What do you think?

Membunuh Atas Nama Tuhan
Ramai orang Islam melihat berjubah itu sebagai pakaian Islam, sedangkan jubah bukan isu Islam, tetapi isu bangsa Arab. Abu Jahal dan Abu Lahab juga berjubah, walaupun mereka tidak beragama Islam. Semua persepsi ini wujud, kerana agama sudah dilihat daripada tafsiran bias perkauaman.
Penafsiran agama dari sudut kekaguman terhadap tokoh, menyebabkan ada pihak yang menganut aliran mazhab al-Syafie, Hanafi, Hambali, dan Maliki. Mereka kagum dengan ketokohan al-Imam al-Syafie, menjadikan mereka bermazhab al-Syafie, seperti itu juga berlaku pada penganut aliran mazhab Maliki, Hanafi, dan Hambali.
Dalam kalangan itu, ada yang terlalu ta'assub sehingga menganggap kebenaran tidak wujud kecuali dari aliran mazhab mereka sahaja. Apa yang berbeda dengan imam mereka, maka itu dianggap sebagai sesat dan batil.

198 pages, Paperback
Published July 1, 2019
About the author
Wan Ji Wan Hussin
15 books19 followersNama : Wan Ji bin Wan Hussin (Pak Syaikh Muka Buku)
Kelahiran : Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan
Pendidikan :
1-Institut pendidikan al-Balaghul Mubin, pasir Mas Kelantan (tahfiz al-Quran);
2-Pondok Lubuk Tapah, pasir mas kelantan;
3-Karachi, Pakistan;
4-Al-Azhar, Mesir;
5-Universiti Malaysia Kelantan.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
January 25, 2020
10 bab. Ada 3 bab yang menarik; Membunuh Atas Nama Tuhan (bab 2), Non Muslim Ke Syurga (bab 4) dan Polemik Anjing (bab 10)
Banyak point menarik dalam buku ni. Jangan risau pasal perkataan arab yang digunakan penulis, sebab disertakan sekali maksudnya. Contoh; sareh (jelas dan nyata), zanni (sangkaan), fatanah (kebijaksanaan), dan lain².
Setiap bab dimulakan dengan kupasan definisi setiap perkataan / tajuk utama, kemudia ditapis dengan dalil² seperti tafsir al-Quran & hadis dari pelbagai riwayat / perawi hadis. Dari situ, mula membentuk hujah / tesis dari kacamata penulis, diolah mengikut kesesuaian tajuk.
Kelemahan yang ketara mengganggu pembacaan: missing link. Ada certain part yang typo tu mengganggu the whole context, misalnya macam para 2 mukasurat 16; "faktor kasih sayang dan kebahagiaan rumah tangga akan datang merupakan... " Apa? Apa yg penulis nak sampaikan?
Kesilapan tatabahasa, terutama pada kata nama khas. Setiap kata nama khas harus bermula dengan huruf besar. Dari awal sampai hujung buku, dalam setiap bab yang dibincangkan, tak pernah tak ada kesilapan teknikal ni. Sakit je mata aku baca. Editor semak ke tidak sebenarnya sebelum cetak buku ni?
3/5 je aku bagi:
+1 kulit buku,
+1 olahan isi,
+1 sumber rujukan,
-1 ayat² tergantung,
-1 kesilapan tatabahasa.

September 10, 2020
Buku kedua dari Ustaz Wan Ji yang telah habis dibaca. Konteks buku ini seakan sama atau selari dengan buku nya "Ulama Bukan Pewaris Nabi". Namun begitu, isu-isu yang ditulis didalam buku ini harus dikaji dan terus digali agar persoalan yang timbul itu dapat menemui jawapan yang moderat lagi adil buat satu-satu permasalahan yang timbul.
Penulis memfokuskan isu-isu utama yang wujud di dalam negara Malaysia. Isu-isu yang diutarakan penulis adalah isu yang sensitif buat umat Islam di Malaysia. Ia melibatkan autoriti agama dalam mengendalikan masalah-masalah yang berkaitan dengan agama Islam. Tafsiran agama yang begitu sempit dan tidak meluas sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam tradisional yang mana lebih rencam. Penulis percaya jika ulama-ulama yang ada di Malaysia ini lebih berlapang dada dan tidak dicengkam autoriti, para mujtahid akan lebih bernas dalam menyelesaikan sesuatu masalah berkenaan agama dan begitu seharusnya berlaku. Dalam berijtihad berkenaan agama Islam, para mujtahid haruslah bebas dari dicengkam apa-apa yang membelitkan mereka dari kebebasan mentafsir.

February 9, 2025
Siri kumpulan artikel tulisan Ustaz Wan Ji.
Perjalanan pendidikan Ustaz Wan Ji (UWJ) sama dengan perjalanan yang dilalui oleh Arwah Nik Aziz. Ini memberi sedikit latar belakang kepada pendidikan yang membentuk pemikiran UWJ. Tetapi tidak bermakna pandangan mereka berdua, sama. Apa yang dapat kita kata adalah cukup campuran tradisionalist dan kontemporari dalam membentuk susur galur pendidikan UWJ.
Siri artikel di dalam buku ini cuba menjawab beberapa soalan asas dari segi hukum. Soalan asas yang berlegar dalam ruang perbincangan melayu Islam. Semua jawapan yang UWJ berikan adalah berdasarkan pandangan banyak Imam Mazhab. UWJ cuba memberitahu kita banyak hukum hakam agama ini tidak hitam putih. Mungkin haram pada Shafiee tetapi harus pada Hambali, contohnya.
Ini satu pendedahan yang bagus untuk umum terutama kita yang hidup dalam keadaan sekarang. Keadaan yang maklumat banyak boleh didapati dihujung jari dan ramai "ustaz" yang terlalu cepat menghukum tanpa mampu memberi sebab yang sahih kepada hukum itu.
Cuma buku ini dari segi pengeditan banyak yang perlu diperbaiki. Terutama dari segi benda asas; ejaan, tatabahasa, masalah utama kepada penerbitan indie.

October 3, 2022
Buku yang menarik membincangkan topik2 yang kontroversional & sensitif dalam masyarakat melayu kita hari ni. Suka dengan cara penulis menghuraikan topik dengan bahasa yang santai dan memulakan perbincangan dengan menyentuh perkara yang umum terlebih dahulu dan diikuti dengan perkara yang spesifik. Isu2 yang dikupas sedikit sebanyak membuat saya berfikir semula akan tindakan lalu saya yang hanya ikut secara membabi buta tanpa bertanggungjawab mencari justifikasi atau kebenarannya terlebih dahulu. Ia mungkin juga disebabkan budaya skeptik dalam masyarakat kita dan tiadanya kerjasama antara gol agamawan dan pemerintah dll.
Bagi 3 bintang sebab banyak sangat kesalahan tatabahasa, tulisan arab yang tidak tersusun, ayat tergantung dll.

April 14, 2021
Kita menerima atau menolak sesuatu perkara berdasarkan hujah apa ?
Buku yang membentangkan rujukan kepada banyak persoalan yang kontroversial , baik untuk dijadikan rujukan melalui hujah perbandingan yang ditulis oleh penulis . Walaupun banyak typing error kadang kala annoying juga tapi masih boleh faham .Antara kupasan persoalan @ tajuk yang saya rasa menarik ialah polemik anjing , nabi perempuan dan membunuh atas nama tuhan.

July 1, 2020
Pemilihan topik yang selalunya menjadi kontroversi lebih2 lagi Islam di Malaysia (baca:Melayu, masyarakat majmuk), diulas dgn santai dan ringkas namun tidak pula mengurangkan isi yang sangat detail penceritaanya.. 3 Bintang sebab tak puas, nak lagi!!
April 15, 2021
Sebuah makalah ringkas yang menjawab segala persoalan sensitif yang biasa berlegar dalam masyarakat. Ust. Wan Ji Wan Husin dengan jaya menunjukkan contoh ikutan baik dalam menyampaikan mesej “tugas orang yang mempunyai ilmu adalah menyeru, bukan menghukum.”
Kekhilafan jawapan dijawab dengan kemas besertakan dalil yang saheh lagi sareh untuk dipegang oleh majmuk kita. Oleh sebab, terdapat sesetengah golongan agamawan telah memperdagang dan memperalatkan al-Quran dan hadis sesuka hatinya.
Persepsi masalah yang berlaku apabila orang yang di luar bidang sesuatu ilmu terlalu merasakan mereka berhak untuk mencari solusi. Tugas hakikat orang yang sepatutnya mendokong masalah bidang itu, diketepikan oleh agamawan. Lupa mereka dengan masalah yang sebenar kerana hendak mempertegakkan syiar yang berbaur kepentingan diri.
“Sesuatu maslahah yang mahu dicapai jangan sampai meluputkan maslahah lebih besar” Dr Said Ramadan al-Buti
Langsung dengan peredaran zaman, penyampaian dan penerimaan sesuatu ilmu seharusnya seiring maju, bukan masih ditakuk kejumudan dan momokan. Semoga rahmat keikhlasan berdakwah dan luas dalam memberi pandangan mampu mengeluarkan masyarakat dari kemusykilan nyata.