TRAGEDI berdarah di New Zealand telah merubah hidup pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Chrischurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital.
Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam – penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terkait dengan agenda keganasan.
Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Malangnya – dia jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan kerjaya.
FAHMI ke Melbourne demi membuktikan cintanya. Malangnya – Waheeda akan dinikahkan dengan anak kenalan keluarganya. Fahmi kecewa dan tinggal di Australia melebihi tempoh masa yang dihadkan untuk pelancong. Dia bekerja secara haram sebagai pengutip buah. Akhirnya, dia ditangkap oleh pihak imigresen dan diusir pulang.
Fahmi berusaha memantapkan dirinya. Dia berazam untuk kembali semula ke Melbourne demi impiannya. Fahmi memiliki ‘senjata’ untuk menawan semula Melbourne mengikut aturannya sendiri. Demi sebuah cinta yang hilang, Fahmi menemui Adam di Melbourne dan mereka menjadi satu. Sama-sama berjuang demi sebuah cinta.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
HAURA. Satu nama indah yang membawa makna wanita berkulit putih yang memiliki mata yang sangat hitam. Cantik nama Haura. Pertama kali aku mendengar nama Haura 😊
Kelainan dalam naskhah terbaru RAM semestinya adalah mesej cinta yang dibawa. Cinta kepada Allah begitu sinonim dalam semua karya RAM cuma cinta kepada manusia turut sama diberi keutamaan dalam naskhah ini.
Cerita dimulakan dengan tragedi berdarah di New Zealand dan muncullah empat watak dalam dua prolog iaitu Fahmi dan Waheeda serta Adam dan Jessica. Kisah Jessica, seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mendekati Adam yang dianggap seorang pengganas manakala kisah Fahmi dan Waheeda pula lebih kepada kisah percintaan dua darjat. Persoalan utama adalah bagaimana mereka berkaitan antara satu sama lain? Tak boleh cerita, nanti terbagi spoiler. Takut jugak terlajak cerita 🤭
Secara peribadi, aku rasakan naskhah ini agak perlahan walaupun perjalanan cerita cantik hingga ke akhir. RAM masih menimbulkan pelbagai pertanyaan seiring dengan plot cerita yang semakin berkembang dan kadar pembacaan aku meningkat selepas tiba kepada hubung kait antara empat watak utama.
RAM sentiasa tampil dengan watak yang sangat patuh kepada Allah dan mengamalkan sifat-sifat baik yang semestinya keperibadian sebegitu boleh dijadikan contoh teladan buat pembaca. Dalam naskhah ini, kita boleh lihat keperibadian baik begitu dalam watak Adam dan Fahmi khususnya. RAM juga menekankan beberapa kali bahawa kita umat Islam bukanlah pengganas seperti yang digembar-gemburkan. Terima kasih RAM atas penghasilan nashkah ini. Pasti membuka mata dan fikiran buat mereka yang masih tipikal mengaitkan Islam dan pengganas.
Apabila korang membaca naskhah ini, pastinya korang akan teringin nak makan nasi lemak sambal sotong dan teh tarik! Ahhh sedapnya ~ 😋
“Hidup ini pilihan. Andai kita memilih keburukan maka keburukan juga yang akan pulang kepada kita. Andai kita memilih kebaikan maka kebaikan itu sendiri akan kita miliki sungguhpun mengambil masa yang lama”.
Tema RAM kali ni CINTA. Nak tau macamana penulis novel thriller tulis novel cinta? Kena baca dan hadamkan gais! Walaupun tema cinta tapi RAM masih timbulkan persoalan demi persoalan buat pembaca berfikir. Siapa Adam? Siapa Fahmi? Siapa Haura?
Mesej? Dahulukan cinta Allah nescaya cinta lain akan mengejarmu dan cinta kepada Allah tidak akan sesekali mengecewakanmu. Deep sangat!
Dan di saat sedang RMO ni I’m craving nasi lemak pedas dan teh tarik. Fuh!
Penulis RAM kembali lagi dengan naskhah Haura. Pertama sekali, pujian saya ingin berikan kepada pereka kulit hadapan novel Haura kerana tersangatlah cantik covernya!
Baiklah berbalik pada novel Haura. 50% novel ini diisi dengan tema cinta berdasarkan bahagian belakang buku. Memang betul. Kepada yang mengharapkan novel ini genre fantasi seperti Anding Ayangan atau series Sunan, ini bukanlah novelnya. Kali ini, RAM membawa kita mengenal erti cinta sesama manusia, erti cinta pada Yang Satu. Saya kira RAM juga mampu menjadi seorang novelis cinta yang bagus dek kerana ayat yang digunakan sangat matang dan senang meresap dalam jiwa.
Tidak RAM kalau tiada plot twist dalam perjalanan ceritanya. RAM tidak pernah gagal dalam membuatkan penonton terfikir apakah kaitan di antara setiap watak yang ada. Secara keseluruhannya, novel Haura ini merupakan novel cinta yang terbaik dihasilkan penulis! Tahniah buat Ramlee Awang Murshid!
Semalaman layan novel ni, best. Pure love story by RAM, tanpa elemen2 thriller. Walaupun plot twist-nya dah boleh diagak dari awal, tapi tetap terhibur dengan plot novel ni dan cara penceritaan RAM. Plotnya penuh dengan scene2 cinta Islamic, slice of life, dan dakwah yg menginsafkan. Sesuai dengan jiwa lelaki, susah jugak nak jumpa novel cinta dgn gaya camni.
Mengisahkan tentang Jessica, seorang pegawai polis Australia yg mengalami minor amnesia akibat satu kemalangan. Selepas sembuh, dia diarahkan untuk melaksanakan satu tugasan undercover, iaitu menyiasat Adam – seorang rakyat Malaysia yang diyakini terlibat dengan agenda keganasan untuk membalas dendam atas peristiwa serangan di Chrischurch. Tetapi, masalah timbul apabila dia jatuh cinta pada Adam tanpa dia sedari.
Satu kisah lain pula menceritakan tentang Fahmi yg memburu cinta hatinya, Waheeda hingga ke Melbourne, Australia tanpa menyedari bahawa Waheeda telah ditunangkan dengan lelaki lain. Akibat kecewa, dia mula bekerja secara haram sebagai pengutip buah di sana.
Tapi, apa perkaitan antara kedua-dua kisah di atas? Siapa pula Haura? Nak tahu kenalah baca...
- Mesej kali ini adalah tentang cinta. Bagi aku, RAM dah berjaya sampaikan mesej cinta tu dari kaca mata seorang penulis thriller. Agak payah dan memerlukan usaha yang setimpal untuk sampaikan cinta tu.
- Haura. Apa itu Haura? To be honest, aku tak tahu pun Haura itu apa. Mula-mula aku ingatkan bahasa Melayu lama, takpun bahasa-bahasa negara lain, tapi sebenarnya Haura ni nama bidadari. Indah namanya seindah maksudnya. Haura - wanita berkulit putih yang memiliki mata yang sangat hitam. Cantik bukan?
- Haa, macam biasa, bila kau baca karya RAM ni kau kena berhati-hati. Hahaha walaupun kau baca sinopsis kau kena hati-hati. Kisah cinta sekalipun kau kena hati-hati.
- Ya, buku kali ni agak slow and steady jalan ceritanya sebab aksi dan thriller tu sikit aje. Tapi aku tetap suka novel ni. Kiranya ni novel kedua yang beratkan elemen cinta selepas Satu Janji. Simbolik untuk Satu Janji adalah roti canai, tapi untuk Haura, nasi lemak sambal sotong dan teh tarik. Hehe. Kena baca.
- Oh ya, siapa sebenarnya Adam? Fahmi? Jessica? Waheeda? Haura pun wujud ke? Hmm aku taknak spoil, korang baca sendiri.
- 'Allah menciptakan kita dengan rasa cinta. Setiap kita tiada pilihan kecuali menerima sahaja takdir kelahiran kita sama ada dijadikan sebagai bangsa itu atau ini..dilahirkan di negara itu atau ini.. lahir dalam keluarga itu atau ini, tapi percayalah cinta kepada Allah akan membuatkan kita menjadi manusia yang banyak bersyukur'.
- Kata sakti dalam novel ni, ya zaujati, ya habibi, bismillah aku mencintaimu. Tapi bagi aku, 'sebagai manusia, aku sayang padamu' lagi menusuk kalbu. Hehe.
- Karya RAM tak pernah mengecewakan. Selamat membaca!
"Kenapa kau memilih jalan sukar.. sedangkan jalan mudahnya ada, Adam?"
"Kalau begitu.. saya akan melupakan awak!"
Haura merupakan sebuah novel Ramle yang menggabungkan elemen cinta, jenayah dan konflik. Seperti kebanyakan karya RAM yang lain, novel ini turut memaparkan mesej kehidupan yang mendalam.
Haura mengisahkan konflik percintaan Fahmi dan Waheeda yang mendapat tentangan keluarga kerana perbezaan darjat. Pemergian Waheeda ke bumi kangaroo untuk melanjutkan pelajaran, memberi pemangkin semangat buat Fahmi untuk bekerja demi mengejar impiannya. Fahmi tekad untuk mengumpul wang ke Melbourne. Dia bekerja syif malam di kilang elektronik dan waktu pagi membantu ibunya berjualan nasi lemak.
Sementara itu, Jessica, seorang polis Australia, berusaha mengembalikan ingatannya yang separa hilang. Tragedi tembakan rambang di Christchurch, New Zealand menjadikan Jessica skeptikal dengan Adam. Baginya, Adam itu seorang muslim pengganas. Keberadaan Adam sebagai pekerja di kebun buah itu hanyalah satu penyamaran bagi mengubat kecewa hatinya. Atas arahan ketuanya, Jessica menyamar dan mengintip Adam tanpa mengetahui kebenaran yang tersembunyi - Adam adalah sebahagian hidupnya.
Tiga pengajaran yang saya peroleh daripada novel ini:
1. Utamakan cinta Allah - Watak ibu Fahmi yang mengerti akan kekecewaan anaknya itu sering berpesan agar Fahmi perlu meraih cinta Allah.
"Fahmi, mencintai Allah.. tak akan menjadi sia-sia, nak. Mencintai Allah pasti tak akan kecewa sampai bila-bila pun."
2. Hormat pada kedua ibu bapa - Fahmi digambarkan sebagai anak yang taat dan berusaha membahagiakan kedua ibu bapanya. Walau hubungan dengan ayahnya tidak berapa baik, Fahmi tetap menghormati ayahnya.
3. Berhati-hati dengan apa yang kita ucapkan - Novel ini turut memaparkan mesej bagaimana kata-kata boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seseorang. Pergaduhan antara Adam dan Jessica menyebaban Jessica hilang ingatan manakala sindiran ayah Fahmi yang sering menganggapnya sebagai penjenayah memutik rasa kecewa dalam diri Fahmi. Hal ini mengingatkan bahawa kata-kata itu boleh menjadi doa serta memberi kesan negatif tanpa kita sedari.
Keseluruhannya, Haura adalah novel yang berbaloi untuk dibaca terutama membidas tanggapan muslim itu penjenayah, menyelitkan nilai moral serta konflik emosi yang buatkan pembaca ingin tahu kesudahannya.
Spoiler : Novel ni lebih tertumpu kepada genre cinta berbanding novel2 RAM yang lain. Sesekali ubah citarasa kan🤭 .
Kisah seorang insan bernama Adam yang bekerja di sebuah pekebunan milik Tuan Brown di Swan Hills, Australia. Kenapa Adam disitu? Hanya kerana dia ingin mencari 'Haura'nya .
Jessica. Seorang pegawai polis Australia. Terlibat dalam sebuah kemalangan dan menyebabkan dia hilang ingatan. Demi memulihkan keadaan Jessica, pegawainya Tuan Luke menyarankan dia untuk menjadi undercover dan Adam adalah subjeknya. Kenapa Adam? Kerana Adam adalah muslim. Mereka menyangka bahawa Muslim merupakan pengganas. Hal ini gara2 kerana tragedi di Christchurch .
Dalam masa yg sama, wujud 2 watak lain iaitu Fahmi dan Waheeda. Cinta mereka terpaksa dilupakan kerana berlainan darjat. Waheeda mampu melanjutkan pelajaran ke Melbourne manakala Fahmi masih di kampung. Menyambung legasi nasi lemak ibunya .
Pada awalnya aku sendiri tertanya, apa perkaitan di antara keempat-empat watak ni. Dan di akhir2 cerita baru kita akan tau rahsia disebalik watak .
Siapa Haura yang dicari Adam sebenarnya?
Si bidadari yang terdampar ke dunia dan berusaha mencari cintanya yang terpencil di muka bumi ini - Adam .
Kisah yang lebih tertumpu kepada topik keagamaan .
Apapun RAM masih menyelitkan sedikit saspen serta aksi dalam naskhah ini. Tahniah buat penulis .
Jessica koma setelah terjadinya sebuah insiden yang meragut nyawa rakan setugasnya. Setelah bangun dari koma ingatannya sedikit terganggu. Ditugaskan membuat undercover di Swan Hill, Jessica mula merapati suspeknya Adam.
Sebuah cerita yang menarik. Walaupun plot twistnya dapat dijangka namun keseronokan membaca naskah ini tetap ada. Seronok sangat baca sampai tak boleh nak berhenti pembacaan. Tak boleh nak tidur sebelum habis baca.
Suka dengan watak Adam yang sangat penyabar. Pesanan ibunya disimpan dan disematkan di dalam hati sebagai pedoman hidup.
Geram dengan watak Luke yang seolah-olah orang atasan yang tak berhati perut. Ada saja arahannya. Itulah inilah. Mujurlah Jessica tu sabar je dengan sikap bos dia tu.
Untuk yang sukakan cerita thriller tapi masih ada unsur romantik boleh baca naskah ini.
Walau lebih bertemakan cinta, HAURA tidak lari dari signature penulis. Banyak persoalan demi persoalan yg diutarakan. Ada 4 watak utama yg ditampilkan. Fahmi, Waheeda, Adam dan juga Jessica. Namun watak2 tersebut saling berkaitan. Dan yg pasti saya teruja mahu tahu titik pertemuan di antara mereka.
Siapa pilihan Waheeda? Apa yg berlaku seterusnya kpd Fahmi? Apa motif Adam yg rela bekerja di ladang walau gajinya tidak lumayan? Kenapa Jessica ditugaskan oleh Larney utk menyiasat Adam? Dan jawapannya lebih terarah pada satu. Haura!
Mula2 tu mcm hairan juga kenapa semua benda Jessica boleh ingat. Tetapi tidak Adam. Bila kenyataannya timbul, barulah kita boleh faham. Jgn sesekali meminta dan mendoakan sesuatu yg tidak baik. Walau ungkapan yg disebut oleh Jessica dlm keadaan marah dan mungkin juga tidak memaksudkannya, tetapi Allah tetap makbulkan!
Walau jalan penceritaannya seakan bergerak perlahan, tetapi RAM tetap berjaya memberi saya kepuasan bila membaca karya2 beliau. Tahniah!
#Qotd: "ALLAH sentiasa memberikan kebaikan untuk kita dan kita pula sering menghancurkan hidup sendiri dengan perencanaan tertentu yang difikirkan baik." ........................................................................................ #Haura oleh #RamleeAwangMurshid ~ Seorang Adam yang terkhianati, Seorang Hawa yang lupa 'diri', Tatkala titik pertemuan diraih kembali, Sayap putih berlalu pergi. ........................................................................................ #Haura #SiBidadari #LittleAngel #Stranger #LittleStar #Adam #Fahmi #Waheeda #Faizal #Melbourne #Malaysia
Cinta menjadi tunjang cerita, sementara konflik berteka-teki mengenai identiti Adam bernafas sama. Seperti kebiasaan, tuan penulis begitu mahir menyusun cerita: memisahkan dua kisah dan mencantumkannya sebagai penyudah. Seolah-olah dua kisah itu saling melengkapi walau berdiri sendiri. Sehingga kini saya masih kagum dengan keupayaan tuan penulis berbuat sedemikian.
Adam, seorang lelaki biasa yang cintanya kepada Tuhan amat luar biasa. Begitu banyak kepayahan yang ditempuhinya, yang barangkali andai tiada bimbingan daripada ibunya yang sentiasa mengingatkan Adam untuk mencintai Allah berbanding segalanya, akan menyebabkan dirinya terperusuk ke dalam lembah kehinaan. Ditujah asak pelbagai arah: pelajaran, percintaan, pelarian kemudian kematian, namun tetap teguh berdiri dibadai ombak kekecewaan.
Satu peringatan yang sering diulang-ulang, muka surat 214, "mak sarankan... dulukan cinta pada Allah, sayang". m/s 274, "cintailah Allah, sayang. Mak jamin... Fahmi tak akan kecewa lagi"
Benar, cintailah pemilik kepada segala cinta, nescaya kita tidak akan berduka nestapa. Lihatlah bagaimana Adam mendahulukan cintanya kepada Allah ﷻ dalam kecintaan dirinya kepada ibunya hatta kepada bidadarinya. Pasak kepada segala cinta terbina daripada Yang Maha Esa.
Di sisi lain, menyerlahkan kekejaman wanita dalam cinta. Bagaimana sanggup dirinya terus menipu dan membakar semangat cinta Adam yang tulus? Memberi harapan palsu kemudiannya menghenyakkannya ke tanah. Begitu kejam. Syukur adanya Haura sebagai pengimbang cerita, tanpa dinafikan cinta seorang wanita bergelar ibu ialah cinta yang paling nyata. Tidak dusta dan tidak bikin kecewa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejujurnya, saya berasa agak kecewa dengan nukilan RAM kali ini. Ini kerana, apabila RAM memberitahu Haura ialah sebuah kisah cinta fantasi, saya sangat teruja malah mambayangkan kisah percintaan yang bergelumang dengan pengembaraan yang penuh fantasi ala2 filem hollywood. Malangnya, saya tidak menemui aura cinta fantasi itu sehinggalah titik akhir muka surat. Malah saya berasa sangat tertipu dengan bahagian belakang novel yang menyatakan ini adalah kisah thriller. Rencah thriller itu tidak dapat saya temui sepanjang pembacaan. Yang saya temui hanyalah sebuah kisah cinta semata-mata.
Walaupon novel RAM kali ini tidak menepati selera saya selaku seorang yang menggemari novel thriller, namun tidaklah saya menyukai novel ini seratus peratus. Saya suka dan puji idea yang diketengahkan oleh RAM dalam novel ini. Sebuah novel cinta yang bagi saya berbeza daripada lambakan novel cinta di pasaran yang sudah basi pada pendapat saya. sudah lapuk dengan idea yang sama, diulang-ulang sehingga mual untuk dibaca. Namun, haura, sebuah novel cinta yang berbeza, percintaan antara dua bangsa, dua benua, juga terselit dakwah di sebaliknya.
Novel ini dipecahkan kepada dua kisah percintaan. Kisah cinta Fahmi dan Waheeda yang dipisahkan benua.. Kisah Adam dan Jessica. Bagi saya, kisah Fahmi bersama Waheeda, ibunya dan segala plot berkaitan Fahmi sangat bagus. Saya suka plot yang diatur untuk kisah Fahmi.
Kisah percintaan Adam dan Jessica pula bagi saya terlalu pantas dan sepatutnya perlu dipanjangkan dan dikembangkan agar lebih menarik. Agak sedikit momen-momen romantika dan manis antara Adam dan Jessica. Selebihnya lebih diwarnai dengan penyiasatan Jessica ke atas Adam. Ini membuatkan saya sebagai pembaca agak gagal untuk 'ship' hero dan heroin novel ini. keserasian Adam dam Jessica agak longgar pada saya justeru agak sulit untuk menumbuhkan rasa sayang pada pasangan kekasih ini.
Soal Islamopobia yang menjadi isu di dalam novel ini, bagi saya tidak kuat. Curiga Tuan Brown dan Jessica ke atas Adam tidak munasabah dan berasas serta bersifat melulu. Saya lebih suka jika Islamophobia di dalam novel ini ditonjolkan melalui komuniti ataupon masyarakat. Tentunya akan memberi kesan yang lebih kuat ke atas novel ini terutamanya pada watak Adam. Tambah-tambah lagi jika di bahagian akhir Adam berjaya menyedarkan komuniti tersebut tentang keindahan Islam..Ohh... tentu lebih menarik.
Watak Jessica sebagai seorang pegawai polis pula tidak terserlah aura kepolisannya.. Atau mungkin kerana baru bangun dari koma, justeru aura kepolisannya tidak tertonjol? Pendirian Jessica juga tidak teguh, sekejap berasakan Adam seorang pengganas, sekejap tidak, sekejap suka, sekejap bersangka semula. Ohh rumitnya kau Jessica!
Watak Adam pula, saya lebih suka jIka RAM membuatkan kita seperti Tuan Brown dan Jessica bersangka-sangka ke atasnya. Mungkn RAM boleh membuat sedikit twist dengan membuatkan kita percaya dia adalah seorang pengganas dengan tingkahlaku mencurigakan, namun rupa-rupanya bukan. Ini kerana, dari awal lagi, kita disajikan dengan watak Adam yang taat kepada Allah, justeru sudah terang-terangan kita tahu bahawa tuduhan Brown dan Jessica tidak benar.
Tentang si bidadari bernama Haura pulak, saya berasa sungguh geram kerana semuanya hanyalah fantasi Adam sahaja. Haura bukanlah bidadari dari dimensi lain yang terdampar di bumi. Hanya sekadar dongengan yang direka oleh Adam untuk memenuhi kesepiannya setelah 'kehilangan' hauranya.
Walaupon kecewa dengan novel kali ini yang pada saya andai dikembangkan dengan lebih baik oleh RAM terutamanya pada kisah Jessica dan Adam, tentunya akan lebih menarik. Akan lebih menarik jila diselitkan serba sebanyak kisah penyiasatan, kepolisan dan aksi-aksi.
Namun begitu, walaupon ini sebuah kisah cinta, namun alur ceritanya tidak selinear yang disangka. Biasalah RAM, pasti akan plot twist yang tidak disangka oleh pembaca. Saya sendiri tidak menyangkanya! Jujur, saya tabik dengan plot twist yang disajikan.
Apapon tahniah Tuan RAM kerana berjaya menghasilkan sebuah novel cinta yang lain dari novel2 cinta melayu yang lain. Saya berharap andai tuan mahu menulis lagi genre cinta seperti ini, tuan lakukan yang lebih baik dari ini.
Tema novel ini berkisar tentang cinta tetapi masih mengekalkan unsur suspens. Kecewa dengan cinta seorang 'Hawa' telah membuka mata Adam bahawa cinta paling Agung ialah cinta ILLAHI.
"Mencintai Allah pasti berbalas dengan segala kebaikan. Carilah cinta Allah dan Allah tak akan mengecewakanmu."
Berbekalkan semangat ingin mengubah hidupnya, Adam sekali lagi memilih negara Kanggaru untuk mulakan kehidupan baru walaupun negara tersebut pernah meninggalkan 'parut' yang cukup dalam pada dirinya. Benarlah jodoh itu rahsia Tuhan. Sekalipun kita merancangnya, namun Allah jualah sebaik-baik perancang!
Hidup ini adalah pilihan dan pilihan Adam menemukannya dengan seorang Bidadari kepatahan sayap. Kata penulis, hidup ini ibarat sayap dan syurga. Wings and heaven. Cintai Allah maka seluruhnya akan menjadi mudah walaupun sesuatu itu terasa sangat berat untuk digalas.
Kisah cinta yang dilatarbelakangi oleh Islamofobia di negara minoriti Muslim.
Tanggapan bahawa Muslim adalah pengganas cuba dirasionalkan dalam perbualan dan tindakan oleh Adam dan Fahmi, ketika berdepan dengan Tuan Brown dan Jessica.
Gaya penulisan RAM banyak bermain dengan teknik imbas semula tanpa disedari pembaca. Dalam banyak tempat RAM menyampaikan mesej dakwah Islamiahnya dengan sangat terang secara naratif dan melalui dialog.
Banyak plot twist yang kemudiannya banyak persoalan kenapa dan mengapa yang timbul dalam lebih tiga perempat isi buku ini. Tentang arahan Tuan Luke, tentang motif Adam ke perkebunan Tuan Brown yang nampak mencurigakan dan lain-lain.
Bahasanya indah dengan banyak memasukkan banyak perkataan bahasa Melayu yang jarang dipakai orang dalam penulisan. Terasa puas membacanya.
Satu kisah cinta versi RAM. Membuai rasa dengan caranya tersendiri.
Kecewa dengan Waheeda, Fahmi mengambil keputusan untuk tinggal lebih dari jangkamasa yang ditetapkan di Melbourne. Sehinggalah dia diusir dari sana dan kembali ke Malaysia.
Sementara itu, Jessica ditugaskan untuk menyiasat tentang Adam, seorang lelaki yang bekerja di perkebunan Mr Brown. Adam dianggap seorang penjenayah lebih-lebih lagi selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai di 2 buah masjid. Tapi ada sesuatu tentang Adam yang mengusik jiwa Jessica. Siapa pula Haura bagi Adam.
Antara karya yang ringan hasil penulisan RAM, mudah diteka namun masih mampu membuai rasa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel Haura ini mengisahkan tentang sebuah perjalanan seorang Jessica yang ditugaskan untuk menyiasat seorang pemuda dari Malaysia bernama Adam. Adam dikaitkan dengan aktiviti berunsurkan keganasan yang melibatkan serangan penjenayah ke atas umat Islam di sebuah masjid. Namun, Jessica mula jatuh hati pada Adam ketika menyiasat kegiatan dia di sana. Jessica keliru untuk membuat pilihan sama ada teruskan meluah cintanya pada Adam atau menjaga kedudukan dan maruah kerjayanya.
Fahmi bertekad untuk membuktikan cintanya pada Waheeda. Beliau sanggup mengumpul duit gaji dari tempat kerjanya di kilang elektronik dan perniagaan Nasi Lemak di warung kepunyaan ibunya. Apabila tiba di Melbourne sempena hari graduasi Waheeda, alangkah terkejut Fahmi tatkala melihat buah hatinya sudah menjadi tunangan orang hasil pilihan keluarga. Lalu, Fahmi membawa diri pergi mencari kekuatan untuk bangun kembali mencapai impian yang tersimpan sebelum ini.
Apakah Jessica dan Fahmi berjaya untuk mengejar semula cinta mereka? _________________________________________________________
Jarang-jarang saya baca cerita cinta dari sudut pandangan seorang penulis thriller. Ramlee Awang Murshid (RAM) seperti yang ramai ketahui, beliau banyak menghasilkan karya bergenre thriller dan seram. Plot cerita pada awalnya agak mengelirukan tetapi itu yang buat saya lagi teruja untuk terus membaca dan tahu apa yang terjadi. RAM menemukan semula kekeliruan tersebut di akhir novel dengan baik sekali.
Tahniah Tuan RAM. Karya Tuan RAM sentiasa mempunyai plot twist yang tidak sukar dibayangkan pada permulaan cerita. Karya Haura juga begitu. Di pertengahan baru dapat simpulkan berkaitan antara Jessica, Adam, Haura dan Fahmi. Pembacaan pada kali ini agak santai daripada karya yang lain lebih mendebarkan dan penuh dgn suspen. Semoga bersemangat untuk terus berkarya. Tak sabar untuk karya selanjutnya.
"Ingat... Apa yang difikirkan... Itulah perancangannya. "
Pada awal novel, diperkenalkan dengan Fahmi dan Adam. Masing-masing mempunyai kecintaan. Dari kisah Fahmi, nampak kasih sayang kepada maknya dan Waheeda.
Dari kisah Adam, kesabaran kecintaan kepada Tuhan diutamakan.
Bagaimanakah dua watak ini bersatu memang tak disangka. Betul-betul ternganga dan mindblown.
Kisah Adam dan Jesica sudah boleh di teka hubungannya dan sangat tersusun kisah percintaan mereka.
Pada awal novel agak perlahan kerana nak membina cerita tapi ketika nak masuk ke muka surat 300, terus jadi sangat menarik.
Based on the synopsis buku ni, mesti kita tertanya-tanya siapa Haura ni kan ?
Haura. Si bidadari yang patah sayapnya.
Tbh, permulaan buku ni sangat ii slow and confusing but if you keep on reading it buku ni akan jadi lebih menarik and interesting. Trust me. I love reading RAM's books bcs of the quotes yang ada dalam buku ni. Love story between Adam and Jessica pun sangat unik. Plot twist buku ni pun memang shocking sangat ! Love love love :)
Alhamdulillah sempat juga teman selesai membaca novel ke 31, terbaru dari RAM yg bertajuk HAURA ni.
Asyik Laksama Sunan aje, tepu gak kepala hotak ni 🤣🤣🤣
Kisah cinta antara 2 benua - lokasi sekitar Bandar Baru Bangi & Melbourne, Australia - sesuai le kalau nak dibuat filem.
Jalan cerita santai, tak berat, tapi berbelit gak twist citernye - mcm biasa byk unsur dakwah sebagai panduan. Nasi lemak lauk sambal sotong & teh tarik menjadi asbab segala peristiwa dlm novel ini. Idea 👍. Mcm yg dinyatakan oleh RAM sendiri le, penulis thriller cuba menulis novel cinta - jadi baru nak romantik, terselit gak suspen nye 🤣🤣🤣
Walau apa pun, "Bersyukur itu jauh lebih baik daripada apa yg disangkakan"
Teman bagi ⭐️⭐️⭐️ untuk novel ini.
Kepada yg berkenan membaca & memiliki buku ini, boleh PM tepi teman ye.
Terima kasih & Selamat Berpuasa, semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yg terdahulu.
#ngkome berbuka apa tadi? Teman Laksa Cik Tah - Resepi laksa yg mak teman ajor. Habis se-periuk Chor 🤣🤣🤣
Haura bukanlah novel pertama yang bergenre cinta. Satu Janji merupakan buku pertama yang bergenre sepertinya. Sejujurnya,saya tidak mempunyai masalah sekiranya Ramlee Awang Murshid menulis sebuah novel cinta.
Cuma,malangnya,terdapat satu kejanggalan di dalam cerita ini yang pada pandangan saya tidak logik. Bagaimana Waheeda tidak mengetahui nama penuh Adam Fahmi? Mustahil! Walaupun mereka tiada jodoh sekalipun,takkanlah Waheeda tidak pernah mengetahui atau mengambil tahu sedikit sebanyak latar belakang Adam Fahmi yang termasuk nama sebenar watak utama ketika mereka hangat bercinta dulu? Sesuatu yang saya tidak dapat terima! Ah...! Ini semua fiksyen! But...Still...Whatever!
Walaupun demikian,saya masih sukakan konsep cerita di dalam novel ini. Agak malang,saya tidak dapat memberikan markah dua setengah bintang ke atas novel ini. Saya di antara It's OK dan I Like It. Saya sukakan penamatnya. Saya fikir agak unik dan saya gembira Adam tetap setia dengan Haura dan tidak beralih cintanya kepada Waheeda.
Saya meminati novel2 penulis tapi kali ni saya susah nak hook dengan jalan cerita. Yang saya nampak, Fahmi dan waheeda. Selain tu penceritaan pasal jessica, Adam, semua saya tak boleh follow. mungkin saya bukan pembaca novel tegar tetapi saya rasa novel kali ini lambat untuk buat saya sambung membaca. End up, saya baca skip2 dan cuma amik tahu pasal plot sahaja. Saya tak ada mood nak cari dan teliti setiap bait ayat kerana mostly meleret bagi saya. It's too much of telling than showing.
Saya rindu novel dulu. Tapi bukan salah penulis. Saya rasa saya yang kurang bijak untuk menilai.
Satu buku yang sangat menarik. RAM tak pernah mengecewakan peminatnya. Namun begitu, satu benda yang membuatkan saya agak tidak berkenan ialah bila tragedi berdarah di New Zealand asyik diulang sepanjang penceritaan. Well, we get it. Its a tragedy. But kenapa perlu diulang banyak kali? Pembaca tidak akan lupa sehingga perlu diulang banyak kali.
Awalnya saya sedikit serabut nak memikirkan nama watak yang agak banyak. Ketengah sikit baru dapat rentak.
Kisah Adam dan Jessica juga kisah Fahmi dan Waheeda. Berteka teki dan menduga duga. Ya. Dugaan saya tepat. Siapa mereka, mengapa begitu kejadiannya. Siapa Haura. Semuanya terjawab sempurna.
Karya Tuan RAM setakat ini masih tetap baik dan sedap dibaca. Gayanya tersendiri.
Finally lepas Satu Janji,love story yang menyentuh hati dan perasaan saya sampai mengalir air mataku... Plot twist memang tak akan lari.. best best,sehari baca settle...memang tidak mengecewakan novelist kesayangan ku ini...
📝 Menjadikan negara Malaysia dan Australia sebagai latar belakang, novel ini mengisahkan tentang Fahmi, Waheeda, Adam dan Jessica; empat watak di dalam dua buah perkembangan cerita. Kisah Fahmi dan Waheeda lebih kepada konflik cinta dan keluarga manakala kisah Adam dan Jessica berkaitan dengan jenayah dan perisikan yang berkesinambungan daripada kes serangan ke atas umat Islam di New Zealand. Siapakah Haura? Dan apakah kaitan antara empat watak utama ini? Penuh rahsia dan persoalan dari awal hingga akhir, namun satu demi satu jawapan terungkai.
📝 Saya tertarik dengan tema yang diangkat oleh Tuan RAM di dalam novel ini, antaranya:
🔷 Ketuhanan Membaca naskhah RAM walaupun bertemakan cinta, tidak membuat kita terbuai-buai kosong. Setiap kata-kata penuh dengan makna dan mengingatkan kita kepada Sang Pencipta. Banyak kata-kata nasihat yang boleh diambil sebagai pedoman, banyak fakta-fakta berkenaan Islamofobia dan kesalahfahaman tentang agama yang dapat dipelajari melalui penulisan novel ini.
🔷 Konflik cinta Fahmi dan Waheeda terperangkap di dalam jalinan cinta terlarang dan percintaan jarak jauh, yang akhirnya memisahkan mereka. Fahmi setia menunggu Waheeda di Malaysia sementara kekasihnya itu mengejar impian, Waheeda pulak dalam keterpaksaan merelakan perjodohan yang diatur keluarga lalu meninggalkan Fahmi. Kisah cinta antara Adam dan Jessica pula menghubungkan antara dua agama dan kepercayaan berbeza. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui dalam melahirkan dan membimbing saudara baru.
🔷 Konflik keluarga Fahmi yang terkandas di dalam pelajaran tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Fahmi meneruskan kehidupan dengan bekerja kilang dan membantu ibunya berjualan nasi lemak di jalanan. Disebabkan nasib diri, Fahmi sering dipandang rendah oleh bapanya namun dia tetap bersabar. Fahmi menemui kekuatan hidup dengan doa dan dorongan ibunya. Di dalam novel ini RAM kuat menganjurkan tentang kepentingan redha, doa dan nasihat seorang ibu sehingga dapat membentuk seorang anak yang soleh dan berbudi pekerti.
🔷 Jenayah dan perisikan Selepas tragedi berdarah yang menimpa sebahagian umat Islam di New Zealand, Jessica telah diserang oleh penjenayah di Melbourne. Sebaik sedar dan pulih daripada koma, Jessica telah ditugaskan untuk bertugas secara undercover untuk mengintip Adam, seorang muslim yang kononnya menjadi suspek pengganas dan ekstremis. Disebalik debaran dan misteri penyiasatan itu rupanya tersembunyi rahsia hidup Jessica dan Adam.
Haura merupakan hasil karya Tuan RAM yang pertama yang saya baca. Saya sangat suka dengan gaya penceritaan beliau, penuh misteri dan tanda tanya tetapi setiap persoalan dirungkaikan dengan jelas dan teratur. Gaya bahasanya indah dan puitis, kosa kata yang digunakan sedap-sedap belaka. Trademark novel seperti nasi lemak, sambal sotong dan teh tarik yang unik membuatkan saya teringat-ingat. Pendek kata, novel Haura ini seolah-olah sudah melekat di hati saya. Pasti saya akan cari lagi novel RAM yang lain untuk dibaca selepas ini. ❤️
Pada mulanya saya ingatkan cerita ini ada banyak kaitan dengan tragedi pembunuhan orang Islam di New Zealand, hanya ada sedikit kupasan tentangnya. Sejak awal, saya sudah syak yang Jessica merupakan seorang Muslim. Masa bahagian penjenayah yang tembak Jessica berjaya ditangkap, saya rasa bahagian ni macam agak tergesa-gesa untuk disimpulkan.
Saya merasakan cerita Fahmi lebih menarik. Saya dapat merasai kesakitannyaapabila tidak dipilih oleh Waheeda. Sepatutnya, Waheeda berterus-terang dan tidak memberi harapan palsu. Rasa macam menyampah pulak dengan Waheeda ni. Lepas tu sibuk nak kat orang balik. (Agak emosional di sini). Namun, saya agak gembira Fahmi tetap setia dengan Haura dan tidak beralih cintanya kepada Waheeda. #TeamFahmi all the way!
Sepanjang novel banyak diceritakan bagaimana Fahmi bermula dari bawah, mempelajari seni memasak nasi lemak dari ibunya. Sehingga dapat mewarisi perniagaan menjual nasi lemak ibunya. Walaupun hanya gerai di tepi jalan tapi nampak ada peningkatan sehingga ditawarkan pekerjaan di Australia. Membaca bahagian ini memang membuatkan saya terliur, terutama apabila membayangkan keenakan nasi lemak tersebut.
Ini novel pertama bertemakan cinta dari RAM yang saya baca. Tapi banyak kali ditekankan bahawa cinta pada Maha Esa harus diutamakan kerana cinta ini kekal abadi dan tak akan mengecewakanmu. Saya sering merasa "cringe" ketika membaca novel cinta Melayu, tetapi olahan RAM sangat baik. Penggunaan bahasa yang lebih matang dan penuh makna membuatkan saya tidak sedar saya sedang membaca novel romantik.
Turut di ketengahkan adalah isu imigrasi haram dari kalangan penduduk Asia Tenggara yang berhijrah ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah. Kehidupan mereka yang tinggal secara tidak sah menyebabkan banyak masalah timbul. Ini menjadi lebih rumit apabila mereka bercampur dengan pelbagai orang dari seluruh Asia Tenggara.
Isu Islamofobia juga turut diangkat. Faham benar kemarahan Adam apabila Islam sentiasa dikaitkan dengan keganasan. Sedangkan perang dunia tidak dimulakan oleh orang Islam pun. Setiap kali berlakunya jenayah, jika pelakunya adalah orang Islam maka akan dikategorikan sebagai serangan keganasan. Sebaliknya kalau pelaku adalah orang bukan Islam, mereka akan dikatakan sebagai pesakit megalami masalah tekanan perasaan. Dua kali debat ini dikeluarkan Adam.
Karya Ramlee Awang Murshid memang tidak pernah mengecewakan.