Bukan senang menjadi seorang yang bernama QASEH, gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Kematian ayahnya membuatkan kehidupan mereka sekeluarga mulai dihimpit kemiskinan. Qaseh menerima tawaran sebagai pembantu rumah kepada Datin Marina, seorang ahli perniagaan bagi membolehkan dia menanggung keluarganya dan juga untuk menyambung pelajaran.
IQRAM... Kehadiran Qaseh banyak membawa perubahan dalam hidupnya. Setelah putus tunang dengan MYA ZARA, hatinya mula terpaut kepada Qaseh walaupun dia tahu hubungan mereka mendapat tentangan dari mummynya, Datin Marina. Akhirnya dia terpaksa mengambil langkah drastik yang membuatkan hidup Qaseh bertambah sukar... demi cintanya.
“Aku tak kisah kau cintakan dia atau tidak. Tapi aku nak kau tahu, yang aku takkan benarkan korang berdua bersatu walau dengan apa cara sekalipun. Iqram, bakal isteri kau hanyalah Mya Zara. Bukan orang gaji kita ni dan bukan juga gadis lain. Faham!” – DATIN MARINA
“No! Iqram will be mine! I akan lakukan apa saja… apa saja… agar Iqram menjadi milik I!” – MYA ZARA
“Sudahlah Qaseh. Kau memang perempuan hina. Tengoklah diri kau sekarang ni. Sanggup jadi pelacur untuk dapatkan duit. Tak payah kau nak berlakon baik. Buang ajelah tudung kau tu. Kau tau tak, kau dah jatuhkan maruah orang-orang yang bertudung!” – DAUD
Satu demi satu masalah akhirnya membawa Qaseh jauh dari Iqram. Perginya angkara fitnah. Hilangnya dengan membawa rahsia yang terpaksa ditelan demi sebuah kesetiaan. Lalu… mampukah cinta dan kesetiaannya utuh hanya untuk Iqram? Adakah Qaseh akan terus tersungkur angkara fitnah?
hina sangat ke bila terpaksa berhenti sekolah dan kerja sebagai orang gaji untuk sara adik-adik yang masih bersekolah? hebat sangat ke bila jadi anak orang kaya hingga boleh hina orang gaji yang mencari rezeki halal untuk keluarga?
kaya, pangkat, nama, kedudukan... ada manusia yang memang sangat agungkan perkara ini. semua nak pilih konon yang hebat tapi lupa nak telek, nak belek diri sebenar ada saja kekurangan. kekurangan yang ditutup, diselindung dengan keegoan dan bangga diri.
qaseh, niatnya cuma mahu membahagiakan keluarga. demi mak, qarim dan qamilah. dia berkerja sesungguhnya walaupun sebagai orang gaji. berbeza dengan iryana, anak datin marina yang menjadi majikannya. iryana yang sering menghina, memaki hamun qaseh, seorang yang bebas laku. arak bagai tiada apa. kerja sesuka hati. semua diletak di bawah tapak kakinya.
iqram, abang iryana walaupun juga tersasar dari landasan agama tapi dia masih seorang yang bertanggungjawab. kerja dijaga sebaiknya dan qaseh dilayan selayaknnya sebagai manusia.
tapi
bila mya zara memutuskan pertunangan dia tanpa sedar mengancam hidup qaseh. salah langkah. nyaris menoda qaseh. berbulan dia memohon kemaafan dari qaseh.
perasaan hati mula main peranan. dengan sifat dan perwatakan qaseh, dengan amalan agama yang teratur ada pada qaseh buat iqram makin terpaut. hingga mereka buat keputusan. keputusan membelakangkan keluarga. keputusan terdesak bila datin marina memaksa iqram kembali pada mya zara walaupun tahu kekecewaan anaknya terhadap mya zara yang curang.
aduhai
penulis Jaja Udin memang berjaya libang libu kan hati pembaca. konflik makin lama makin meruncing. kecut perut rasa bila fitnah makin dijaja tanpa tahu apa kebenaran. bila yang berpangkat berharta ini rasa mereka yang mengusai segalanya.
mereka lupa.
takdir bukan mereka penentunya.
sehina-hina donna yang bekerja sebagai pelacur, hina lagi daud, iryana yang memfitnah qaseh. hina lagi mya zara yang menggunakan wang ringgit konon mampu beli manusia sekelilingnya.
iqram juga, cepat termakan fitnah dan tidak menggunakan akal warasnya untuk menimbang baik buruk.
inilah semua sifat manusia.
C.A.S.H. - walaupun selalu orang kata, 'Tuhan bayar, CASH'. tapi, siapa kita manusia yang hendak jatuh hukum? mungkin segala yang berlaku adalah kerana ada hikmah yang akan muncul. sebesar mana pun dugaan, harunginya dengan penuh keinsafan.
kemaafan itu satu keindahan yang tak mampu diucap dengan kata-kata. usah berdendam. usah rosakkan hati.