Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kembara Mistik: Homestay

Rate this book
HOMESTAY PUTIH NIAN
Maria Kajiwa
Cerita ini mengisahkan usaha dua orang sahabat iaitu Razak dan Amran; untuk menukar sebuah rumah lama di tepi laut menjadi sebuah homestay.
Melihatkan potensi rumah dan kawasan tersebut untuk dijadikan homestay, Razak telah membeli tanah itu daripada kawannya yang bernama Fuad tanpa menyedari akan kisah silam rumah tersebut.
Amran ditugaskan untuk melakukan semua kerja yang diperlukan namun orang yang diupah membersihkan rumah tersebut diganggu oleh satu entiti yang dipanggil ‘Mak Putih’. Kerja-kerja tergendala.
Razak dan Amran mendapatkan pertolongan daripada Pak Cik Kamal, tuan tanah bersebelahan yang juga merupakan saudara kepada Mak Putih. Mereka cuba menghalau ‘Mak Putih’ dengan bermalam di rumah lama itu.
Pelbagai pengalaman seram menimpa mereka sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk menggali keluar empat batu yang ditanam di empat penjuru tanah. Setelah batu itu dibuang, barulah semua kerja dapat diteruskan.
Akhirnya Homestay yang diberi nama Homestay Putih Nian siap sedia menerima penyewa. Bagaimanapun tanpa pengetahuan Amran dan Pak Cik Kamal, batu yang digali itu tidak dibuang oleh Razak, sebaliknya ditanam di tempat lain.
Razak mengikat perjanjian dengan saka rumah itu. Dalam perjalanan balik dari situ Razak kemalangan. Sebulan selepas itu gangguan bermula semula di rumah itu.
Penyewa diganggu. Amran memanggil seorang ustaz untuk menyelesaikan masalah di situ. Saka itu dapat dibuang ke muara.
Homestay Putih Nian kembali beroperasi dengan aman. Mak Putih tidak muncul lagi.

RAHSIA
Penulis: Rhea
Rumahtangga Hisyam dan isterinya, Kiara dilanda krisis. Kiara telah dapat menghidu hubungan sulit Hisyam dengan perempuan lain. Hisyam curang dibelakangnya. Alasan Hisyam, Kiara terlalu sibuk dengan kerjayanya.
Demi anak-anak, Hisyam mengambil keputusan untuk memulihkan semula hubungan dia dengan Kiara. Kiara turut bersetuju dan cuba memberikan Hisyam peluang. Sebuah homestay dipilih menjadi lokasi percutian mereka. Hisyam mahukan suasana yang aman dan tenang. Tanpa Hisyam ketahui, homestay itu menyimpan satu rahsia yang mula mengganggu Hisyam dan keluarga. Malahan pemiliknya juga mencurigakan.
Kejadian-kejadian menakutkan mula menghantui isteri dan anak-anak Hisyam. Apa yang mereka hadapi bukanlah manusia tetapi makhluk yang dahagakan darah. Percutian bertukar menjadi mimpi ngeri. Dan tidak semudah itu untuk mereka meninggalkan homestay terbabit. Hisyam perlu menyelamatkan isteri dan anak-anaknya daripada menjadi mangsa. Namun, di seblik rahsia homestay itu, ada rahsia yang bakal mengeutkan Hisyam.

HONEYMOON
Eb Reeza
Sepasang suami isteri yang ditaja honeymoon mereka berasa sangat gembira dengan percutian itu. Ketika di dalam perjalanan untuk ke tempat percutian yang ditaja, hujan turun dengan lebatnya sehingga tidak nampak jalan. Mereka terpaksa berteduh di homestay yang berdekatan.

Ketika membawa beg pakaian masuk, bell boy bernama Imran sudah berpesan kepada mereka supaya jangan keluar dari bilik pada pukul 10 malam. Namun, mereka kelaparan dan terasa ingin mandi di dalam kolam renang. Mereka memesan makanan sebelum bersuka ria di dalam kolam renang. Sedang leka mandi, mereka terasa kaki mereka ditarik menyebabkan mereka keluar dari kolam.

Sebelum masuk ke bilik, mereka melihat seseorang sedang dipaksa atau lebih tepat diseksa. Mereka suami isteri ingin mengambil tahu menyebabkan mereka diburu setelah terdengar bunyi tembakan.

Mereka tidak sempat pulang ke bilik apabila terpaksa menolong seorang isteri sedang dipukul oleh suami. Akibatnya mereka terperangkap dengan situasi cemas itu. Isterinya pasaangan baru berkahwin itu hendak dibunuh, lantas si suami meminta isterinya memohon bantuan. Apa terjadi, homestay tempat tinggal mereka rupanya sarang hantu menyebabkan si isteri berpatah balik untuk menyelamatkan suaminya sebelum kepala suami dipenggal. Si isteri sempat menembak si suami sebelum mereka berdua melarikan diri.

150 pages, Paperback

First published January 1, 2020

2 people are currently reading
32 people want to read

About the author

EB Reeza

13 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (26%)
4 stars
26 (38%)
3 stars
20 (29%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 26, 2020
Buku yang eksklusif di Popular ini mengandungi 3 cerita dari 3 penulis dengan tema Homestay..

Honeymoon oleh Eb Reeza
Semuanya kerana tersalah masuk homestay dan tidak mendengar arahan yang diberikan supaya tidak berada di luar bilik selepas jam 10 malam.. Nyawa Ryana dan Ashroff akhirnya menjadi korban..

Homestay Putih Nian oleh Maria Kajiwa
Amran menolong Razak membangunkan homestay.. Namun rumah yang ingin dijadikan homestay mengalami gangguan.. Selepas usaha membersihkan berjaya dilakukan, tiada lagi gangguan yang berlaku.. Malangnya selepas Razak kemalangan homestay kembali diganggu.. Adakah usaha mereka masih belum berakhir..

Rahsia oleh Rhea
Kecurangan Hisyam akhirnya membawa petaka.. Ada rahsia yang tersembunyi di homestay Riezal.. Bila Kiara mengajak mereka untuk keluar dari homestay tersebut kerana gangguan, Hisyam tak percaya.. Rahsia apakah yang tersembunyi di homestay hingga hampir meragut nyawa mereka?
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
May 13, 2020
Sinopsis ringkas di belakang buku berjaya membuatkan ika tak fikir panjang untuk beli. Masuk kedai buku, ambik buku & bayar. Lagipun harga RM10 kira murah la. Nak kata nipis pun tak, tebal pun tak.

1. Honeymoon // Eb Reeza: Mungkin ini hanyalah cerita pendek. Jadinya idea penulis kelihatan lebih baik compare dengan novel beliau yang lain.

Mengisahkan tentang Ryana & Ashroff yang ingin pergi honeymoon di sebuah homestay bernama Kubu Homestay. Hadiah perkahwinan dari kawan Ashroff. Akan tetapi tibanya mereka di homestay tersebut. Banyak benda pelik yang terjadi. Lagi-lagi bila pekerja di homestay boleh dikatakan sangatlah kerek dan tak mesra alam. Tambahan pula, peringatan untuk tidak keluar selepas jam 10 malam sangat mencurigakan.

Dah namanya honeymoon. Takkan nak kena berkurung pulak. Jadinya Ryana & Ashroff ingkar dengan arahan bellboy. Dan mereka diburu dihomestay tersebut. Ending not bad. I don't mind dengan ending mcmtu. Haha. Ending semua bersangkut paut dengan watak utama dan diceritakan secara jelas ini kenapa terjadi, itu apa.

Cuma kesian dekat Ryana & Ashroff. Mereka mangsa keadaan mungkin? atau karma?

2. Homestay Putih Nian// Maria Kajiwa: Cerita kedua boleh diterima dek akal. Logik. Sebab bersangkut paut dengan mahkluk halus. Lagipun, benda macam ni terjadi di kehidupan kita ni. Nak sangkal pun tak boleh. Penulis menulis cerita 'realiti'. Mak Putih adalah penambah cerita.

Pengajarannya tetap satu. Jangan menyekutukan Allah. Tak kira la pertaruhannya adalah kemewahan sekalipun.

3. Rahsia// Rhea : Mengisahkan tentang suami yang ingin menebus kesilapan terhadap isterinya gara-gara kesalahan dia curang. Bagi menebus salah. Dia minta peluang kedua dari isterinya, Kiara.

Hisyam telah menyewa homestay dari Riezal untuk luangkan masa bersama isteri dan 2 orang anaknya. Akan tetapi, terang-terang bila sampai di homestay tersebut. Macam-macam kejadian aneh berlaku.

Anak-anak mereka ada kawan 'baru', budak perempuan di kawasan air terjun, hanya ada sebuah homestay di situ. Menarik sebab hujungnya tak sangka, orang tu yang jahat. Dalam hati dok aim org lain yang jahat. Ada plot twist. Menarik. And ilmu hitam ini memang tak lari dari orang yang sememangnya mempunyai niat jahat dan hati busuk. Minta dijauhkan.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
January 27, 2020
3 cerita dari 3 penulis yang berbeza.
Honeymoon - karya eb reeza. Kisah sepasang suami isteri yg honeymoon ke kubu homestay berakhir dengan tragedi akibat tersalah homestay dan ingkar dengan arahan staff homestay yang melarang pasangan tersebut keluar dari bilik selepas jam 10 malam.

Homestay putih nian - karya maria kajiwa. Kisah dua sahabat razak dan amran yang ingin membangunkan sebuah homestay di tepi pantai. Usaha mereka hampir bertemu kegagalan bila ‘mak putih’ kerap muncul mengganggu kerja2 pengubahsuaian. Apabila dialihkan batu 4 penjuru yg menjaga homestay tersebut, gangguan mak putih turut lenyap. Tapi keadaan tersebut tidak bertahan lama apabila razak meninggal akibat kemalangan. Mak putih kembali muncul.

Rahsia - karya rhea. Kisah keluarga hisyam yang bercuti ke sebuah homestay di kawasan pedalaman untuk memperbaiki hubungannya dengan isterinya Kiara. Mereka diganggu dengan pelbagai gangguan mistik hingga menyebabkan satu tragedi ngeri berlaku. Rupanya ada dalang di sebalik kejadian ngeri yang menimpa keluarga hisyam.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
May 26, 2021
Tiga cerita dari tiga orang penulis. Ketiga-tiganya sangat menarik dan padat. Yang pasti, kalau nak sewa homestay kena berhati-hati dulu, jangan silap pilih nanti membawa padah. 😂

1.Honeymoon - Eb Reeza
~ Ryana & Ashroff yg baru berkahwin ke Kubu Homestay utk berbulan madu. Homestay itu tak spt homestay yg lain tp dah macam hotel lima bintang. Cerita ni menggambarkan akibat kedegilan manusia. Sejak awal-awal lagi bell boy dah pesan jangan keluar bilik selepas pukul 10mlm. Kalau ada diluar bilik, mesti kembali sebelum jam 10mlm. Kerana melanggar pesanan, mereka berdua terperangkap dalam sesuatu yg dahsyat.

2.Homestay Putih Nian - Maria Kajiwa
~Razak dan Amran menjalankan kerja-kerja pembaikan sebuah homestay setelah Razak membeli rumah tersebut dari Fuad. Kerja yg dipantau oleh Amran itu mengalami pelbagai gangguan. Mrk meminta pertolongan Pak Cik Kamal. Proses berjalan dgn lancar tetapi kembali mengalami gangguan bila Razak meninggal dunia akibat kemalangan. Apa puncanya?

3.Rahsia - Rhea
~Permulaan cerita digambarkan homestay yg penuh darah menghantui sebuah keluarga yg menyewa di situ. Plot Twist di akhir cerita amat megejutkan. Sungguh aku tak sangka, dari nak memulihkan sebuah hubungan perkahwinan yg retak akibat org ketiga menjadi satu tragedi yg tidak disangka. Padah bila hati bertuhankan dendam dan sakit hati yg menguasai diri. Tp gangguan yg di alami oleh anak-anak Hisyam dan Kiara tu, rasa sgt mengerikan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 14, 2020
penulis Ebriza Aminnudin Novelis dengan kisah honeymoon. ryana dan ashroff yang ke kubu homestay untuk berbulan madu. tapi disebabkan kedegilan mereka yang tidak mahu mendengar kata imran, bell boy di situ yang mengingatkan mereka supaya tidak keluar selepas jam sepuluh malam, buatkan mereka terperangkap dengan kejadian dahsyat.

homestay putih nian pula tajuk karya puan Novelis Maria Kajiwa. razak, mahu membuka sebuah homestay. ketika mulakan kerja-kerja yang dipantau oleh amran, pembaikan satu persatu gangguan berlaku. mereka meminta tolong pak cik razak untuk membantu. tapi tak disangka, ada pula yang terjebak dengan hasutan syaitan.

penulis Rhea, menampilkan kisah rahsia. walaupun akak lost sedikit dengan awalan kisah tapi apa yang mengganggu kiara bersama anak-anaknya, mira dan iman memang agak menggerunkan. hisyam mahu pulihkan kembali hubungan dia dan kiara tapi rupanya dendam sangat menggerunkan.

KESELURUHAN, tiga kisah yang menarik dan padat dengan penyampaian. tak sempat nak tarik nafas sebab momentum kelajuan setiap kisah memang dah bergerak cantik.

homestay, nak sewa tu tengok tempat dulu atau tak?
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
August 8, 2022
HONEYMOON- EB REEZA
-Apa perasaan bila honeymoon yang sepatutnya menjadi satu kenangan indah berubah menjadi satu tragedi pabila tersalah masuk ke homestay? Pesanan pekerja homestay kepada kepada Ryana dan Ashroff supaya tidak keluar dr bilik selepas 10mlm diambil ringan. Tanpa mereka sedar, perkara itu menyebabkan mereka bakal menjadi mangsa kepada 'penduduk' homestay yang lapar darah
.

RUMAH PUTIH NIAN- MARIA KAJIWA
- Razak dan Amran ingin membaikpulih sebuah rumah untuk dijadikan homestay. Rumah milik Mak Putih, dijual oleh Fuad, anaknya setelah Mak Putih meninggal. Ketika proses membaikpulih sedang dijalankan, mereka telah diganggu oleh seorang nenek tua. Setelah meminta bantuan jiran sebelah, Pak Cik Kamal akhirnya mereka menemui jalan penyelesaian. Namun tanpa mereka sedar, salah seorang drpd mereka sanggup menjadi hamba iblis. Homestay yg telah disiap, dan telah didiami oleh penyewa kembali diganggu. Sang iblis kembali menuntut janji yang telah dibuat. Siapa yang bertanggungjawab?
.

RAHSIA- RHEA
- Sebuah hubungan yang hampir retak menanti belah cuba dibaikpulih oleh sang suami. Maka satu percutian ke sebuah villa dirancang oleh sang suami dengan bantuan kawannya. Hisyam dan Kiara menginap disebuah villa yang jauh dari sibuk kota. Tanpa mereka sedar, maut menanti dihadapan. Ada yang menuntut dendam. Tanpa sedar, dari kasih menjadi dendam. Maka siapa yang harus disalahkan? Dimanakah puncanya?

Bagi aku ketiga-tiga kisah mempunyai kekuatan mereka tersendiri. Setiap kisah membawa pengalaman yang berbeza. Cuma itula ianya sebuah kisah pendek. Seakan tidak puas membaca. So bagi korang yang nak sebuah kisah seram pendek, aku rekomenkn untuk baca. Thumbs up untuk semua penulis.
.
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
January 10, 2022
Kisah yang santai bagi saya dan tidak terlalu seram.
Profile Image for meenie.
334 reviews2 followers
January 4, 2026
kalini takde complaints. yang tak best cuma ceritanya pendek sangat 😞😞 nak panjang lagi hm
Profile Image for Aina (Elfbookstagram).
23 reviews6 followers
January 26, 2021
Kembara Mistik - Homestay
.
.
"Jemputlah masuk👻"
.
.
Honeymoon By Eb Reeza

Wow!! Bestnya cerita ni, pengalaman honeymoon yang mengerikan. Cerita dia best, Amir taja percutian honeymoon Asyroff dan Ryana di Kubu Homestay. Malang menimpa mereka. Dari start perjalanan sampailah dekat homestay tu, mereka rasa tak sedap hati. Walaupun homestay tu kelihatan moden, tp pekerja kat dalam tu macam sesuatu sangat. Dengan ada peringatan lagi jangan keluar selepas 10malam. Nak tahu apa berlaku kalau mereka ingkar arahan, boleh baca. Serious aku terkejut bila baca😂😂. Nasib baca waktu pagi😅.
.
.
Homestay Putih Nian By Maria Kajiwa

Cerita ini mengisahkan tentang Razak dan Amran yang mengusahakan projek homestay di kawasan berhampiran laut. Rumah lama itu dijadikan homestay sbg tempat pelancongan memandangkan kawasannya yang sibuk dan meriah. Tetapi lain pula yg jadi, satu demi satu kes terjadi membuatkan projek itu tergendala. Rupanya, ada sejarah disebalik rumah kosong itu. Arghh!! Fall in love dengan penulisan kak Maria Kajiwa. Simple dan senang faham plus ada pengajaran dalam ceritanya😍👍🏻.
.
.
Rahsia By Rhea

Ngeri!! Tragis!! Cerita yang sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan 2 jalan cerita diatas. Kesetiaan sebenar dapat diukur diakhir cerita.. Homestay yang penuh dengan darah menghantui setiap ahli keluarga yang menyewa disana🥵. Fuhhh!! Plot twist yg tidak dijangka serta isi yang padat. Dendam dan dengki menjadi punca segala-galanya😰
.
.
Storyline: 5⭐
Cover: 5⭐
.
.
Rating: 5⭐
Big clap untuk ketiga-tiga penulis ini.. Semua jalan cerita tentang 'homestay' sangat2 best!!! No words can describe this feeling. Korang kena baca!! 150pages seakan tak logik untuk 3 story yang gempak mcmni👍🏻👍🏻
Profile Image for Eizalicious Noir .
28 reviews
December 1, 2025
🏚️ KEMBARA MISTIK – HOMESTAY

Tiga kisah, tiga homestay, tiga rahsia yang buat kita fikir dua kali sebelum tekan “Book Now”.

📖 HONEYMOON – EB Reeza

Sepasang suami isteri sangat teruja bila honeymoon mereka ditaja oleh rakan baik. Homestay yang indah bagaikan syurga — tapi semuanya mula berubah bila:

• tak nampak tetamu lain,

• pekerja berwajah kosong, tak bercakap,

• peraturan pelik: WAJIB masuk bilik sebelum 10 malam.

Larangan biasanya mengundang rasa ingin mencuba… itu jugalah yang memerangkap mereka.

Selepas melanggar peraturan, mereka mula berdepan sesuatu yang langsung tak tergambar oleh fikiran manusia.

Persoalannya — kalau mereka patuh arahan, adakah nasib akan berubah? Hanya penulis yang tahu.

📖 HOMESTAY PUTIH NIAN – Maria Kajiwa

Razak membeli sebuah rumah kampung di lokasi strategik untuk dijadikan homestay. Amran, sahabat baiknya, tumpang gembira — dia sendiri yang akan menguruskan semuanya.

Namun ada “sesuatu” yang memerhati dengan marah.

Gangguan demi gangguan memaksa mereka mencari jalan penyelesaian. Amran cuba tinggal bersama keluarganya — dan semua nampak selamat… untuk seketika saja. Penyewa pertama akhirnya mengalami perkara mengerikan.

Razak sudah meninggal. Amran buntu dan terpaksa meminta bantuan Pak Cik Kamal. Tapi tanpa mereka sedar… ada pengkhianat dalam kalangan mereka.

Siapa? Kenapa?
Dan apakah rahsia sebenar homestay itu?

📖 RAHSIA – Rhea

Hisyam ingin menebus kesalahan pada isteri, Kiara. Homestay milik kawan lamanya, Riezal, jadi tempat sesuai untuk memulakan semula segalanya. Harga pun tak masuk akal murahnya, membuatkan Hisyam rasa lega.

Tapi masalah rumahtangga bukan semudah itu. Gangguan mula menimpa Kiara dan anak-anak — termasuk tulisan berdarah yang menyuruh mereka keluar.

Bila akhirnya mereka bersetuju untuk pergi… semuanya sudah terlambat. Sesuatu di homestay itu tak membenarkan mereka melangkah keluar.

Siapa yang memberi arahan?
Apakah rahsia yang cuba disembunyikan di tempat itu?
Dan kenapa niat baik Hisyam seperti dihalang?

Hashtag :
#KembaraMistikHomestay #FajarPaker #EbReeza #MariaKajiwa #Rhea
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
March 25, 2020
Tiga cerita dalam satu novel

Honeymoon

Maaf sebab saya nak kata 'padan muka' buat pasangan pengantin baru Ryana dan Ashroff. Kerana ikut kata hati sendiri, mereka mengalami nasib yang tidak terjangkau dek akal waras. Walaupun merasakan ada yang tidak kena dengan homestay yang mereka inap untuk berbulan madu, selamba je mereka buat apa yang mereka nak buat tanpa berfikir buruk baiknya melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Siapa tahu, mungkin nasib mereka berbeza jika mereka patuh kepada arahan yang telah diberikan...mungkin.

Homestay Putih Nian

Aura seram yang merindingkan bulu roma. Karya yang sangat 'Maria Kajiwa'. Anyaman bahasanya yang sedap dibaca walaupun meremang dengan gangguan yang bertubi-tubi daripada 'Mak Putih' bermula dari peringkat awal rumah yang asalnya terbiar hendak dijadikan homestay. Sisipan Moral dan pengajaran tidak lupa dialas sebagai pedoman kepada pembaca. Mengapa 'Mak Putih' tidak suka rumah itu dijadikan homestay? Dapatkah Amran dan Razak menyelesaikan masalah itu dengan sebaiknya? Jawapannya, kenalah baca homestay!

Rahsia

Dalam hidup, andai bertuhankan nafsu hingga sanggup menggadai iman dan kebahagiaan, takkan pernah ada jalan penyudah yang menyenangkan. Walaupun Hisyam dan Kiara cuba memperbaiki rumahtangga yang berantakan kerana orang ketika yang mengganggu, segalanya tidak mampu diubah andainya dendam dan hasutan iblis lebih diagungkan. Akibatnya, tanpa sedar mereka sendiri telah diperdayakan. Mampukah mereka melepaskan diri daripada ancaman maut yang sengaja dirancang untuk kepentingan mereka yang berhati hitam?

Seram, mendebarkan dan ada pengajarannya. Tahniah untuk kesemua penulis!
March 5, 2023
Cerita 1: moral of the story, jangan la pergi homestay yang dinamakan Kubu since even i tersalah baca as Kubur Homestay from the start. Kesian la pasangan laki bini ni, baru nak honeymoon, dah mati. Sad la macam ni. And one more thing yang ada satu part menyatakan Ryana pernah datang ke Kubu Homestay... tapi dia tak tau where this place is????? It doesn’t make any sense. And im hella annoyed eith this Ryana attitude. But still kesian first day as husband and wife. Dah jadi puaka yang tinggal selama lamanya di situ

Cerita 2: im sorry mak putih ni kelakar weyh. Like dia tiba tiba muncul sambil tengok ngan muka marah like its soo funny.
Page 72: Kesian amran baru nak baring lepas tu pipi kena tampar lak tu HAHHAHA
-pg87: KESIANNYA RAZAK CEPAT MATI GITEW dah la dia gi bela the saka. Habis masuk neraka terus

Cerita 3: i wish hisyam died instead. I don’t care he’s a cheater. Tapi the wife pon macam yk she’s like revengeful because her husband cheated on her so I don’t really care about her but HISYAM. He needs to fucking die. Cheater shouldn’t be given a chance at all.

In all this three short stories. I hate the third one. I really like the second one.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
March 13, 2022
Jemputlah masuk..

Ada 3 cerita dalam buku ni.

1. Honeymoon

Awal cerita aku rasa macam seram gak, tapi bila dah hujung aku rasa macam penulis berusaha keras nak menerangkan segala sebab kenapa setiap perkara tu terjadi. Ada part yang mengganggu mood aku, tengah kabut2 kena kejar hantu boleh plak ada dialog sayang sayang dan tersenyum simpul. Halaaahhhhhh!!!

Yang aku kuiri, Amir tu mana tau ttg tempat ni. Asal dia tak jadi mangsa kalau dia pernah pegi tempat tu? Hahahaha

2. Homestay Putih Nian

Paling best dan tak ada yang aku kuiri sepanjang aku membaca cerita ni. Kemas dan teratur. Bukan aku puji sebab aku baik ngan penulisnya, tapi sebab kualiti penulisannya. Mantap!

3. Rahsia

Okay, cerita neh ada twist yang aku tak sangka. Seram pun boleh tahan. Cuma cara penulisanya aku rasa macam lain ayat dia pendek pendek buat aku tersekat sekat membaca. Eh? Ke perasaan aku je. Pepon good job penulis!
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Cerpen.
Gabungan 3 buah cerita dari tiga orang penulis.
Ketiga tiga cerita bawa rasa yang berbeza.

Honeymoon.
Cerpen pertama ni unsur seram tu ada. Cuma terasa sedikit tergesa gesa penceritaannya. Mungkin sebab cerpen jadi agak terhad panjang ceritanya.

Homestay putih nian.
Cerpen kedua ni lengkap cukup elok segala permulaan kisah, punca dan penyelesaiannya. Walaupun cerpen, tetap ada terselit pengajaran yang boleh diambil.

Rahsia.
Cerpen ketiga kisahnya mendebarkan. Punca konflik dan cerita disebaliknya sedikit mengejutkan. Kalau dipanjangkan sedikit mesti lebih menarik.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.