Jump to ratings and reviews
Rate this book

Paling Aku Cinta

Rate this book
“Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Encik memang berniat nak perangkap saya. Betul, kan? Dan encik fikir perempuan kampung macam saya ni senang diperbodohkan?” – Eisya

Dua tahun kemudian, Eisya bertemu semula dengan Zarief di TZA Holdings.

“Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya. Awak akan rindukan saya.” – Zarief.

“Jangan nak mimpi, boleh tak?” – Eisya.

Dalam masa yang sama Ziddan juga menaruh hati kepada Eisya. Tapi, hasrat itu terpaksa dilupakan kerana Eisya sudah menjadi PA kepada Zarief dan dia pula dipindahkan ke Sabah.

“I boleh nampak yang dia sukakan you sejak pertama kali dia jumpa you. Sebab itu dia beria-ia jauhkan I dari you sebab dia nak you rapat dan dekat dengan dia.” – Ziddan.

Impian Zarief untuk memiliki Eisya terlaksana bila akhirnya Eisya menerimanya sebagai suami. Namun, perkahwinan mereka tidak disenangi oleh Datuk Tengku Rashidi dan TJ. Setelah menjadi isteri Zarief, Eisya dikejutkan dengan berita yang dibawa oleh TJ bahawa Zarief bukannya ikhlas menikahinya, sebaliknya Zarief ada agenda yang tersirat…

542 pages, Paperback

First published January 1, 2019

2 people are currently reading
5 people want to read

About the author

Azieana

20 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
4 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 1, 2020
[BOOK 48]

Paling Aku Cinta by Azieana.
.

Ni buku pertama penulis yang aku baca.
.

Honestly, this is quite a typical Malay love story. Ada la elemen, hero heroin diperangkap dan terlanjur bersama, elemen orang kaya, perebutan harta bagai.
.

Zarief dan Eisya. 2 tahun lepas, mereka telah diperangkap oleh sepupu Zarief. So, dorang terlanjur bersama. Lepas tu, Eisya dan Mak Biah berpindah. Sekarang, takdir menemukan mereka semula apabila Zarief ialah bos tempat Eisya bekerja. Disebabkan Zarief ni dah lama sukakan Eisya, dia pujuk dan pikat Eisya. Akhirnya dorang pun kahwin.
.

Lepas kahwin, memang bersemut memanjang. Lepas tu, TJ, sepupu Zarief pulak duk menghasut fikiran Eisya tentang tujuan sebenar Zarief kahwin ngan dia. Tapi benda boleh settle cepat la. Takde la nak lari sana sini.
.

Untuk bacaan santai, bolehlah baca.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
April 9, 2020
Tajuk novel Paling Aku Cinta oleh penulis Azieana tidak lari dari jalan cerita. Karya beliau kena dengan jiwa saya.
Kali ini mengisahkan Eisya yang hilang maruah diri apabila tugasan membersihkan banglo mewah menjadi satu detik hitam. Zarief yang ada di situ pun bingung bagaimana mereka berdua boleh terjerat bersama. Akibatnya, Eisya dan Mak Biah berpindah dari kampung itu untuk membina hidup baru.
Dua tahun kemudian, Zarief pulang dari luar negara dan terjumpa Eisya yang bekerja di syarikat almarhum nenda. Berbagai cara telah Zarief lakukan demi mendapatkan kemaafan Eisya. Pada waktu yang sama, Ziddan, kawan baik Zarief merangkap pengurus syarikat juga mencintai Eisya.
Zarief dapat tahu TJ, sepupunya adalah dalang yang fitnah dirinya dan Eisya dulu. Bukan itu saja, papa TJ, Datuk Tengku Rashidi adalah punca kematian nenda Zarief. Demi status keluarga, mummy dan daddy Zarief tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka.
Jalan ceritanya menarik walaupun kisah klise orang kaya jutawan yang jatuh cinta dengan perempuan biasa. No twist and turn, tak pening nak fikir. Cuma sesetengah bahagian ada yang agak meleret. Dah nama pun novel cinta, ayat-ayat sweet dan romantis memanglah ada.
Semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi di masa akan datang.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.