Jump to ratings and reviews
Rate this book

SELOKA ANAK RANTAU

Rate this book
جيسلينا دان عمل سيڤسڠ بي.إيف.إيف يڠ منتڤ د جرمان. ماسيڠ-ماسيڠ ممڤوڽاءي السن مڠاڤ لبيه سليسا تروس د ايروڤه دان بوكن د تانه اير. حال كرجاي، چينتا دان كلوارڬ دكوڠسي برسام — تتاڤي كادڠ-كادڠ بي.إيف.إيف ڤون براهسيا .اڤابيلا ساتو ڤرساتو حيله دددهكن، اد يڠ اكن ترچيدوق

***

Jeslina dan Amal sepasang BFF yang menetap di Jerman. Masing-masing mempunyai alasan mengapa lebih selesa terus di Eropah dan bukan di tanah air. Hal
kerjaya, cinta dan keluarga dikongsi bersama — tetapi kadang- kadang BFF pun berahsia. Apabila satu persatu helah didedahkan, ada yang akan tercyduk!

152 pages, Paperback

Published February 15, 2020

1 person is currently reading
27 people want to read

About the author

Shaz Johar

25 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (16%)
4 stars
25 (35%)
3 stars
27 (38%)
2 stars
6 (8%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
March 14, 2020
My first fixi dwi book!

It’s an interesting short story. I just finished reading this book in one sitting! And I’m proud sebab berjaya habiskan buku ni totally by reading the jawi page insted of rumi, tapi awal2 tu gagap juga la nak baca jawi 😅 Tbh, rasa tak puas sebenarnya baca cerita dalam jawi, planning to reread this book tapi nak baca tulisan rumi pula.

Dari segi ejaan jawi untuk malay words tu mudah & senang faham, kalau ada typo atau salah ejaan jawi tu tak perasan pula sebab saya pon tak expert jawi lol.

Cuma bila english words translate jawi, susah sikit nak faham & kadang saya perasan ada bertukar2 ejaan jawinya. Contoh perkataan ‘so’, mula2 dieja ‘سو’ & tiba kat page lain ‘so’ dieja ‘ص'.

Anyway, 4⭐️ for this book! 😊
Profile Image for hans.
1,164 reviews152 followers
February 4, 2024
Tema utamanya bagus-- persahabatan, keluarga dan kerjaya. Tentang dua sahabat yang menetap di Jerman dengan masalah masing-masing, ia tentang rahsia masa lalu yang mahu dilupa, tentang realiti yang diharap dapat mengubah hidup namun masih juga samar. Penceritaannya ringan dan santai walaupun konfliknya agak serius. Aku suka cara penulis kembangkan dua watak utama, alur ceritanya juga bagi tarikan supaya aku terus baca dan mahu ambil tahu. Subplot kisah cinta dan perhubungan berselang dengan masalah perasaan dan harian yang relatable (terutama tentang hal kerjaya yang aku rasa sebahagian daripada kita punya masalah yang sama). Aku suka ending-nya. Selesai baca in one sitting saja, rating sebenar 3.5 bintang.
Profile Image for SS.
521 reviews5 followers
Read
November 5, 2024
Kulit buku & sinopsis lah yang membuatkan aku ambil buku ni malam tadi dan baca. Pukul 12 malam start. 30 min habis. Maknanya buku ni in one sitting saja boleh habis dan nipis. Teramat nipis. Kulit buku & sinopsis nampak murni sangat. Rasa tertipu pulak haha. Tapi hakikat
sebenarnya. Buku ni mempunyai konflik kehidupan yang sangat berat. Konflik yang dihadapi oleh kedua-dua watak -- Jeslina & Amal.

Masing-masing walaupun bersahabat baik. Namun, menyimpan banyak rahsia dan aib sendiri. Siapa kata semua benda kena share even bff sekalipun?. Sebab privacy masing-masing kan lagipun kena la jaga air muka sendiri. Kalau tak jaga siapa nak jaga?. Dan kalau bff kita tak share jangan la kita nak judge dia. k k ?

Aku cuma tak percaya yang aku habiskan juga baca buku ni. Sebab masa dapat tahu watak Amal sebegitu rupa. Terkejut beruk haha sebab aku expect yang watak itu polos. Tapi dia punya selera pelik tu. Ya Allah. Geli la 🤢 Terlalu daring sampaikan aku rasa macam watak Amal yang sonsang ni akan berikan kesan yang buruk dekat Jeslina IF si Jeslina ni pun ada selera yang sama dengan Amal. Sebab Jeslina ni awal-awal pun dah tunjuk tanda yang dia straight. Amal backoff. Kalau tak mesti menjadi gak --

Untuk Amal. Dia juga struggle dengan kehidupan dia. Ada keluarga dekat Malaysia. 100% mengharapkan dia. Mungkin mentaliti orang kita ni kalau siapa kerja overseas orang tu kaya. Sedangkan entah susah senang struggle kerja bagai nak rak dekat sana siapa yang tahu kan. Dapat pula majikan yang selfish. Hanya tahu nak mengambil kesempatan saja. Kesian Amal tapi at the same time aku masih tak sokong perbuatan dia yang sonsang amat tu.

Untuk Jeslina. Ya. Sejarah hitam dia lagi parah. Dibuang keluarga dan sebagainya memang koyak emosi dia. Macam mana dia bangkit dari kejadian hitam itu pun tak pasti. Yang penting dia tak fikir untuk tamatkan riwayat hidup dia. Itu sudah cukup baikz Kalau itu terjadi memang sedih. Mujur dia masih ada iman. Di negara orang pun dia masih tetap bekerja keras untuk cari duit demi kelansungan hidup. Ada someone special pun end up jadi macamtu. What a life Jes. Semoga yang baik baik je untuk kau k.

Mana hilangnya bintang yang lain. Semuanya disebabkan aku awkward baca tulisan jawi tapi ceritanya ada unsur lesbian koh. Berpinaw mata. K bye bye.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
February 15, 2022
توان شز جوهر ميمڠ سوک توليس چريتا ماچم ني؟ چريتاڽ مناريق تاڤي عبارت دراما ڤتڠ ڤوکول توجوه يڠ اد عنصور بارت سيکيت. بوليه لا لاين. نيلاي مورل يڠ ساي داڤت اداله هيدوڤ مستيله جوجور دان جاڠنله ايکوتي ڤراڠاي قوم نبي لوت.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
November 26, 2021
Sebuah buku tentang Jeslina dan juga Amal yang hidupnya penuh dengan pura-pura.. Walaupun mereka bersahabat, namun antara mereka ada rahsia yang tak dijangka..
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
April 12, 2020
Setelah beberapa tahun mengikuti karya-karya SJ, saya merasakan bahawa karya beliau pada kali ini matang dan berani. Jalan cerita yang ringkas dan tersusun rapi yang diterajui oleh dua watak utama iaitu Jeslina dan Amal. Watak-watak sokongan yang lain berjaya menghasilkan penceritaannya menjadi lebih bersahaja dan realistik.

Saya sukakan penceritaan yang berselang-seli tentang kisah kehidupan Jeslina dan Amal di bumi Eropah disamping tekanan dan sejarah latar belakang hidup mereka. Sebuah bacaan ringan yang santai dan menarik. Awas! Ada kejutan dari setiap rahsia yang dimiliki oleh mereka berdua.

Rekaan seni pada kulit buku ini sangat unik dan menarik sehingga ia membuatkan hati saya tertarik untuk memilikinya. Di antara keunikan lain yang terdapat pada buku ini ialah, ia dicetak dalam dua aksara iaitu Jawi dan Rumi.

Tahniah di atas usaha baik Buku Fixi kerana memperkenalkan FixiDwi, yang membawa karya urban kontemporari dalam dua aksara iaitu Jawi dan Rumi. Saya sangat sukakan buku ini.

Penilaian saya untuk buku ini ialah 5/5.
Profile Image for Eisya.
190 reviews4 followers
February 8, 2023
Teruja nak baca dalam jawi sebenarnya.. tapi jalan cerita melibatkan hubungan sonsang jadi turn off pula nak baca. Last last habiskan baca rumi sahaja sebab nak habiskan cepat.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews52 followers
April 15, 2022
“Matanya terbuka luas menyaksikan langit malam yang kelam tanpa bintang. Menara Heinrich Hertz di depan muka kelihatan bengkang bengkok di balik cermin, mengikut air hujan yang mengalir. Sekali-sekala kedengaran enjin kereta dan bas yang lalu, menderu enjinnya memanaskan jalan yang basah, berselang-seli dengan suara-suara manusia yang menjerit atau bergaduh, mungkin gelandangan, sedang mencari tempat untuk berteduh”.
- Seloka Anak Rantau by Shaz Johar
.
.
I bought this book simply because i believe my ability to read ‘Jawi’ has become rusty. It’s been ages of not writing and reading ‘Jawi’ especially after leaving secondary school, i felt i no longer need it. For those who are not familiar of what ‘Jawi’ is, this writing is based on Arabic script. Just like how most Malaysian muslims knew how to read Quran but don’t really understand the language (except those who are well versed in Arabic), i believe Arabs can read ‘Jawi’ but they will not be able to understand it unless they knew Malay. Anyway, the story is simple and brief. There are some part that were not elabrated well. It’s about close friendship between Jeslina and Amal. Its about secrecy they both have and did not want to disclose it to each other. Its about past sins that happened in Malaysia and it kept chasing them. Its about struggle living abroad and trying to make it in German. I mean most of us do at some point aspire to go oversea, studying and working there and wanting to be successful. Jeslina and Amal is living that dream only to be aware that all that glitters is not gold. Is Jeslina truly a daughter of successul entrepreneur in Malaysia? Why Amal is so hesitate in seeking her employment elsewhere and decided to still work with Gunter family despite being underpaid? The story has potential, but lot of details were being left out alot. Maybe another 50 pages more could actually solidify the plot, in my honest opinion. Overall, its a great initiative by FIXI. Since the book was written in jawi and rumi, i actually put the paper in between so that i only read the jawi one. I solely want to focus on jawi itself. I am struggling to read english and german words being written in Jawi. Shaz Johar did not really write in Proper Malay, so lots of mixture/rojak in a conversation and some words that i cannot read usually turn out to be the name of places in german. Other than that, i still be able to finish this in one sitting given that the plot and character building is not complicated. I would say you may want to get the book if you wanted to see whether you can still read jawi (fast and fluently).
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
May 31, 2020
Sebaik saja, aku ternampak cover Seloka Anak Rantau, seorang perempuan yang sedang santai menghirup kopi, ditambah pula dengan gabungan warna kuning dan hijau yang bold, Seloka Anak Rantau yang ditulis Jawi itu betul-betul menarik perhatian aku untuk mendapatkannya.

Cerita tentang dua orang rakan baik yang menetap di Jerman ini tidak panjang sebenarnya tetapi strugglenya bila aku nak juga menamatkan cerita dengan membaca Jawi. Memang dari awal, niat aku untuk mengetahui cerita penuh dengan membaca Jawi dan finally aku berjaya. Strugglenya - bila setiap kali ubah halaman, mata akan terbaca tulisan rumi dulu, cepat-cepat aku ubah ke halaman yang bertulisan Jawi haha.

Seronok tau baca cerita yang bertulisan Jawi ni. Pada aku, fixi dwi ini melatih aku untuk membaca dan menghayati tulisan Jawi. Ia merupakan satu usaha yang baik untuk memartabatkan tulisan jawi. Ada satu perkataan yang aku detect jawinya ada imbuhan tapi ruminya tak ada tapi tak apa, masih boleh di fahami. Ada juga bahagian-bahagian yang terpaksa aku refer pada tulisan rumi contoh dialog yang berbahasa Inggeris dan German, shortform dan nama-nama tempat di sekitar German.

Kisah yang berlatarbelakangkan Jerman ini menarik untuk dibaca, dengan mengetengahkan Jeslina dan Amal yang tetap struggle untuk meneruskan kehidupan di Jerman walaupun dijerut kisah silam yang tak pernah pudar dari ingatan. Keseluruhannya, aku suka dengan Seloka Anak Rantau kerana temanya berkaitan keluarga,persahabatan dan peluang kedua, cuma itu lah pendek sangat, aku tak puas. haha

3 bintang sebab cerita dia pendek. Yang lain best!
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 8, 2020
Ringkas dan berisi. Kisah Amal dan Jeslina, BFF yang menetap di Jerman. Masing-masing punya rahsia tersendiri. Tak sangka aku ambil masa sejam sahaja untuk habiskan buku ni.
Profile Image for Izis.
52 reviews
September 4, 2020
First of all, aku nak ucapkan tahniah kepada FIXI dan penulis kerana berjaya menerbitkan buku dwi-bahasa (Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi). Ingtkan otak dah berkarat baca Jawi tapi nasib baik boleh membaca dengan lancar lagi... ^_^

Jalan cerita yang simple, santai dan menarik...Penulis bertukar2 cerita imbauan dengan cerita sekarang. Bagi aku jalan cerita ni penuh pengajaran. ye lah, walaupon kita bersahabat baik, ada kadang2 rahsia yg kita belum selesa untuk dikongsi. Jeslina cuba menyembunyikan rasa malu di hadapan Amal dengan membongkar rahsia Amal. Itulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Diakhir cerita, masing2 merindukan teman baik mereka tetapi disebabkan ego dan malu, tiada siapa yg mahu mengalah. Berharap Jeslina dan Amal akan terus jadi rakan baik di bumi asing tu.

Cubaan bahasa Jawi yang bagus. Ada sesetengah perkataan yg susah nk dibaca sbb ditukar dari English atau German. Ada perkataan yg ditukar di tengah2 contohnya So.. memula Sin-Wau tiba2 jadi Sod aje. Ada yang mcm pelik2 bahasa Jawi contoh lelah dieja Lam-Alif-Lam-Lam-Ha ada tanda sabdu. Berharap penulis tulisan Jawi lebih peka. Ada beberapa yg aku agak keliru ejaan nya tapi seperti Bahasa Melayu, tulisan Jawi juga da perubahan bahasa dan ejaan jadi mungkin aku yg salah.

Profile Image for Izzati.
591 reviews7 followers
July 14, 2024
DNFed at 36%.

Bila baca buku ni baru faham kenapa buku ni dijual dengan terlalu murah oleh penerbit yang mengatakan bahawa mereka akan 'memusnahkan' buku-buku yang tak terjual.

Baru sahaja baca beberapa muka surat sudah meluat dengan sifat dan pemikiran kedua-dua protagonis. Bagaikan orang yang perasan moden atau sekular dan mengagung-agungkan orang putih. Ilustrasi di hadapan mengelirukan, langsung tak sama dengan apa yang saya jangkakan.

Tak terfikir pulak akan terbaca perkataan 'penis' dalam jawi. Paling menggeramkan bila cerita cuba mengaburkan mata pembaca mengenai 'cheating' dengan 'gay'. Nothing should ever make cheating okay.

Nasib baik beli murah. Takde la sakit hati sangat nak DNF.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
August 19, 2020
Cerita pendek mengenai kehidupan dua sahabat—Jeslina dan Amal—yang berkelana ke Jerman mencari haluan hidup. Masing-masing ada rahsia sendiri walau rapat macam mana pun hubungan persahabatan tu. Mesti ada satu side yang kita taknak orang tahu. Begitulah realiti hidup kebanyakan dari kita.

A good read. Boleh habiskan in one seating je. Less than an hour. 3/5 from me.
4 reviews
April 19, 2020
kalau baca versi jawi, rasanya susah nak habiskan buku ini dalam satu hari. heee

oleh itu, saya memilih membaca di dalam versi rumi sebab tak sabar nak habiskan jalan cerita ini.

akan ada sambungan lagi kah watak jes & amal selepas ini?
3 reviews
December 2, 2020
Jalan cerita yang menarik malahan topik yang jarang diperkatakan dalam masyarakat yang berfikiran tempatan. Kisah tentang kesusahan dan cabaran warga malaysia dinegara orang dan sifat mereka yang lebih mengemari jerman dari Malaysia sangat normal dan selalu diseterotaipkan apabila sesorang itu menetap diluar negara.
Profile Image for aisyah faizal.
7 reviews
January 24, 2021
another good book to read,, i really recommend this book to read during your busy days as it will not take a long time to finish a whole book,, i just took about 20 to 25 minutes to finish this in one go 👍🏻👍🏻
Profile Image for Erin95.
152 reviews5 followers
April 25, 2021
Padat & Ringkas. Itu ulasan aku tentang buku ni. At first aku ambik buku ni untuk di baca, sebab tajuk dia, macam kena pulak time-time nak raya ni kan.

But no.

Isi dalam dia tidak sebegitu. Isi dalam dia quite berat bagi aku. Mengisahkan BFF Jeslina & Amal yang berkongsi segala kisah suka & duka. Disangka telah berkongsi semua perkara, rupanya masih banyak yang dirahsiakan. Everything about darkest secret and past regrets.

Buku ni cukup rencah. Cuma ending dia aku macam "ala cam ni je". Tapi bila fikirkan balik, macam tu lah hidup, kau tak kan dapat jawapan untuk semua perkara dalam waktu yang sama. So move on.

Oh ya, buku ni ada dwi bahasa tau. Rumi & Jawi. Which is quite special from the other book. Cuma aku bengang sikit bila tak faham baca part jawi tu rupanya. Di jawi kan perkataan English & Jerman. No wonder lah aku tak faham. 😂
Profile Image for Mohamad Nasrul.
196 reviews6 followers
April 1, 2022
Mula-mula aku baca tulisan Jawi, lepas tu rasa macam lambat ja, dah 1/4, aku baca tulisan rumi, laju la sikit.

Novel yang menceritakan tentang Jeslina dan Amal di bumi Jerman. Masing-masing mempunyai rahsia gelap yang tersimpan rapi sehinggalah satu demi satu tersingkap dan terdedah.

Plot yang disusun sangat menarik untuk dibaca. Suka dengan cara penulis mengolah plot imbas kembali dan plot-plot yang tidak terjangkau di fikiran. Novel yang berani mengupas isu-isu yang jarang diketengahkan di bumi Malaysia. Namun, berjaya dikupas dengan sangat menarik.

Banyak jugak babak-babak yang membuatkan aku, 'OMG! OMG! OMG!'. Aku suka bagaimana penulis mengakhiri novel ni, rasa kena sangat.

Tapi, pendek sangat. Mungkin sebab dalam tulisan jawi sekali.

5/5
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
January 19, 2022
Bukan cerita tentang dua orang pelajar di luar negara. Tetapi berkenaan dua perempuan yang menetap dan berkawan di Jerman. Kedua duanya mempunyai latar belakang dan masalah mereka sendiri. Tapi kedua duanya mengamalkan gaya hidup hedonisme. Mungkin yang saya suka daripada cerita ini adalah apa yang ditonjolkan, iaitu pembinaan watak dan latar belakang mereka. Cuma satu yang kurang adalah kenapa Amal memilih untuk menjadi lesbian. Biasanya golongan mereka ada sebab tertentu sama ada trauma atau perasaan yang tiba tiba melonjak menjadikan mereka lesbian. Tapi tidak dinyatakan dalam cerita ini.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
January 31, 2022

Mengisahkan kehidupan sepasang BFF, Amal dan Jeslina di Rantauan (Germany). Keduanya masing2 mempunyai sisi diri yang dirahsiakan dan ada yang tercyduk apabila satu persatu helah terbongkar.

Sebuah kisah yang ringkas dan padat dengan drama. Plot yang tersusun dan senang dihadam oleh pembaca. If you need something that simple, give this book a try.
Profile Image for Aishahzubki.
60 reviews
August 21, 2021
Hebat, dua watak yang mulanya orang asing, bertemu di negara asing lalu menjadi rapat dan bertelagah hanya kerana masing masing ada rahsia tersendiri. Akhirnya, semua terbongkar dan mereka menjadi dua orang asing kembali.
Profile Image for Akif Irfan.
23 reviews
February 15, 2022
Daripada 3 judul Fixi Dwi, Seloka Anak Rantau merupakan novel yang sangat lain daripada 2 Fixi Dwi lagi. Terjemahan jawinya mencabar. Aku baca tulisan Rumi saja.

Bagi aku kalau novel ini dijadikan novel Fixi biasa, boleh pergi lagi jauh.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
September 27, 2020
Alaaaa tak puas la baca novel ni. Tapi yelah nak panjang-panjang jenuh pula nak tulis dalam jawi, kan?

Overall, aku suka jalan ceritanya. Cuma plot twist dia amboi! Hahahaha
Profile Image for Kamalia Jalil.
13 reviews
February 13, 2021
Cerita pendek. Dlm 2 jam habis baca.
Menarik jugak baca dlm jawi..
Yang part tak boleh baca, bila refer tulisan rumi rupanya bahasa jerman.patut le gagap2 bacanya 😄😄😂
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 10, 2021
🌼Tahniah Fixi, dalam usahakan membuat fixidwi. Demi memartabatkan bahasa jawi. Boleh asah semula baca jawinya kan. Nasib baik tak berkarat lagi walau tidaklah selancar baca BM.😅

🌼Cerita pendek sekitar tentang persahabatan-keluarga-kerjaya. Tunjang utamanya ialah Jeslina dan Amal. BFF yang bertemu di bumi asing iaitu Jerman. Mengisahkan struggle masing-masing untuk tinggal di bumi Eropah itu.

🌼Seakrab mana bersahabat ternyata ada rahsia yang masing-masing simpan rapi antara satu sama lain. Alasan kenapa masing-masing masih untuk menetap di Jerman itu. Terkejut sebenarnya bila tahu rahsia keduanya. Sebab tak jangka sebegitu cerita.

🌼Alur cerita berselang-seli dengan kisah masalah kedua watak dan perjalanan hidup keduanya di negara asing itu. Jadi, sangat aku senangi pembacaannya jadi lancar. Cerita pendek  saja, jangan jangka yang tinggi-tinggi untuk terjawab persoalan-persoalan yang kita tertanya. Sebab penamatnya  perlu kata move on😂

🌼Aku berharap Jeslina dan Amal sila pulang ke tanah air segera dan semuanya 'baik-baik' saja.  Sebab entahlah kenapa aku takut untuk mereka bertemu,risau masalah lain pula tercipta. Risau Amal tu buat taktik pengaruh rakan sebaya kan.Jadi, sila balik kampung masing-masing hendaknya😅 Salahkah aku berprasangka pada watak? Maaf Amal tapi aku celaru lagi keliru😌
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
June 21, 2022
Setiap orang ada rahsia. Rahsia yang hanya dia sahaja yang tahu. Simple story. Aku okay je.

But...Aku tak suka bila cerita yang ada unsur unsur sonsang, LGBT ni di jawikan. Sangat tak patut. Pada aku, publisher kena hormat dengan tulisan jawi. Tolong jangan pukul rata je.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
180 reviews5 followers
January 28, 2023
Buku ini ada dua bahagian, jawi dan rumi. Saya boleh baca jawi, tapi sebab nak cepat saya baca yang rumi sahaja. Dapat habiskan buku ni dalam one seating masa teman anak main di library. Kira nya buku ni saya tak beli, tapi baca di library sahaja.

Berbalik pada review, buku ini ok laa untuk baca santai. Tentang 2 orang sahabat yang duduk di Jerman. Masing-masing ada rahsia tersendiri. Style penulisan Shaz Johar memang begini. Ceritanya mesti ada unsur drama dan sensual. Kalau sesiapa nak baca, boleh cabar diri baca dalam versi Jawi 👍🏻
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.