Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Gadis Biasa

Rate this book
Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jeans dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya 'emak'.

Cinta adalah sesuatu yang alien baginya. Pertemuan dengan semula dengan Johana membuatkan Amirul yakin terhadap perasaannya. Hidup Johana pula sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil.

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Johana rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti.

Takdir memerangkap Johana di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah?

382 pages, Paperback

First published July 1, 2019

44 people are currently reading
505 people want to read

About the author

Liza Nur

23 books109 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (52%)
4 stars
25 (26%)
3 stars
6 (6%)
2 stars
6 (6%)
1 star
7 (7%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 10, 2020
3.5*

Past is past, who are we to judge? Hugs for Jo & Rayyan 🤗❤️🌹

Full review: 10/2/2020

1. Good story line. Kisahnya fresh, sedikit gelap tapi ia tetap bersinar terang. Aku suka, cumanya ada beberapa part yang agak cliche padaku. Walaupun masih tak mencacatkan keseluruhan cerita, tapi sayang momentum teruja itu sedikit lari. Maaf ya, kerana aku memang pembaca yang tamak haha.

2. Sukarnya menjadi Johana [Jo]. Koyak hatiku. Teringat anak gadis sendiri, teringat dunia yang kejam. Allahu akbar! Jo, kalau jatuh sekali dia bangun tiga kali. Ehem, okay tu cam lirik lagu. Tapi, ya… kekuatan cerita pada Jo. Lama kan tak baca kisah wanita diangkat menjadi hero? Good job!

3. Rayyan. Semua ada kisah silam, yang baik buruk tu menjadikan kita yang sekarang. Betul kata Jo, kita kena ubah kitaran hidup tu sendiri. Memaafkan, walaupun sukar, ianya amat perlu -- untuk ketenangan hidup sendiri sebenarnya, baru kita boleh move on.

4. Pak Ya. Aku suka watak ni… tabik tinggi-tinggi. Silakan baca kenapa ya. Tak best nak cerita semua haha.

5. Cerita ini disokong dengan ramai watak. Hadam elok-elok, dek kerana aku banyak sangat pit stop, bila baca balik aku jadi lost haha. My bad!

Jatuh suka dengan stail penulis. Okay, akan dicari buku-bukunya yang lain. Sooo, next!

Ps: Sukar juga nak fokus membaca bila otak sudah membayangkan siapa Jo & Rayyan haha. Moga adaptasinya tak menghampakan. Peace!
3 reviews1 follower
August 31, 2019
Banyak pengajaran yg harus dipelajari. Jangan lemah, Jangan mudah mengaku kalah. Kena kuat jika tidak mahu org lain pijak kita. Hidup kena selalu memaafkn. Allah sentiasa lindungi orang2 yang baik macam watak Jo dn Rayyan.

Novel tulisan dr Liza Nur, mmg tk pernah menghampakan. Dh termula baca mmg susah nk stop. Semoga Liza Nur teruskn berkarya.
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
October 29, 2022
Mula mula baca agak pening sedikit sebab di awal cerita dah diperkenalkan dengan banyak watak.. kadang rasa lost terpaksa ulang balik sb nak ingat balik watak ni siapa dan apa peranannya…

Tapi bila dah kenal watak watak susah pula nak berhenti…rasa x boleh nak letak buku sb nak tau what happen next…tapi apa pun puas dengan flow cerita..:tahniah buat penulis, good job…
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 20, 2019
Cerita tentang pengorbanan, kemaafan keikhlasan. Johana hidup dikelilingi oleh Pak Ya, Junid, Bruno Din, Ujah, Makcik Kalsom. Dia memelihara Aisya sedari kecik dan sentiasa melindungi temannya, Ujah. Dia berkerja tak tentu masa dan tidak kisah kalau nyawanya terancam asalkan semua yang disayangi selamat. Raja Rayyan Fattan Raja Muzaffar @ Rayyan rasa kagum dengan semangat Johana dan ingin memiliki gadis itu. Tetapi adik tirinya, Amer, dan sepupunya, Amirul, juga menyukai Johana. Rayyan terkedu bila dapat tahu pengorbanan Pak Ya untuk Johana dan latarbelakang kisah keluarga Johana. Tapi dia tidak akan mengalah untuk mendapatkan Johana. Adakah Johana akan menerima dirinya yang juga menpunyai latarbelakang keluarga yang pincang? Siapa orang tua yang memanggil Johana sebagai Edora? Siapa sebenarnya Aisya? Semuanya akan terjawab dalam nashkah ini. Best!
18 reviews
November 30, 2019
A completely different story line... Very original n packed with values. Love it
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
March 5, 2025
Sebagaimana tajuknya, begitulah Johana yang menjadi teraju utama dalam novel ini. Walaupun dibesarkan dalam suasana keluarga yang gelap dan melukakan, Johana tetap dengan pendiriannya yang mahu merubah nasib diri yang diwarisi turun-temurun dalam keluarga.

Figura seperti Pak Ya dan Bruno Din adalah insan yang bertanggungjawab membawa keluar Johana daripada kepompong kegelapan. Johana yang digambarkan sebagai seorang yang gemarkan buku sejak usia kanak-kanak, memberi persepsi tentang bagaimana pemikiran gadis ini sememangnya bukan biasa-biasa.

Penerimaan kehadiran seorang tua jalanan dalam hidup Johana juga, menunjukkan budi pekerti yang tinggi dalam dirinya, meskipun penampilannya yang serupa tomboi dengan bahasa yang keras.

Antara Rayyan, Amirul dan Amer, Johana sangsi siapakah belahan hatinya. Apatah lagi dia mempunyai kisah lampau yang sangat hitam, dia tidak percaya ada yang mampu menerima dirinya seadanya.
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
January 18, 2025
Johana, seorang gadis kasar yang dibebani masa lampau yang tidak adil untuk sesiapa pun hadapi.

Sejujurnya, muka surat pertama hampir membuatkan saya menutup buku kerana tidak suka dengan sentimen "saya bukan seperti gadis lain". Tapi semakin lama dibaca, benarlah Johana bukan gadis biasa. Bukan Ordinary Jo(e).

Banter antara Jo dan watak lain ditulis dengan sangat baik. Terutama dengan Rayyan.

Terima kasih kerana tidak mengguna pakai trope "miscommunication" (dengan berat) dalam buku ni. Dan terima kasih sebab highlight kepentingan jadi cycle breaker. Penulis berjaya mengetengahkan beberapa isu sosial dalam masyarakat.

Soalan saya, apakah yang memisahkan antara seorang itu setia mengejar, atau hanyalah seorang stalker yang obses?
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
May 16, 2020
Ini kali pertama baca karya penulis. Memang banyak kali bukak tutup sebab macam tak boleh nak masuk. Tapi bila dah kat tengah-tengah tu macam ada sesuatu pulak yang menyebabkan kau nak tahu lagi dan lagi. Overall, baca versi novel memang best.

Tapi versi drama boleh la, ada yang best, ada yang rasa annoying! Lagi-lagi dengan watak Raja Aminah yang kadang-kadang agak berlebihan. Watak-watak lain lebih kurang sama je.
Profile Image for NANIEYYY BIBLIOPHILE.
18 reviews1 follower
January 19, 2025
Pendapat saya tentang novel ini tentang flow cerita ini bolehlah menarik dan jalan cerita yang bagus.Tetapi ada sebahagian part yang agak cliche sikit.Masa permulaan buku ini agak slow pace sikit dan pembacaan saya agak membosankan.Bagi watak Jo,saya rasa saya suka dengan watak perempuan yang kuat disebabkan oleh kisah silam dia.Macam mana dia berdikari hidup sendiri dan teguh dengan pendirian.Biasa nyer dalam novel lain,selalu watak heroin agak lemah tetapi novel ini menyajikan watak heroin yang agak kuat .Overall ,novel ini sangat best serta konflik yang menarik pembaca.So worth it to buy this novel.
Profile Image for fatihah.
22 reviews4 followers
January 27, 2025
(26/1/2025)✓
Buku yang gempak dan jalan cerita yang sangat menarik. Apapun buku ni banyak memberi pelajaran betapa susahnya kehidupan dan perlu terus cekal dan tabah untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang.buku ni tak buat rasa stop baca and always nak tahu apa jadi lepastu.
Profile Image for Balqis Khairi.
14 reviews1 follower
January 14, 2025
again karya liza nur tak pernah mengecewakan, banyak pengajaran and ilmu yg kita dpt, lurveee ayat and olahan yg baik. Watak2 semua kita sukaa. My comfort book ever. Semoga ada rezeki boleh bc lagi karya akak✨🫶🏻
Profile Image for Izzati Mohd.
35 reviews
April 9, 2025
Benarlah Johana bukan seorang gadis biasa. Dapat memaafkan ibu & ayahnya walaupun mereka la penyebab hidupnya sengsara sewaktu dia masih kecil dahulu. Backstory Rayyan juga sedih. Dilayan teruk oleh Raja Aminah, opahnya kerana dia dianggap bukan pewaris yg sah/cucu bukan sah taraf tapi yg sebenarnya . . .

Karya pertama Liza Nur yg saya baca.

3.5 ⭐️⭐️⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.