Setelah selesai mengadap baginda Sulta, aku berjalan keluar daripada dek khusus baginda Sultan dan menarik nafas lega.Apa yang penting, baginda Sultan sudah diselamatkan dan keturunan-keturunannya terpelihara.Pandangaku, Kota Melaka itu memang sudah runtuh dan roboh.Tetapi, Empayar Kesultan Melayu Melaka sehingga kini tiada siapa yang mampu mengucap umum bahawa ia sudah tewas.Aku menyambung kebali melihat setiap inci bahtera yang aku sedang kagumi.Hatiku kuat berbicara mengatakan bahawa bahtera ini adalah mendam berahi.Sebuah bahtera yang terkenal dan digunapakai oleh Laksamana Hang Tuah.Berlayar laju merentasi benua dan saiznya agak besar berbanding kapal-kapal biasa.
Wallahualam, apa yang penting kini, aku berasa tenteram daripada hiruk-pikuk penjajah Portugis menerobos masuk Kota Melaka.Terkadang aku terfikir juga, apakah perasaan mereka melihat dalam mahligai istana Melaka nanti yang hanya tinggal sisa-sisa kekayaan bumi Melaka untuk tatapan mereka.Semestinya mereka marah, kecewa dan tidak puas hati dengan agenda permainan yang dirancang.Selepas beberapa ketika aku berjalan-jalan atas bahtera ini, akhirnya tiba juga di sebuah pulau.Kami berlabuh di sini untuk menyimpan peti-peti simpanan harta di sebuah tempat yang sangat sulit dan tersembunyi.Pulau ini tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil.Setiap peti-peti tersebut diangkut keluar dan dibawa menuju ke sebuah ruangan khas yang terdapat di pulau tersebut.
Baginda Sultan kekal di dalam bahtera dan meneruskan pelayaran bersama nakhoda Laksamana Agung.Bersama denganku, Panglima Hijau untuk menguruskan penyimpanan peti-peti simpanan harta ke sebuah ruangan tersembunyi.Kami sampai di satu pulau yang sangat kecil dan kami perlu menyeberang laut cetek untuk ke pulau tersebut.Di pulau itu terdapat sebatang pokok yang sedang berbuah dengan lebatnya.
Tiba-tiba, muncul seorang tua serba putih yang datang entah dari mana lalu bersuara, "Inilah masanya!"
Buku Yang seronok dibaca, seperti buku Malacca has fallen Ada satu Bab penulis seperti bermimpi macam filem the myth lakonan Jackie Chan Yang mana Dalam filem tersebut dia Kerap termimpi balik ke zaman silam, cuma penulis bermimpi kembali balik pada zaman kegemilangan kerajaan melaka. Buku Yang menarik seperti buku Yang pertama saya baca.
Kupasan yang menarik, walaupun ada bahagian yang bagi saya, rasa macam susah nak percaya. Cerita tentang kerajaan purba di Tasik Chini, Gunung Tahan, Gunung Ledang, yang itu saya boleh bayangkan, memang awesome. Cerita tentang harta karun emas permata yang teramat banyak di Melaka, pertama kali saya baca, wow.
Saya suka dengan penyampaian penulis untuk menyedarkan bangsa melayu terutamanya anak muda tentang sejarah bangsa kita sendiri. Saya sebagai anak kelahiran tahun 2005 cukup tertarik dgn penyampaian ini. Dan juga details tentang bagaimana akhir zaman akan berlaku.
Cuma saya tak berapa pasti dengan konspirasi penulis. Contohnya seperti jika nabi sulaiman benar pernah ada di tanah melayu dan kemungkinan melayu ialah bangsa "israel" yang sebenar.. Dan penulis seakan yakin dengan melayu ini keturunan nabi ibrahim.. Jadi saya hanya akan ambil yg baik dan buang perkara yg syubhah, terima kasih :)
This entire review has been hidden because of spoilers.