Hidup Arissara sempurna dalam keluarga yang saling menyayangi. Indahnya tak ubah seperti menari di atas garis pelangi. Keindahan itu lengkap bila Han muncul.
Han korbankan segalanya demi wanita yang dia cinta. Tapi Arissara terus menderita. Kerana itu Han pergi. Dengan syarat Arissara perlu bahagia tanpanya biarpun mereka tahu masa itu pantas berlalu. Mengikut aturan alam, melihat manusia melepaskan segala yang berharga.
Kerana takdir telah berkata 'checkmate' dalam perjalanan hidup mereka, Arissara sekali lagi berdepan dengan Han untuk buat mereka saling sedar, ketetapan itu tidak dapat mereka elak jauh sekali menolak. Sekali lagi Han menghulur tangan. Kuatkah Arisara menyambutnya?
1. Saya suka permulaan cerita. Suka sangat dengan perwatakan Arissara yang comel dan ceria. Fikir saya, RM mahu bawa perubahan kali ini dengan watak heroin yang tidak menanggung beban seluruh dunia di atas bahu kecilnya.
2. Aduhhh...perempuan mana la yang mampu bertahan jika diasak dengan perhatian yang sebegitu. Dah la rupa macam watak anime/manga (saya peminat anime/manga, jadi saya memang bersetuju yang mereka sangat sempurna haha. Ditambah dengan perwatakan yang dingin dan misteri. Haishh). Perempuan, akan memilih lelaki yang memberi perhatian kepadanya berbanding faktor-faktor lain (tapi kalau dah semua ada sempurna pakej nak kata apa lagi 🤭🤭).
3. Ya, cara Han memikat memang agak menyeramkan sebenarnya. Terkejut juga la saya. Pertama kali rasanya jumpa hero RM yang sebegini.
4. Nampaknya RM tak boleh lari dari trademarknya. Setelah dikhianati oleh semua orang tersayang, Arissara rebah dan hilang semangatnya. Menjadi wanita yang mahu pikul segala beban sendirian dan hanya menyalahkan dirinya atas semua yang terjadi (macam pernah jumpa kan sebelum ni?)
5. Tak suka dengan sikap ibu bapa Arissara yang begitu mudah menjatuhkan hukuman tanpa langsung mahu memberi peluang.
6. Rasanya, pesalah bawah umur yang dikenakan hukuman masih boleh mengambil peperiksaan. Masih boleh menyambung pengajian hingga ke peringkat tertinggi sekalipun. Saya faham penulis cuba jadikan kejadian tu sebagai penyebab dendam Han, tapi tu lah, tiap kali baca pasal Han marah kerana dinafikan hak untuk belajar, macam tak kena pulak sebab hakikatnya bukan begitu.
7. Saya tak suka separuh akhir cerita ni. Mana hilangnya lelaki dingin tidak berperasaan tu? Sikit2 nak menangis. Hmmm 😑😑😑
8. Macam mana pun, karya RM kali ni memang agak menggenggam jiwa jugak la. Tak senang duduk selagi tak habiskan.
When I read this book, I was extremely upset. Let me take a deep breath before I continue.
The characters in this book are seriously toxic. I feel sympathy for Arissara. As a result of the actions of the people she cared about, she became a gloomy woman. She deserves the world and yet everyone did her dirty. Really, really dirty!
Han - a grown man whose life holds a grudge but also at the same time, living in indebtedness to the family that took care of him since the death of his parents. His love language? Definitely love bombing. When he began plotting his strategy to approach Ris in order to win back his ex-lover, I was completely done with him.
Nash - Ris's sister. Her character pisses me off like no tomorrow. A complete loser. Cowardice. A woman who requires attention all the time. I cannot comprehend this kind of behavior.
Harith - an idiotic, inferior, shallow guy who is always insecure of Han. I'd rather not comment on him. Oh gawd, give me patience pls.
The mere thought of this book makes my blood boil again. Enough about the main characters! On a side note, I really appreciate Nel's cameo from Sugar? Yes please...(can you still call it a cameo?) in Checkmate. He is the only rational character here. The rest? LOCO. RIDICULOUS.
But seeing I'm all emotional, worked up because of this book, I can say it's a a good piece. It takes a lot of effort to bring out the emotion out of someone just through writing. But I really hope I will never encounter such despicable characters anymore. Kudos to RM!
Han dah bercinta dengan Nash dari zaman sekolah. Han yang setia akhirnya ditinggalkan. Lebih sakit Nash pilih sepupu Han iaitu Harith. Han si yatim piatu dibesarkan oleh keluarga Harith. Ada sejarah hitam berlaku pada Han.
Untuk keluarga Nash, dia ada adik nama Ris. Ris yang berbeza karakter dengan Nash. Dalam tak sedar, layanan ibu bapa terhadap dua beradik ini juga berbeza, tapi Ris sedikit pun tak ambil hati. Part yang beli kereta tu nampak sangat kan pilih kasih.
Han dekati Ris dengan agenda tersembunyi. Ris yang polos dan jujur jatuh cinta dengan Han. Lalu apabila rancangan Han berjaya untuk dapatkan Nash, Ris undur diri. Masa ni Ris berubah langsung, dah tak ceria macam dulu. Murung dan sedih. Salahkan diri sendiri yang bodoh. Han sedar dengan kesilapan tersebut ingin dapatkan balik Ris. Banyak la insiden pujuk memujuk walaupun ada jugak paksaan. Tambahan ibu bapa Ris pulak salahkan Ris tanpa usul periksa. Eh... Panjang pulak ceritanya... 😆 😆 😆
Kali ini Han kena hadap la dengan sikap Ris yang bukan macam dulu tu. Sabar tu semestinya. Penulis memang buat watak hero ni sabar ya amat. Yang betulnya saya tak suka Han. Boleh tak? Sampai hati buat Ris macam tu.Kerana dendam, ada hati yang teraniaya tanpa kita sedar.
I am not surprised Han jadi seorang yang cold, hot temper and degil.
Kehidupan dia masa zaman muda dikorbankan oleh keluarga angkatnya padahal sedara dekat.
Han yang sentiasa hormat pada keluarga angkat sentiasa mengukur diri dia sendiri.
Bila kekasih hati berubah dan memilih Harith, sepupu dia sendiri. Han sedih! Han harap Nash tidak seperti Harith yang sentiasa pandang rendah pada dia.
To me, Nash curang! Jenis perempuan yang cepat menghukum tanpa dia sedari.
Benci meluat kat Harith! Berlagak sangat! Tak satu pun sikap Harith yang baik.
Kisah ni agak pain. Sepanjang F baca.. F dok cakap.. kesian ya Han.. kesiannya! Nash memang tak layak lelaki sebaik Han.
And kesian pada Ris jugak.. keluarga Ris selalu compared Ris and Nash.
Cerita ini pengajaran untuk parents.. jangan banding²kan anak. Anak semua layak disayangi sama rata.
"Macam mana sakit sekalipun, macam mana terluka sekalipun, Ris kena ada dengan abang. Abang takkan lepaskan Ris pergi walaupun waktu itu Ris benci dan menderita kerana abang. Hingga hembusan terakhir nafasmu, Arissara". .
hahahaha...aku rasa tarikan utama aku nak baca novel ni ialah watak Han yang gila, protective, dominant, obsessive, eh tak tahu la nak describe macam mana. Nasib baik ni watak hero dalam novel. Kalau watak realiti, ada juga dah kena report polis sebab psycho. .
Ni ialah antara novel wishlist aku yang memang aku suka la. Tapi tak semua suka kot novel ni. haha. sebab watak heronya yang kurang sabar, degil, kalau dia nak, dia akan make sure dia dapat, sama ada cara baik atau jahat. Dan watak heroinnya yang baik terlampau. .
Han yang setia, dikecewakan oleh Nash yang memilih untuk bersama Harith, sepupu ataupun juga keluarga angkat Han. .
Dan Han yang terlalu cintakan Nash, memilih untuk menyakiti Nash dengan cara mendekati adiknya iaitu Arissara. .
Arissara yang comel, polos, dan ikhlas membahagiakan orang lain, akhirnya jatuh cinta pada Han. Weh, kalau aku pun, aku akan jatuh cinta pada Han. Han yang sentiasa ada bila Ris dalam ketakutan. Han yang expressive. Han yang protective. Dan logik juga untuk Han akhirnya jatuh cinta pada Ris tanpa dia sedar. Ris yang terima kisah silam Han tanpa sebarang persoalan. Ris yang tak pernah kisah sama ada rambut Han panjang atau pendek. Ris yang memberikan rasa tenang buat Han. .
"Suatu hari nanti, andai abang lukakan Ris, abang tak harap Ris maafkan abang. Tapi jangan pergi". .
Dan kerana dendam Han terhadap Nash dan Harith, Ris yang menjadi mangsanya. Ris yang bubbly, happy go lucky mula menjadi murung. Dan kerana sayangnya pada Han dan Nash, Ris rela meletakkan semua kesalahan di bahunya, sehinggakan ibu bapanya sendiri meminggirkannya. .
"Dia hanyalah seorang Arissara. Tak akan dapat menjadi Anashuha" .
Aku suka plot bila Nash sendiri yang minta Han betulkan keadaan. Sebab Nash sedar, yang Han cintakan bukan dia, tapi Ris. Bagaimanakah Han cuba memujuk Ris? .
Macam yang aku cakap tadi, aku suka karakter Han yang degil ni. Sangat berlawanan dengan kawannya Nel (hero dalam Sugar). Nel tu punyalah lembut, mengalah kepada takdir setelah berusaha. Han ni pulak jenis, takkan mengalah, dia akan make sure dia dapat apa yang dia nak. Dia punya level gila tu siap panjat bilik Ris, siap paksa Ris kahwin dengan dia kat Siam. hahaha. .
Satu lagi aku suka, maybe sebab perbezaan umur dorang. 10 tahun. Macam comel je. .
oh ya, aku rasa point penting dalam novel ni ialah, sebagai ibu bapa, jangan lebihkan seorang anak berbanding yang lain. Dan itulah yang Dian rasa. Itu juga yang Han rasa, yang menjadikan dia seperti sekarang.
short rant: I hate this but at the same time I really love this story! 😒
Not-so-long-rant: 'Macam mana sakit sekalipun, macam mana terluka sakalipun, Ris kena ada dengan abang. Abang tak akan lepaskan Ris pergi biarpun waktu itu Ris benci dan menderita kerana abang. Hingga hembusan nafas terakhirmu, Arissara.' -Han-
Toxic? yaa tersangatlah. Do I dislike all the characters termasuklah Rin? Yes. Stress baca? Ya juga (tapi pernah ke aku tak stress baca novel RM🤣). Tapi cerita ni membuatkan aku completely hooked from the first page. Dan penyebab aku nak baca novel disebabkan watak Han yang dikatakan possessive, dominant, over protective, obsessive, cold, hot temper(sikitlah) & what he wants he gets it sama ada dengan cara baik atau tak. Plus, the age gap hehe.
Cerita ni bermula bilamana Han yang rasa kecewa & dikhianati cuba untuk mendekati Arissara demi untuk membalas dendam terhadap Nash iaitu kakak kepada Arissara sebabnya Nash lebih memilih untuk bersama Harith sepupu kepada Han. Silap Han hanyalah menjadikan Ris sebagai batu loncatan demi dendam. Tetapi tanpa sedar telah terjatuh hati dengan Arissara. Dan bilamana dendam tercapai Han pula yang sakit bila lihat Arissara yang berpura-pura tersenyum dan bahagia bila terbongkar rahsia. Dan untuk memujuk seorang Arissara Han beranggap mudah sebab Arissara seorang yang pemaaf tetapi nasib baik kalau tak memang aku jentik dahi Ris tuu...
Arissara (Ris) yang merasakan dunia penuh dengan keindahan, semua orang baik dan perlu bahagia, pentingkan kebahagian orang lain, polos, happy go lucky, comel & tak mudah untuk jatuh cinta kepada sesiapa akhirnya terjatuh cinta kepada Han tanpa sedar. Sapa yang takkan jatuh cinta dah kalau hari-hari datang mengayat pastu tunjuk sikap terlebih prihatin & ada bersama ketika Arissara dalam ketakutan. Ya, berkorban bahagia sendiri asalkan Han lelaki yang dicintai bahagia, Nash seorang kakak & anak kesayangan kedua orang tua mereka bahagia. Dan biarkan diri sendiri dipersalahkan dan dituduh sebagai pelacur kerana hanya nak menangkan anak kesayangan. ohh aku penarddd.....
Walaupun aku marah dengan watak Han & Ris, aku tetap kesian. Yaa, kerana keadaan yang 'sebegitu' yang menjadikan Han yang sekarang. Ris hmm aku nak masuk dalam cerita dan peluk dia pastu bawa lari jauh-jauh. Untuk watak-watak yang lainnya hmmm double penardd.. panjang pula nanti bebelan aku.. Dan untuk pengakhiran tu aku tak berapa suka hahhah kalau boleh biar Ris lama sikit dgn merajuk marahnya dan Han yang tetap setia dgn pujuk rayu.
Ohh ya, pengajaran cerita ini buat ibu bapa janganlah dibandingkan anak-anak, sayangilah mereka dengan sama rata.
Aku kategorikan Checkmate sebagai novel melodrama yang meletakkan aku dalam situasi love-hate relationship. Aku suka dengan pengenalan cerita yang membuatkan aku terhibur dan tertanya-tanya sehingga mampu membawa aku terokai kisah Han dan Ris.
Han yang dibesarkan oleh keluarga sebelah ibunya tetapi jasa mereka terpaksa diganti dengan bayaran yang sangat mahal, iaitu masa hadapannya. Han yang berdikari menongkah arus mencipta kebahagiaan & kejayaan, tetapi tetap sentiasa dihujani dugaan dan dugaan yang membuatkan Han jatuh, apabila dia nekad meletakkan kekejaman pada sebuah hubungan.
Ris dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup serba serbi, tanpa menyedari sebenarnya dirinya dipinggirkan. Ternyata, ada garis halus dan samar antara dia dan Nash. Ris yang terlalu polos, Ris yang terlalu menjaga kepentingan dan kebahagiaan orang lain telah meletakkan dirinya dalam hubungan yang menyakitkan.
"Dia sentiasa merasa dunia ini indah. Setiap orang baik dan setiap orang perlu bahagia. Dia sentiada dahulukan orang sebab memang nature dia macam itu. Dia akan bahagia bila orang yang dia tolong bahagia. "
Secara peribadi, aku suka dengan garapan penulis, dari segi penggunaan ayat, mesej yang disampaikan secara tersurat dan tersirat, sentuhan emosi yang kuat seiringi dengan persoalan dan konflik sampingantetapi tetap aku kurang gemar dengan persoalan dan konflik utama. Pada aku, ia agak draggy. Di lengah-lengahkan mungkin untuk terlihat sama seperti di realiti. Dan buat kali kedua tahun ini, perwatakan hero dan heroin juga tidak menawan hati aku dan ia agak menyebalkan. Terlalu kontra.
hero Rehan Makhtar kali ini sangat kejam mainkan perasaan orang tapi tak tahu kenapa aku tak boleh nak benci dan marah Han lagi-lagi apabila Han sedar salah dia dan cuba nak perbetulkan keadaan. tapi serius cakap Han ni unpredictable dan bukan jenis reti sabar. kalau dia tak dapat cara baik, dia boleh buat cara paling gila sampai aku naik seram dengan mamat ni.
mangsa keadaan ialah Ris, gagal bercinta mungkin dia masih boleh bangun tapi bila mak bapa sendiri hina dan tuduh dia cuba rampas kekasih kakak sendiri, itu yg tinggalkan impak yg besar sampai depression dengan tekanan yg dia dapat.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Novel RM kali ni tak ngam dengan N. I honestly couldn't care less about Risa and Han. Dua-dua N tak suka, which is a surprise.
Selalunya watak hero RM mesti masuk jiwa but with Han, N cuma rasa dia sangat menyesakkan. Kisah lampau Han, walaupun kasihan, tak dapat nak justified his action against Nash and Risa. It's been awhile since N sangat mengharapkan ending yang tak happy because I don't feel like anyone deserves anyone in this story...
Apa yang aku boleh cakap : Buku ni aku geram daripada awal sampai la habis 😡 Sbb utama aku habiskan buku ni pun sebab FL yang sgt la baik 🥲
Jujur cakap, aku rasa ML terpaling red flag 🚩 kinda possesive dan creepy ya. Bg aku ML punya karakter tu memang buat aku geram, sbb semua nak kena ikut ckp dia. Apa dia nak buat, dia peduli apa. Ha camtu. Haish geram. Yg FL pulak aduyai, kesian sungguh aku rasa. Besar ya dugaan dia jumpa dgn orang yg mcm ML. Tak kisahlah apa org lain rasa, aku still akan say no to ML sampai la bila2. 😤
Oklah, buku RM yang kalini 'pain' dia aduyai buat rasa nak campak buku ni sbb geram bukan sbb penulisan ya. Buku ni still best la for the drama part cuma karakter tu yg aku geram 😌 #emptycanvashida
Zu boleh cakap zu kesian sangat dekat Ris. Cinta pertama yang dia anggap indah rupanya tipu. Kasih yang ikhlas dia beri pada Han, rupanya tak ada maksud apa. Kesalnya dia tak dengar kata Nash tapi bila hati dah sayang. Dia ikhlas semuanya. Dia dipermainkan, dia senyum. Dia ditipu, dia senyum. Dia dibandingkan, dia senyum. Dia berbuat baik sampaikan sifat 'baik' itulah yang makan diri sendiri.
Ada satu kejadian yang buatkan hati jantung zu jatuh bila baca. Bayangkan betapa happynya Ris, lelaki yang dia sayang nak datang merisik. Tapi selama mana je gembira Ris bila dapat tahu, lelaki itu datang bukan untuknya tapi orang lain? Ris kelam. Hanyut dalam dunia dia sendiri. Jadi selama ni apa?
Bila Han memang mengaku dia gunakan Ris as batu loncatan untuk dapat orang lain. Tapi kenapa Han yang rasa sakit bila tengok Ris yang cuba senyum sedangkan hati perempuan itu terluka? Han suka pada Ris ke? Bukan ke selama ni dia hanya berpura pura? Selepas kejadian itu, Ris bertanya pada Han kenapa dia buat macam ni? Dilayan dengan kasih sayang, dikata cinta, memberi dia harapan, selama mereka berhubungan tu, pernahkah si dia ikhlas, bagilah dia at least satu sebab pun jadilah tapi Han balas,
“Orang kalau dah tak nak. Dia tak perlukan sebab atau alasan”
Sakitnya hati. Sedih ada marah ada geram ada. Walaupun happy ending, pain level dia buat zu tak sanggup nak baca. Worth it untuk dibaca walaupun air mata mengalir macam banjir. Siapa yang suka novel sedih, sangat recommend.
Ris - Beratnya hidup seorang Ris, mencintai lelaki yang sebenarnya cuba menghancurkan hatinya sendiri. Sudahlah pula, dihina keluarga sendiri gara-gara salah faham yang melanda. Ah, lagi pun Ris terlalu baik bagi saya sehingga mudah membiarkan diri dicaci sebegitu rupa. Digelar pelacur oleh keluarga sendiri, hati mana yang tidak terguris?
Han - Silapnya Han, menjadikan Ris sebagai tempat melempias dendam. Benarlah kata orang, dendam itu hanya membuatkan hati hancur bukan membahagiakan. Dia sudah terbiasa dengan ranjau kehidupan sehingga dia menjadikan dendam sebagai alat untuk dia merasa bahagia. Namun, semuanya silap. Dan dendamnya itu buatkan dia hampir hilang segalanya.
Berbicara tentang novel Rehan Makhtar, saya kira pembaca akan sedia maklum bagaimana penulis ini akan meletakkan pembaca seperti sedang menaiki roller coaster. Setiap bab yang dikarang membuatkan pembaca tidak senang duduk. Untuk novel Checkmate, penulis sekali lagi berjaya membuatkan emosi pembaca diganggu lebih-lebih lagi saat kehidupan Ris mulai disapa kegelapan. Tapi itulah, susun atur cerita Rehan Makhtar yang tersusun membuatkan naskhah Checkmate ini antara karya penulis yang saya gemari. Tahniah buat Rehan Makhtar!
Arissara memang seorang anak & adik yg sangat baik & sanggup buat apa sahaja demi orang tersayang. Juga seorang yg naif & polos tak pernah bercinta. Han lelaki dingin yg ada kisah silam membuatkan dia jadi dingin dan pendendam.
Once upon a time, hahaha okay serious. One day Ris & Han always terserempak, from there dorang jatuh cinta & Han plan nak masuk meminang Ris. Tapi.. Ris lupa
Atas sebab apa Han lepas dendam dekat Ris? itu tanda soal dia🙁 Ris bukan dapat sakit je tapi hina, pukul, dibuang dari orang yg dia bergantung harap, percaya, & sayang😖
After kejadian, mestilah akan ada perubahan kan. Ha ni favourite sebab puas betul baca part-part menyesal bermaaf ni hahahaha kejam betul sy🤣
Overall, BACA! yes pain, Ad tewas😫 Checkmate berjaya buat Ad menitis airmata + maki. Tbh Ad geram sebab Ris ni macam terlalu 'baik' sampai rasa nak jumpa dia and cakap "Ris, jadi je jahat tak payah baik sangat" tapi apakan daya sebab tu Ris jadi FL bukan Ad eh😜But Han, maigad! Ad ingat akan benci dia terus but! tak boleh! sebab dia comel sangat bila dh change🫠 Acah nak tahan senyum konon ego tk nak maafkan dia tapi tersengih jugak😑Sebab tanpa Han sedar while dia sakitkan Ris actually dia sakitkan diri dia jugak. Bak kata Nel..
seperti biasa, gerak tari karya puan penulis ini sangat gemalai, tenang, lembut... namun sebalik setiap gerak itu punya maksud yang sangat tajam, halus, menikam. emosi akan sentiasa terusik dengan kata-kata puitis tapi penuh makna. begitu juga emosi setiap watak mampu menusuk hati. sama saja apa yang watak itu rasakan, pembaca turut sama berada dalam rasa yang sama.
hutang budi dibawa mati. adakah itu yang harus hanbali atau ringkasnya, han, terus tanam dalam jiwanya? hingga budi itu meregut kejam setiap apa yang sepatut jadi miliknya. haruskah begitu? watak yang digambarkan kacak, mampu menawan sukma setiap yang memandang tapi ris, yang menatapnya pertama kali terasa ada kekosongan dalam diri lelaki sasa itu.
arissara atau ringkasnya, ris, gadis muda yang ceria dan menceriakan sesiapa yang melihatnya. anak yang sangat baik. sangat baik hingga apa saja ibu ayahnya berkehendakkan demi kakaknya, anashuha atau nash, dia turutkan saja dengan hati terbuka hingga sebenar timbul satu ketebalan garis kasih sayang yang berbeza tanpa mama dan ayahnya sendiri sedari.
mereka bertemu. cinta dan dendam yang buat mereka bertemu. cinta yang tak mampu menjanjikan pengakhiran yang baik, buat han mula mahu mengatur papan caturnya dengan cara yang berbeza. tapi sehebat mana aturannya, dia tak dapat menyangkal kehebatan Yang Maha Esa. berikan CHECKMATE hingga dia tak mampu bergerak ke mana arah pun.
ris. mangsa. mangsa hatinya sendiri yang sebenarnya. mampu dia keluar? atau perlukah dia bersandar harapan? korban? dendam? yang mana? yang pasti, langkahnya juga, CHECKMATE!
Toxic. sangat toxic jalan cerita Checkmate. saya sendiri tergamam. sanggup mereka berbuat begitu? sanggup dibiarkan begitu? ya tuhan. saya sendiri tak kuat kalau benda ni berlaku pada saya. in the middle of this book, i almost drop it. bukan sebab tak best, tapi sebab penat. penat baca kisah Ris yang tak habis habis diseksa.
Arissara. Ris. no one in this book deserve her. semua boleh pergi jauh dari Ris. biarlah dia sendiri kalau orang orang yang dia sayang memperlakukan dia begitu sekali. she NEED a tight hug from everyone yang dah baca buku ni. mental tortured by everyone who you loved. tak tahu macam mana dia teruskan hidup, macam mana dia terus bernafas, lepas apa yang jadi.
Hanbali. Han. you are such possesive-manipulative-crazy-hot man i ever encountered. awak tak layak untuk bernafas. pergilah duduk diam diam kat planet marikh. cara Han mencintai, menjaga sangat sangat toxic. Han terlalu aggressive untuk seseorang sesuci Ris. tapi (aduh, ada tapi pula), Han sedar kesilapan dia. ya, apa dia buat salah, sangat salah. tapi dia berjaya membuktikan dia boleh perbetulkan kesalahan dia.
ya, saya menangis. semestinya untuk Ris. Han? tak layak. Han tak layak setitik pun air mata saya. ending yang bagi saya, semestinya ada cacat cela (sebab Han tak layak dimaafkan), tapi cukuplah untuk mereka bahagia. saya sendiri tak tahu saya ada kekuatan untuk habiskan buku ni, tapi ya, saya berjaya.
Nama Novel comel & Cik Penulis nya saya minat terus beli..
# Kalau bukan jodoh ko, ko setia bertahun2 pun tetap bukan jodoh ko.. So sila cuba try test jadi hamba yg baik, bersangka baik dengan Allah. Allah tarik sesuatu sebab dia nak bagi yang terbaik..
# Betul lah tu, Beri Baik akan dapat baik, Beri jahat dapat jahat.. Tak penat jiwa ker nak plan2 acah2 buat baik tapi sebenarnya hmm.. Kesian..
# Agaknya betul kot orang sekeliling yang akan perasan bila kita jatuh cinta, tapi diri sendiri tak berapa nak perasan..
# Jadinya jangan lah buat kesilapan "yang bijak pandai" yang ko tahu akhirnya ko jugak yang akan sakit..
# Bukan semua orang beruntung untuk jadi ibu atau ayah, Jika anda tergolong dalam golongan yang bertuah ini, tolonglah jaga amanah allah dengan baik.. Tolong bagi kasih sayang yang sama rata.. ok, paham kasih sayang ini mana boleh sama tapi sekurang2 nyer tolong lah jangan bagi nampak sangat yang ko berat sebelah.. Mungkin anak ko nampak macam dia tak kisah, tapi jiwa dalaman dia kita tak tahu..
** Seperti biasa, saya salah dan awak betul.. maaf jika ada terguris perasaan mana2 orang **
Okay buku ni mmg deserve 5 star. Mmg cukup semua rasa, geram, happy, meluat semua ada. Pada mulanya aku sgt bencikan Han di awl permulaan cerita tapi dipertengahan cerita bila dia cerita knp dia buat Ris mcm tu. Aku mula timbul rasa kesian pada han
Aku nangis kat 2 part ya. Satu masa Ris kena pukul dgn amukan mak bapak dia dan satu lagi masa Han teruk kena pukul jugak dgn bapa Ris. Aku baca novel ni sampai aku sakit kepala. Uhuhu betapa lama dah aku tak baca novel yg berat mcm ni.
Paling tak sangka ingatkan Han masuk penjara sbb Harith rupanya sbb mak bapak Harith tu ats sbb balas budi selama mak bapak Harith jaga Han. Aku like what apa la. Ada jgk ya mk bapak mcm tu.
Apa2 pun hmmm novel ni mmg terbaik 😊 dont worry happy ending
What can i say..writer yg well known dgn kebijaksanaan die mainkan emosi.. han rase dikhianati bila wanita yg die cintai bertahun2 tingalkan die utk abg die…and ade kisah tentang mak pak yg beza2kan anak between anak angkat or even adik bradik sndri…silap percaturan si han ni bile die gunakan org yg tak bersalah smp murung ris jadinye.. nasib baik la happy ending.. haish…sis tgh cuba nak tenangkan emosi…good reading..
Terbaik!!! 5 * Penulis ohsem yang tak pernah menghampakan pembaca. Bila da start baca memang tak boleh nak stop!! Jiwa kacau.. betul2 buat si pembaca tak bleh duduk diam😅. Anyways syabas kpd RM selalu buat mood membaca kembali pulih!
Terbaik. Sampai menitik nitik air mata ni. Lagi lagi part mak ayah ris tu. Hmm. Dengan hanya keputusan yang dibuat dalam masa sehari tu semua jadi porak peranda. Macam mana nak jadi sekuat Arissara? She's always see the good side of people. Hm.
A bit pissed with how their story started, but you have to somewhere right? I don’t like the girl’s family at all. Childish older sister and quick-to-judge parents.
Saya sangat suka novel ni💞💖Saya suka watak Han dan Ris🥰Sbb watak diaorg sngt relateable. Setiap kesakitan diaorg alami, saya pun dpt rasa apa yg diaorg rse😭💔Novel kegemaran saya & juga my comfort novel💖
Typical love story book. Hubungan kekeluargaan, parents yang terlepas pandang dan melebihkan kasih sayang pada “favourite child”. Ada part yang bosan meleret leret dengan perangai Ris.
Simple review maybe. Secara keseluruhan nak cakap, Yan stress baca novel ni HAHAHA. Taktau la rasa nak marah kat sapa. Kat han ke, kat Riss ke, ke kat Nash. Rasa nak marah kat semua watak yang ada dalam novel ni. Kenapa semua orang sampai hati buat macam tu. Kenapa Riss pun sanggup mengaku dia yang salah. Part dia mengaku salah tu rasa macam taktau la rasa nak marah dia balik ke atau nak kesian. Aaaa kenapa dia kena tanggung kesalahan yang org lain buat ? 🙄
Part Han datang nak merisik nak berkenalan dengan family Riss / Nash lepas tu end up macam tu, pain amat ya. Ya Allah Yan terbayang macam mana la kalau betul benda tu jadi. Taktau la nak kata perasaan apa yang muncul dulu. Malu ke or marah ke dulu. Aaa kuatnya lahai Riss ni sembunyikan sedih dia.
Dulu sebelum baca buku ni, baca review memang ramai cakap pain ya. Bab pain dia Yan bagi 4.5/5. Kesian ya Riss dah la dipermainkan, lepas tu dituduh macam macam pulak. Non stop pulak tu. Sampai ya hati diorg kan.
Han tu mula mula memang rasa nak ketuk je kepala dia. Ada ke patut panjat bilik anak dara org ? Aishhh ! Apeni apeni. Mula mula baca tu macam meluat la dgn dia ni, nak jatuh cinta pun tak payah la sampai macam tu. Tapi bila lepas dia dah jadi baik, dah insaf, Han dah bertukar jadi comel plus sweet pulak 🦋
Riss pulak, dia seorang perempuan yang polos tapi nampak macam lemah jugak sikit. Menurut je kata. Kalau la boleh masuk dalam novel tu dan bagi semangat kat Riss, memang kubuat. Cuba jadi kuat sikit Riss, lawan semua kata kata tohmahan orang kat awak tu. Jangan la terima je semua. Part terima tu macam aduhai kenapa macam tu. Kuatlah sikit Riss, love yourself. Jangan biarkan orang pijak maruah awak sesuka hati. Jangan biar orang dera mental dan fizikal awak. Awak layan untuk bahagia.
Okey dah la review untuk kali ni. Tadi kata pendek tiba tiba dah jadi panjang pulak 😆