Jump to ratings and reviews
Rate this book

Masih Cinta

Rate this book
Kerana Rayyan mengaku tak mampu terima Afzan dan masih cintakan Lily, pertunangan yang terjalin hasil desakan keluarga terputus. Afzan undur diri. Cinta yang wujud tanpa sedar dikuburkan dan dia bawa diri ke luar negara.

Lima tahun berlalu, Afzan pulang. Kedatangannya ke Pulau Langkawi menemukan dia semula dengan encik bekas tunang. Cumanya... Rayyan yang ada di hadapannya sekarang bukan lagi Rayyan yang dulu. Rayyan kini lebih matang dan lebih gentleman.

“Afzan, I nak you. I nak you jadi isteri I.” – Rayyan.

Oh! Afzan baru tahu, ‘cinta mati’ Rayya pada Lily sudah bertukar. Sudah jadi ‘cinta berkubur’. Mungkin Rayyan fikir, mengubat luka di hati Afzan itu semudah menyebut ABC.
Untuk kali kedua, kerana keluarga dan atas sebab cinta buat Rayyan masih tak mampu dipadamkan, Afzan beri peluang kedua yang Rayyan minta. Tapi, rupanya Lily itu tak pernah hilang dalam kisah hidup mereka berdua.

“She still wants you. Do you still want her?” – Afzan.
“Jangan nak mengarut boleh tak? I love you, Afzan. Only you!
Tolonglah percaya. – Rayyan.

Mampukah Rayyan meyakinkan hanya Afzan yang dia mahukan? Atau Afzan akan sekali lagi mengundur diri dan mengaku tewas di tangan Lily?

320 pages, Paperback

Published October 1, 2019

1 person is currently reading
17 people want to read

About the author

Farah Husain

35 books209 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (25%)
4 stars
23 (52%)
3 stars
8 (18%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews108 followers
March 11, 2020
2.85 stars.

I'm sorry. But it's too fluffy.

Dah lama tak baca anything from FH, so bila nampak she has a new book, just grabbed it tanpa fikir banyak. I like the synopsis and the cover is lovely (I'm a sucker for lovely visuals 😉).

But I think this one was too light compared to her previous works. A bit under par for someone with her reputation.

Until next time ya.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
September 21, 2024
second chance light read, best! even awal tu Rayyan red flag haha Afzan patut buat dia grovel more

and tak puasss scene lepas kahwin sikit sangat tahu tahu dah habis hmmm dengan nama banyak errornya fening aku mana satu betul ni
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
September 7, 2021
Kisah yang sweet dan simple. Hai... lama tak baca cerita begini.

Memang tak suka Rayyan yang dulu namun seiring dengan masa dan kesan yang ditinggalkan Afzan mampu merubah seorang Rayyan menjadi dewasa.

Dan... si Leha (hahaha). Meroyan agaknya minah ni. Kalau dalam drama boleh buat macam watak cameo. Muncul sekejap je, tapi boleh buat dunia jadi huru hara sekejap.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
May 12, 2020
An utterly light reading.

Jika ada rasa sakit pun sedikit sahaja di awal penceritaan bila Rayyan bagai tiada pendirian yg tetap dan di akhir cerita bila Lily buat hal.

Awalnya tak suka Rayyan. Kesian Afzan. Rayyan shd have told her that he has someone not when he was caught red handed. Bukan sekali malah berkali2.

Lily tahu tentang Afzan but not Afzan. Both girls are not at fault. But Lily sepatutnya tak continue the relationship any longer since Rayyan dah buat pilihan bertunang dengan Afzan. Its the right thing to do eventhough he chose to continue their relationship after that. Dalam keadaan begini who come 1st dah tak penting lagi considering Rayyan pilih untuk mengikut kehendak keluarga.

Tapi saya suka pembacaan seterusnya setelah Afzan buat keputusan bulat untuk memutuskan pertunangan di hadapan Lily sendiri. Ia bagai satu wake up call buat Rayyan.

(Umur Rayyan ketika itu 23 dan Afzan 21)

Okaylah. Takde rasa sakit hati berpanjangan atau terlalu flat. Feeling2 watak jelas. Tak confuse, tak bermain tarik tali dan tegas. Mereka tahu apa yg mereka inginkan masa 2nd segment of the story. Just nice. Short, sweet and simple untuk saya. Tak overdose with lovey dovey words and actions. Overall 👍.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
May 7, 2020
seperti biasa, penulis Farah Husain takkan benarkan pembaca karyanya kecewa. diberi rasa, diberi jiwa, diberi cinta...

rayyan saja yang tak nampak itu semua. yang dia nampak, lily... lily... lily... afzan sekadar teman dan tunang terpaksa.

tapi

bila afzan ambil tindakan drastik dengan memulangkan cincin pertunangan, dia bagai nak gila. sana sini kenang afzan. hingga sanggup terbang ke uk untuk jumpa afzan yang dapat sambung belajar di sana. tapi kemesraan afzan dengan insan lain buat dia kecewa.

padan muka!

part II - selepas lima tahun. adakah cinta rahsia hati mereka masih wujud dalam hati masing-masing?

mereka?

afzan pun sebenar, merahsiakan perasaan. konon sanggup putuskan pertunangan. tapi dia pun merana. kalau tidak, masa kan selepas lima tahun berjumpa kembali, dia tak berdaya nak buat tak tahu pada rayyan? tidak...

masih cinta...

ya.

tapi, sanggup tak nak terus terang. pula tu, ada pihak lain pun sama terlibat sewaktu mereka putus pertunangan dulu. sanggup nak confess kembali dengan keluarga?

ikan di laut, asam di darat...
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
July 7, 2022
Cerita Kak Farah tak sah kalau tak sweet! 😍

Awal cerita memang rasa nak hempuk Rayyan. Tapi lepas 5 tahun tu nasib dah berubah tapi macam lambat, kan? Geram jugak lagi. Hahaha

Afzan dari dulu sayang dia tapi bukan dia nak faham. Hailaaaaa... nasib ending dia bersama jugak.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
February 9, 2020
Farah Husain dan sweet berpisah tiada. Itu ungkapan yg sesuai bila membaca karya2 dr penulis. Kisah yg santai dan sesuai dibaca bila berada di dlm keadaan stress.

Rayyan mmg seorang ank yg baik bila dia tidak menentang ditunangkn dgn Afzan walau cintanya hanya utk Lily. Tetapi bila kecurangan berulang kali diperlihatkan di depan mata, Afzan nekad utk memutuskan pertunangan. Baginya dia yg kelihatan spt org ketiga dlm hubungan Rayyan-Lily-Afzan.

Bila Afzan hilang di depan mata, barulah rasa cinta itu timbul dan Rayyan merasakan dirinya sudah terlambat utk memiliki Afzan. Namun setelah 5 tahun, peluang kedua yg muncul membuatkan Rayyan tidak mahu lagi bertangguh utk mendapatkan Afzan. Masa inilah kita disajikan adegan sweet bergula percintaan mereka.

Kehadiran semula Lily dlm hidup Rayyan dan Afzan bg saya hanyalah secebis kotoran yg melekat di baju. Tiada langsung rasa nk marah Lily tu sbb Rayyan tak melayan. Cuma cara Lily yg inginkan kembali Rayyan sgt lah spt perempuan yg terdesak🤔.

Anyway tahniah FH atas cerita ini👍
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
May 19, 2022
By the time aku nak beli buku die..harga die dah melebihi dr harga asal..tp Alhamdulillah rejeki aq dpt buku baru dlm plastik and murah…

Farah husain mmg wellknown dgn cerita sweet yg santai..ni kisah seorg lelaki yg masih tak matang..cinta mati dgn gf die tp dijodohkan lak dgn pilihan keluarga… pilihan keluarga pulak mmg cun yg jnis easy going..so die pon mmg senang nak berkawan dgn tunang die tu cuma tu la..dah ade gf kan…
So nak jadikan cerita..kantoi..and hero ngaku die syg mati kat gf die tp he promise to sort things out…after few time kantoi..hmmm..heroin dah jadi mcm tak best..so instead tungu hero sort things…die je beralah…

They both in love with each other sebnrnye tp si hero lak time tu baru sedar and heroin nak move on and further study to uk..

After 5 years they meet again with more matured attitude…arghhh…sweet la bile masing2 mmg simpan perasaan lagi and terus terang je dgn feeling memasing..
Scene yg aq rase sweet time die bg heroin pgg jam die…skali kantoi kt bff diorg…limited edition watch kot..pe hal nak bg ex fiance ko pgg la kan…konon alasan la utk jumpa lagi…aloloooo…..sweet r….

Recommended wei…love2…😘
Profile Image for Jessica.
171 reviews
April 29, 2020
2020 #6

#PKP #Ramadan7

Macam biasa novel Kak Farah always sweet romantik sampai dreaming mahu ada this kind of hero dalam hidup seharian gitu. Hahaha...

Rayyan & Afzan bertunang then putus because si Rayyan ada Lily. But then both of them realize yg mereka ada feelings towards each other. And their stories began when they meet again after 5 years.

Yang rasa kureng best macam terlalu banyak kesalahan bahasa. Ejaan ada sikit & ayat ada sikit. Contoh cam sepatutnya Afzan yang bercakap but nama Rayyan tertulis. But still boleh faham laa.

I like conversation Rayyan & Afzan in English. Ada ayat baru yg sis belajar. Sis pon tidaklah bijak berbahasa inggeris bombastik. Simple jek. Confident level so low!

Kak Farah punya English in every novel memang superb. Tu yang kenkadang syok baca. Heheheeh...

Apa-apa pon sangat sangat sangat menghiburkan. Ya... simple story but for me yang suka simple things... sangat memuaskan. Hehe... recommended!
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
December 13, 2020
Alahai sweetnya Rayyan & Afzan
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.