Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mata, Rumah dan Merpati

Rate this book
Kumpulan Cerpen MATA, RUMAH DAN MERPATI menghimpunkan tiga belas (13) cerpen pilihan karya Sasterawan Negara Kemala yang mengungkapkan pelbagai tema dan persoalan. Garapan kisah benar dan pengalaman hidupnya berjaya dinukilkan dalam cerpen-cerpen ini menerusi kekuatan teknik penceritaan, gaya bahasa yang puitis, watak, latar dan sosiobudaya.

Kemala menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards) tahun 1986 daripada kerajaan Thailand.

136 pages, Paperback

First published January 1, 2012

2 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Ahmad Kamal Abdullah

42 books13 followers
**Sasterawan Negara ke-11**

Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah juga dikenali dengan nama Kemala. Selain pernah juga menggunakan nama A.K., Ahmad Jiwa, Dur Kasih, Nur Hiryati dan Nirwana.. Dalam dunia akademia, beliau lebih senang dikenali sebagai Dr. Ahmad Kamal Abdullah. Begitu juga apabila beliau menulis ilmiah, desertasi mahupun esei. Sebagai penyair, beliau menggunakan nama Kemala.

Dilahirkan pada 30 Januari 1941 di Gombak, Selangor, Malaysia. Mendapat pendidikan awal di sekitar Kuala Lumpur. Pernah belajar di Institut Dharma ( Inggeris ) pada tahun 1956. Menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak ( 1958-1962 ) Lulus Sijil Persekolahan ( 1962 ) dan Sijil Tinggi Persekolahan ( 1974 ) secara persendirian. Mengikuti pengajian luar kampus ( 1975-1980 ) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda yang diikuti Sarjana Sastra ( 1985 ) dan Ijazah Doktor Falsafah ( 2000 ) dengan desertasinya berjodol Simbolisme Dalam Puisi Islam di Malaysia 1970-1990.

Pengalaman mengajar ( sebagai guru ) pada tahun 1962-1968 sangat mempengaruhi jiwanya sebagai pendidik. Biarpun kemudian beliau berpindah ke Dewan Bahasa dan Pustaka, menyelaras majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Majalah Perisa, sifat pendidik beliau sangat terasa. Sebagai Pegawai Perancang Bahasa Tingkatan Kanan, juga seorang penyair kawakan, beliau tetap merendah diri dan budiman terhadap karyawan muda.

Kegiatan penulisan Kemala sejak di bangku sekolah dasar. Cerpennya Pengembaraan Ahmad pernah memenangi hadiah di majalah Hiburan. Ketika di Maktab, beliau memestaskan Sri Lembayung. Namun puisilah bakat beliau yang sebenar. Sejak tahun 1960an lagi, puisinya terkandung dalam antologi bersama Laungan ( 1966 ) Telok Gong dan Suara Tujuh ( 1969 ) Antologi ini merupakan perjuangan hidup masyarakat bawahan kaum tani dan buruh.

Mulai tahun 1970an, Kemala tampil dengan keperibadiannya sendiri. Bersama Latiff Mohidin, Dharmawijaya, Zurinah Hassan, Baha Zain dan Muhamad Haji Salleh, nama beliau berada di puncak teratas. Keprolifikan Kemala berakhir dengan lahirnya kumpulan puisi Timbang Terima ( 1970 ) Meditasi ( 1972 ) Kaktus-Kaktus ( 1976 ) Ayn ( 1983 ) ERA ( 1985 ) Pelabuhan Putih ( 1989 ) Titir Zikir ( 1995 ) MIM ( 1999 ) Ziarah Tanah Kudup ( 2006 ) Syurga ke Sembilan ( 2009 ) yang mendapat sorotan luas sebagai penyair Melayu berjiwa Saadi, Rumi atau Khalil Gibran. Puisi kerohaniannya nalar seakan Abdul Hadi WM dan Taufiq Ismail sehingga tak cukup wangkang untuk memunggah karyanya ke bahasa asing seperti Inggeris, Rusia, Perancis, Jerman, Itali, Romania, Slovakia, Arab, Nepal, Serbo, Tamil, Cina, Thailand dan sebagainya.

Pada 21-25 Ogos 1986, beliau ke Struga Poetry Reading, Struga Macadonia. April 1990 ke Asean Voice in English di University Hong Kong, International Conggres og Conparative Literature Association, Tokyo ( 1991 ) International Writing Program di Iowa University, Amerika Syarikat.

Pencapaian dan hadiah yang dimenanginya lumayan banyak. Malam Perhitungan ( drama ) memenangi hadiah Majlis Drama Malaysia ( 1971 ) Puisinya, Laut dan Meditasi ( Hadiah Karya Sastra, 1972 ) Maknawi Itu, Kasihku ( 1975 ) Pada Setiap Kali kau Tiba, Ogos, Bahawa Cinta Itu Kasihku ( 1976 ) Lelabah, Laut dan Cekerawala ( 1982/83 ) Dalam organisasi pula, sebagai Ketua Satu Persatuan penulis Nasional Malaysia ( PENA - 1983-1984 ) Setiausaha Satu Gabungan Penulis National Malaysia ( GAPENA - 1972-1974 ) Menerima SEA Write Award di Bangkok pada 1986.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (20%)
4 stars
13 (43%)
3 stars
11 (36%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
February 2, 2020
Pertama kali baca cerpen-cerpen Kemala. Aku suka watak-watak cerita beliau yang datang dari pelbagai naratif kehidupan, perangai dan tahap umur-- menghadap konflik harian yang biasa dalam perhubungan, keluarga dan kerjaya. Ceritanya kemas, bahasa, kias dan ungkapan yang tersusun (cuma sayang sekali banyak sungguh typographical error dalam edisi yang aku baca ini). Penceritaan merangkumi variasi kehidupan sosial masyarakat 70an-80an juga ada sisipan hal sejarah dan patriotism. Santai saja tapi setiapnya bagi impak dan moral yang bagus.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
August 8, 2020
Mata, Rumah dan Merpati menghimpunkan cerpen-cerpen dengan kisah-kisah yang dekat dan sering kali dipaparkan di kalangan masyarakat Melayu. Dibawa dengan penuh teladan dan juga pengajaran. Dari kisah balasan pengkhianat bangsa ke perebutan harta yang sering kali berlaku dalam kalangan keluarga sehinggalah ke perbalahan kuasa ahli-ahli jawatankuasa di institusi keagamaan. Setiap cerpen yang ditulis terasa dekat dengan realiti yang masih lagi berlaku pada masa sekarang, menjadikan cerpen-cerpen di dalam buku ini mudah difahami dan dihargai kisahnya.

Bahasa yang digubah oleh penulis pula jelas sekali indah dan berbunga-bunga. Tetapi tidak dinafikan dalam beberapa cerpen membacanya agak memenatkan. Lebih-lebih lagi kerana terasa seperti bahasa-bahasa puitis ini didahulukan dan diutamakan daripada kisah pendek yang mahu disampaikan di dalam beberapa cerpen. Walau bagaimanapun, kepada pembaca yang meminati penggunaan bahasa seperti ini bermungkinan akan lebih menghargainya dan mempunyai pengalaman membaca yang berbeza. Dalam beberapa cerpen juga terasa sedikit pengulangan apabila dibangkitkan kisah percintaan. Bagi buku yang agak nipis dengan cerpen-cerpen yang bilangannya sedikit, membaca kisah seorang kekasih diduakan meskipun dari latar berbeza dalam beberapa cerpen berbeza membuatkan cerita terasa sama dan berulang.

Tetapi Mata, Rumah dah Merpati tetap masih lagi merupakan bahan bacaan yang berbaloi dibaca, terutamanya jika dipandang dari sudut teladan dan pengajaran yang boleh diangkat dari setiap cerpen. Cuma bagi mereka yang sensitif dengan pendedahan cerita, tidak disarankan untuk membaca bahagian Pengenalan buku ini yang sedikit sebanyak merumuskan kisah-kisah setiap cerpen.
Profile Image for Faiz • فائز.
362 reviews3 followers
July 21, 2024
Ahmad Kamal Abdullah, dengan nama penanya Kemala, merupakan Sasterawan Negara ke-11. Beliau lebih masyhur dengan dengan puisi-puisi, namun tidaklah bermakna beliau tidak menulis cerpen. Tesis dan latihan ilmiah beliau dalam rehlah ijazah sarjana dan kedoktoran beliau dahulu juga berkisarkan puisi, maka wajarlah kekuatan beliau dinilai di situ. Saya berhajat memiliki dan membaca puisi-puisi karangan beliau.

Berkenaan puisi, diamati oleh V.I. Braginsky, bahawa kekuatan puisi Kemala ialah beliau menulis berdasarkan imej dan lambang yang sering digunapakai dalam tradisi tasawuf Melayu, misalnya:

i. pelaut sebagai pencari makna
ii. pelabuhan sebagai perhentian di jalan tarekat
iii. pulau sebagai pernyataan tertinggi (yakni kemuncak hakikat), dan
iv. teluk sebagai jiwa

Berkenaan kumpulan cerpen, satu inspirasi buat saya untuk menulis apa yang “kita lihat dan kita dengar”. Dinyatakan juga pada mukadimah buku akan alasan mengapa cerpen-cerpen ini ditulis: semuanya bersangkut-paut dengan pengamalan yang beliau sendiri lalui. Membaca perihal ini, terlontar saya ke belakang akan nasihat daripada seorang sahabat saya untuk menulis apa yang berada dekat (sekeliling) dengan kita. Tujuannya agar kita lebih memahami dan menjiwai tulisan tersebut.

Di bahagian mukadimah juga, Kemala juga mendedahkan saya dengan bacaan-bacaan beliau seperti Nyanyi Sunyi Amir Hamzah (Sutan Takdir menanggapi bahawa karya ini merupakan salah satu puncak kepenyairan Indonesia), puisi-puisi Tongkat Warrant dan Faridah Hanum oleh Syeikh al-Hadi. Insya-Allah, karya-karya yang dibaca oleh beliau, akan saya baca juga. Dan, semoga beliau tenang abadi di alam bening sana. Al-Fatihah.

Profile Image for Siti Zafira.
47 reviews5 followers
August 18, 2021
Mata, Rumah, dan Merpati merupakan kumpulan cerpen Kemala. Terdapat 13 buah cerpen dalam kumpulan cerpen ini yang ditulis oleh Kemala antara tahun 1970 hingga 2000.

Pemilihan Titiwangsa sebagai cerpen pertama dalam naskhah ini sememangnya menjejakkan kesan emosi buat saya secara peribadi. Saya sangat menyukai cerpen ini.

Lantaran seronok membaca Titiwangsa, saya jadi lebih teruja membaca cerpen-cerpen seterusnya, Namun demikian, ada beberapa cerpen seterusnya yang garapannya seakan kurang kemas.

Bahagian Pengenalan agak terperinci untuk dibaca. Cadangan saya, mungkin bagus juga jika Pengenalan dibaca hanya setelah semua cerpen dibaca agar momentum teruja dapat dikekalkan.

Secara umum, saya amat berpuas hati dapat menelaah sastera Melayu moden ini walaupun kesalahan tipografi agak menjejaskan tumpuan.
Profile Image for Syud A.
29 reviews
November 18, 2025
Himpunan kumpulan cerpen yang menghimpunkan tiga belas (13) cerpen karya Sasterawan Negara Kemala. Mengungkapkan pelbagai tema kehidupan untuk dijadikan teladan.

Bahasa Melayu klasik yang indah namun tidak aku nafikan agak penat untuk membaca kerana penggunaan bahasa yang banyak. Cerpen-cerpen memaparkan kisah bukan percintaan tipikal.

Untuk pemula? Jika anda mahu membaca cerpen yang mempunya kelainan, aku sarankan. Tapi jika mahu membaca untuk membunuh kebosanan, cerpen-cerpen ini bukan pilihan terbaik.
Profile Image for Anis Noh.
56 reviews1 follower
November 5, 2023
Cerpen-cerpen mengenai masyarakat biasa, tetapi diceritakan dengan penuh emosi dan kesan kepada pembaca. Setiap cerpen ada kesinambungan kecil dengan karakter di cerpen sebelumnya menunjukkan kadang-kala hidup kita “berkesinambungan” dengan kehidupan orang lain, malah dengan cara sekecil apa pun, kadang-kala menjadikan orang asing menjadi teman rapat.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.