Kepulangan Veenea lebih awal sengaja dirahsiakan daripada bonda kerana misinya. Kasih yang lama terputus dengan ibu kandungnya mahu disambung kembali. Selangkah dia masuk ke teratak bonda kelak, belum tentu lagi dia dapat peluang yang sama.
Anas Hafiy Hamazaki… Sikapnya persis arwah ayahnya dari segi tutur kata, gerak badan dan lenggok bahasa. Cumanya versi lain. Versi orang Jepun! Bertahun Veenea menuntut ilmu di negara matahari terbit itu, tidak ada pula yang berkenan di hati. Sudahnya, sekembali ke Malaysia, KLIA menjadi tempat mereka bertemu dan mula menganyam kasih.
Haryk Mateen… Sikapnya bajet-bajet cool dan emotionless. Dalam sikap jengkel, dia punya keprihatinan tahap A yang kadangkala merimaskan Veenea. Yang si adiknya Hairyl Maleek pula tidak sudah-sudah mengaku ibu Vee itu ibunya. Mamanya yang terkenal seantero antarabangsa itu tidak pula dihairankan.
Veenea tersepit sendiri. Misi hendak bermanja dengan ibunys menjadi sukar dengan kehadiran dua beradik itu. Hubungan dengan Anas pun jadi tidak menentu apabila Eril tak sudah-sudah dengan kempen – ‘abang kita suka perempuan garang macam akak!’
Namun, apabila bonda bagi syarat untuk dia punya peluang terus bertemu dengan ibunya, Veenea kira Anas adalah kuncinya.
“Kita baru aje kenal. Awak setuju macam tu aje?”- Veenea “Sebab orang tu awak. Takkan saya nak menolak? Dai suki dayo…”- Anas Tapi apabila semakin hari sikap Anas berubah dan seolah-olah punya rahsia sendiri, Vee jadi sangsi. Betulkah Anas itu jodohnya? “Anata to issho ni itai desu ( saya nak hidup dengan awak).” – Anas “Uhibbuka fillah (saya sayang awak kerana Allah).” – Erik
Antara Tomohisa Yamashita dengan Zaynn Maleek versi celup, siapa yang akhirnya membantu misi Veenea untuk terus menjaga hati bonda dan mencuri hati ibunya? Jujurnya, Veenea buntu. Menjadi seorang Veenea, sesungguhnya tidak semudah itu.
Dah lama juga peram novel ni dalam TBR list, akhirnya sempat beli masa publisher buat sale haritu and terus habiskan baca seharian. Rasa menyesal.. sebab tak beli lagi awal.. Ni adalah novel keempat Aifa Batrisya yang saya baca, fav novel saya dari penulis adalah kahwin ganti, tapi rasanya sekarang dah timbul konflik kut..
Novel ni, gambaran cerita dia secara general akan nampak plain dan biasa-biasa mcm novel melayu lain, tapi bila baca, sebenarnya banyak plot yang lain dari lain. Penulis cuba ketengahkan konflik kekeluargaan dalam buku ni. Awal-awal tu memang rasa watak utama perempuan macam kureng matang, tapi bila fikir balik, kakak saya yang umur 23 tu pun memang nampak tak matang, so logik jugak! ahaha.. Awal-awal cerita dia memang kelakar, lebih-lebih lagi bila ada Eril yang selamba. Oh, Ya! rasanya, daripada kebanyakan watak dalam novel ni, Eril paling banyak berfungsi untuk menjernihkan keadaan walaupun dia yang paling muda. Bagus, Eril! Boleh nampak yang penulis cuba untuk sampaikan nasihat melalui konflik antara mak dan bonda, Puan Lorena dan anak-anaknya, antara suami dan isteri. Cuma geram lah dgn hero masa hujung-hujung tu, kesian Vee.. Saya hampir nak nangis.
Overall, saya rasa novel ni mcm underrated. Whoever read my review to choose whether to buy or not, saya sarankan untuk beli dan baca. It's a good story, dengan banyak indirect nasihat dari penulis, ada juga sedikit plot twist. Kudos kpd penulis. Love it!