Buku ini ialah edisi ketiga yang diterbitkan ITBM. Sebelum ini ia pernah diterbitkan pada tahun 1993 dan 1994. Edisi ini dikemas kini dengan maklumat tentang buku dan membaca.
Kajian Perpustakaan Negara Malaysia pada 2014 merekodkan seorang rakyat Malaysia membaca 15 hingga 20 buku setahun. Angka ini berganda jauh lebih baik dibandingkan hanya satu halaman setahun pada awal 1980-an. Bagaimanapun, kadar membaca negara masih jauh ketinggalan, kerana berbanding 31.7 juta bilangan populasi hari ini (2019), sasaran ideal yang mesti dicapai ialah setiap rakyat Malaysia perlu membaca 30 buku setahun.
Justeru, buku ini yang merupakan edisi ketiga, telah ditulis semula, diperbaharui kandungannya, dikemas kini dan diberi tambahan bab serta kata pendahuluan baharu, dengan matlamat untuk membantu anda mengatasi pelbagai masalah berkaitan membaca. Menerusi buku ini, penulis berazam menjadikan anda pembaca lebih cemerlang, mahir menggunakan pelbagai kaedah pembacaan berbeza, dan akhirnya berkeupayaan membaca lebih 30 buku setahun, selari matlamat digariskan untuk penduduk sebuah negara maju.
Pendek kata, ini peluang keemasan. Buku ini mendedahkan 1,001 rahsia serta tips berkaitan membaca, selain berkongsi pelbagai teknik pembacaan, termasuk kaedah luncuran (skimming) serta imbasan (scanning) yang akan membolehkan anda membaca sehingga 20,000 patah perkataan seminit! Justeru, miliki buku ini. Ia boleh membantu menjadikan hidup anda lebih berjaya dan sekali gus meletakkan anda menjadi sebahagian pencorak arah baharu masa depan dan ketamadunan bangsa serta negara.
With an army father posted in different states around the country, Zaini learnt to be independent from a young age, living in a student hostel for the children of army personnel in Melaka, visiting his parents during school holidays.
The country's youngest Vice Chancellor at 43 years old, Zaini joined UTM as a permanent academic staff in 1988.
Although he is now an acknowledged water expert, Zaini did not have any childhood ambitions to become a scientist. He credits his chemistry and biology teachers at school for awakening his interest in science.
Zaini Ujang is an academic administrator, environmental engineers and scientist who attempts to blend knowledge, skills, experience and innovation in a harmonious manner. As Secretary-General of the Higher Education Ministry, he helmed the direction of the 2015-2025 Education Development Plan (Higher Education)with a variety of innovations and transformations Education Development Plan in terms of ecosystem, governance and funding of higher education institutions.
As Vice-Chancellor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) from 2008-2013, he introduced the new academia as his brainchild, and transformed UTM into the first local university to have more than 50% of graduate students, especially in Science and Technology. He was also the first recipient of the Merdeka Award (distinguished academic achievement in 2009.
Zaini’s scholastic achievement and thought leadership in water matters were soon recognised locally and internationally. He is currently the Chairman of the Environmental Quality Council, Malaysia and is one of the Commissioners of the National Commission on Water Services. He was the Vice President of the International Water Association (IWA) from 2004-06, and serves as Deputy President of the Malaysia Water Association. Zaini is a Fellow to the Institution of Chemical Engineers (UK) and the Academy of Sciences Malaysia. He has been the Senior Advisor to the Prince Khalid bin Sultan Chair on Water Research, King Saud University, Saudi Arabia since January this year and heads a team studying groundwater issues in Madinah.
Zaini has received several accolades for his outstanding scientific research including the Malaysia Water Award 2004 (Research), the Outstanding Young Malaysian Award (Academic leadership) in 2004 and the Gold Medal from the Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA) Expo on Research & Development in 2005.
Zaini has published over 200 technical papers, 22 books, chapters, monographs and technical reports on environmental engineering. He and his coworkers have registered 21 patents and copyrights. Sought after for his expertise, he has co-edited two books with Mogens Henze, an expert in environmental engineering entitled Municipal Wastewater Management in Developing Countries and Environmental Biotechnology. Zaini was appointed Member of the Editorial Board, Water Science & Technology, WST Water Supply and later appointed editor of the Water and Environmental Management Series in 2003 under IWA Publishing, London. He received the highest citation for journal publications based on the Institute for Scientific Information (ISI) citation index for environmental engineering in Malaysia.
Zaini is a married to Zainah Moktar and is a father of four. Apart from his interest in art, he is a bibliophile who enjoys reading and writing, horseback riding, jungle trekking and cycling.
I actually bought the book in 2019 since I am interested to know about what does a professor or an ex-VC thinks and feels about reading, books and the general reading habit of Malaysians. To be honest, i have not read any books in BM for a long time, so i have doubts of my ability to read..well in BM (as most of the books i read are in English). To my surprise, I am able to understand 80-90% of the BM words used in the book (though with some effort). The book is not perfect though, as there are many forewords that can be kept to 1 or 2 pages. I find them unnecessary and confusing as i want to get to the meat or should i say the content of the book and the fact that the author considers reading slowly a problem or in his words "rintangan membaca". I don't mind speed-reading though, but there are books that are not meant to be swallowed at one go, rather they are meant to be chewed and savored slowly. Therefore, i am giving this book a 4/5 stars for all the things that I mentioned above.
Saya sudah lama berkeinginan membeli buku ini. Kebetulan saya menginap di UTM Scholars Inn untuk suatu kursus, bertemu dengan Encik Khair dan reruai jualan buku ITBM. Mereka di UTM untuk pelancaran buku 40 Hadis yang ditulis oleh penulis yang sama, DS Zaini Ujang. Terus saya membeli buku ini. Tak berkesempatan beli buku 40 Hadis atas kekurangan tunai di tangan.
Buku ini sememangnya tepat untuk dibaca pada awal tahun, memandangkan tahun ini ada azam untuk membaca 3 buah buku setiap bulan (semoga tercapai!). Rupanya buku ini sudah diterbitkan pada tahun 1990-an dan diberi nafas baru oleh ITBM pada tahun 2019.
Penulis menyelitkan perkara-perkara asas tentang membaca. Bab terawal lebih kepada 'teori' mengenai membaca itu sendiri - motivasi, rintangan untuk membaca, mitos tentang membaca. Bahagian yang paling mengujakan adalah Bab 7 dan 8 - yang mana ada latihan praktikal untuk pembacaan pantas. Penulis mengupas beberapa jenis cara untuk membaca, dan juga bagaimana pemilihan bahan bacaan mengikut waktu. Dalam buku ini, penulis banyak memberikan contoh-contoh buku yang baik untuk dibaca - sesuai untuk pembaca baharu yang ingin mencari bahan-bahan bacaan berkualiti.
Sekiranya anda mahukan kaedah dan teknik membaca, langsung sahaja ke Bab 7. Bagaimanapun pengarang sekadar meletakkan kaedah membaca di tempat ketiga dalam konteks rintangan membaca.
Rintangan pertama ialah diri sendiri – perlukan motivasi. Rintangan kedua ialah tabiat – perlukan disiplin diri. Oleh sebab itu, buku ini diberi judul Membaca: Motivasi dan Kaedah. Ia merupakan edisi ketiga selepas edisi pertama (1993) dan edisi kedua (1995).
Edisi pertama dihasilkan sewaktu penulis agak baharu memasuki pasaran kerja. Sungguh pun berlatar belakang pengajian kejuruteraan kimia (bukan bahasa dan linguistik), karya Datuk Seri Dr Zaini Ujang (Zaini) tentang mauduk membaca barangkali paling popular dan siginifikan di tanahair.
Sejak muda belia lagi, Zaini aktif menulis di penerbitan arus perdana malah proaktif mengakrabkan diri dengan tokoh penulis dan pemikir termasuk A. Samad Ismail.
Pelajar dan graduan kejuruteraan ini juga begitu lazim dengan karya-karya sastera termasuk A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Arena Wati, Keris Mas, Azizi Hj Abdullah, Usman Awang, Paulo Coelho, dan Orhan Pamuk.
Meminati karya sastera besar tidak membataskan beliau untuk cemerlang dalam bidang kejuruteraan yang kemudiannya berjaya meraih ijazah PhD dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran di bidang rawatan air dan sisa.
Zaini (yang pernah tinggal berjiran dengan saya di JB) adalah penerima pertama Anugerah Merdeka pada 2009 bagi kategori pencapaian ulung akademik dalam bidang pengurusan dan teknologi rawatan air dan air sisa, strategi pelestarian sumber dan ekologi industri.
Di peringkat antarabangsa, Zaini antara lain pernah menjawat jawatan Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa (International Water Association, IWA) untuk tempoh 2004 hingga 2006, dan editor jurnal antarabangsa Water Science & Technology sejak 2000.
Membaca pelbagai bidang bukanlah suatu yang sia-sia. Ia adalah amalan, tabiat dan budaya dalam peradaban Islam silam yang terkenal dengan sumbangan sains dan teknologi serta kreativiti dan inovasi. Dulu, tokoh dalam pelbagai bidang seperti al-Ghazali, Ibn Sina dan al-Biruni adalah suatu yang biasa.
Pada ketika itu juga, membaca bukan sekadar tabiat dalam kalangan guru dan ilmuwan. Ia adalah tabiat hampir setiap ahli masyarakat. Al-Jahiz dicatatkan meninggal dunia akibat ditimpa dan terkambus oleh buku-buku yang tersusun tinggi. Harus diingat, kerjaya al-Jahiz ialah penjual roti dan ikan, bukan mahaguru di universiti.
Kalau penjual roti dan ikan ada buku sebanyak itu, tidak mustahil, perpustakaan peribadi di rumah adalah suatu perkara yang lumrah pada masa itu, saat kecemerlangan peradaban. Tindak menghairankan jika jumlah buku yang dibaca dan jumlah buku yang diterbitkan menjadi petunjuk kepada ketinggian peradaban sesebuah negara.
Buku ini meletakkan 30 buku setahun sebagai sasaran setiap rakyat Malaysia pada tahun 2020 – sasaran yang sebenarnya diletakkan oleh pihak antarabangsa merujuk kepada jumlah penduduk.
Menurut Perpustakaan Negara sebagaimana yang dilaporkan oleh BERNAMA, pada tahun 2017, purata membaca rakyat Malaysia ialah 20 buku/tahun. Kata lah pada tahun 2020, kita mencapai sasaran 30/tahun. Ternyata kita masih jauh ketinggalan berbanding pencapaian Korea Selatan iaitu 40 buku/tahun.
Saya berasakan karya Zaini untuk edisi ketiga tampak lebih ‘Islamis’ jika dibandingkan dengan karya-karya beliau sewaktu menjawat jawatan Naib Canselor UTM. Ini berdasarkan kepada banyak perenggan yang berbicara dari perspektif Islam secara langsung.
Akhir kalam, sekali pun kita mampu membaca dengan pantas, kalau tak semangat membaca, maka ia kurang berguna dan bermanfaat. Nah, berapakah sasaran buku yang ingin anda baca dalam tahun ini?
Goodread barangkali antara wadah terbaik dalam menzahirkan sasaran ini bersama komuniti pembaca tegar (ulat buku?) yang sekali gus diharapkan dapat melestarikan motivasi dan inspirasi untuk lebih banyak membaca buku berbanding membaca media sosial dalam tahun 2020.
Buku ini adalah edisi ketiga diterbitkan tahun 2019. Edisi pertama dan kedua pernah diterbitkan pada tahun 1993 dan 1994. Penerbit edisi awal ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala edisi terbaru ini diusahakan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM).
Saya teruja untuk mendapatkan buku ini apabila seorang rakan berkongsi di Facebook. Dia ialah salah seorang editor buku ini.
Dalam fikiran saya, apakah kandungan buku tentang membaca? Saya suka membaca, namun belum boleh dikatakan pembaca tegar. Pembaca kasual mungkin ya.
Apabila membuka halaman pertama, saya terus membaca pendahuluan diikuti kata pengantar oleh Pak Samad. Pak Samad yang dimaksudkan di sini ialah Tan Sri (Dr.) A. Samad Ismail, seorang tokoh wartawan.
Penulis, Dato’ Prof Dr Zaini Ujang menceritakan minatnya yang mendalam dalam aktiviti membaca sehingga beliau berusaha untuk mendekati Pak Samad. Atas kesungguhan dan peluang yang ada, beliau dapat berguru dengan tokoh yang disegani ini.
Buku ini empat bahagian dengan sepuluh bab.
Penulis membincangkan kepentingan membaca dalam masyarakat berilmu dan motivasi untuk membaca. Sudah tentu bagi orang Islam, dorongan membaca itu jelas sekali dengan turunnya ayat al-Quran yang pertama.
Selain itu, kita juga didedahkan dengan pelbagai faktor motivasi yang akan meningkatkan minat kita membaca.
Dalam bab lain, penulis menerangkan kepentingan membuat persediaan untuk membaca seperti tempat dan masa yang sesuai. Apa yang menarik, aktiviti membaca ini sangat fleksibel berbanding hobi yang lain contohnya memasak. Membaca boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Walaupun begitu, pembacaan bahan bacaan yang serius atau ilmiah memerlukan ruang yang tenang supaya hasil pembacaan lebih berkualiti.
Selain itu, penulis turut menerangkan beberapa kaedah membaca. Kemahiran membaca pantas misalnya akan menjimatkan masa dan memberi peluang untuk kita membaca lebih banyak buku. Beliau menyediakan beberapa latihan bagi kaedah yang dicadangkan.
Tak sangka juga saya tergolong dalam kategori pembaca pantas, iaitu boleh membaca 600 perkataan dalam masa 2 minit.
Namun menurut penulis, pembaca pantas ini boleh meningkatkan kemahiran dengan membaca lebih pantas. Kuncinya ialah berlatih.
Buku ini sangat disarankan bagi mereka yang baru bermula dengan hobi membaca atau mahu membaca dengan lebih berkesan.
Buku ini bagus untuk membangkitkan semula minat membaca. Ditulis oleh tokoh yang hebat dan beliau juga seorang penulis yang prolifik.
Buku yang berbaloi dimiliki dengan kulit keras dan kualiti kertas yang baik. Cuma saiz dan jenis tulisan yang kecil agak memenatkan bagi pembaca. Namun, isi kandungannya yang menggamit pembaca menjadikan isu tulisan bukan hal yang utama.
1. Buku ini telah diulang cetak sebanyak 3 kali. Cetakan pertama pada tahun 1993, cetakan kedua pada tahun 1994. Akhir sekali, cetakan yang ketiga iaitu pada tahun 2019.
2. Apa yang menarik pada buku ini ialah pengarang iaitu Dato' Seri Ir. Dr Zaini Ujang menjelaskan pada bahagian pendahuluan dengan sangat berisi dengan inti yang bakal dikatakan dalam buku Membaca: Motivasi dan Kaedah.
3. Antara input yang saya dapati pada bahagian tersebut adalah tujuan kepada aktiviti pembacaan. Dato' Seri Ir. Dr Zaini Ujang menyatakan dengan membaca seseorang itu akan memahami ilmu, bantu dalam berfikir, mendekatkan dengan kebenaran. Boleh juga mengkhayalkan dan menghiburkan, membahagiakan juga memberi ketenangan.
4. Selain itu, beliau mengatakan membaca mampu menjelaskan pelbagai persoalan dalam kehidupan. Berfungsi mencapai hakikat insan. Bukan semata-mata pada habuan dunia. Membaca dapat membebaskan masa kita daripada kerja sekarang. Membebaskan minda daripada kejumudan. Membaca juga membuatkan minda menjadi lebih segar.
5. Dato' Seri Ir. Dr Zaini Ujang juga menyatakan cara-cara memilih bahan bacaan yang sepatutnya. Contohnya perlu mengetahui kewibawaan pengarang. Beliau juga menggalakan setiap rumah mempunyai perpustakaan peribadi, secara tak langsung tabiat untuk membeli buku akan dipupuk sedikit demi sedikit.
6. Dato' Seri Ir. Dr Zaini Ujang juga menceritakan berkaitan pengalaman beliau menganjurkan pesta buku semasa zaman mahasiswa lagi.Contohnya semasa mengetuai Persatuan Mahasiswa UTM beliau menganjurkan Pesta Buku UTM pada tahun 1986.
7. Dato' Seri Ir. Dr Zaini Ujang juga berkongsi berkaitan nama-nama penulis yang boleh kita contohi seperti A. Samad Said, A. Samad Ismail dan lain-lain. Jika penulis luar negara pula ialah Haruki Murakami, Yoko Ogawa dan sebagainya. Yang menariknya beliau menceritakan aspek-aspek penting yang telah mempengaruhi hidup beliau berdasarkan tokoh-tokoh berkenaan.
8. Penjelasan pada bab pendahuluan menyebabkan saya membaca buku ini sehingga habis. Buku ini terdapat latihan gerakan mata bagi mengatasi masalah lambat membaca. Bab 10 merupakan penambahan bab daripada cetakan yang sebelumnya menjadikan buku ini lebih menarik dengan maklumat yang lain.
9. Sebagai seorang yang malas membaca seperti saya, buku Membaca: Motivasi dan Kaedah berjaya memberi kesedaran untuk menggunakan setiap masa bagi aktiviti yang bermanfaat khususnya pembacaan.
10. Saya berharap buku ini perlu dimiliki dan diletakkan pada setiap rak buku peribadi masing-masing.
Sebuah buku yang sangat informatif! Walaupun anda mungkin seorang pembaca yang tegar, buku ini akan memberi impak baru terhadap aktiviti pembacaan anda. Anda akan melihat dunia pembacaan dengan nafas baru dan lebih bersemangat. Tiada guna berkejar, berlumba membaca buku hanya kerana inginkan pencapaian ‘jumlah’ buku dibaca untuk dijaja kepada rakan taulan yang bahawasanya anda seorang ‘ulat buku’! Buku harus dibaca, difahami, dihormati dan apabila kita telah lakukan yang sepatutnya, makna dan hakikat pembacaan itu akan terungkai dengan sendirinya.
Objektif pembacaan selain dari apa yang diterangkan dalam buku ini, antara lainnya juga harus bersifat jujur dan juga kerana sebagai manusia kita sentiasa bersifat ingin-tahu (curiosity!) Saya 100% bersetuju bahawa walaupun anda mungkin seorang yang beraliran cthnya kejuruteraan; anda harus membaca buku-buku lain dari pelbagai genre juga. Sepertimana pepatah yang biasa kita dengar iaitu jauh perjalanan, luas pengalaman maka begitulah juga ‘ banyak membaca, luas pengetahuan’. Jikalau kita hendak lebih mendalami sesuatu perkara, tahap pembacaan boleh ditingkatkan sebagaimana yang diterangkan di dalam buku ini. Buku ini menjelaskan dengan begitu menghiburkan tentang kaedah pembacaan, tahap pembacaan, mitos pembacaan, etc.
Sejujurnya, saya rasa bangga (wink!wink!) apabila penulis ada menyatakan (dalam Bab 4 ms 71) yang antara bahan bacaan adalah ‘kertas cadangan projek’ yang disediakan oleh jurutera perunding ( senyum sampai telinga!) bagi merealisasikan sesebuah projek. Kertas cadangan projek mengandungi bahan bacaan yang penting seperti konsep projek, anggaran kos, kelulusan yang diperlukan dari pihak berkuasa, etc. Ianya menjadi bahan bacaan yang dirujuk sepanjang projek berlangsung. Memang betul! Pengalaman saya sebagai jurutera perunding ( renewable energy, waste to energy, buildings )memang menuntut saya membaca begitu banyak rujukan ilmiah dan juga menghasilkan bukan saja design integration (rekaan); tetapi juga penulisan yang sangat teknikal bagi menjayakan projek tersebut. Selain dari ‘kertas cadangan projek’, terdapat pelbagai lagi dokumen lain yang perlu disediakan sepanjang projek berjalan dan sudah tentunya lebih banyak rujukan diperlukan. Secara tidak langsung, ini mewajibkan kami merujuk pada bahan rujukan yang sesuai seperti jurnal, buku-buku, tesis, dll, dan kemudiannya menulis, merangka sesuatu yang juga merupakan bahan bacaan yang dipersembahkan kepada pihak klien, pihak berkuasa dan pihak konsultan perunding yang lain.
Aktiviti membaca adalah sesuatu yang boleh kita perbaiki jika sebelumnya tidak menepati stail pembacaan yang diharapkan. Tidak semua bahan bacaan perlukan kaedah bacaan yang serupa. Betul! Cara membaca buku novel fiksyen tak sama dengan cara membaca buku bersifat ilmiah. Adakalanya, saya seperti merangkak juga apabila cuba membaca dan memahami sesuatu yang sangat asing/ baru tetapi perlu bagi mencapi kefahaman secara holistik. Buku ini memberi tips bagaimana kita boleh dengan pantas (berserta kefahaman!) membaca buku- buku yang bersifat ilmiah. Kadangkala, buku-buku seperti ini tidak perlu dibaca dari mula hingga ke hujungnya kerana fakta yang dicari itu hanya berada dibeberapa bab yang tertentu sahaja. Maka teknik imbasan, luncuran boleh digunakan. Anda mungkin sudah biasa menggunakan teknik begini, namun buku ini memberi nama kepada teknik khusus yang telah anda biasa gunakan itu dan betapa pentingnya teknik itu dalam mempercekapkan bacaan anda! Cool!
Dari awal saya membaca buku ini, saya ada berharap pihak penulis akan berkongsi buku-buku berkenaan rekaan rak buku yang beliau pernah rujuk. Begitu juga cara menangkis habuk terutamanya rak buku yang tidak bertutup! ( selain mengelap hari2!). Oh ya...saya ada terfikir jika beliau selalu memberi pinjam buku2 beliau kepada orang lain? Masalah yang sering saya hadapi adalah bila diberi pinjam, buku tersebut terus menjadi hakmiilik peribadi orang yang diberi pinjam tersebut ataupun terlalu liat hendak pulangkan sehingga saya sendiri terlupa buku itu di tangan orang! Bukan nak kedekut ilmu tetapi saya cukup tak suka orang begini! Malas nak beli buku sendiri tapi bila pinjam, tak reti nak pulang! Heheeee...
1. Nama penulis bukan asing lagi dalam bidang alam sekitar tapi bagaimana beliau dapat menulis buku seperti ini? 2. Saya berasa hairan kenapa pencinta buku membaca tentang membaca? 3. Cover buku ni cantik (dan memberi ruang mengintai ke rak buku orang😆)
Persoalan saya terungkai apabila membaca buku ini:
* Saya tak pernah sedar yang membaca sesuatu buku perlukan objektif. Salah satunya adalah untuk mencari 'makna dan hakikat diri'
* Motivasi 30 buku setahun? (Yang terbaik pernah saya buat 12 buku saja itupun sebab ada cuti bersalin 3 bulan😂). Buku ni berjaya ubah mindset saya. InsyaAllah akan cuba buat lebih baik tahun ini.
* Bahan bacaan. Tidak terhad kepada 1 cabang pengkhususan saja dan boleh dicapahkan kepada minat/hobi/curiosity kita. Kalau saya seorang surirumah, kenapa tidak saya membaca buku tentang kejuruteraan atau perubatan atau sejarah? Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan juga
* Kaedah membaca pantas dan berfikiran kritis - dua perkara yang rasanya boleh berlatih lagi
Akhir kata, saya ingin memetik kata2 penulis di mukasurat 25 "...kita perlu sentiasa berdoa supaya Allah mengizinkan sesuatu tabiat itu terbentuk pada diri kita..."
Took quite some time to finish this book. Overall I love it much, easy and simple to understand. The message is clear, read more. There’s techniques on how you can achieve it. Side note, religion is very much part of Malaysian Malay culture, do expect references to religion for instance, but I guess this is not a problem for Malaysians in general. 5 star for this book. Proud alumni of UTM.
Dalam buku ni diterangkan secara tuntas tentang membaca khusus untuk geng bibliophile.
Membaca bukan sekadar menghabiskan sesebuah buku. Ia lebih dari itu.
Akan ada buku yang kita tak habis membacanya. Akan ada buku yang sekali duduk kita habis membacanya. Kita tenggelam dalam dunia penulis.
Ada buku pulak hanya sebagai bahan rujukan. Ada buku yang dibaca secara luncuran dan ada pula dibaca secara kritis.
Semua aktiviti membaca memerlukan kemahiran membaca yang tepat dan betul, supaya dapat memaksimumkan penggunaan masa.
Sesuai untuk semua golongan tak kira sama ada kita sudah jatuh cinta dengan buku atau belum. Bagi geng-geng tsundoku capai buku ini dan baca. Insyaallah, masalah tsundoku akan hilang. 😬
Banyak ilmu tentang teknik membaca dari buku ni.. antaranya: 1. penulis menyarankan membahagi bahan bacaan kepada 13 kategori iaitu- kitab pegangan hidup, buku teks, buku bukan fiksyen, novel & fiksyen, buku panduan, surat khabar, majalah, manual, journal, bahan bacaan khas, kertas projek, ensiklopedia & bahan rujukan dan emel/surat/memo. 2. Fahami 6 kaedah membaca supaya dapat capai mutu ilmu dan motif membaca yang tinggi 3. Teruslah membaca seperti hadis Nabi SAW - menuntut ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad 4. Perkataan baru yang dapat dari buku ni: mensiklostil atau membuat salinan yang banyak seperti fotokopi daripada mesin stencil. Pelik tapi benar.. betapa susahnya teknik salinan menggunakan mesin siklostil
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dah lama sangat nak baca buku ni. Baru kalini berpeluang nak baca. Buku ni perlu ada dalam rak setiap keluarga.
Banyak sangat galakkan membaca dalam buku ni.
Kalau dulu kan, kalau baca buku setiap helai nak baca satu persatu. Mesti nak daripada kulit ke kulit. Sekarang, improve la jugak.
Dah faham la tak semua buku perlu baca satu persatu perkataan. Kena kenalpasti apa yang kita nak dapatkan daripada buku tu. Dan boleh tentukan cara pembacaan kita.
Banyak lagi buku yang kita nak baca, maka sangat penting nak tahu objektif dan cara pembacaan kita.
Dan kita boleh tentukan sekian masa untuk bacaan sekian. Kalau tiba tiba jadi malas membaca, awak semua patut baca buku ni semula. 💓💓💓💓💓
Buku ini ditulis oleh seorang tokoh pembaca dan penulis yang telah menulis berpuluh-puluh buah buku. Dalam bukunya ini diserlahkan isu kaedah dan motivasi membaca. Ada banyak kaedah membaca yang membolehkan kita membaca dengan objektif dan pantas sehingga banyak buku boleh dibaca dalam satu-satu masa
Merupakan sebuah buku yang penuh dengan motivasi untuk menjadi seorang pembaca buku tegar. Dipenuhi dengan inspirasi untuk sentiasa meningkatkan semangat membaca buku. Menjelaskan juga kaedah terbaik membaca secara pantas.
Sebagai seorang yang baru mula secara serius dalam aktiviti membaca, buku ini membuka lembaran baru buat saya dalam memahami pembacaan dengan lebih mendalam. Banyak input-input menarik yang secara langsung membantu saya untuk meneruskan aktiviti pembacaan saya dengan lebih efisyen.
Buku yang patut dibaca oleh semua terutamanya para biblioholisme. Ia memberikan motivasi dan panduan untuk membaca serta menghabiskan senarai buku yang masih belum dibaca.
Buku yang membicarakan tentang buku. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian.
Seperti yang ada pada tajuknya, buku ini banyak memberi motivasi untuk kita banyak membaca, dan bagaimana memilih bahan bacaan yang berkualiti.
Menurut penulis, ramai yang gagal dalam bidang yang diceburi kerana tidak tahu cara memperbaiki dan memajukan diri sendiri. Mereka terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan kepentingan membaca.
Pada bahagian teknik membaca, ada dinyatakan cara membaca pantas. Penulis menerangkan mitos di sebalik kaedah membaca pantas. Dalam bahagian itu juga disertakan cara dan latihan yang boleh dibuat.
Apa yang menarik, penulis turut berkongsi beberapa bahan bacaan beliau.
Bacalah ! Tiada lagi alasan untuk tidak membaca. Buku ini berjaya mengubah persepsi salah dan skeptikal saya terhadap membaca dengan cepat. Banyak buku pasal speed reading tapi belum terbuka hati saya.
Rupa-rupanya banyak jenis bacaan dan tahap yang perlu kita tahu. Jadi buku ini berjaya memberi panduan kepada saya. Tahniah penulis.
Penulis juga mengajar macam mana nak tahu buku dan penulis berwibawa. Sedih lihat mahasiswa kurang membaca tapi yang lanjut usia bukan alasan tidak membaca!!!
Buku yang sangat sarat dengan saranan sesuai dengan namanya. Saya berharap agar content buku ini ditambah lagi. Tak terasa puas membacanya. Mungkin akan diulang lagi buat masa depan. Tahniah.