Najmi dan Maria bertemu ketika hidup gadis itu sedang kusut. Dalam keadaan tertekan dan terabai, Maria mengambil keputusan untuk membunuh diri. Bagaimanapun, hasratnya tidak berjaya kerana tindakan pantas Najmi.
“Tuhan dah tinggalkan aku!” - Maria
Empatinya pada Maria membuatkan Najmi ingin membantu gadis tersebut. Dia faham benar jika seseorang itu sudah berputus asa dengan hidup kerana dia juga seringkali merasainya. Peristiwa dua dekad lalu bukan saja meragut memorinya tetapi hampir meragut kewarasannya. Dia menjalani hidup setiap hari dengan bayangan yang menakutkan sehingga kadang-kadang dia mahu menyerah kalah dengan hidup.
“Aku tau macam mana perasaan tu. Aku tau apa rasanya apabila kau rasa kau dah tak ada harapan lagi.” - Najmi
Orang kata, orang yang berputus asa itulah orang yang sebenarnya mahu hidup bahagia. Mereka hanya ingin penderitaan mereka berakhir.
“Awak tau bunga api?” - Maria
“Kenapa dengan bunga api?” - Najmi
“Kita selalu memuja yang indah, yang berkilauan dan yang bersinar. Yang tinggi dan jauh atas langit sana. Yang ada depan mata tapi tak tercapai.” - Maria
“Apa yang awak nak cakap sebenarnya?” - Najmi
“Saya rasa hidup saya macam bunga api yang ingin bersinar di langit.” - Maria
Ana muncul dalam hidup Najmi sebagai doktor yang merawatnya. Walaupun pernah menganggap Najmi sebagai cinta monyetnya, namun Ana ikhlas membantu Najmi mengatasi kecelaruan psikologinya.
“Orang yang ada masalah dekat sini... Selalu ingat yang dia orang tak ada apa-apa. Dia orang sihat. Tapi dalam ni macam ada bunga api yang sedang meletup di udara. Bersinar tapi membutakan.” – Ana
Ketika Najmi, Maria dan Ana mengatasi konflik dalam diri masing-masing, tanpa disangka, misteri dua dekad yang lalu terbongkar kembali. Banyak perkara yang terungkai. Rupa-rupanya trauma mereka belum berakhir.
Ralit giler baca tahu² dah sampai ending! Bukan kisah cinta.. F salute penulis bijak bercerita tentang ptsd. Terus F googled pasal ptsd.
Baca kisah Bunga Api ni F rasa cemas je.. nak² nak dekat akhir cerita.
Jahat betul Pak Usu. Kenapalah ko lahir kat dunia ini. Gila betul jatuh cinta kat budak kecil. Paling kejam sanggup suntik dadah kat budak tu. Issshh minta dijauhkan dari kita semua.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Lihatlah covernya, cantik kan? Tapi realitinya, setiap watak yang hidup dalam buku ni, tak seindah covernya. Banyak hati yang menderita. .
Guys, aku tahu aku selalu lambat baca buku best, sebab, for no reasons, aku peram buku lama-lama entah kenapa. Aku tahu ramai yang dah recommend buku ni, so, aku harap ramai yang baca. .
Jangan harap kisahnya manis. Sebab buku ni lebih kepada psychological thriller katanya. Permulaan cerita, banyak part mental illness. Ada flashbacks semua. Tapi, aku sangat suka penulisan penulis. Perfect! Come on, aku baca buku ni pukul 3 pagi kot, tapi serius tak mengantuk dan tak sabar nak habiskan. .
Najmi dan Maria @ Qamaria. Bulan dan bintang. Sangat simbolik. Lepas tu, pasal teori bunga api tu, aku rasa sangat related dengan dorang. .
Najmi, penghidap PTSD, yang masih cuba untuk teruskan hidup. Banyak memorinya yang hilang, mula kembali dalam bentuk flashbacks, tapi dia tak ingat. Najmi juga yang selamatkan Maria ketika Maria putus harapan dan ingin membunuh diri. .
Kemudian, Najmi membawa Maria ke kampungnya. Mereka mula berkawan. Banyak moment biasa-biasa je, tapi aku rasa manis. Najmi ajar Maria memancing di sawah. Najmi kaitkan buah mangga. Najmi yang ajar mengenal mana bunga kantan, mana halia dan sayur lain. .
Sehinggalah, Maria pergi untuk mencari kakaknya dan menjejak masa silamnya. Pada masa yang sama, dengan bantuan Munir, kawannya, Najmi juga cuba untuk kembalikan ingatannya dan melawan rasa traumanya. .
Sehinggalah akhirnya, kebenaran terbongkar. Siapakah dalang kehilangan Bulan 20 tahun dulu? Apa sebenarnya rahsia yang disembunyikan? .
Okay, bila masuk part misteri tu, aku rasa aku dah start palpitation. Duk meneka siapa penjahatnya. .
Aku suka part PTSD diketengahkan. Sangat detailed. Orked V has done a very good job. Penulisannya cantik. Part Ana yang jadi doktor psychiatry tu pun menarik. Ni yang buatkan aku nak cari novelnya yang lain. .
Lagi satu, biasanya, aku tak suka kalau penulis masukkan banyak sangat plot dan tema dalam satu buku, sebab kalau olahannya kaku, rasa bosan la kan. Tapi yang ni, memang impressive. Ada part PTSD, HIV, pedophile dan banyak lagi, dirangkumkan dalam satu novel dan hasilnya sangat memuaskan. .
HIGHLY RECOMMENDED! .
p/s: sorry guys, aku memang biased sikit kalau buku tu ada part medical, dan penulis menulis dengan baik sekali.
Novel ni highly recommended. Unexpected plot twist. Awal-awal agak slow. Then dia start develops as a reader pun kita develop own feeling towards the end. Paling best bukan kisah cinta.
Paling aku suka bila novel ni style dia ajak pembaca turut rasa apa yang main character rasa. Mental illness ni bukan benda boleh main sebab people with mental illness ni they look normal outside but inside they are not. Aku suka watak Munir. The best buddy ever.
Banyak tolong Najmi. Walaupun dia tak tahu cerita di sebalik Najmi yang lost, tapi still dia sentiasa percaya dan bantu Najmi. Sentiasa tunjukkan jalan pada Najmi. Walaupun Najmi tak ingat dia.
Trauma Najmi dan Maria buat hidup diaorang lost. Serious kesian. Boleh rasa apa yang diaorang rasa. Tak dapat bayang kalau kita terpaksa hidup dalam dunia macam tu.
Banyak pengajaran dapat. Paling penting walaupun saudara/adik-beradik kita yang lakukan jenayah/benda buruk, kita kena segera ambil tindakan lapor pada pihak berkuasa. Memang perit kalau nama kita busuk tapi at least tak susahkan orang lain.
Overall rating I like the theme. Mental illness. Kalau tak dirawat boleh menyusahkan bukan diri sendiri tapi semua. Dadah punca ramai orang hilang pertimbangan.
Good job writer and Karya Seni. Please banyakkan tema macam ni ✌🏼✌🏼
Novel ini dibeli secara tiba-tiba ye di shopee Karyaseni. Tapi, tidak disangka tiba-tiba itu berubah menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Gitu ayat.
Pada permulaan cerita, saya agak keliru apakah perhubungan antara Maria dan Najmi. Namun, penulis berjaya membuatkan tanda tanya saya perlahan-lahan terjawab. Memang tidak sangka gerak cerita ini sangat menarik. Lebih-lebih lagi pabila penulis membawa tema kesihatan mental yang saya kira berhasil dilakarkan penulis.
Keseluruhannya, novel Bunga Api ini bukan sebuah kisah tipikal cinta, tapi banyak informasi berguna terutama melibatkan masalah kesihatan mental. Cumanya, berlaku kesalahan pada bahagian editorial yang agak jelas membuatkan pembacaan agak terganggu. Diharapkan pihak editor dapat melakukan semakan semula sekiranya novel ini diulang cetak pada masa hadapan. Apa-apapun tahniah buat Orked V.!
400 muka surat yang pertama agak perlahan kisahnya. Rasa macam tiada apa yang menarik. Namun, kugagahi jua kerana ramai review bagus. Masih mencari di mana bagusnya.
Lepas muka surat ke 400 barulah best ceritanya. Turun naik turun naik nafas saya. Marah, kesian, kecewa bergabung sekali. Menghampiri sakit jantung dengan isu pedofil yang sungguh jijik. Rasa nak dibunuh saja Khairi. Memang gila dia ni.
Aaa saya betul2 terlupa nak review this novel sedangkan saya dah habis baca 2 months ago. I would say this novel is really worth reading and tak clishe. Plot twist cerita ni buat saya shocked sekejap sebab macam tak sangka langsung. Cerita ni bawa beberapa isu yang bagus dan banyak benda saya belajar.
I would recommend this to those out there yang mahukan kelainan sedikit dalam novel cinta.
Btw, penulis ni bekas penulis Jemari Seni :) So dah boleh agaklah kan penulisannya bagaimana?
"Orang yang ada masalah dekat sini...Selalu ingat yang dia orang tak ada apa-apa. Dia orang sihat. Tapi dalam ni macam ada bungai api yang sedang meletup di udara. Bersinar tapi membutakan." - ANA
Aku beli Bunga Api sebelum Ramadhan lagi sebab ada yang review, kata Bunga Api ni tentang mental illness, cumanya bila nak nak baca tu aku macam teragak-agak sikit. Sebab aku risau, aku tak dapat merasai apa yang aku expect dari novel ni. Tapi dalam masa yang sama, aku tetap rasa Bunga Api bakal menjadi novel yang menarik untuk diterokai.
Jadi, bila aku dah baca, ia betul-betul melangkaui jangkaan aku. Pada aku, Bunga Api, salah sebuah novel yang best yang menceritakan tentang Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dengan jelas. Aku sangat kagum dengan ciptaan Event-event yang menjelaskan tentang PTSD kerana ia mudah untuk kita faham, apa yang berlaku kepada main character, Najmi dan yang lebih penting, event-event tersebut mampu membawa kita memahami dan merungkai cerita yang bergenre-kan psychological-thriller. Aku pasti penulis membuat rujukan yang terperinci sehingga mampu menghasilkan naskhah ini.
Selain itu, yang menarik lagi tentang Bunga Api ini ialah ia bukan hanya berkisarkan tentang kisah Najmi dan Maria, tetapi kesemua watak mempunyai jalan cerita tersendiri. Pada aku penulis sangat pandai mengolah dan menyusun dan seiringkan perkembangan plot dan perwatakan.
Keseluruhannya, aku sangat suka dengan Bunga Api dan suka untuk aku cadangkan kepada sesiapa yang nak baca sesuatu yang berkaitan dengan personaliti, mental illness tetapi dengan pemilihan ayat dan perkataan yang buatkan kita faham dan rasa wow! Tahniah Orked V!
Hero balik kg sbb masalah yg die dah tak boleh lg nak handle…die tak boleh nak stress sgt..tak blh alone…1 fine dah,dia terserempak dgn seorang perempuan yg cuba utk suicide… dia rase perlu utk die hulurkan bantuan and end up they stay together with mak hero kat kg…. Tbe2 hero didatangi oleh paklong nye nak soh tunang,heroin rase perlu utk die blah dr rumah tu… ade misteri happen between both of them..dua2 mcm ade simpan 1 ingatan yg dah dilupakan…
Psychology issue…mcm mane people handle their traumatised happen ages ago… dr segi pembacaan tu pon blh tahu writer buat research and give us very good information… if siapa2 pernah tgk cerira korea my secretary kim,ade iras2 sikit jln cerita die bab kenangan diorg time kecik tu…
Good story that make u cant stop because u want to know more…
Dah lama sebenarnya rakan2 rekomenkan aku baca naskhah ini. Baru2 ni baru aku beli. And yes, thanks korang yang rekomenkan naskah ini. Naskah ini bergenre psikologikal .
Post Traumatic Syndrome Disorder(PTSD) satu penyakit yang kita biasa dengar. Penghidap melalui satu tragedi yang membuat dorang trauma .
Maria, nyaris membunuh diri akibat tekanan hidup yang dilaluinya. Mujur ada Najmi menjadi penyelamat. Dan Maria dibawa pulang oleh Najmi ke rumahnya .
Najmi, dirinya sendiri mengalami PTSD, disebabkan tragedi lalu. Tapi dia seakan hilang memori yang dilaluinya ketika dia masih kanak2. Namun, Najmi sering mengalami imbasan memori. Bagai memberi gambaran apa yang sebenarnya berlaku .
Wujud juga isu pedophilia di dalam naskah ini. Serius memang aku tak sangka wujudnya kisah ini dan siapa si pelakunya. Di akhir2 korang baru akan temui .
Bagi aku jalan cerita ini sangat bagus, walau di awalnya sedikit slow. Namun aku berjaya mencari rentak sebenar selepas beberapa bab . Aku rekomenkn korang untuk baca kisah Bunga Api ini. Dan mencaritahu apa perkaitan kisah Najmi dan Maria dengan Bunga Api? .
Adakah kita akan mengorbankan diri seperti bunga api demi menceriakan hidup orang lain?
Maria, selalu rasa dia takkan bahagia lagi-lagi dengan hidup yg dia kena hadap☹️akibat terlalu stress Maria decide untuk bunuh diri😞nasib baik ada Najmi datang selamatkan.
Najmi mengalami PTSD😣Najmi selalu mengalami imbasan memori & nightmares. from this Ad fikir mesti ada something yg jadi buatkan Najmi jadi macam ni. Apa yg jadi? ada kaitan dengan Maria ke?🤔apa buatkan Maria stress sampai giveup dengan hidup?
Overall, bagi Ad novel ni sangat buka pengetahuan Ad✨the storyline sangat best😍Ad dapat info tentang PTSD lebih mendalam, both main characters ada story yg sakit😢the plot twist wow😱didn't expect it at all! tak sangka yg uish wow😳jujur cakap Ad tak sedar pun in 3 hours tu from pages 200 > 577 Ad boleh habiskan terus🙈best sangat😏and the words dalam ni meaningfull tau🥰sila cari,beli, baca🤍
Sejujurnya, buku ni sangat heavy pada aku. To the point yang aku perlu stop beberapa kali untuk ambik nafas dan waktu. As a young reader, Bunga Api ni buku pertama yang aku baca yang isinya terlalu berat. UNTUK AKU. Tapi, overall aku enjoy gila. Aku suka sangat-sangat isu yang penulis ketengahkan. Kuddos penulis ! Cumanya, banyak juga kesilapan teknikal. Harap penulis dan editor dapat nilai dengan lebih teliti. Sekian !
"Kita selalu memuja yang indah, yang berkilauan dan yang bersinar. Yang tinggi dan jauh atas langit sana. Yang ada depan mata tapi tak tercapai."
_____________________________
Omg, koranggg. I really love this boook. Seriously. Susunan plot, watak, gaya penulisan semua cun. Takde satu pun yang nak complain. Yessss.
Tak menyesal terpengaruh baca buku ni. Sampai menangis dalam flight kauu, sebab terlalu menghayati.
Kisah Maria dan Najmi, penuh dgn trauma, suka duka dari kecik smpai ke besar. Ya Allah, besar ehh dugaan mereka. Diuji satu demi satu, baru nak rasa bahagia, tiba2 dtg lagi satu perkara. Terpaksa berkorban, bahagia yang diidamkan perlu dilupakan. Tapi manis itu pasti ada dihujungnya.
Plot buku ni kann, huishh, camne nak cakap, dia mcm mula tu naik sikit pastu mendatar, pastu tiba² mencanak naik. Plot twist demi plot twist. Fuhh, mantapp. And susunan plot dia sangat kemas. Takde rasa lompong kat mana². Segala persoalan terjawab. I likeee it.
Sangat suka bila penulis bermain dengan emosi. Details suasana, situasi yg ada berjaya buat kita menyelaminya dengan lebih mendalam. Paling tak boleh bila penulis cerita tentang ayah Najmi. Ya Allah, sebak.
Buku ni sangat dekat dengan kita. Bilamana kita kata keluarga adalah segalanya, bagi saya. Keluarga kecil itulah segalanya. Mak, ayah, adik beradik kita, atuk nenek, itu adalah segala-galanya. Keluarga besar, makcik pakcik kita, saudara kita belum tentu dapat menolong kita dengan seikhlas hati. Talam dua muka di mana². Lagi² yang sebatang kara, mudah dipijak, dihina dan dianiaya. Yang berada itu akan disanjung tinggi. Realiti kehidupan.
Pengajaran? Ada. Sangat banyak. Secara umumnya, memberi kesedaran kepada kita tentang mental illness, penyakit hiv, trauma, pedophilia, bahana dadah, dan banyak lagi terutamanya berkaitan dengan kekeluargaan.
Jika ditanya, nak jadi seperti bunga api tak? Saya akan jawab ya. Biarlah mati setelah mencapai segala-galanya. Tanpa sesalan, tanpa kesedihan.
Hehe. So, bagi sesiapa yang belum baca buku niii, silalah bacaaa. It's good. Really² good. Saya sangat² berpuas hati. Heee.
Bunga Api🎇 Bersinar tapi membutakan . Kau nampak seseorang itu normal dan biasa, sedangkan mereka sebenarnya tengah berperang dengan diri mereka bagai bunga api yang hendak meletus..Jikalau kau berada di situasi mereka, apa yang kau akan lakukan? Telah lupa masa lalu akibat trauma dan sering dibayangi mimpi ngeri atau memori lalu yang tragis.. . Karya bergenre pyschological thriller.. Aku terpengaruh dengan review kak @athirah_bookstagram lalu membelinya.. . Kisah mengenai Najmi dan Maria.. Namun bukan itu sahaja..Setiap watak diceritakan secara terperinci dan kisah mereka tersendiri.. Aku suka gaya penulisan penulis yang pandai mengembangkan plot seiring dengan watak.. Penulis juga ada mengaitkan dengan PSTD iaitu Post Traumatic Syndrome Disorder.. Di situ, penulis terangkan secara ringkas dan mudah difahami berkenaan penyakit tersebut... . Kawasan perkampungan dan bersawah padi sebagai latar tempat utama..Aku suka setiap kali kawasan sawah padi dikaitkan, entah mengapa aku rasa jiwa aku turut tenang mengenangkan kawasan tersebut walaupun tak pernah jejak pun kawasan bersawah tu.. . Aku sebenarnya tak boleh bayangkan kalau kita di situasi mereka, bagaimana kita mengharunginya? Masa silam yang tragis membuatkan mereka trauma.. Malahan yang melakukan adalah manusia yang mereka kenal.. Geramnya aku... Sejujurnya karya ini agak sarat tapi banyak manfaat.. Banyak persoalan yang dihidangkan pada awalnya dan jawapan diberi pada akhirnya.. Memang kemas lah susunan plot dia (dari tadi aku puji plot)😂 . Keseluruhannya, aku suka naskah ini.. Aku harap karya seni ada terbitkan buku macam ni lagi.. Memang best walaupun pada awalnya slow tapi bila dah masuk plot tu memang jadi rancak dengan dada aku sekali berombak nak tahu apa yang sebenarnya berlaku? . Highly recommended Rate: 5/5✨
Wowww...sungguh luar biasa naskah ini..ini bukan kisah cinta tetapi satu kisah kehidupan. Kagum dengan olahan penulis yang berjaya membawa isu ini ...tahniah OV..teruskan menulis karya-karya sebegini lagu... awesome 👏👏👏👏
This entire review has been hidden because of spoilers.
First of all, I would say.. this book is not romance. It's more to psychology and thriller. So, if you berharap untuk babak2 cinta dalam buku ini, memang tak ada, kalau ada pun hanya 1% je kot. But, at the end of the story, ML (Najmi) dan FL (Maria) akan berkahwin juga.
Apa yang saya boleh simpulkan, awak kena fokus betul2 bila baca buku ni sebab awak akan jumpa banyak side character tetapi semua character tu saling berkait dengan trauma yang sedang dialami oleh ML dan FL. And trust me, awak tak akan expect pun pak su najmi yang baik, lembut tutur kata tu, rupa-rupanya iblis bertopengkan manusia. Sungguh kejam.
Page 350 sampai akhir, jalan cerita dah mula suspen tau. Awak kena sedia mental je untuk hadap satu persatu kebenaran yang akan keluar. And awak akan slowly faham kenapa ML dan FL ni ada kaitan antara satu sama lain. Pendek kata, Maria ataupun Bulan adalah salah seorang mangsa daripada kegilaan pak su Najmi. Mangsa-mangsa yang lain termasuklah Aria (adik kandung najmi) dan Pak Hamid (ayah Maria). Dan Najmi ni lah yang tolong selamatkan Maria. Tetapi saya masih tak faham kenapa Najmi boleh hilang ingatan. Macam saya cakap, baca buku ni kena banyak fokus, kalau tidak, memang confuse jadinya.
Dalam pencarian identiti sebenar Najmi, Munir dan Ana lah yang banyak tolong dia sehinggalah pada satu tahap nyawa dia pun hampir melayang kerana pak su dia sendiri, Munir dan Ana ni juga yang menolong. Jangan risau, dalam novel ni tiada cinta tiga segi ye. Ana tu memang pernah suka Najmi tetapi dia ikhlas tolong Najmi sebagai kawan.
Dan banyak penyakit-penyakit yang berkaitan mental awak boleh belajar di sini terutama PTSD (past traumatic syndrome disorder) and pedhopile. Awak juga akan tahu banyak tentang HIV dan AIDS, punca dan cara nak bagi elak virus tu merebak. Semua tu penulis cerita dengan sangat berhati-hati dan detail.
Ada sikit-sikit babak yang berulang dalam buku tetapi masih boleh dimaafkan. Jalan cerita yang penulis nak sampaikan sangat teratur, tak melompat kesana kesini. So far, saya sangat berpuas hati dengan pembacaan saya kali ini walaupun sebenarnya saya tak suka novel yang ada menyentuh topik psikologi. Namun, Orked V berjaya buat saya habiskan baca buku ni. Terima kasih!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bunga Api By Orked V (Highly Recommended) 577m/s . . Pembuka kata untuk tahun 2021. Novel bertajuk Bunga Api menjadi pilihan ❤️. Genre psychological thriller yang mencabar emosi dan pemikiran ketika membacanya. Cerita ini mengisarkan trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak untuk menjalani kehidupannya sendiri. "Orang yang ada masalah dekat sini selalu ingat diri dia orang tak ada apa-apa. Dia orang sihat". . . Najmi dan Maria bertemu apabila keadaan semakin 'complecated'. Satu demi satu ingatan cuba berlayar di fikiran. Mimpi ngeri yang bukan hanya mimpi semata-mata. Semua mempunyai maksud tersirat. Kematian ayah dan adik Najmi bagaikan dirancang. Najmi dan Maria seperti mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kedua-duanya sudahpun berputus asa mencari kebenaran. Terselit isu PTSD (Post Traumatic Syndrom Disorder) membuatkan bacaanku semakin rancak. Sangat disarankan jika anda ingin mendalami penyakit ini👍. Apakah yang berlaku? Antara bunga api dan bintang, yang mana satu kamu akan pilih? . . Perkembangan watak yang sangat jelas/detail. Tak perlu disangkalkan lagi, setiap watak dalam novel ini bergerak seiring dengan watak utama. Berlatar tempat di kawasan kampung yang mempunyai sawah padi yang indah dan kebun kelapa sawit yang amat menggamit memori. Rindu akan suasana nyaman dan segar di kampung halaman. . . Plot twist yang sangat2 menjadi, persoalan yang sangat memeningkan kepala membuatkan aina tak berhenti menyelak helaian demi helaian. Serious talk, novel ni sangat sarat dengan ilmu dan penulis sangat2 mengkaji tentang isu yang cuba disampaikan. Ending was perfect, rasa sangat puas👍🏻 . . Rating: 10⭐ Sudah lama aina tak merasa puas ketika membaca. Alhamdulillah tak menyesal jadikan novel ni sebagai pembuka kepada 2021. Siapa yang sangat menyukai genre psycho thriller, yes!! You should try this.. 😍❤️❤️ Tahniah Orked V. You deserve it❤️
ps: Sesungguhnya aina copy paste dari bookstagram aina jer🤣📚.
Kisahnya lebih kepada nak cari balik memori2 Najmi ketika dia kanak2 20 tahun yg lalu. Untuk permulaan memang agak slow. Tapi saya tertarik dengan isu yang ada kaitan dengan psikologi. Saya juga tertarik dengan tajuk Bunga Api. Najmi mengalami PTSD dan disarankan untuk pulang ke kampung oleh doktornya. Salah satu cara untuk kurangkan stress.
Di kampung Najmi berkawan dengan Munir dan mereka sama2 bekerja kampung. Kehadiran Maria pula telah membuatkan Najmi mengalami flashback. Maria sendiri ada memori hitam sewaktu kanak2 dulu. Yang mana sebenarnya ada kaitan rapat dengan trauma Najmi.
Gerak cerita menjadi lebih menarik apabila Munir juga turut membantu Najmi untuk mencari kisah sebenar yang berlaku 20 tahun yg lalu. Begitu juga dengan Ana, ex schoolmate yang juga seorang doktor psikiatri juga turut serta membantu.
Mereka ni adalah mangsa kerakusan orang2 dewasa. Masing2 sebenarnya ada masalah jiwa. Tanpa kita sedar ia sangat memberi kesan buruk pada masa akan datang. Lihatlah kesannya ke atas Najmi dan Maria yang dibesarkan dengan suasana tertekan di mana ibunya seorang penagih. Najmi pulak mengalami peristiwa buruk di mana adiknya kemalangan di depan mata sendiri. Sebelum itu dia baru je kehilangan ayah. Ditambah pula dengan sikap paklong yang menjengkelkan.
date started: 18 March 2023 date finished: 6 April 2023
this book actually got me into a reading slump, can't continue to read it, but can't just dnf it either. So I just push myself to keep on reading.
Honestly, three stars for the story. This book got me into a rollercoaster ride. I thought this book is just about romance, friendship and mental health. But as I went deeper into the book, nah. That's not it all. Just wait till y'all reached the plot twist.
PAK USU. DASAR PEDO. I CAN'T MOVE ON THAT HE'S THE ONE THAT HIT AIRA WITH HIS CAR.
There is some part in this book that got me emotional.
Lack of two stars because 1. The amount of typos in this book 2. Not really my cup of tea honestly but it was still a nice book
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya personally kenal penulis ni. Bab penyakit, ubat, medical terms memang makanan beliau la sebab memang ini kerjaya beliau. Cuma part psikologi adalah sesuatu yang mencabar untuk beliau describe sebab tiada background psikologi.
Jd sy try baca novel dgn mindset utk judge. And guess what?
Ended up, saya terlupa untuk judge beliau. Saya dah immersed dalam jalan cerita.
Sebagai seorang yg berpengetahuan dlm psikologi, sy agak terkejut macam mana beliau boleh describe watak Najmi dgn hampir tepat. Part bertukar kerja, kekok bercakap dengan orang kampung, overthinking - boleh nampak Najmi Ada masalah dalaman.
Saya bukan pembaca novel melayu, tapi novel ni tak cringe, make sense, mendebarkan (part nak cari penjenayah sebenar). No bias, but I love it.
Kisah Najmi yang mengalami PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) atau Gangguan Tekanan Pasca Trauma selepas menyaksikan suatu peristiwa ngeri 2o tahun lalu. Akibatnya Najmi hilang sebahagian kepingan memori silam dan pengalaman sewaktu kecilnya. Siapa sangka ahli keluarga sendiri, yang dihormati dan sangat baik perlakuannya adalah dalang dan punca segala penderitaan yang ditanggung oleh Najmi selama ini.
Walaupun cerita ni nampak macam biasa-biasa je tetapi kisah Najmi ini mengundang pelbagai rasa, sebak dan mendebarkan dari awal hingga ke akhirnya. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.
Pertama kali dalam hidup aku baca buku yang sangat melankolik dan betul-betul cukup rasa. Semua watak dalam buku ini saling berkait dan mempunyai kekuatan mereka sendiri.
Cara penulis bawa kisah ini dari awal hingga akhir, bagi aku cukup cantik. Mungkin ketika ini emosi aku sangat bersesuaian dengan buku ini, maka ia sangatlah seronok dibaca.
Tak mudak untuk menulis novel berkaitan dengan psikologi, tambahan emosi yang penulis letakkan cukup sesuai. Terima kasih kerana menulis buku ini. 💜
Novel yang cukup rasa. Kalau anda penggemar novel psychology thriller, this is for you. Dari penulisan kita dapat rasa yang penulis memang mengkaji topik PTSD, HIV dan masalah mental yang lain. Gaya penulisan yang kemas tersusun daripada segi plot, perkembangan dan bahasa.
Novel ni bukan novel cinta. Buku ni lebih menceritakan kepada perjuangan Najmi dan Maria untuk hidup dengan trauma yang mereka ada dan pada masa yang sama cuba mencari punca kepada trauma tersebut sebab mereka tak ingat apa yang terjadi. Novel ni agak slowburn tapi bagi saya menjadi sebab buildup story buat cerita lagi menarik dan suspen. Plot twist pun mantap. Kalau baca awal dan pertengahan bab memang kita masih clueless tentang siapa yang jahat tapi bila cerita makin berkembang lama-lama kita dah boleh put the pieces together. Apapun buku yang sangat menarik. I really hope people read this book.
Omg finished this one in less than a day!!! Dia camni tau, walaupun dah agak dia punya twist and siapa pembunuh, still nak teruskan baca jugak sebab writing dia simple tapi addictive. Tak berjela-jela sangat and rasa macam nak baca lagi dan lagi. A real page-turner. Cuma banyak typo and dialog tu kekadang confuse siapa yang tengah cakap pastu nak tahu jugak mana emak Maria pergi hm
Kadang stress dengan overthinking watak utama, tapi cuba meletakkan diri dalam kasut si hero. Alhamdulillah berjaya. Memang begitu lumrah dan keadaan nya. Yang membezakan hanya benteng kawalan diri, teman sekeliling yang positif & rahmat dari Tuhan.
Good job penulis atas sedikit pencerahan berkaitan isu yang diketengahkan.
Cerita ok je plot ape semua... Tapi kadang-kadang cerita ni agak lambat dan memeningkan. Ada beberapa part tu author tak jelaskan betul-betul apa yang berlaku sebenarnya. Tak tau lah kalau memang sengaja buat macam tu. Tapi overall ok je sebenarnya. Best untuk novel yang memang nak ceritakan tentang orang yang ada masalah hidup.