Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Mahu Pulang

Rate this book
Masa semakin suntuk. Padahal sudah berjanji berjumpa Allah dengan baik-baik saja. Namun apabila direnung semula langkah ini masih tersasar kasar. Jalan menuju-Nya masih atas jalan mungkar!

Aduh. Bagaimana ini?

Wahai Rabbi. Wahai Ilahi. Wahai ar-Rahman.

Suluhkan lorong ini kembali ke jalan yang jelas menuju-Mu. Aku benar-benar mahu pulang ke pangkuan-Mu dengan cerita indah dan baik-baik saja. Pandu aku ke arah jalan pulang yang baik dan mulia.

Tuhan, aku mahu pulang.

216 pages, Paperback

First published January 1, 2020

2 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Deanna Chee

2 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (47%)
4 stars
7 (41%)
3 stars
2 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
October 23, 2020
1.
Saya sudah lupa isi kandungan buku beliau yang pertama, tapi seingat saya buku itu bagus.

2.
Maka tanpa ragu, saya membeli buku beliau yang kedua, Aku Mahu Pulang.

3.
Isi kandungan buku ini banyak monolog penulis dan juga bersama orang sekeliling tentang menghadapi hidup.

4.
Kisah harian yang kadang kala bagi kita hanyalah sepintas lalu, tapi Deanna mengupas persoalan yang membuatkan saya melafazkan "ya lah, betul juga tu."

5.
Saya suka mengambil sikap ada, adalah. Tak ada, tak adalah. Mudah. Tapi penulis melibatkan emosi yang bagi saya tak perlu, tapi dalam masa yang sama saya menerima hakikat manusia memang pelbagai dan tak sama dengan ragam kita. Kita belajar dengan manusia. Perangai anak sendiri pun tak sama, kan?

6.
Ada satu bab yang mengisahkan hal doa. Deanna mengajar supaya menjadi lebih "licik" dalam hal berdoa. Ideanya terpakai semasa kita terasa dianiaya. Selalunya cepat saja kita melenting mendoakan keburukan orang yang menganiaya, walhal setiap doa itu akan berbalik pada diri sendiri. Jadi, sebaiknya gunakan peluang ini untuk mendoakan yang baik-baik. Bukan untuk si penganiaya, sebaliknya untuk diri sendiri. Ah, kau bacalah sendiri.

7.
Banyak pengajaran tentang kehidupan peribadi penulis yang boleh digunaakai untuk semua orang. Kerana setiap kita rata-rata mempunyai masalah yang lebih kurang sama, cuma kebijakan individu yang menentukan bagaimana masalah itu diselesaikan.

Tahniah, Deanna. Buku yang baik. Teruskan mendidik jiwa ramai orang, supaya kita dapat "pulang" dengan bekalan yang mantap!
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
April 8, 2020
As usual, she wrote it beautifully. Buku motivasi ni lebih kepada luahan hati penulis dalam proses penghijrahan menuju Illahi.
19 reviews1 follower
February 11, 2022
Inilah buku pertama dari must read yang saya letakkan sebagai buku kesukaan no 1 saya. Agak lama sy pegang dan baca buku ini untuk sy teladani ceritanya. Tahniah penulis, anda berjaya membuka hati saya ke arah perubahan yang lebih baik.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.