Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sahabat Dunia Akhirat

Rate this book
Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah anugerah daripada Allah Taala. Ustazah Asma’ Harun inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat.

Justeru, madah dan kata-kata beliau yang disampaikan secara santai dibukukan sebagai suatu nasihat daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang dikasihi kerana Allah Taala.

Buah tangan pertama Ustazah Asma’ Harun ini bukan sekadar ayat-ayat indah yang menyentuh hati dan disulam syair, malah ia diserikan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan.

Turut diselitkan juga kisah-kisah teladan, pengalaman hidup dan doa-doa sebagai panduan untuk para pembaca.

184 pages, Paperback

First published January 1, 2020

10 people are currently reading
101 people want to read

About the author

Asma' Harun

9 books13 followers
Sejak kecil lagi ustazah Asma’ telah pendidikan agama dan moral yang terbaik oleh orang tuanya. Ayahnya bernama Harun Bin Ismail. Beliau bekerja sebagai seorang peniaga nasi ayam dan juga pendakwah.

Manakala, ibu tersayangnya bernama Fikriah Binti Awang dan merupakan seorang guru fizik. Yang sangat mengagumkan, moyangnya ialah Tok Guru Haji Abbas dan datuknya pula ialah Ustaz Haji Awang Abu Bakar. Bukan calang-calang salahsilah keluarga ustazah Asma’.

Ustazah Asma’ mempunyai seramai 10 orang adik beradik iaitu Najihah, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.

Keluarga besar beliau dididik dengan penuh kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang cukup sempurna. Mengikut perkongsian ustazah Asma’, kesemua adik-beradiknya berjaya khatam al-Quran dengan bergurukan ibu dan bapanya.

Pendidikan:

-SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka
-SMU (A) Maahad Muhammadi Lil Banat (pendidikan awal)
-Diploma Syariah (KUSZA)
-Ijazah Syariah (Universiti Al-Azhar)
-Master Pengajian Islam (OUM Negeri Sembilan)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
86 (76%)
4 stars
25 (22%)
3 stars
2 (1%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
June 1, 2020
Bernilai setiap sen yang dibayar.

Buku ini mempunyai grafik yang cantik dari kulit ke kulit. Isinya padat dan bermanfaat, disulam dengan ayat-ayat yang indah, disertai potongan ayat dari Al Quran dan hadis.

Ianya bersifat umum dan bukan hanya dikhususkan kepada kaum hawa. Bukunya tidak tebal, tapi berjaya membuatkan saya menggunakan begitu banyak nota pelekat untuk menandakan ayat, nasihat atau cerita kesukaan saya.

Saya cadangkan buku ini kepada semua tidak mengira jantina dan umur, lebih-lebih lagi pada yang inginkan bacaan yang melunakkan hati dan menyentap perasaan.
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews4 followers
July 5, 2021
Nasihat daripada sahabat kepada sahabat. Setiap nasihat disertkan bersama potongan ayat Al-quran dan hadis daripada Rasulullah SAW dan ada juga penulis ceritakan kisah yang dialami. Sangat penuh dengan isi dan pengajaran yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.
Profile Image for Adi.
3 reviews8 followers
April 22, 2021
Alhamdulillah.

Aku percaya hidayah Allah tu boleh datang dalam macam² bentuk.

First impression aku pada buku ni ingatkan tentang sahabat je. Rupanya tak. Banyak topik ada dalam ni.

Dalam hidup kita ni, mesti dah ramai yang bagi macam² nasihat pada kita, kan? Tak kisahlah soal apa. Malah, kemampuan untuk sampaikan nasihat ni tak ada pada spesifik orang pun. Ia cuma kemampuan hati kita untuk terima, pada waktu yang... Sesuai?

Kadang, orang tu cuma cakap benda biasa je. Tapi sebenarnya benda tu yang kita nak dengar, yang kita perlukan untuk redakan hati. Contohnya, "Sabar eh? Percayalah kau mampu hadapi semua ni.", atau, "Takpe weh, Allah takkan uji diluar kemampuan kita. Pegang ayat tu okay?", atau, "Allah sayang kau.. Ujian kan tanda Dia rindu?", etc etc

Cara setiap orang tenangkan hati tak sama. Ada yang tenangkan hati dengan cara yang kita nampak biasa, tapi sebenarnya berkesan bagi dia.

Mulanya aku anggap mungkin penulisan ustazah ni adalah apa yang dia ceramahkan kat orang. Betul lah tu. Cuma yang ini dia 'ceramah'kan dalam bentuk buku. Tapi tulah, ayat² yang kita pernah dengar, pernah baca or ternampak, atau sejujurnya kita pernah tahu, bila terbaca balik, dia punya meresap lain macam sikit berbanding kali pertama kita tahu or baca benda tu. Aku assume itu adalah waktu hati aku perlukan ayat² tu.

Maknanya, bait² tu berkesan. Cuma dia perlu waktu yang sesuai. Itulah sebabnya kenapa kita kena saling ingat mengingati. Sebab kita tak tahu waktu bila hati kita akan betul² serap benda tu. Even ayat sesimple "Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan." pun boleh jadi asbab kekuatan tu hadir semula, bila ayat tu datang pada waktu yang betul. Perasan tak? Itulah sehalus-halus cara Allah tenangkan hati kita, walaupun melalui ayat sependek itu.

Aku tak jamin buku ni mampu mengubah seseorang, tapi boleh jadi ayat² dalam buku ni adalah apa yang hati kita perlukan pada satu masa yang kita pun tak tahu bila. Mungkin, waktu hati kita penuh dengan macam² soalan, dan apa yang kita perlukan waktu tu cumalah... sebuah jawapan.

Untuk jangka masa yang panjang, buku ni adalah yang terbaik. Beleklah bila² pun, inshaaAllah mungkin ayat tulah yang kita perlukan waktu tu.

InshaaAllah.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
October 29, 2020
Assalamualaikum,

Buku Sahabat Dunia Akhirat ini adalah pemberian daripada Dr.Afira , usrah mujahidah saya. Alhamdulillah berjaya menghabiskan buku ini pada minggu lepas. Terdapat 47 sub topik yang menyentuh tentang nasihat sahabat kepada sahabatnya yang lain, dari segi Akhlak, Ujian Allah, Solat, Hati dan sebagainya. Kandungan buku yang ringkas, padat dan mudah difahami serta diselitkan dengan hadith dan ayat Al - Quran berkaitan dengan topik yang di kongsi.

4 bintang kerana kandungannya yang bagus namun kurang memberi impak kepada pembaca mungkin kerana kandungannya lebih kepada bentuk ceramah di Masjid, dan fakta semata dan kurang pengisian dari segi pengalaman, dan kisah realiti. Mungkin pembaca lebih gemar sesuatu yang dekat dengan realiti.

Disini pembaca ingin berkongsi nasihat kenapa doa kalian tidak dimakbulkan untuk peringatan pembaca :

1. Kalian mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak - hakNya
2. Kalian membaca Kitab - Kitab Allah tetapi tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian mengaku mencintai Rasulullah tetapi tidak mengikut sunnahnya
4. Kalian mengaku bermusushan dengan syaitan, tetapi mentaatinya.
5. Kalian yakin bahawa mati itu pasti, tetapi tidak pernah mempersiapkannya.
6. Kalian mengaku takut pada neraka, tetapi terus- menerus membiarkan diri berbuat dosa.
7. Kalian mendambakan syurga, tetapi tidak pernah beramal untuknya.
8. Kalian sibuk memeriksa aib orang lain, namun tidak peduli dengan aib sendiri.
9. Kalian berterusan menggunakan segala nikmat daripada Allah tetpai tidak mensyukurinya.
10. Kalian menguburkan jenazah-jenazah, tetapi tidak pernah mengambil pelajaran daripadanya.

:)
Profile Image for Nor.
Author 9 books107 followers
November 4, 2020
Buku yang sangat sesuai dibaca untuk memotivasi diri. Nasihat-nasihat Ustazah santai dan membekas.
Profile Image for Jannah Rahman.
2 reviews
April 19, 2020
NASKHAH RINGKAS BUAT KITA YANG CULAS

Ya, bersesuain dengan tajuknya, buku ini boleh saya kirakan sebagai naskhah himpunan nasihat-nasihat yang disertakan dengan potongan hadis ditulis khas sebagai peringatan untuk kita; bakal sahabat akhirat.

Meskipun Ustazah sangat terkenal dengan penyampaian ceramah yang khusus buat kaum Hawa namun naskhah ini terbukti bersifat lebih umum. Sesuai dibaca buat semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia mahupun jantina.

Sesiapa yang gemar mengikuti video-video ceramah Ustazah pasti tahu akan ‘senjata’ yang sering beliau gunakan di dalam penyampaiannya. Di mana Ustazah berjaya mengekalkan identiti yang sangat sinonim dengan beliau yang sering mengaitkan Asmaaul Husna sebagai penyembuh kepada segala macam penyakit, ke dalam naskhahnya.

Saya berpendapat buku ini sesuai buat semua golongan oleh kerana penulisannya yang sangat mudah difahami dihiasi pula dengan layout yang ceria dan kemas, membuatkan pembaca tidak mudah berasa bosan apabila menelaahnya.

Tidak lupa juga dengan beberapa susunan bahasanya yang indah berbentuk puisi bertujuan mengupas isu-isu yang sangat dekat dengan kita seakan sengaja menjentik hati manusia yang sering leka.

“Apakah tanda kita redha dengan sesuatu ujian? - Apabila kita mula berhenti mengeluh, menangis, membentak, menyendiri dan kemurungan dengan ujian tersebut,” - UAH, Sahabat Dunia Akhirat, 2020.

4 dari 5 bintang!
Profile Image for Sy.Shauqina.
12 reviews
February 22, 2020
Kawan-kawan, sahabat itu menarik. (صاحب ساحب). Maka manfaat berteman orang-orang yang soleh, ada tiga : "Allah akan menambahkan baginya ilmu, pemahaman, dan taufiq. Orang-orang soleh itu akan mendoakannya di dunia, kita pun kan mendapat syafaat mereka di akhirat sebagaimana disebutkan di dalam Al-Quran :

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين.

Para ulama' berpendapat : "yakni, sebahagian mereka akan memberi manfaat kepada sebahagian yang lain. Sedang orang yang menyeleweng akan berkata : فما لنا من شافعين. ولا صديق حميم. Bahawasanya jika mempunyai teman yang baik, maka teman-temannya itu akan memberinya syafaat, dengan izin Allah".

Buah tangan Ustazah Asma' Harun di penghujung Februari 🌹
Profile Image for Fadh Ftbens.
1 review
June 3, 2020
Alhamdulillah. Perkongsian UAH dari sudut peringatan, nasihat, semangat supaya bangkit daripada kealpaan dan postivevibes dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai bekalan untuk kehidupan di akhirat telah menyuntik hati sanubari saya. Saya sukakan gaya bahasa dalam penulisan yang digunakan ustazah. Moga Ustazah Asma sentiasa dipermudahkan urusan dan terus berjaya didunia dan akhirat. Terimakasih juga buat si pemberi hadiah buku ini. Moga Allah rahmati selalu..
Profile Image for Sabrina Wazir.
56 reviews1 follower
November 14, 2020
Thank you Ustazah Asma' atas penulisan yang penuh motivasi dan nasihat yang penuh kelembutan.

I read this book just in 1 seating. Banyak gambar2 yang menarik dan membuatkan kita tidak jemu membacanya, kecuali gambar di bahagian akhir. Untuk yang penakut seperti saya gambar seperti itu sungguh tidak selesa dan saya telah memberikan buku ini kepd seseorg sebagai hadiah.

Buku ini patut dibaca oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita.
Profile Image for Nurul Syafiqah.
1 review
November 7, 2020
Alhamdulillah. Buku yg sangat bagus. Lembut bahasa dlm penulisan dan cara peringatan. Semoga banyak lg buku² semacam ini dikeluarkan. Terasa dekat dengan seorang sahabat yg sedang mengingatkan seorang sahabat yg dikasihinya. Setiap helaian terasa seolah berbual dgn sahabat kesayangan.

Terima kasih, UAH. Mohon kongsi lg ilmu² sperti ini.
26 reviews
January 2, 2021
Buku pertama Saya baca untuk tahun 2021. Alhamdullillah, buku ini sedikit sebanyak memberi hala tuju kepada Saya...ke Mana arah yang perlu Saya mudiki hidup ini... terima kasih ustazah... insyaallah...selagi ada nyawa di badan...Saya akan mengamalkan ayat 44 surah al ghafir.. jazakumullahhukhairan...
102 reviews2 followers
November 1, 2021
Setiap nasihat disusuli dengan potongan ayat Al-Quran dan hadis. Bukunya tidak terlalu tebal tapi sangat padat dengan bermacam nasihat dan ingatan yang ditulis dengan gaya bahasa mudah faham, cantik dan begitu tersusun.

Ada beberapa nasihat yang telah membuatkan air mata menitis. Terpana, terdiam dan terfikir sejenak dengan ayat yang ditulis.

Sungguh tak rugi untuk memiliki buku ini.
Profile Image for Norhana.
25 reviews
October 18, 2020
Alhamdulillah. Selesai membaca buku ini. Buku yang sarat dengan pengajaran. Tidak perlu ayat yang panjang2. Memadai dengan ayat yang ringkas dan padat, sehingga dapat menusuk terus ke dalam hati. Terima kasih Allah, kerana telah menggerakkan hati saya untuk membeli dan membaca buku ini.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
183 reviews5 followers
April 26, 2021
Isinya padat, namun tepat dan berbekas. Buku ni boleh dihabiskan dalam masa singkat tapi jika dihadam setiap bait ayat, menusuk sekali.

Terima kasih ustazah atas peringatan dan nasihat. Saya sangat enjoy membacanya dan semoga dapat diamalkan ilmunya.
Profile Image for Noorhayati Abdul Rahim.
21 reviews1 follower
May 23, 2021
Terlalu banyak nasihat dan ingatan buat kite pendosa. Buku ini boleh menjadi panduan untuk kite menyelusuri hidup ini yang datang ujian bersilih ganti dengan nikmat, menjadi ingatan buat kite untuk menjadi insan yang sabar dan berfokus kepada matlamat akhirat. In shaa Allah
Profile Image for Siti Nur Aishah Aleyes.
65 reviews
June 8, 2021
Baca mcm dengar ceramah ustazah. Few points dalam buku ni pernah di dengari dalam ceramah beliau. Thank u buat sahabat baik yant menghadiahkan buku ini. Semua isi kandungan is good reminder to myself.
Profile Image for Di6ana.
24 reviews
July 14, 2020
Buku yang sangat menarik. Penuh kata-kata hikmah. Tak rugi beli.
Profile Image for Alia Suraya.
3 reviews
October 24, 2020
Grafik yang lawa. Suka buku ni ayat sangat ringkas. Bacaan yang tak terlalu berat. Ada cerita, ada doa, ada nasihat. Alhamdulillah. Banyak input dapat daripada buku ni.
Profile Image for Haura.
4 reviews
November 26, 2020
Ilustrasi yang menarik dan isi yang padat serta mudah difahami
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
February 13, 2022
Sebuah buku yang menyentuh hati dan iman. Ia telah membantu saya tatkala menghadapi ujian. Cuma saya mengharapkan buku ini mengandungi penulisan yang lebih banyak huraiannya.
8 reviews
September 29, 2022
Buku yang menyentuh hati pembaca yg ingin cuba menjadi lebih baik
Profile Image for Leya.
6 reviews
July 29, 2023
Seperti mana tutur katanya, begitulah indahnya catatan ustazah dalam buku.
Profile Image for KakEllereads.
131 reviews14 followers
October 24, 2023
Suka buku ini kerana penyampaian yang mudah dan banyak diselitkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dalam perbincangan.
Bacaan yang ringkas tapi padat. Bermanfaat InshaAllah.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
June 11, 2025
Spent after Asar easing my heart reading this book. Buat kita fikir, nikmat Allah yang mana yang kita nak deny. I want to be healthy, better and strong for now and hereafter.
Profile Image for Aishah Shamim.
2 reviews3 followers
June 29, 2020
Penulisan yang ringkas dan penuh bermakna. Yang paling best semua mukasurat berwarna! Buku ni juga sangat sesuai dijadikan hadiah untuk kawan2 <3
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.