Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bersangka Baik Dengan Tuhan

Rate this book
Dunia ini tidak adil,
Ada sahaja duka yang menjenguk,
Ada sahaja sakit yang dirasa,
Ada sahaja dugaan yang menimpa,
Mengapa aku sahaja yang kena?
Mengapa hidup mereka sungguh sempurna?

Bersangka baik dengan Tuhan tidak mudah, tetapi mencuba bersangka baik juga tidaklah susah.
Di setiap ujian yang kita bencikan, dalam setiap sabar yang kita wujudkan, ada kebaikan yang Allah SWT mahu kurniakan. Ada jalan yang Allah SWT mahu tunjukkan.

Di setiap kegelapan yang kita rasa akan hilang segalanya, sebenarnya ada harapan yang akan menyinari hari – hari kita.
Jadi, bersangka baiklah dengan Tuhan, kerana Tuhan tidak pernah kejam.
Dia pasti mendengar.

Paperback

First published January 1, 2019

1 person is currently reading
22 people want to read

About the author

Syira Lokman

10 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (34%)
4 stars
8 (34%)
3 stars
6 (26%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
March 4, 2020
Bacaan ke-14

Ambil kesempatan baca buku sejam dua sementara menunggu flight.

Buku motivasi ringan yang positif dan mendidik hati agar berbaik sangka dengan Tuhan yang Maha Esa.

Ada ketika seperti membaca luahan hati, ada kalanya serasa seperti membaca nasihat dan pesan.

Saya share beberapa sisipan di IG stories dan ia meninggalkan kesan hinggakan ada beberapa orang rakan IG menyatakan minat untuk membeli dan membaca buku ini. (Edit: Saya baru Share di FB Stories)

Ada seorang tu siap beli di MPH Alamanda sewaktu rehat tengah hari tau!

Terima kasih MUST READ atas pemberian.
Profile Image for Atul_reads .
190 reviews12 followers
February 24, 2020
“Ujian ialah cara Allah SWT membawa hamba-Nya kembali dekat dengan Allah SWT dan cara ini sebenarnya menyedarkan diri kita yang selama ini mungkin lalai, jahil, dan lupa diri”.


Buku motivasi ini dihasilkan tidak lain tidak bukan sebagai jalan untuk mengembalikan semula keyakinan akan kepercayaan bahawa ada hikmah yang menanti dan tuhan telah pun menyusun perjalanan hidup hamba-Nya sebaik mungkin, lalu mengapa kita tidak boleh bersangka baik?


Terus terang saya amat menyukai cara penyampaian buku ini dengan:

1. Intonasi warna yang terang dan berwarna-warni seolah memberikan gambaran bahawa setelah duka, bahagia menanti.
2. Pengolahan yang sebegitu ringkas dengan isi dan ayat-ayat penting dicerahkan serta diwarnakan.
3. Dimulai dengan luahan, lalu diikuti dengan persoalan dan penerangan.


Bagi saya pengolahan warna mampu menarik peminat pembaca muda yang gemarkan sesuatu yang riang berbanding suram tanpa mengira situasi, sekaligus membantu pembaca mendalami apa yang cuba disampaikan.

Berbalik kepada penulisan penulis, terus-terang saya sendiri terbit rasa malu setiap kali menyelak kertas. Deretan air mata mula gugur dengan sendiri talkala membaca tajuk, ‘TAKUTKAN MASA HADAPAN’, ‘LEBIH BAIK JADI JAHAT SAHAJA’, ‘DAH SOLAT TAPI REZEKI TETAP LAMBAT’ dan ‘JATUH DITIMPA TANGGA’. Ia menyedarkan saya bahawa sebagai seorang hamba, selayaknya dan sepatutnya saya diuji. Kenapa saya tidak boleh bersabar? Dilambatkan rezeki sebentar, tidak bererti Dia tidak sayang.


Perlahan-lahan saya cuba untuk ubah diri saya dengan memahami kehendak-Nya.
Ingatlah bahawa kita sebagai hamba perlu sentiasa memperbaiki kelemahan diri dengan ilmu yang benar agar kita tahu mana yang diperbolehkan dan sebaliknya. Saya doakan semoga kita semua mendapat petunjuk-Nya.

Terima kasih yang tak terhingga kepada penulis @syira_lokman serta penerbit @bukumustread yang menghantar buku ini untuk pertukaran pendapat. Saya tersangat menghargainya.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews212 followers
February 22, 2020
"Di setiap ujian yang kita bencikan, dalam setiap sabar yang kita wujudkan, ada kebaikan yang Allah mahu kurniakan. Ada jalan yang Allah mahu tunjukkan".

Saya suka dengan penulisan yang berstruktur seperti buku ini. Ianya dimulakan dengan monolog berkenaan sesuatu konflik. Di mukasurat seterusnya ialah penyelesaian kepada konflik atau subjek yang telah diutarakan daripada mukasurat yang sebelumnya. Kemudian diselitkan potongan tafsir ayat daripada al-quran dan juga kata-kata mutiara, motivasi, dan nasihat.

Di bawah tajuk Duka Anak Yatim, ia memberi peringatan kepada saya agar sentiasa menyayangi, menghargai dan mendoakan kedua ibubapa saya walaupun mereka tidak lagi bersama. Saya, tetap merupakan anak dari kedua-duanya.

Saya juga berhenti sebentar untuk membuat refleksi diri di akhir tajuk Mandulkah Aku. Saya kerap dihujani soalan "Kenapa tak tambah anak lagi?" sedangkan ianya diluar kuasa dan kawalan saya. Cukup membuat hati kecil ini terasa apabila ianya berbaur sindiran dari mereka yang mempunyai banyak anak. Ada dari individu ini yang banyak anak tetapi betapa kurangnya mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama. Tiada masa dek kerana terlalu banyak tugasan rumah katanya. Allah berikan saya hanya seorang setakat ini buat saya tumpukan sepenuh perhatian dan curahkan sepenuh kasih sayang padanya. Kerana itulah kemampuan yang saya ada.

Ini adalah salah satu kata-kata yang begitu menyentuh kalbu saya "Sakit ialah musibah yang menimpa seseorang Mukmin dan mengandungi hikmah kerahmatan kepada kita."

Sungguh, setelah membaca buku ini, kita boleh mempelajari bagaimana caranya untuk bersangka baik dengan Tuhan.

Senarai tajuk :
1. Allah tidak adil
2. Berikan aku masa
3. Duka anak yatim
4. Di mana jodohku
5. Mandul kah aku
6. Mereka sahaja yang salah
7. Takutkan masa hadapan
8. Belajar lain kerja lain
9. Dah solat tetapi rezeki lambat
10. Lebih baik jadi jahat sahaja
11. Jatuh ditimpa tangga
12. Kau khianati aku
13. Dimana bahagia itu
14. Dusta peminta sedekah
15. Aku dikongkong
16. Aku mahu kaya
17. Kenapa aku sakit
18. Itu bukan dia
19. Bodohlah dia
20. Kabel
21. Anak Aku Istimewa
22. Zahirku tak sempurna
23. Jom bersangka baik dengan Tuhan

Terima Kasih MustRead kerana memberikan saya senaskah buku ini untuk diulaskan!
Profile Image for Siqahiqa.
602 reviews107 followers
March 14, 2020
“Buruk sangka tidak membawa kita ke mana-mana, tetapi berbaik sangka mampu menjadikan jalan hidup kita dipenuhi dengan rasa syukur dan kita akan lebih gembira”.

Salah satu petikan yang jelas menyatakan inti pati dalam buku ini. Penulis mahu mendidik pembaca agar bersangka baik dengan Allah dan bersabar kerana sabar kita kelak akan diberi ganjaran. Amin.

Buku ini diterbitkan dengan penggunaan tiga warna utama dan dibahagikan kepada 23 bab yang setiap satu dimulakan dengan monolog diri, bersambung dengan penceritaan/penerangan dan diakhiri dengan kata-kata motivasi/peringatan. Topik yang diutarakan begitu sinonim dengan apa yang berlaku pada diri aku secara umumnya.

Misalnya berkenaan bab Mandulkah Aku. Aku mengerti bahawa rezeki diberi pada masa yang tepat dan masa tersebut tidak akan sama antara kita semua cuma itulah, lumrah manusia yang mahukan sesuatu yang masih belum dimiliki. Seringkali bertanya dan seringkali juga mengingatkan diri sendiri agar tidak terkesan dengan perkara ini dan selalu mensyukuri semua rezeki Allah yang telah diberikan selama ini. Alhamdullilah.

Tahniah penulis @syira_lokman atas penghasilan buku motivasi ringan yang mudah dibaca dan difahami. Bahasa yang digunakan juga tidak terlalu formal ditambah pula dengan helaian berwarna-warni bagaikan memanggil kamu, kamu, dan kamu untuk membacanya 😉 Aku rekomen buku ini untuk mereka yang suka baca buku yang ringan dan nipis. Mungkin boleh memilih buku ini untuk mengubati reading slump anda? 🤗

Rating: 3/5 🌟

Terima kasih @bukumustread kerana memberi buku ini untuk pertukaran ulasan buku :)

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
March 3, 2020
Kadang-kadang susah sebenarnya jadi manusia ni. Kita terlalu rapuh, terlalu fokus dengan benda negatif, terlalu percaya dengan kebahagiaan orang lain melalui socmed, entah berapa depresi yang telah terhasil gara-gara penyakit hati (cemburu) terhadap kebahagiaan orang lain? Begitulah manusia, tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada, kadang-kadang boleh buta.

Buku ini best kerana ia menjawab kebanyakan dilema manusia hari ini, nak ada anak tapi belum ada rezeki, nak kerja dan bahagiakan ibu bapa tapi belum ada rezeki dapat kerja dan boleh menjadi terlalu takut dengan masa hadapan sampai jadi rendah diri yang pastinya memakan diri.

Istimewanya buku ini adalah bagaimana kita nak channel fikiran negatif kita tu ke arah yang lebih positif dengan cara mensyukuri apa yang kita ada. Kadang-kadang untuk mensyukuri, kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang (Sabahan bilang gostan 😂), memerhati keadaan yang tidak senasib dengan kita dan mula memberi fokus dan manfaatkan dengan apa yang kita ada.

Begitulah serba sedikit tentang bacaan ringan ini. Apa yang saya suka adalah ianya bersaiz kecil, mudah diselit dalam beg dan dibawa kemana-mana dan helaian muka surat yang indah dan pastinya menjentik hati. Syabas kepada penulis atas buku yang best ini. 💕 Teruskan menulis 👍😁
Profile Image for nadiaizzaty.
171 reviews16 followers
April 13, 2020
Buku yang ringan . Senang dibaca dan mudah difahami penulisan nya .

This book can be read in one sitting .

Ia menyentuh / menengahkan tentang bagaimana kita boleh sentiasa bersangka baik dengan Tuhan dalam apa jua keadaan - samada di kala kita susah atau senang.

Setiap topik yang dibahaskan juga sangat rapat dengan kehidupan seharian kita . Sangat sinonim dengan apa yang kita lalui dan fikirkan .

Tidak lupa juga , setiap topik yang dbincangkan juga diselitkan dengan contoh , potongan Hadis dan juga potongan dari ayat Al-Quran.

Yang menarik juga , setiap helaian mukasurat menggunakan warna-warna yang ceria . Warna-warna yg ceria ini selalunya lebih memberi motivasi kepada kita untuk membacanya .

More details review akan saya update di blog saya .

Terima kasih buat Husna Rosli dan pihak Must Read kerana berikan saya senaskhah buku yang terbaik in return with book review .

Tahniah juga kepada penulis Syira Lokman menulis buku ini . Terbaik . =)
Profile Image for Elisya Nazman.
327 reviews
September 16, 2022
Couldn't sleep, picked up this book to calm me down.
Beautifully written. So much reminders to me.

What I gained from the book:
-When God did not answer 1 prayer of ours, don't us ever forget about the other 10 prayers He answered
-Stop looking at the people above us
-Do not think ill of others because we are all just the same
-God did not give because He knows what's best for us
-Appreciate what we have before we lose them because sometimes we can be so "lupa diri"
-Jodoh diberi pada masa yang tepat DAN masa tu tak sama dengan setiap orang
-"Jangan mudah membenci perangai orang lain sebab mungkin Allah SWT sdg menegur kita." HITS ME RIGHT AT THE FACE AND HEART AND SOUL!!!!
-Take good care of relationship with God and He will double everything
-Ingat mati. Bawa keinsafan.
-Allah loves us. So much.
-Kumpul harta ke Akhirat...
-The word "sekurang-kurangnya" makes us think we are better than others...
Profile Image for Baiduri MRosli.
10 reviews1 follower
June 30, 2021
Secara umumnya, buku ini mengajar kita untuk memujuk hati yang duka. Siapa je tidak pernah sedih, kecewa dan frustrated, betul?

Kadang, kita rimas bila ada segelintir manusia yang suka tanya soalan berulang kepada kita. Kadang kita sakit hati bila teman yang dulunya rapat, sekarang hilang tanpa jejak. Hanya bekas dan dendam yang tersisa dalam hati.

Dunia, tempat kita diuji.

Walaupun buku ini terlalu general (pada saya) tapi, buku ini kekuatannya ada pada contoh situasi yang diceritakan. Sebab itu yang selalu terjadi dalam komuniti kita.

Meskipun bukan mudah untuk memujuk hati yang retak untuk terima segala takdir yang tertulis, percayalah. Percaya yang Tuhan itu ada rencana yang terbaik untuk kita.

Oh kalau dari segi kritikan, saya cuma sedikit 'culture shock' dengan warna, atau layout buku ini, memandangkan saya sangat jarang membaca buku berwarna.

والله أعلم.
Profile Image for Liyana Zulkifli.
39 reviews7 followers
December 31, 2020
Suka sangat buku ni. Pada mulanya saya beli buku ni sebab tajuk dia je. Ini buku pertama saya baca dari penulis ni. Oh ya saya juga mengenalinya sebagai seorang blogger sebelum ni.

Intipati dalam buku ni memang antara point yang saya sendiri pegang dan nak bagitahu kat semua orang.

Bila kita diuji dan diuji itu sebenarnya nak mengajar kita, cari hikmah, percaya kat Allah, bergantung dengan Allah.

Lama lama, kita akan lebih bersangka baik dengan Allah.

Allah tu Maha baik dan sangka baik pada Allah tu indah 🤍
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
March 22, 2020
Penulisan/peringatan/teguran ringkas yang lembut di hati.
Meliputi tanggungjawab sebagai anak, ibu bapa dan pasangan.

Recommended!
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
December 14, 2020
Tuhan tak pernah kejam nak bagi kita derita sampai mati.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.