“Dan, mung gi dapur ambik garam nga lado hitam,” arah Lebai Kosim. Shahidan angguk dan mula melangkah ke arah langsir namun langkahnya terhenti tiba-tiba. Diam dia di situ. “Hoh, sebab apo, Dan?” tanya ayahnya kehairanan. “Hmm... Ado lagi ni, ayoh. Ado lagi.” “Gapo? Mano?” “Ado lagi ni duk dapur,” kata Shahidan yang tegak berdiri di depan langsir. “Ai, kito tak boleh masuk ni. Tak boleh. Bahayo.” “Banyok ko, Dan?” Shahidan diam sebentar. Dia kedengaran merengus. “Mung nok gapo?” Suaranya lain macam, tidak menjawab soalan ayahnya tetapi kini bercakap dengan langsir. Di belakang sana, dalam gelap, aku masih merasai kehadiran ‘sesuatu’ itu.
* * *
Siapa sangka Sungai Kelantan menyimpan banyak rahsia. Termasuklah rahsia yang tidak sengaja aku bongkar pada satu petang, semasa pergi memancing dengan kawan baikku, Mat Toya dan Pok Jik.
Khairi Mohd seorang penulis fantasy thriller yang pernah menulis untuk Buku Fixi dan Jemari Seni. Beliau peminat tegar Dan Brown selain Muse, Ed Sheeran dan Projector Band.
Khairi Mohd, terkini, aktif dalam proses menerbitkan sendiri buku beliau di bawah syarikat AntiGraviti Publishing. Cerita beliau boleh diikuti di khairi-mohd.blogspot.com, just a santai reading after you put down your book.
Antara buku yang ditulis Khairi Mohd:
- Bintang-bintang ke syurga (2009) terbitan Jemari Seni - Yuda di padang maya (2010) terbitan Jemari Seni - Adamaryam (2011) terbitan Jemari Seni - semua karya di atas menggunakan pseudonym Xarine. - Kasyaf (2013) terbitan Buku Fixi
Naskhah seram yang sempurna, TIADA cacat cela: mistik, persahabatan & keluarga digarap kemas. Engkau akan mengikuti POV Ayie, budak kg selekeh yang dibuka hijab (& menjadi "magnet" jembalang). Dialek Kelantan hampir 80% novel menjadi kekuatan utama novel ini 🔥🤟🏻
✅ Vibe orang kampung Kelantan (PAS vs UMNO berkerat rotan berpatah arang) ✅ Persahabatan tulus 3 sekawan ✅ Perwatakan real (Tipikal ayah kampung yang bekeng tangan dulu naik sebelum mulut, mak yang pasrah, kakak sulung manis & bertanggungjawab) ✅ Seram bulu roma merinding 😯
Aku kalau nampak nama Khairi Mohd ni, memang takde syak & ragu lagi. Shut up and take my money. Khairi adalah antara novelis terbaik yang Malaysia pernah saksikan. Plot kemas, bahasa lancar, watak & perwatakan yang cemerlang.
This novel deserves all the hype and the attention. Andai kata Pierre Andre nak comeback sebagai pengarah filem seram lagi, aku akan paksa dia untuk angkat novel Telaga. Kalau barat ada The Conjuring sebagai epitome karya hantu mereka, di Malaysia kita ada Telaga.
Sebuah novel seram keluaran Fixi yg best. Penceritaannya santai, dengan dialog yg menggunakan dialek Kelantan pekat, serta latar suasana kampung yg dekat di hati. Unsur2 misteri dan seramnya juga boleh tahan, berserta plot twist yg tak terjangka. Endingnya juga memuaskan.
Mengisahkan tentang Ayie, seorang budak sebelas tahun yg mampu melihat makhluk halus. Gangguan mula terjadi terhadap dia dan keluarganya selepas dia mencabut paku pada satu batang pisang yg hanyut di sungai. Sejak itu, satu demi satu rahsia dan misteri mula terbongkar.
Telaga oleh Tuan Khairi Mohd adalah beyond Fixi seram. Dia garapkan isu parenting, friendship, sibling-hood, impian dan harapan dalam naskah ini menjadikan dia sebuah karya epik.
Aku suka sangat Ayie, Mat Toya & Pok Jik. 3 budak nakal kampung yg ada bayang - bayang kau dengan geng kampung kau sendiri, yang nakalnya tu senakal-nakalnya dgn kelibat dorang boleh nampak di setiap pelusuk kampung. Panjat pokok, tangkap ayam, mandi sungai, buat onar kecil sana sini tapi dorg ni ade sifat setiakawan yang sangat kuat. Kakak Ayie adalah gadis idaman yang cantik dan bijak, baik budi pekertinya sebab dididik dengan baik oleh ayahnya. Manakala ayah Ayie, walaupun tak bolehlah kata dia ni dayus, tapi short-minded orangnya, cepat menghukum, namun setiap tindakannya adalah untuk lindungi keluarganya. Telaga membuka kisah bersandarkan watak watak utamanya ni.
Jalan cerita Telaga agak slow pace pada awal plot tapi tak bosan langsung. Slowly Tuan Khairi membawa kita menyelam ke serata pelusuk kampung, setiap watak dan perwatakannya diperkenalkan dengan cukup baik dan misteri setiap cerita yang hendak disampaikan dibongkar dengan pelbagai andaian yang disampaikan oleh orang - orang yang terlibat. Bahasa Tuan Khairi bersahaja, namun berkesan untuk membawa nuansa seram dan imaginary menerusi naratif dan plot cerita ni.
Sebuah fixi seram yang baik haruslah ada cemasnya, sebab musababnya, konspirasi teorinya dan impaknya. Dan Telaga bagi aku lengkap dan matang. Yang menjadikan Telaga naskah yang berjaya adalah plot twistnya dan ending cerita ni. Ia meraih air mata.
Usai semuanya terbongkar, Tuan Khairi berjaya memaksa aku menitiskan air mata dengan musibah yg melanda Pok Jik & Mat Toya. Sesungguhnya dorg ni bukannya anak tak guna, jauh di sudut hati dorang, ada baik dalam perkerti dorang, ada cita cita yang hendak dicapai walaupun terlalu jauh berbanding betapa naifnya kehidupan mereka sekarang.
I really appreciate naskah ni. Cukup menarik plotnya, cukup berkembang wataknya, cukup berkesan penggunakan bahasanya, cukup seram pembinaan scene-nya dan cukup matang dan lengkap ceritanya.
This would be my last review (I wish 😂) I have a lot to say about few segments in local book industry. However certain things are best left unspoken. After this, let the number of stars given for each book I’ve read be the hint ☺️
Berkenaan naskah ni pula (yang terpaksa aku beli laju-laju demi mendapatkan tandatangan sang penulis (memandangkan ada 💯 kemungkinan aku tak ke PBAKL 2020)), ada banyak juga yang aku nak komen sebenarnya. Yang pastinya semua baik-baik saja.
Karya ini bagi aku layak untuk 5 ⭐️ (ikut citarasa aku laa). Aku harap naskah ni akan mendapat sambutan ramai. Benda yang baik, sayang kalau disia-siakan.
Tak apa kalau sesekali kita nak buai diri dengan imaginasi indah nian tahap langit sekalipun tapi sebaiknya jangan lupa realiti hidup dan kembalilah berpijak di bumi nyata. Naskah seperti ini yang sedang-sedang saja berat isinya elok sekali sebagai santapan jiwa dan minda.
Begini rupanya rasanya. Rasa menyegarkan baca karya seram yang ditulis dengan baik setelah baca beberapa karya seram yang menyeksakan. Tak ada rasa beban kepala otak cuba nak habiskan. Nak kata sempurna tu, tidaklah. Sebab sejujurnya, ada juga masalah problem trouble dengan konsistensi dan lohong jalan cerita dalam buku ni. Tetapi kebaikannya bertindan-tindan juga, sampai tak tahu nak kasi berapa bintang kat buku ni.
Kisahnya tentang Ayie, kambing hitam dalam keluarganya. Ayie, si budak nakal dan lasak yang lahir dari keluarga tidak berkemampuan. Ayie yang selalu bersama-sama dengan kawan-kawannya, Mat Toya dan Pok Jik ke sungai dan hutan untuk menghabiskan masa atau mencari makanan. Satu kesilapan yang dilakukan Ayie dengan mencabut paku daripada batang pisang yang hanyut di sungai telah menyebabkan dia diekori oleh makhluk halus. Kemudian, salah seorang ahli keluarganya pula mula mengalami gangguan makhluk halus sehingga menyebabkan kekacauan dan tekanan dalam keluarganya.
Kisah bermula dengan baik. Penulis mengambil masa untuk membina watak kanak-kanak yang tidak kedengaran terlalu matang atau terasa seperti kartun yang menjengkelkan. Watak yang dibina terasa realistik, terutama sekali watak Ayie yang ditulis dengan amat berkesan sekali. Diselitkan unsur humor dalam gelagat Ayie dan dalam pada yang sama disisipkan juga unsur hiba menyaksikan nasib malangnya yang sering menjadi mangsa kepada kemarahan tidak terkawal bapanya yang mampu membuatkan pembaca yang bersimpati dengan situasinya mungkin ingin memeluknya sekiranya dia bukan sekadar watak di dalam sebuah buku.
Latar cerita juga dibina dengan baik dan memberi gambaran jelas situasi kehidupan keluarga yang tidak berkemampuan di kawasan kampung, secara khususnya di Kelantan dengan perincian dan uraian yang kadang-kadang buatkan aku rasa seperti kisah yang disampaikan adalah sebahagian daripada kisah peribadi penulis sendiri. Dialog dalam buku ni sarat dengan dialog loghat Kelantan. Secara peribadinya bagi aku, tidak begitu susah untuk difahami. Loghat yang digunakan tidak terlalu pekat. Tetapi mungkin sebab aku pernah ada kenalan dari Kelantan yang walaupun kecek luar dengan aku, kadang-kadang bila dia mamai atau mengantuk akan keluar kecek Kelatenya tu. Dan bila dia mula kecek Kelate tu, memang ada juga tak faham beberapa benda yang dia cakap. Tambahan lagi, untuk beberapa perkataan ada juga terjemahan dalam kurungan disediakan. Ada juga kemudian terselit beberapa kerat dialog dengan loghat utara. Selain itu, setiap penjelasan atau penerangan kepada sesuatu perkara juga tidak ditulis dengan meleret-leret atau panjang berjela. Ada terselit juga dialog membincangkan teori mengenai kepercayaan tahyul yang berpunca daripada khabar angin dan kebarangkalian penjelasan logikanya yang disampaikan secara bersahaja tanpa kedengaran seperti bersyarah yang mana merupakan satu sentuhan menarik untuk dibaca.
Unsur seram dalam cerita disusun dengan baik. Disisip sedikit demi sedikit tetapi tidak secara terlalu melewah dan berlengah-lengah sebelum dibawa ke bahagian kemuncaknya yang ditulis dengan berkesan dan baik tanpa perlu menjadi dramatik secara berlebihan. Ada dua bab di mana gangguan makhluk halus menjadi semakin teruk diceritakan buat meremang juga baca. Lagi-lagi bila baca pada waktu pagi buta pula. Tapi aku tak rasa takut sebab awal sebelum tu kucing aku dah berdentum-dentum hentam pintu nak masuk tidur dalam bilik. Jadi, ada teman pada waktu tu. Tapi ada satu babak dalam babak gangguan makhluk halus tu mengingatkan aku kepada babak rasukan dalam filem The Exorcist.
Bagaimanapun, bila dah nak sampai ke penghujung cerita ada beberapa perkara yang tidak konsisten dan lohong dalam cerita mula aku perasan, selain daripada beberapa perkara yang menimbulkan tanda tanya. Tapi sekiranya apa aku rasa ni salah, aku harap adalah sesiapa sudi jelaskan untuk aku. Di sinilah SPOILER BERMULA.
Ada pendedahan mengenai situasi watak tertentu di bahagian akhir cerita. Sesuatu yang aku boleh agak yang mungkin sekali disebabkan terbaca satu ulasan yang ada spoiler apabila mengaitkan buku ini dengan satu cerita lain tanpa amaran terlebih awal. Siput betul. Tapi takpe, tak ada masalah pun. Sebab cerita kalau berjuta-juta plot twist tapi ditulis dengan caca marba, tidak guna juga. Cuma perkara ini barangkali membuatkan aku lebih mudah sedar dan tertanya-tanya mengenai beberapa lohong yang aku rasa ada dalam pendedahan itu.
Pendedahannya adalah tentang kematian. Kematian watak yang tinggal di kampung dan sepertinya turut pergi ke sekolah yang sama dengan watak utama. Yang menjadi tanda tanya di sini adalah bagaimana watak utama cerita ini tidak tahu mengenai kematian itu. Tidak pastilah bagaimana caranya di Kelantan, tetapi sewaktu zaman sekolah aku dahulu apabila ada kematian murid, akan ada jugalah pengumuman diikuti oleh bacaan Yasin dan doa selamat sewaktu perhimpunan. Dan diberitahu juga pada waktu itu sesi persekolahan masih berjalan dan bukannya pada waktu cuti. Jika tradisi itu tiada pula di Kelantan, bagi aku agak mustahil juga bagi komuniti yang rapat di kawasan kampung yang dengan mudah tersebar khabar angin tentang penduduk kampung sana sini tidak tahu tentang berita kematian seseorang, apatah lagi dua orang. Juga, tertanya-tanya dan tidak dapat fikir sebab yang meyakinkan kenapa ibu Ayie tidak jelaskan kepada anaknya tentang kematian itu bila anaknya ceritakan dia berjumpa dengan si mati.
Selain itu, aku jadi keliru sikit dengan anatomi telaga yang menjadi subjek dalam buku ini. Dah Google dah. Tapi tetap tak faham. Apabila Ayie ditarik keluar dari dasar telaga dan diberikan bantuan CPR, aku ingatkan dia dah keluar dari telaga. Ada kawasan mendatar dalam telaga tanpa air yang sesuai untuk melakukan CPR ke? Dan selepas tu bomba datang keluarkan mereka dari telaga pula. Jadi, di bahagian mana mereka sebelum ni? Mereka buat CPR tu semasa tergantung kepada buluh yang digunakan untuk masuk ke dalam telaga ketika masih dalam telaga ke? Aku keliru kat bahagian itu.
Tetapi ini mungkin juga ada salah faham atau terlepas pandang daripada bahagian aku juga. Sekiranya begitu halnya, diharapkan adalah sesiapa sudi betulkan dan jelaskan kepada aku mengenai perkara ini.
Bagaimanapun, tidak dinafikan juga kisah ini turut mempunyai rentak cerita yang cepat dan mendesak pembaca untuk selesai baca secepat mungkin. Beberapa babak sedih di bahagian akhir cerita juga berjaya buat aku rasa sebak. Cuma beberapa lohong dalam cerita tu mengganggu betul pembacaan aku. Sehinggakan aku terpaksa berhenti baca sekejap untuk mengamuk sebab perjalanan cerita sebelum ni dah sedap dah baca. Tak puas hati betul.
Jadi, itu yang buat aku dilema nak kasi berapa bintang untuk buku ini. Tanpa masalah yang aku jelaskan, mungkin boleh beri 5 bintang. Tetapi kalau nak beri 3 bintang rasa terlalu sikit pula sebab aku suka juga baca buku ni. Jadi, aku berkompromilah dan kasi 4 bintang.
Saya akui saya seorang yang sangat cerewet. Saya sudah lama tidak membaca buku-buku terbitan Buku Fixi sebenarnya. Ada buku-buku Fixi yang laris seperti pisang goreng panas dan mendapat pujian orang banyak tetapi apabila saya mengulitinya sendiri, saya tidak menyukainya. Oleh yang demikian saya amat teliti memilih buku-buku yang saya baca. Justeru itu, dalam banyak-banyak tajuk yang diterbitkan oleh Buku Fixi hanya ada beberapa sahaja yang betul-betul menarik bagi saya.
Karya pertama Khairi Mohd, Kasyaf, adalah antara buku terbitan Buku Fixi yang saya suka. Apabila saya mengetahui beliau menerbitkan buku terkini dengan Fixi, Telaga, kali ini bergenre seram, yang amat berlainan dengan genre yang ditulisnya sebelum ini, saya masih tidak teragak-agak untuk membelinya, kerana saya yakin karya Khairi memang sedap.
Saya tidak menghabiskan masa yang lama untuk menyelesaikan Telaga. Ianya sebuah buku unputdownable, sehingga saya sanggup melanggar waktu tidur saya. Jalan ceritanya kemas, dengan plot pantas dan tidak meleweh-leweh, mampu membangkitkan rasa seram dan sepanjang membacanya saya sentiasa terfikir adakah ini kisah benar yang benar-benar dialami penulis.
80 peratus dialog dalam novel ini menggunakan dialek Kelantan tetapi tidak menjadi masalah langsung kerana hanya ada beberapa perkataan yang tidak familiar dan penulis memberi makna dalam bahasa Melayu standard.
Perasaan seram, kelakar dan sedih terjalin kemas dalam novel ini. Setiap cerita tentang Ayie dan kakaknya yang diganggu puaka Sungai Kelantan, episod-episod Ayie bermain dengan sahabat baiknya Mat Toya dan Pok Jik, babak-babak Ayie yang sentiasa menjadi mangsa kemarahan ayahnya yang panas baran dan kisah acara pengubatan dan ritual menghalau syaitan ditulis dengan dengan baik, ‘sampai’ dan cukup semua perisanya. Dan ya, sekali lagi karya Khairi tidak mengecewakan saya.
Jika ada sesiapa yang mahu membaca buku genre seram, atau Buku Fixi secara amnya, saya memang tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan Telaga.
sedap penceritaan. walaupun banyak dalam dialek kelantan tapi mudah juga untuk difahami apa yang hendak disampaikan.
watak utama, ayie. bersahabat baik dengan pok jik dan mat toya. apa yang tak diredah dek budak bertiga ni. semak, hutan, sungai... berlatar belakangkan kawasan kampung yang berhampiran dengan sungai kelantan. kehidupan yang agak daif.
kakak ayie, marlia seorang gadis yang rupawan. ada saja yang suka dengannya. dan bila gangguan berlaku, ayah mereka senang saja buat kesimpulan - ada yang 'menghantar' kerana mahukan marlia.
marlia dan ayie agak rapat. jadi bila marlia kerasukan, ayie turut sama terkena. ayie nampak segala apa yang berlaku pada marlia.
ayah mereka garang. sangat. ayie selalu kena sesah dengan ayahnya kerana agak nakal. tapi ayie ini juga digambarkan tidak banyak berkata-kata kerana sering menyepi bila ditanya. dia lebih suka memendam rasa. kenapa? ha... sebabnya tangan ayahnya lebih laju dari fikiran.
apa kaitan dengan telaga? di sini yang menariknya. adakala manusia sukar untuk percaya pada yang tidak kelihatan di hadapan mata. tambah si ayie ni budak lagi. dia lebih melihat kepada keseronokan.
rupanya seronok dia membawa padah.
membawa pulang sesuatu yang tidak kelihatan itu dan mendiami telaga di kawasan rumahnya.
dan lagi mencemaskan bila apa yang mereka sangkakan semua jauh dari yang sebenar yang dimahu oleh makhluk itu.
cemas. banyak adegan cemas. tapi satu babak yang buat dada rasa sebak. persahabatan mereka bertiga menidakkan realiti dan bila terbongkar, aduhai... sedih.
apa pun, segalanya dugaan.
dugaan yang mematangkan fikiran dan membuahkan tindakan yang lebih wajar untuk masa akan datang.
Kepada yang pernah membaca novel-novel penulis sebelum ni pasti tak akan fikir banyak untuk dapatkan Telaga.
Pertama sekali, aku suka betul dengan covernya. Memang kalau kau tenung seolah-olah macam kau sedang tenung dari dasar telaga. Huhu... Melihat covernya sahaja kau dah tau yang ini sebuah karya seram dan ini memang berkait dengan cerita pasal telaga.
Seterusnya, cerita ni bila kau baca tu, memang kau akan terbawa-bawa mengimbau suasana dan kenangan di kampung. Kalau kau pernah duduk kampung lah. Ditambah lagi dengan dialog-dialognya dalam dialek Kelantan, memang menambah rencah dan kesedapan pembacaan.
Ketiga, Telaga ni bagi aku penuh jiwa. Sarat dengan elemen persahabatan dan kekeluargaan. Penuh dengan emosi. Kalau kau baca, memang kau akan rasa jiwanya. Memang terusik lah sudut hati kau. Tersentuh dengan eratnya hubungan antara sahabat. Dapat merasai emosi seorang insan yang bergelar ayah dan ibu malah sesama adik-beradik.
Keempat, buku yang kaya dengan jiwa ni dilengkapkan dengan suntikan elemen seram dan misteri yang sederhana namun tidak meleret. Dan buku ni jadi bertambah sedap apabila sampai ke bahagian yang ada twisted plot.
Buku ni layak diangkat ke layar perak. Dan kalau kena gayanya, silap-silap boleh menang Oscar. Ahahaha...
Syabas Khairi Mohd. Kemah keming dio loni. Terus maju!
Zaman-zaman dewasa ni, aku jadi kurang berminat sikit dengan cerita seram. Aku tak suka takutkan diri sendiri, kemudian tak boleh tidur malam. Lepas tu esok pagi jadi letih sebab tak cukup tidur.
Tapi, untuk kali ini aku pilih untuk baca Telaga. Ya, tak dinafikan ceritanya memang seram. Seram sampai ada satu waktu tu terngiang-ngiang babak-babak dalam cerita ni waktu nak lelap mata.
Cuma, yang menariknya naskhah ini, ia bukan seram semata. Keseramannya berlapik dengan elemen kekeluargaan, persahabatan dan budaya yang kuat. Daripada seram, ceritanya perlahan-lahan bertukar sayu dan pilu. Aku menangis, k.
Aku suka watak Marlia yang bijaksana dan matang. Dan rasa nak peluk saja Ayie tu kuat-kuat. Kesian sangat pada dia.
Saudara Khairi Mohd kembali lagi dengan nukilannya yang terbaru berjudul Telaga.Merupakan karya kedua di bawah FIXI selepas Kasyaf.Untuk pengetahuan anda,FIXI jarang menerbitkan karya seram,jadi naskhah Telaga harus didapati.Berbeza dengan Kasyaf,penulis membawa genre seram yang saya rasa percubaan kali pertama olehnya.Namun, penulis berjaya menyampaikan kisah seramnya yang mempunyai selingan humor serta melankolik yang amat baik sekali(juga twist...).Sepanjang pembacaan saya dipenuhi tawa,takut dan sayu di mana ia suatu pengalaman yang mengasyikkan sekali.Tahniah kepada saudara Khairi Mohd atas Telaga dan teruskan berkarya!
sebuah naskhah yg digarap oleh penulis yg sarat dgn rencah, garam dan rasa yg sinonim dgn realiti masyarakat Melayu di kg. Sgt realistik walaupun bergenre seram. Plot yg disusun penulis juga sgt teratur dan berjaya membuatkan emosi pembaca turut sama turun naik dgn emosi watak utama 'Ayie'. Plot twist yg sgt tak terjangka dan mmbuatkan aq hampir menitiskan air mata. Jujur sangat puashati dengan karya penulis kalini dan last word, congrats buat penulis utk karya ni. Teruskan menulis genre seperti ini. 👍👍👍👏👏👏
Rasanya buku ni layak dapat lebih dari 5/5! Dah lama sebenarnya Aku tak baca buku fixi. Perkiraanku, Aku nak baca buku yg santai2 je, lantas Aku pilih beberapa buku fixi. Daaaammmnnn! Ni bukan santai bak hang 😭 Ok, apa yg Aku dapat dan lalui sepanjang pembacaan:-
1. Aku suka pulak dgn watak Ayie ni. Macam dekat sangat dgn hati Aku. The way penulis cerita pasal Ayie and friends ni mmg smooth je. Takde rasa pelik2 ke sangsi2 luar alam ke apa.
2. Kakak Ayie yg lawa dan penyayang. Aku boleh rasa baik dan lawanya si Marlia ni. Sayang betul dia kat adik dia eh.
3. Kasih sayang yg ada dalam buku ni. Nak sampai ending tu Aku nangis puas2. Lagi2 part ayoh dia hak mintak maaf kat anak dia. Aku nangis sungguh. 😭
4. Persahabatan Ayie and friends. (Tak boleh kabor lebih. Ado spoiler deh)
5. Bahasa klate yg Aku rasa uniknya novel ni. Aku dah boleh lah sikit2 royat klate 😂 tubik, gese, mugo, etak, gapo, dan lain2.
6. Kisah seram yg seram tapi santai tapi tak santai sgt. Tapi sure korang sedih and sebak nanti. (Banyak noh tapi)
7. Plot twist. Ya, Aku kira buku ni ada plot twist sebab Aku tak expect pun benda tu jadi mcm tu. (Haha, tokleh royat sini. Spoiler!)
Buku ni ya Allah… PERFECT. Dua round aku nangis sampai sakit kepala bila menuju ending, sedih gila gila walaupun dah well-prepared.
Tags: horror - family - friendship - poverty - tradition
Aku memang ada soft spot kepada buku yang mengangkat isu kemiskinan, seperti buku Seluang Menodak Baung & Dentang—kedua-dua buku ni aku memang rate 5 /5 ⭐️. Dan buku Telaga ni pun sama, naratif tentang kemiskinan tu sangat terasa, lebih-lebih lagi latar buku ini ialah di Kelantan (Pasir Pekan) pada tahun 1992. Aku suka betul latar belakang zaman dulu, memang hiduppp dalam novel ni. Dan dialog dalam Kelantan… memang top notch. Memang terngiang-ngiang suara dan gaya dorang bercakap, sampai.
Keseraman dalam novel ni, memang level tinggi ya. Tak berhenti-henti main character kena kacau. And the plot twist… gila.
I tweeted and talked a lot about this book, nak kata best nya laaa. Tak cukup perkataan nak tulis tapi tolong la baca. Dan tolong sediakan tisu, basah dah kolar baju baca ni 😭 Banyak sangat pengajaran boleh dapat.
Anak dengan kelebihan "istimewa" yang boleh tahan sadis jugak perjalanan kehidupannya.
1. Saya suka dialek kelantan dan suasana latarnya. Sungai, rumpun buluh, rumah papan, telaga. Walaupun ada satu dua part kadang² dialog tu lari sikit dari dialek kelantan tapi masih tak menggangu konsentrasi. 2. Seramnya memang sampai ke dalam jiwa. Terasa macam nampak depan mata. Letih asyik terkejut. 3. Cemasnya betul betul mencemaskan. 4. Sedih dan sebaknya mampu buat saya menitiskan air mata. Waktu Ayie tanya Hj Ahmad betul ke dia anak Iblis. Allahh, sedihhh sangat.
Seram dia, memang aku baca waktu siang sahaja. Walaupun dialog dalam dialek Kelantan, aku boleh faham. Emosi Ayie, boleh dirasai. Babak akhir buat aku sebak. Kasih sayang tu, lain² bagi setiap orang.
Ayie seorang kanak-kanak yang mempunyai kebolehan istimewa. Dan kebolehan itu menarik minat makhluk ghaib untuk mendekatinya. Namun di mata ayahnya dia seolah-olah satu beban yang menyusahkan keluarga malah mendatangkan malapetaka buat kakaknya sendiri.
Kasihan sebenarnya dengan Ayie yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai perkara yang dia sendiri tidak faham juga tidak dipinta. Seorang kanak-kanak yang masih belum faham dunia terpaksa menghadapi ujian di mana orang sekelilingnya tidak faham keadaan dan masalah Ayie yang sebenarnya.
Dan geram juga SH dengan bapanya Ayie ni. Tangan cepat betul naik tanpa usul periksa. Dan yang paling SH geram sebab dia selalu gelarkan Ayie dengan gelaran yang negatif walhal kata-kata dari mulut seorang ayah adalah doa.
Kalau nak baca novel seram yang mempunyai elemen sedih, ini adalah antara pilihan yang boleh dibaca. Babak-babak sedihnya melibatkan talian keluarga dan juga kisah sebuah persahabatan.
Kisah persahabatan Ayie dan 2 rakan - rakannya juga dimasukkan dengan baik. Nakal budak kampung yang selalu buat orang tua risau tetapi kuatnya persahabatan mereka walaupun dilarang berteman antara satu sama lain, tetapi sudahnya kawan itu tetap dicari kembali walaupun secara curi-curi.
Cerita yang ohsem.. Cukup rencahnya.. Hubungan kekeluargaan yang tak berapa cantik, kasih sayang adik dan kakak.. Persahabatan yang kuat antara Ayie, Pok Jib dan Mat Toya.. Plot twist yang tak dijangka dan menyedihkan.. Cuma ada beberapa loghat kelantan yang tak berapa nak faham.. Yang lain memang superb..
BESTTT STORYLINE DIAAA, Tak seram sangat for me, tapi suka dengan gaya bahasa macam tengah baca diari seseorang. Hujung-hujung suspen betul. Siapakah dan apakah itu ?
Bayangkan ada satu kejadian atau musibah menimpa anda, dan musibah itu akan terus-menerus menghantui hidup anda tanpa anda sedar. Tanpa mengetahui mana yang betul dan mana yang ghaib. Tanpa mengambil kira nasihat akan orang sekeliling. Akhirnya anda tidak dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa tanpa mimpi ngeri yang sudah lama berlalu, bermain-main di fikiran seakan-akan anda fikir apa yang anda rasa itu betul, tetapi sebenarnya tidak.
Itulah apa yang dirasai oleh seorang budak sekolah darjah 5 asal Kelantan, iaitu Ayie. Kakak sulungnya Marlia sering dikacau dan dirasuk ‘makhluk halus’, tetapi yang sering dipukul dan dimarahi oleh bapa ialah Ayie sendiri. Ayie seakan-akan penyebab kenapa kakaknya itu diganggu makhluk halus. Bapanya sendiri menggelar Ayie sebagai “anak iblis”. Tetapi betulkah Ayie punca keluarganya menjadi kucar-kacir?
Sangat misteri dan seram, bukan? Ya memang tidak dinafikan, meremang bulu roma apabila penulis menggambarkan makhluk halus itu secara realistik, boleh rasa sendiri ‘benda tu’ dekat belakang saya semasa pembacaan.
Bukan sekadar seram, bahkan semua rasa tercapai sepanjang cerita ini berlangsung. Lawak kanak-kanak riang, sedih dengan nasib keluarga yang hanya berlauk ikan dan telur sepanjang hari, marah akan pergaduhan kecil antara parti politik, kesian akan hubungan renggang antara anak dan ayah, dan gembira melihat suasana suram bertukar pelangi di akhir cerita. Dialek Kelantan yang sangat unik pula akan membuatkan anda seperti masuk di dunia baru. Di dunia yang orang lain tidak nampak.
Bagi yang suka menonton filem-filem seram barat (seperti saya), anda akan dapat teka “perkara yang sebenar”, “mana yang betul atau tak betul” dengan mudah. Apa-apa pun babak pengakhiran memang menyayat hati.
Tertarik dengan tema keluarga dan persahabatan yang digabung dengan hal-hal spiritual dan mistik. Prolog cerita yang bagus, perkembangan naratif pun okay dan tak meleret. Suka dengan watak Ayie walaupun kadang geram dengan perangai ingin tahu dan sikap dia yang tak peduli nasihat orang. Kenapalah sibuk nak tarik batang pisang hanyut penuh paku dalam sungai tu kan dah merasa kena kacau malam-malam sampai Marlia pun terkena sekali.
Plot twist yang aku dah jangka, terutama pasal Mat Toya dan Pok Jik. Suka cara penulis kaitkan hal telaga dengan misteri cerita, pasal pantang-larang orang tua dan hal saka keluarga yang biasa kita dengar dalam kalangan orang Melayu. Kredit untuk penggunaan dialek Kelantan pada dialog walaupun kurang seragam (ada beberapa perkataan yang kejap guna dialek dan kejap tidak) tapi ia bagi kekuatan pada alur cerita-- lebih realistik sebab latar plot pun di Kelantan.
Kadang kasihan juga dengan Ayie pasal layanan ayah dia yang berat sebelah, pilih kasih dalam adik-beradik buat Ayie cari cara lain nak dapatkan perhatian. Karakter-karakter tambahannya juga digarap bagus (aku sebenarnya suka dengan Jefri, lapar lompat tikam pulak bila baca babak Ayie makan di kedai) dengan subplot lain yang menyentuh hal budaya dan politik juga jurang sosial dan taraf hidup/ekonomi. Suasana kampung juga diberi gambaran perinci oleh penulis.
Penghujung cerita yang dramatik tapi aku suka bila penulis masih selitkan misteri di epilog.
Berlatar belakangkan Kampung Pasir Pekan Hulu Kelantan pada tahun 1992, novel ini mengisahkan Ayie, tipikal anak kampung berusia 11 tahun yang sangat nakal. Namun kenakalannya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia dengan tidak sengaja mencabut paku-paku dan kain kuning pada batang pisang yang dijumpai di Sungai Kelantan semasa bermain bersama 2 sahabat baiknya Pok Jik dan Mat Toya. Sejak kejadian itu, pelbagai pengalaman aneh lagi misteri dilalui dia dan kakaknya.
Dibicarakan dari sudut Ayie, novel ini boleh dikatakan kemas, cukup rempah dari segi babak seramnya, sedihnya, kelakar juga ada. Juga kasih sayang keluarga, dan persahabatan yang pastinya pembaca akan berair mata dan kasihan dengan nasib malang Ayie. Dialog loghat Kelantan yang digunakan sememangnya menghidupkan lagi naratif cerita. Pengakhiran juga memuaskan, namun penulis masih meninggalkan persoalan misteri di bahagian epilog.
Walaupun Fixi sinonim untuk 'pembaca matang' namun novel ini saya kira 'bersih', sesuai untuk mereka yang ingin menikmati kisah seram yang menuntun hati. (Saat anda tahu apa sebenarnya berlaku kepada Mat Toya dan Pok Jik memang akan keluar air mata🤧) Antara novel terbaik Fixi yang saya pernah baca, banyak pengajaran pula.
"Kalau jumpa benda pelik-pelik di sungai, jangan sentuh, jangan buat apa-apa.."👀
Sekarang aku dah boleh masukkan buku ni dalam senarai antara buku-buku FIXI yang terbaik pernah aku baca. Mungkin untuk kategori buku seram, ini paling pawer. Atau kedua selepas buku Arif Adly.
Tak pasti angkara hormonal atau cerita dia memang gilababi sedih. Dekat 4 kali aku menangis waktu membaca.
Yang syoknya disebalik cerita seram ni adalah cerita kanak-kanak nakal yang polos dan bodo-bodo aje kerenahnya. Ceritanya natural. Rasa macam tengah baca cerita-cerita rakyat. Dialog pulak dalam bahasa Kelantan, aku rasa hidup. Bonus kalau pembaca paham loghat Kelantan, memang lagi menjiwai kalau baca.
Buku ini dialognya dalam dialek kelantan, namun pembaca boleh memahami apa yang dipertuturkan oleh watak-watak dalam cerita kerana penulisannya sangat natural dan biasa kita dengar.
Plot twist yang menarik namun sudah diguna pakai oleh berbagai cerita berulang kali, dan pasti ada yang dapat mengagak kerana klu-klu yang diberikan jelas sekali.
Gaya penulisan yang lancar dan penuh nakna membuatkan bacaan jadi santai dan sedap dibaca.
Buku ni keluar sama dengan buku aku, Toyol. Tengok cover je aku dah teruja. Kisah Ayie yang dikacau makhluk halus setelah ter-buat sesuatu di dalam sungai. Buat apa? Kena baca lah. Terasa aura seramnya. Tapi plot twist dia sangat2 tak diduga. Terperanjat jugak aku dan kalau air mata aku mula meleleh, kira dah cukup bagus buku ni. Mesti beli. Mesti beli
Boleh terfikir nak baca ni sebab kerap sangat lalu fyp cakap buku Telaga best. SERIOUS, GAIS! MEMANG BEST!
1- Slang Kelantan
Saya rasa keunikan dia banyak kat sini kut. Yang ni yang menyebabkan saya enjoy baca Telaga. Saya bukan orang Kelantan, tapi saya suka loghat orang-orang belah Pantai Timur (Kelantan, Terengganu).
2- Hook
Ini bukan bias sebab buku ni in slang kelantan ke apa tapi memang gaya penulisan buku ni mantap! Awal-awal cerita lagi dah menarik minat saya nak teruskan baca sebab selain focus on genre seram, penulis banyak selit cerita watak-watak ni buat nakal kat dalam kampung tu. So, dalam seram tu pun ada slice of life.
Setting tempat dia pun best — kampung. Seronok baca macam mana cara diorang membesar; mandi sungai, panjat pokok, mengail and so on.
3- Jelas
Gaya penulisan tu sangat sempoi. Selain sempoi, saya suka juga macam mana penulis describe satu-satu benda tu sampai saya boleh bayang dengan jelas.
Contohnya macam waktu Ayie lemas. Penulis describe apa perasaan Ayie time tu, apa jadi kat sekeliling dia, apa yang dia nampak. Senang kata, penulis berjaya hidupkan 5 deria para pembaca sepanjang penceritaan ni.
4- Feel sampai
Serious feel dia sampai! Kunci utama dia semestinya sebab penulis berjaya hidupkan 5 deria tadi. Bila sampai part kelakar, memang takleh tahan gelak. Part seram, meremang teruk satu badan. Part sedih (part ni paling rasa), sampai menitik air weh!
Actually saya dah dapat warning kata buku ni memang best dan sedih. So, saya dah mindset dalam kepala dan nak tengok sejauh mana 'sedih' tu. Tak sangka dalam dok mindset tu, boleh ternangis juga!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ayie seorang budak yang sangat special. Walaupun lahir dalam keluarga miskin tapi hidupnya tetap ceria ditemani dua orang sahabat baiknya, Mat Toya dan Pok Jik. Hidupnya mula huru-hara apabila Ayie dan kakaknya Marlia diganggu oleh makhluk halus. Tiap perkara seram yang berlaku pada dia tak diceritakan pada sesiapa kerana khuatir dituduh penipu dan dipukul oleh ayahnya yang panas baran. Hanya pada kakaknya saja dia bercerita walau tak sepenuhnya kerana mereka berdua sangat rapat.
Semua peristiwa pelik bermula apabila dia terjumpa batang pisang hanyut di sungai. Keadaan batang pisang tu sangat pelik kerana terdapat beratus paku yg tercucuk dan diikat benang. Disebabkan rasa ingin tahu, Ayie menghampiri batang pisang itu walaupun ditegah keras oleh kawan-kawannya. Tanpa sengaja Ayie tercabut paku-paku yang terikat benang tersebut semasa ingin berpaling naik ke darat. Pada masa tu Ayie tidak terfikir langsung perbuatan dia mengundang padah. Bermula saat itu Ayie dan kakaknya kerap dikacau oleh makhluk yang dipanggil hantu air. Telaga yang menjadi sumber utama air keluarga Ayie jugak ada rahsianya.
Berlatarkan suasana kampung di Kelantan dan dialog juga dalam bahasa Kelantan namun masih dapat difahami maksudnya dengan baik. Ada elemen seram, sedih dan kelakar dalam cerita ni. Paling terkesan kisah Ayie dan 2 kawan baiknya. Ada kelakar dan sedih kisah mereka. To be short cerita ni memang best kerana bukan sekadar seram tetapi pelbagai rasa diadun dengan baik dan sampai kepada pembaca.
Sebagai seorang yang jarang baca buku-buku mistik dan hantu, saya suka dengan jalan cerita Telaga. Banyak yang kita dapat belajar selain dari dialek Kelantan disetiap dialog yang ditulis oleh penulis.
Kisah mistik berlaku diperkampungan terpencil bernama Kampung Pasir Pekan Hulu, Kelantan. Berlaku sesuatu kepada seorang remaja belasan tahun, mungkin lebih kepada kanak-kanak dalam lingkungan 11 tahun yang digelar Ayie oleh ahli keluarganya. Dari situ perkara mistik telah berlaki tanpa disedari oleh ahli keluarga.
Bukan hanya sekadar kisah mistik yang dipaparkan melalui Telaga tetapi kisah persahabatan antara Ayie, Mat Toya dan juga Pok Nik. Mengimbau kenangan kita dahulu kala, nakal dan sukar untuk mendengar kata. Berlatar belakangkan tahun 1990-an memang terasa dekat dengan kita yang sudah menginjak usia.
Kisah bapa Ayie juga menarik perhatian saya kerana kasih sayang seorang bapa yang panas baran dan garang berlainan caranya. Ada cara yang tersendiri sehingga kita sebagai pembaca pun agak keliru.
“Ini sayang ke menghukum??”
Walaupun dipandang sebagai seorang yang panas baran oleh masyarakat keliling tetapi kita tidak tahu apa yang ditanggung olehnya. Seorang yang sedaya upaya menunaikan tanggungjawab dan berikan keselesaan untuk keluarga. Sukar untuk mendalami apa yang dirasa oleh Shahidan.
Semenjak kejadian Ayie lemas di sungai, kehidupan Shahidan umpama jatuh ditimpa tangga. Satu persatu persatu ahli keluarganya diduga terutama Ayie dan satu-satunya anak perempuan yang dikasihi. Begitulah kasih seorang bapa, walau garangnya umpama singa, kasihnya pada keluarga tetap ada.
Kisah Berlatar belakangkan sebuah kampung di negeri kelangan dan buku ni sepenuhnya menguna kan dialek kelatan. Watak utama dalam cerita ni adalah seorang budak lelaki yg hidup dlm keluarga yang daif .dia yg berumur 11 tahun dibenci ayahnya dan pandai membawa diri di dalam kampung dan mempunyai 2 sahabat sejati .
Jalan cerita yg menarik , plot cerita yg sgt tersusun.Cerita yg penuh dengan elemen emosi ,kasih sayang keluar dan persahabatan , seram dan suspen . Untuk sy cerita ni sgt sempurna dan penceritaan yg sgt menusuk hati .