Dah lama habis baca, baru nak review. Akhir-akhir ni aku terkena penyakit malas review. Bukan tu jer, mood membaca pun terbang ke langit~~☁️
☃️☃️☃️
Sebenarnya aku sakit hati.🔥❤️🔥
Aku jarang sakit hati lebih-lebih dgn watak lelaki. Kebanyakannya menyampah dgn watak perempuan.
Tapi untuk buku ni...
Ya Tuhan...
Aku sangat-sangat benci dgn jantan kaki kikis mcm Syed. Serius ah, watak dia sangat menyakitkan hati aku, dan disebabkan watak dia jugalah pembacaan aku jd slow mcm siput. Sebabnya setiap kali ada scene dia, aku akan tutup buku. Nampak tak aku punya tahap benci tu? Haha.
Selain Syed tak guna tu, ada dua lagi watak yg sipi-sipi bagi tempias beri rasa sakit hati tu;
Watak Anis dan ayah dia — Dr. Mizan.
Aku geram betul dgn ayah si Anis. Jarang tau aku baca buku watak ayah-ayah yg 'krg cerdik', kebanyakan watak mak-mak aje yg suka mengatur jodoh anak ni. Tapi si Dr. Mizan ni, aku label dia krg cerdik tu sbbnya dia berkenan sangat nak jadikan si Syed tak guna tu sebagai menantu sampaikan sanggup tanggung semua perbelanjaan kahwin sbb Syed bodoh tu takde simpanan langsung. HAHAHA kegilaan apakah ini. Punyalah jantan tu perangai ke*arat, tapi Dr. Mizan ni anggap yg Syed tu laa menantu pilihan terbaik, paling terbaikkk bak hang.
(Aku takleh lah weh. Untuk taip review ni, aku kena recall semula jln cerita dan sikap setiap watak. Dan asal teringat watak Syed jer, memang aku emo lebih-lebih.)
Alangkah indahnya ending si Syed tu dia dilenyek lori, malangnya tak. Aku tak puas hati tau. Aku lebih rela baca scene cliché yg dia disambar petir ke apa asalkan aku tahu watak dia mati.
So pasal tu aku jd geram dgn Dr. Mizan. Sbb dia sebelahkan sangat si Syed tu. Please laa weh, please laa. Takde lelaki lain sangat ke kat dunia ni sampaikan yg tak guna mcm Syed tu jgk kau berkenan?
Dan pasal watak Anis pulak, aku sakit hati sbb mudah sangat pd mulanya dia terima Syed tu. Eee tak cerdiknya wehhh, terang-terang dia dah lost contact dgn Syed selama 5 tahun, pastu bila jumpa semula terus buta-buta mcm tu jer setuju utk jalinkan semula hubungan cinta yg pernah terputus dulu. Anis ni lahaiii, tak fikir panjang langsunglah. Manusia ni, dlm tempoh masa setahun pun boleh berubah, apatah lagi 5 tahun, hahaha.
Aku buat list laa sikit yer perangai murahan si Syed tu ;
1- Gila kat barang branded. Tapi pokai. So, selalu nak paw Anis jer kerjanya. Tapi Anis ni kdg bijak jgk, memang taklah dia nak belanja Syed seketul wallet yg harga cecah 10K, gila ke?
Tapi sudahnya Dr. Mizan pulakkk buat perangai cerdik. Diberinya Syed tu 20K utk barang persiapan pertunangan. 20K tu, byk perabis kat pihak lelaki saja. Pihak Anis dpt hantaran bodo-bodo jer, tapi Syed dia punya hantaran level golongan kayangan. Arghhh tak guna. Macam manalah aku tak benci watak dia kalau memang terang-terang watak dia satu habuk apa pun takde yg bagusnya.
2- Gila makan kat tempat mewah. Again, dia pokai sebenarnya. Takde duit. So, tahu apa dia buat? Setiap kali dia keluar dgn Anis, jelas-jelas dia akn heret Anis makan kat tempat-tempat mewah (makan kat food court tak main youu, makan kat restoran 5 stars baru ada claszz). Then masa nk bayar tu, satu jer ayat puaka yg dia duk ulang-ulang dpn Anis, "kaulah yg bayar. Kau kan banyak duit. Bapak kau kaya." Lebih krg mcm tulah ayt dia. Kalau sekali baca pun rasa annoying dah, apatah lagi dia duk selalu sebut ayat tu dpn Anis. Dan masa ni Anis yg masih dikaburi kebodohannya, terima jer ayat Syed tu sebutir-sebutir. Jadilah Anis 'mak sanggup' yg selalu bayarkan bil mknan diorang yg sekali makan saja dah cecah beratus. Dah tu acap kali jgk dia keluar dgn Syed, jd boleh nilai sendirilah yer level berapa tak bijaknya Anis masa ni.
3- Gila, tak tau malu, takde maruah. Haa semua aku bagi sekali gus lah senang. Macam ni, bila Anis dah sedar dari kebodohan dia tu, memang taklah dia nak bertunang dgn Syed tu, kan? Sudahnya dia putuskan jgk hubungannya dgn Syed. Tapi Syed punya muka tembok ni aku cakap kauuu, perghh langsung dia tak nak terima hakikat yg hubungan mereka dah putus. Gigih duk mesej, call, ajak Anis keluar. Gigih duk mengadu kat Dr. Mizan pasal nampak Anis keluar makan dgn lelaki Cina. Sekali dgn pakej fitnah ckp Anis dan Elias berjalan berdua-duaan sambil berpegangan tangan. Tak cukup dgn tu, siap gi serang depan-depan si Anis dan Elias yg tgh mkn kat kedai. Dgn muka tak malunya cakap yg Anis tu bakal isteri dia sdgkan Anis dah putuskan dah pun hubungan diorang. Pastu macam-macam lagilah usaha Syed tu nak jadi menantu org kaya. Dia bkn hadap sangat kat Anis, yg dia hadap duit dan harta Anis, tu jer.
4- Memang gila, gila harta orang! Ada satu plot ni aku takleh citer kat sini, nanti jadi spoiler. Tapi ni plot menuju ending. Kemuncak perangai ke*arat Syed. Memang tak guna betul lah. Takleh dapat Anis dgn cara baik, dia nak guna cara jahat. Mujur jgk ada Elias. Tapi aku geram sungguhlah dgn Dr. Mizan, boleh pulak dia salah sangka, pergi humbankan org lain pulak kat dlm lokap tu, sdgkan yg setan bertopengkan manusia tu Syed. Mujurlah kejap jer salah sangka Dr. Mizan ni. Tak pasal-pasal org yg jd hero pulak merasa tidur tiga malam dlm lokap. Huh. Satu lagi, pasal hakikat sebenar status diri Syed. Kahkahkah, aku dah agak dah sebenarnya. Tak guna sungguhlah jantan tu. Geram tak habis aku ni.
Fuhhh berjela dah ni.
Hahaha.
Sanggup tak baca sikit lagi?
Okey, dah lah tu aku menyumpah Syed. Dah berapa patah perkataan tak guna dah aku labelkan Syed tu, hahaha.
Ikut pada rasa sakit hati ni weh, aku memang 50-50 nak bagi 5* ke tak. Orang yg biasa baca review aku, dia akn tahu aku memang anti dgn watak-watak menyakitkan hati, dan aku biasa akn turunkan rating dari 5* jd 4* or 4.5*.
Tapi, untuk Sumpah Setia, aku still bagi full 5*. Sebabnya...
Gaya olahan Aisya Sofea ni best sangat bagi aku. Aku macam terbuai-buai dgn dialog bersahaja dari watak-wataknya, especially...
Elias.
Watak Elias tu...
Oh my God. 😍🌹
Jujurnya laa...
Ini baru buku kedua aku baca dari Aisya Sofea selepas Kerana Kasih. Kahkahkah, ketinggalan sangat kan? Aisya Sofea ni penulis otai kot, tapi aku baru berjinak-jinak nak baca karya-karyanya.
Hero Kerana Kasih — Kimi. Aku memang suka gila buku tu. Salah satu buku fav aku. Aku suka dgn perwatakan hero, heroin. Everything lah.
That's why aku beli Sumpah Setia, dgn harapan aku akn jatuh cinta jgk pd buku Aisya Sofea kali ni.
Bezanya, Sumpah Setia tak masuk dlm list fav books aku. Buku-buku yg dpt 5* drp aku, tak semestinya akn termasuk dlm list fav. Fav books ni auranya lain, special giteww. Hehe.
So berbalik pd watak Elias. Watak Elias sama best mcm Kimi. Tapi of course laa ada beza jgk perangai n personaliti. Yg sama satu jer (yg aku perasan laa), Elias dan Kimi ni sama-sama kepala angin (kadang-kadang, bkn selalu). Jenis yg agak baran.
Tapi ada beza laa. Mcm Kimi tu, lagi gila dia punya agresif cintakan Min tu.
Mcm Elias. Dia pun cintakan Anis sangat-sangat, tapi bkn dgn cara agresif mcm Kimi. Elias ni jenis sangat-sangat hormat orang tua dan patuh. So dia takkan buat keputusan pentingkan diri. Apa-apa, dia akn fikirkan org sekeliling dia jgk. Walaupun Anis sendiri ada ajak si Elias ni kahwin lari, tapi memang taklah Elias nak ikut dan setuju.
Yang part baran tu...
Kalau dlm ofis, si Elias ni memang tegas dan garang gila. Elias ni bos kpd Anis. Anis tu PA dia. Kalau dlm soal kerja, hubungan Elias dan Anis memang professional laa. Hal hati dan perasaan, tolak tepi.
Tapiiii... Kalau ada dalam satu hari tu Elias tak puas hati dgn Anis ke apa, masa ni laa dia tunjuk dia punya baran/kepala angin. Dia tengking Anis utk kesalahan-kesalahan kecik. Sampai kadang Anis fed up dan kecik hati jgklah Elias marah dia teruk sangat. Tapi aku sukalah dgn Anis ni, kalau heroin-heroin buku lain confirm menangis tercebik dan merajuk kaw kaw punya bila kena marah macam tu. Tapi Anis tak. Dia cuma bagi silent treatment kat Elias. Hahaha, lagilah tak senang duduk Elias, resah dan kecewa dia sbb Anis tak layan dia mesra mcm biasa.
Sebenarnya aku banyak lagi nak cerita pasal Elias, tapi takde modal ayat dah sbb banyak sangat mengutuk Syed kat atas, hahaha.
Secara keseluruhannya, aku suka jer storyline n watak utama dlm buku ni. Aku suka watak Elias dan Anis (masa mula-mula tu jerlah aku sakit hati sikit sbb melayan sangat Syed tu).
Sebenarnya buku ni mengingatkan jugak aku kat buku Sugar? (Rehan Makhtar) sebabnya watak hero dan heroin dlm Sugar? tu pun hubungan diorang terhalang kerana ayah si heroin tak beri restu.
Tapi untuk selera aku... terus terang aku cakap, Sumpah Setia much better dari Sugar?.
Walaupun dua-dua ada watak menyakitkan hati, tapi olahan dan perwatakan watak tu berbeza sangat.
Dua-dua olahan bagus. Tapi RM ni, olahan dia kadang-kadang meleret dan amat melelahkan. Watak-watak dia pun begitu, jenis meleret-leret monolog dan dialognya.
Macam Sumpah Setia, plot ceritanya kadang menyakitkan hati, tapi... aku still boleh senyum-senyum, sengih-sengih. Sebab? Macam yg aku dah bagitahu kat atas tadi. Sebab gaya olahan Aisya Sofea ni lebih membuai-buai dan romantis. Dan watak-wataknya pun masih di tahap ada ketegasan tersendiri. Taklah menyerah buta-buta mcm El dan Nel dlm Sugar? tu. Terlalu jd kaki turut tak bertempat.
Jadi itulah yg membezakan rating aku beri pada kedua-dua buku ni walaupun perjalanan kisah cinta terhalang antara hero heroin hampir serupa.