What do you think?

Surat Cinta Untuk Pendosa
“Aku tulis SURAT CINTA UNTUK PENDOSA ini bukan untuk kita berterusan buat dosa dengan alasan Allah Maha Pengampun.
Tidak. Tidak sama sekali.
Ya, Allah Maha Pengampun, namun itu bukan alasan untuk kita berterusan melakukan dosa.
Jadi, aku cerita kepada kau tentang perkara ni, adalah supaya kau tahu bahawa Allah SWT betul-betul Maha Pengampun, Penyayang, Pengasih dan Pemaaf. Aku betul- betul nak kau menjiwai sifat pengampunnya Allah sehingga kau rasa mudah dan gembira untuk kembali kepada Allah.
Maka, aku harap... selepas kau baca SURAT CINTA UNTUK PENDOSA ini, ia akan menghilangkan segala sangkaan buruk kita kepada Allah, moga perasaan malu untuk bertaubat itu berubah menjadi rindu dan cinta untuk bertaubat serta kembali kepadaNya” - @ustazadnin

369 pages, Paperback
First published December 1, 2019
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
March 16, 2025
Alhamdulillah buku kedua yang dibaca pada tahun dan buku kedua Ustaz Adnin yang aku baca. Penulisan buku ini seperti surat Ustaz Adnin kepada pembaca, aku baca buku ni dengan suara Ustaz Adnin dalam otak aku haha. Santai penulisannya walaupun awal-awal rasa aneh tetiba ada huhu, hehe dan smiley seperti :) :( :') :'( dan sebagainya.
Suka 3 bab awal buku ni iaitu Saat Hidayah Menyapa, Dahsyatnya Pengampunan Allah dan Agar Dirimu Diampuni. 3 bab terawal buku ni memang sesuai untuk kita para pendosa.
Bab pertama banyak kisah tentang penghijrahan yang sangat menarik dan menyentuh hati. Antaranya kisah ahli hadis Al-Qanabiy yang pada asalnya peminum arak dan kaki lepak, tetapi mendapat hidayah dari ulamak hadis Syu'bah ketika beliau menggertak ingin cederakan Syu'bah dengan pisaunya jika tak sampaikan satu hadis untuknya. Hanya dengan hadis "Jika engkau tidak malu, maka buatlah apa yang engkau mahu" (Sahih Bukhari). Dengan hidayah yang Allah berikan padanya, dia hancurkan bekas-bekas arak yang disimpannya, malah menjadi ulamak hadis dengan sepotong hadis tersebut.
Bab kedua pula dihimpunkan ayat-ayat Qur'an yang memberi harapan untuk pelaku dosa. Antaranya Az-Zumar 39:53, Ad-Dhuha 93:5, An-Nisa' 4:31 & 4:116, an-Nur 24:22, At-Taubah 9:102, ar-Ra'd 13:6, Fatir 35:32-34 dan malah al-Baqarah 2:282, ayat terpanjang dalam Qur'an yang menceritakan tentang hutang pun dikatakan ulamak, adalah ayat yang memberi harapan kepada kita sang pendosa!
Bab ketiga pula diterangkan oleh Ustaz Adnin tentang bagaimana caranya untuk diampunkan dosa kita. Diceritakan tentang taubat, istighfar, banyakkan amal soleh, bersabar dengan musibah, tekanan dalam kubur, kesusahan di hari akhirat, syafaat Nabi saw dan pengampunan Allah tanpa sebab. Allahu.
Ustaz Adnin turut menyelitkan bab-bab seterusnya untuk meningkatkan amal dan gaya hidup sebagai seorang muslim dengan bab Tentang Ibadah, Tentang Hiburan, Tentang Ikhtilat, Tentang Cinta dan ditutup dengan bab Tentang Akhlak.
Bab akhlak ni Ustaz Adnin memperingatkan kita tentang bahaya hasad, takabbur, riya', mengumpat, aibkan orang, mengutuk dan mencarut.
Doakanku semoga dapat beramal dengan apa yang disampaikan dalam buku ini. Semoga berjaya rakan-rakan pendosa sekalian!

December 5, 2020
The content is good. But I just don't like the writing. I wish it will be straight to the point. No unnecessary babbling. Just get to the main point.
December 16, 2022
Buku ini adalah buku pertama yang menjadi asbab saya berhijrah ke arah yang lebih baik,
Punya power ayatnya dengan izin Allah telah menjentik hati yang lalai ini ingin kembali dan rindu kepada Allah swt.
Bahasa nya sangat friendly untuk orang awam faham dan sampai kepada hati pembaca.
Untukmu,
Yang masih belum jumpa jalan pulang,
Bacalah buku ini,
Kerana kita semua pendosa,
Dan benar, ini adalah surat cinta untuk pendosa.
Bacalah untuk healing kan hatimu.

June 12, 2021
Buku yg sangat bermotivasi.. mengingatkan kita untuk dekat dngn maha pencipta ❤
Displaying 1 - 4 of 4 reviews