Buku yang amat menenangkan. Mengajarkan kita erti hidup yang sebenar.
Usah terikat dengan masa lalu. Cukuplah dijadikan panduan dan semangat untuk jalani hidup hari ini semoga esok hari menjadi lebih baik.
Bersyukurlah dengan setiap ketentuan agar kita temui bahagia. Percayalah akan hikmah yang ada di balik ujian yang melanda. Moga-moga hati menjadi lebih lapang dan reda.
Luka yang ada di hati mampu dirawat dengan hati yang lapang kerana tidak lagi dihimpit dengan kesesakan. Lepaskan segala kesedihan dan jemputlah kebahagian.
Saat lelah tika melangkah, ingat kembali akan sebab kenapa kita ingin melangkah. Mungkin, sebab itu yang akan menguatkan kita kembali di jalan ini. Lelah tetap akan ada. Tapi, bertahanlah. Moga kita temui sinar di akhir perjalanan.
Hidup tak selalu tentang apa yang kita inginkan. Tapi, kadangnya hidup ini tentang apa yang kita terima daripada Tuhan. Selagi mana kita percaya dengan Tuhan, selagi itu kita tidak akan mengeluh.
Sebagaimana matahari begitu bersemangat menyinari permulaan hari kita, begitulah juga kita. Mulai lah hari dengan semangat dan kegembiraan. Jadikan setiap hari, hari yang lebih baik daripada semalam kerana makin diratapi, makin gelap dunia.
Terima kasih Kang Ihsan kerana mengajarkan kami tengang hidup yang sebenar-sebenarnya menghidupkan.