Tokoh Pena (2011).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (20%)
4 stars
17 (42%)
3 stars
11 (27%)
2 stars
3 (7%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for hans.
1,166 reviews152 followers
February 24, 2020
Kumpulan puisi dalam dua bahasa terbahagi kepada tiga bab catatan. Laras ceritanya berunsur pengalaman, pemerhatian sekitar dan isi hati (catatan kedua seakan lebih personal dan berkait hal perasaan), metafora dan mainan bahasanya merangkum isi alam dan manusiawi, bahasanya mudah namun pemahamannya agak tersirat. Ada yang aku suka (terutama di catatan pertama dan kedua) dan selebihnya biasa dan santai sahaja.

"barangkali takkan bisa kumiliki hatimu
barangkali mungkin dalam mimpi saja
namun segala yang lahir dari puisi
adalah cinta."
Profile Image for Fadillah.
830 reviews53 followers
August 30, 2022
Atas ranjang sempit ini
ketika malam mengunci diri
kekasih bermain cinta
sejurus mengeluh
terlalai dan kesal
antara hutan tebal
sewaktu malam menyebar pekat
askar-askar tertembak
seketika mengaduh
tergeletak dan senyap
ranjang dan medan perang
tak, terduga
puas atau terseksa
- ranjang dan medan perang (februari 1977) : Tiga Catatan Perjalanan (Three Sketches From a Journey) by Baha Zain
.
Sometimes, a short poem can be powerful, and hard hitting too. Thats what i felt when i read ‘Tiga Catatan Perjalanan’ by Baha Zain. His short poems are more impactful compared to the one that lingered for 2 pages. As the title indicates 3 sketches, the chapters also divided into 3 parts. We see the variation of themes from each sketches and how Baha Zain interpret certain subjects in his poems. He dont always write in subtle manner but he’s still manage to tug your heartstrings. I wrote some of the stanza that stood out to me or at least, relatable to me.
.
- Second Stanza from ‘Beberapa Catan Kenangan’
yang kukenangkan
hanya peristiwa
datang seperti mimpi
menjelma siang ia menghilang
menjelma malam ia menggoda
deritaku adalah derita alam
tak berhenti
.
- Catatan Sejarah
kalau dia hidup sepuluh abad
menyaksikan perang demi perang
kemenangan demi kemenangan
lalu duduk menyusun sejarah
dia paling-paling menulis begini:
manusia sekadar meneruskan
pergelutan untuk mati.
.
- Sujud
telah kau taburi bintang-bintang
pada waktu gelap malam
sekelompok di utara
dan beberapa di selatan
berkilau bagai mata kekasih
mengajak aku ke sisi ranjang
menduga rahsia dalam
cintanya.
.
Its refreshing that Baha Zain did not shy away from intimacy and act of love in some of these poems. Its not vulgar and it was done tastefully but It still NSFW for those who knew how to read between the lines. It does gave a vibe of ‘Majnun’ a little bit especially when love is the main theme for certain poems. Overall, I will definitely looking forward to read more of his works. The first time experience was pleasant enough for me to add more of his books into my ever-growing shopee cart.
Profile Image for Hani.
Author 4 books24 followers
January 16, 2015
Baha Zain punya cara paling lembut dan membujuk dalam puisi-puisinya. Walaupun isu yang cuba diungkapkanya besar. Kadang dalam rangkap yang panjang dan selalu dalam rangkap pendek rasa pembaca dijentik berkali-kali. Puas membacanya
Profile Image for Faiz • فائز.
367 reviews3 followers
March 18, 2025
Buku ini ialah kumpulan puisi oleh Baha Zain, sasterawan negara ke-12. Pada bahagian kulit belakang buku, dinyatakan bahawa Prof. Muhammad Haji Salleh ada memberi kata pengantar untuk kumpulan puisi ini, namun dalam buku ini, tiada pula saya dapati ia. Buku dalam pemilikan saya ini ialah Edisi Malaysia Membaca, cetakan kedua (2023).

Seperti yang difahami dan disepakati oleh banyak orang kini, puisi ialah satu bentuk tulisan yang menterjemahkan ekspresi kebebasan. Lintasan hati, rakaman pemerhatian dan perahan akal—menjadi inti kepada puisi. Sejauh manakah kebenarannya? Biarlah puisi-puisi yang berlambak menghiasi lembaran kertas dan disenandungkan di acara-acara tertentu menjawab persoalan ini.

Beralih kepada ulasan khusus terhadap buku ini, puisi-puisi yang dimuatkan ialah dwibahasa (dua bahasa) iaitu bahasa Melayu di bahagian halaman kiri dan bahasa Inggeris di halaman kanan.

Ada puisi kontot, puisi yang nihil makna dan puisi yang merapu-meraban, seperti "tanpa judul" pada halaman 86:

di depanku tak ada apa-apa
kecuali botol
yang telah dikosongkan

di depanku tak ada apa-apa
kecuali gelas
yang kosong

di depanku tak ada apa-apa kecuali
kosong

itulah persoalannya


?????????????????????? (Bilangan tanda soal yang begitu banyak ini menggambarkan keadaan diri saya kala membacanya)

Juga, puisi berjudul "bisikkan ke telinga sayangku" (h. 114):

kerana sejak lelaki pertama turun ke dunia
dia telah digoda oleh wanita


“Digoda” ini jelas-jelas mengandungi tafsiran yang pincang dan salah, yakni ia memberi pengertian bahawa tercampaknya Nabi Adam A.S ke dunia adalah kerana tipu daya wanita—seolah-olah wanita-lah yang bersalah dan layak dibebankan atas kemurkaan Allah ﷻ . Fahaman ini ialah fahaman yang begitu pincang dan menyeleweng daripada Islam. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang perihal ini. Saya sarankan rujuk tafsiran dan penjelasan HAMKA dalam buku beliau, Buya Hamka Berbicara Tentang Wanita. Namun, satu hal yang pasti melalui puisi ini, tergambar ketidaktelitian, ketidakrapian dan kejahilan penulis dalam menulis puisi-puisinya.

Dalam puisi yang sama juga, ada satu baris, "yang mewarisi kesilapan Adamnya". Adakah para Nabi layak dinisbahkan perkataan "silap"? Berkenaan perkara ini, saya sendiri tidak tahu. Andai ada asatizah yang menghuraikan perkara ini, mohon dikhabarkan kepada saya.

Jujurnya, agak kecewa dengan puisi-puisi "moden" yang hampas, jelik dan tiada nilai. Saya sarankan kalian baca penjelasan tuntas daripada Haji Mohd. Affandi Hassan berkenaan perkara ini dalam buku Mutiara Taman Adabi & Dalam Terang (2021) pada bahagian muqaddimah. Rujuk juga puisi-puisi yang dikarang dalam Rangkaian Ruba’iyyat, Mutiara Taman Adabi dan Dalam Terang. Andai ingin menikmati "bentuk" penulisan yang lebih "moden", yakni tidak terikat dengan bunyi atau rima yang sama, jemputlah nikmati Dondang Pembukaan oleh Lutfi Ishak.

Saya tidak berhajat untuk mengulas dengan panjang-lebar dalam ruangan yang terhad ini, namun memadailah untuk dikatakan bahawa kualiti puisi-puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara juga mampu ditandingi oleh penulis biasa, bahkan sesiapa sahaja—andai kayu ukurnya ialah "ekspresi kebebasan dalam berkarya". Syukurlah puisi "anak asia" pada halaman 60 menjadi tali pengikat supaya buku ini tidak dinilai sebagai satu bintang.
Profile Image for ⠀.
120 reviews35 followers
August 27, 2020
Diterbitkan dalam dwi bahasa, buku kumpulan puisi kali ini mengumpulkan 75 buah puisi. Kebanyakan puisi dalam buku ni adalah puisi yang sama telah dikumpulkan di dalam buku kumpulan puisi Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan Dewasa. Jadi, kalau nak ikutkan tak ada la banyak puisi baru yang nak dibaca. Tapi masih ada la juga beberapa buah puisi yang aku suka, antaranya – sepi pun datang di perjalanan yang panjang, catatan sejarah dan kita adalah embun yang tak pernah kekal di atas daun.

Suka serangkap petikan dari puisi yang bertajuk sepi pun datang di perjalanan yang panjang ni:

pemergianmu tanda putusnya mesra yang lama
putusnya pengorbanan ibu pada kami
berhenti lewat nestapa dan syukur
kita sempat bermaafan dan mengenal cinta yang luhur
ibu, aku telah mencuba
tapi Tuhan lebih pintar dari ikhtiar manusia
pada kebesarannya engkau kembali
dan kami tertegun sepi
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Barangkali takkan bisa kumiliki hatimu
Barangkali mungkin dalam mimpi saja
Namun segala yang lahir dari puisi
Adalah cinta.
________________________________
Seronok baca karya lama.
Buku ini istimewa sebab disertakan terjemahan bahasa inggeris sekali.
1 review
March 11, 2019
i like this book because have a many philoshopy
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.