Each story Ada watak.watak tu saling berkait.The best thing is bagaimana setiap watak ii Ni berkait antara satu sama lain.That was mind blowing #dptabstrakim What can I say.Good Book,Good story.Unexpected twist .
Dari Jalan cerita, buku ini memang lain dari yang lain. Memang sangat terbaik, jalan cerita yang tak dapat difikirkan oleh orang lain.
Dari segi bahasa dan penulisan. Penulisan abstrakim agak simple dan mudah difahami. Jadi sangat bagus bagi pembaca baru dan yang untuk bukan peminat novel.
Buku ni tak mengikut norma kebiasaan penulisan novel. Ia cantuman ayat-ayat yang ditulis di media sosial lalu menjadikannya sebuah cerita yang dibukukan. Jadi, tak boleh expect ayat yang sedap. Straight forward sahaja. Tapi, plot cerita dan ideanya bagus. Beberapa kisah yang yang ada dalam buku ni saling berkait dan plot twistnya muncul di hujung cerita.
Nanti akan ada edisi ke-2 dan dijangka jalan cerita akan dikembangkan dan sudah pasti akan ada lebih banyak kejutan.
Rasanya, kalau Dunia Plot Twist ni ditulis kembali mengikut gaya novel dan polish balik ayat-ayatnya pasti akan menaikkan umph dan boleh jadi sebuah novel seram thriller yang baik.
Buku ni memang penuh dengan plot twist (dah nama pun buku ni Dunia Plot Twist🤓😂)masa mula baca buku ni memang OK & dapat faham,tapi bila dah nak habis baca "blur" tapi masih dapat faham sikit.Bila dah baca trivia buku ni baru la faham cerita ni! Best!!! Lepasni nak beli DPT 2 >.<
Beli buku ni sebab selalu baca cerita dia dekat twitter. Plot twist dia memang mantap. Setiap cerita2 pendek tu watak dia berkait antara satu sama lain so pay attention. Kalau tak faham dekat belakang sekali dia ada jelaskan setiap watak2 tu. Seram pon boleh tahan. Nak feel baca la malam2
Tahniah diucapkan kepada penulis kerana berjaya menghasilkan buku ini. Untuk saya, buku ini ada sisi baiknya dan ada kekurangannya (dan penulis ada katakan sebab di bahagian terakhir).
Yang pertama sekali, kudos to the cover illustrator of the book, begitu mengancam dan kena dengan topik, so neat and I love the touch. Congrats for that.
Second, cerita ini ada idea yang baik, jalan cerita yang mindblowing dan perkaitan antara karakter yang bagi saya sangat bernas hasilnya. Cuma, kekurangan sebenar adalah di bahagian karakter development. Ianya tidak begitu dikembangkan dengan baik, dan ada beberapa babak yang tidak seimbang, tapi bab takut dan seram jangan cerita, karya ni memang penuh dengan elemen tu.
Kenapa saya bagi dua bintang? Kerana bagi saya karya ini masih ditahap brainstorm idea, bukan sesuatu yang 'sedap' dibaca sebagai seorang peminat novel. Tapi as I said before, it was a good idea. Saya berharap penulis akan lebih memberi masa untuk membangunkan karakter dan juga setting buku tersebut, kerana tidak sama cerita yang main cantum-cantum dengan cerita yang memang sebuah cerita.
Apapun kudos, dan saya akan tunggu insyaAllah karya seterusnya. Jangan berhenti menulis. Good luck!
sebelum baca buku ni, aku letak expectation tnggi... yela, sbb org kata , buku terbaik 2020. la, plot twist trbaik laa.. tgok review pun, hmm, bleh tahan kata org...
mula je baca buku ni, aku trkejut dan berasa canggung, apahal ayt2 buku ni... x brbunga, straight forward dan kurg umphh... srupa baca twitter ,,, tpi 200 m/s... rupa rupanya , mmg btul... hmpunan drpd citer twitter yg mmbtuk sbuah kisah...
bagi aku, boleh la... jalan crita trbaik,, lain dri yg lain... cuma SERAM die,,, trsgt x seram bagi aku.. entahla, bagi aq , ""scene2 pgg org , ttiba ade org yg kita pgg kat tmpat lain, abestu yg kita pgg tu spe??"" agak lapuk dan klise...
goodjob pada pnulis.. biasalah manusia mana ade yg smpurna... ape2 pun aq enjoy baca buku ni, cuma next buku , kasik la ayt yg sdap sket... kalau baca ayt2 "thread " gini , serasa canggung, mcm pmbacaan tu x lncr ... good job abstakim
Cerita mula dengan Ferhan 18 tahun yang baru daftar kolej & duduk asrama. Hidup biasa je, sampai dia “berjumpa” dengan seorang roommate yang pelik. Dari bilik kosong yang berpenghuni, tiba-tiba hidup Ferhan penuh misteri & tanda tanya 👀
Apa yang best setiap kali rasa dah boleh teka jalan cerita, terus kena tipu. Sekejap seram, sekejap keliru, tiba-tiba ada watak baru muncul tanpa amaran. Paling terkejut bila selak-selak tengah baca tetiba ada budak psycho tu tengah tersengih (terus tutup buku tu dah lah kul 2 pagi😩)
Ferhan Budak law yang kononnya nak hidup normal tapi hidup dia dihujani rahsia. Antara takut & keliru, dah terselit kisah cinta. Kadang kesian, kadang geram, tapi watak dia real.
Asya Misteri. Aneh. Sentiasa muncul di saat tak dijangka. Amaran dia buat kita tertanya-tanya betul ke Asya nak tolong, atau ada agenda lain? Macam banyak sangat kebetulan tiba-tiba je Asya & Ferhan satu kampung. Atau semua telah dirancang?
"𝘈𝘬𝘶 𝘢𝘱𝘪. 𝘬𝘢𝘶 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘪𝘳"
Buku ni bukan seram kosong. Ada thrill, ada cinta, ada konflik keluarga & persahabatan. Ayatnya santai tapi banyak moment yang buat kita fikir balik tentang siapa sebenarnya kawan, siapa lawan 🤔
This book messed with my mind & buat susah nak berhenti baca. Lagi tambah rasa tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya.
3.8🌟 banyak yg tak terjawab can't wait next book 🔥
Aku tak percaya, aku ambil masa 5 bulan untuk aku tamatkan novel ini. Buat penulis, maafkan aku kalau aku cuma bagi dua bintang tau.
Kesuluruhannya, ceritanya menarik. Plotnya memang twist. Tapi sayangnya gaya penceritaannya sangat tak digemari aku. Gayanya menulis juga membuatkan aku ingin terus tutup buku. Memanglah. Mungkin disebabkan buku ini hanyalah kompilasi tweet penulis di Twitter. Tapi kalau baca di Twitter mungkin okay sedikit. Tapi disebabkan aku sedang memegang buku dan membacanya, memang ke laut. Bagi aku bahasanya agak kekok. Penulis mungkin boleh buat buku ini sangat ‘meletopz’ kalau dia pandai olahkan sedikit plot dan perbaiki bahasa penulisannya. Kerana jujur sekali, ideanya sangat bagus.
Bagi orang yang tak kisah tatabahasa atau ayat yang kekok sama sekali, anda disarankan membeli buku ini. Tetapi bagi saya yang perfectionist tentang bahasa, mungkin susah untuk membacanya.
Since buku ni berasal dr posting Instagram and Twitter, bila digabungkan dalam buku dia jadi berterabur. Tiba2 kat sini, tiba2 kat situ. Contoh macam dari rumah tiba2 perenggan next dah kat sekolah.
Dalam cerita ni banyak mimpi dan kubikel tandas. Tak faham aku😆 kejap2 mimpi, kejap2 kubikel tandas ada 'orang'.
Plot twist? Cliché sangat. Dah boleh agak. The only plot twist yg saya tak dapat jangkakan cuma Tidak Tenang sebab dia mcm backstory.
Ramai suka sebab straight to the point, takde ayat2 yang puitis atau terlebih memeningkan seperti ayat novel biasa.
Tapi bagi saya, kalau penulis buat cerita ni saling berkait, I think better buat novel terus bukan combine dari cerita2 pendek sebab tak dapat feel langsung.
Plot twist sepatutnya buat rasa thrilled tp saya sebagai peminat thriller and seram, buku ni membuatkan saya rasa macam mengarut sangat.
Apa2 pun, saya tunggu buku ke 2. Mana tau ada kelainan di situ?
Apa lah bagus nah buku ni? Rating kemain tinggi. Kat Twitter kemain promo lagi. Rupa-rupanya kebanyakan rating semua fake. Dia suruh kawan-kawan dia buat akaun lepas tu rate 5 star.
Baiklah saya mulakan review saya. Saya nilai cover bukunya, bagus dan menarik sekali. Saya bagi pujian kepada pereka covernya.
Untuk isi kandungan buku pula, saya kurang berpuas hati. Yang paling mengganggu adalah ejaan dan penggunaan bahasa. Ada perkataan-perkataan yang seharusnya berhuruf kecil tetapi berhuruf besar di awalnya. Ini amat menganggu para pembaca. Untuk menghasilkan sebuah buku, haruslah selengkapnya dan sempurna yang sememangnya sempurna. Jangan memandang hal-hal remeh ini. Saya nasihatkan penulis untuk melantik editor khas dan berpengalaman untuk menyemak ejaan dan perkataan supaya menepati konteks bahasa yang sebenar.
Untuk jalan cerita, saya nasihatkan memberi lebih banyak elemen seram dan mengurangkan jumlah "plot twist" nya. Kenapa? Kerana sebuah cerita yang mengandungi terlalu banyak "plot twist" mampu menukar cerita tersebut menjadi tidak menarik dan tidak masuk akal.
Tetapi, saya rasa kagum dengan penulis memandang ini buku pertama beliau namun saya menasihatkan untuk sering memperbaiki kelemahan beliau dengan merujuk kepada pakar yang lebih berpengalaman. Overall, good job dear author.
Dah lama sebenarnya saya baca buku ni, tapi tak terfikir pula nak review haha.
Sejujurnya, buku ni buat saya pening, sebab, kiri kanan atas bawah plot twist dia. Tak relax bai. Awal² jalan cerita memang tak nampaklah twist dia, tapi bila dah sampai pertengahan plot tu, baru nampak sikit².
Tapi itulah, susah nak catch up meskipun buku ni cuma ada 204 muka surat jer. Masalahnya, plot twist dia cam......terlebih twisted. Oleh disebabkan itu, kepala saya jadi migrain terus haha.
I mean, jalan cerita dia best. Rasanya sesetengah bahagian plot buku perlu lebih dijelaskan dengan teliti sebelum nak kemukakan plot twist tu.
Give the reader room to breathe haaa gitu.
Last² habis jer buku ni, saya terus derma kat sekolah adik. Tak mahu saya nak reread, dapat migrain balik hahaha.
Kadang² terlebih plot twist tak sedap juga. Tapi tetaplah menarik bukunya secara keseluruhan.
Cerita yang straighforward, tidak berjela dan mudah dibaca. Rasa seperti mendengar orang bercerita kisah seram. Gaya penulisan biasa sahaja, sesuai untuk pembaca pemula dan juga pembaca yang mahu membaca secara santai sahaja.
Suka dengan idea penulis untuk menjadikan setiap cerita dalam novel ini berkait antara satu sama lain, di mana setiap cerita mempunyai plot twist yang boleh buat terkejut juga lah.
Cuma, jika penulis mengambil masa untuk jadikan gaya penulisan seperti format novel-novel di pasaran, mungkin akan tarik lebih ramai pembaca dan pastinya hasil akan lebih memuaskan untuk pengalaman pembaca.
Kudos kepada penulis! Semoga dapat terus menghasilkan karya yang berkualiti.
First of all, saya tidak nafikan plot twist cerita ini quiet interesting. Tetapi saya agak kurang selesa dengan gaya penceritaan penulis yang agak tidak konsisten. Saya sudah baca banyak buku dan untuk buku ini, setiap cerita tidak ditulis dengan baik yang mana situasi dalam cerita agak ‘laju’ dan hanya diceritakan secara umum sahaja. Peranan editor juga penting, banyak kesalahan penggunaan ayat yang boleh membingungkan pembaca.
Btw, idea cerita sangat baik dan menarik. Saya mengharapkan penulis untuk mengembangkan lagi idea dan bakat dalam dunia penulisan. Keep writing and keep improving 👍🏻
Buku ini gaya penceritaan menggunakan situasi pengulangan yang sama dan agak lurus tiada basa-basi. Idea penceritaan sangat menarik jika diikutkan. Cuma, ada kisah yang menarik ada yang kurang. Walauapapun, usaha yang sangat baik dan jika diperkemaskan, boleh jadi lebih baik lagi. Mungkin disebabkan copy paste dari twitter dan setiap kisah dibacakan secara terus, sebab itu rasa ada kekurangan.
Apa-apa pun dapat habiskan buku ini dengan cepat dalam tempoh beberapa jam sahaja. Masih ada rasa nak baca sambungannya.
Dunia Plot Twist. Kena dengan tajuknya, memang setiap sub tajuk ada twistnya tersendiri. Jangan berangan nak langkau beberapa muka surat sebab dah langkau perenggan membuatkan kita kena baca semula. Susunan ayat mudah tidak meleret-leret. Untuk pembaca yang baru berjinak ke dunia buku amatlah digalakan membacanya sebelum memilih genre atau buku yang lebih tebal. Bacaan yang ringan. Teruskan usaha untuk menulis lebih banyak buku.
-nice plot twist -storyline mantap -the characters are surprisingly connected in each parts of the story and somehow make sense -overall:4.5/5 stars -must read ! ! !