Buku ini cerita tentang seorang Ustazah yang dah lama teringin untuk jejakkan kaki ke Tanah Haram, Mekah (Kisah Benar). 🕋
Tanpa Ustazah sedari, Allah menjemput beliau untuk ke Mekah, dengan basikal.
Ya. Basikal! (ada orang cakap, Ustazah & suami ni 'gila') 😂
Anda kena ikuti perjalanan kayuhan basikal Ustazah ke Mekah bersama suami merentasi 14 buah negara yang memakan masa selama 1 tahun 3 bulan melalui buku Ustazah Basikal.
Negara yang dilalui termasuk Thailand, India, Nepal, Pakistan, Iran dan negara bergolak seperti Afghanistan & Myanmar.
Terlalu banyak drama dan emosi di sepanjang perjalanan mereka. Mana tak jadi drama, mula-mula kayuh ada RM1,900 je!
Sepanjang perjalanan 15 bulan memang tawakal je lah.
Alhamdulillah. Allah izinkan Ustazah & suami sampai Mekah.
Penangan PKP 3.0 (Perintah Kawalan Pergerakan). Buku 700 mukasurat pun boleh dihabiskan kurang dari seminggu. Kagum dengan diri sendiri haha.
Buku 1 dari 2. Buku yang penuh dengan kisah pengembaraan yang mencabar namun penuh dengan informasi, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang pengembara dan juga peminat basikal.
Kisah Ahmad, seorang arkitek dan isteri yang baru dikahwininya, Adilah seorang guru Al-Quran, yang merancang untuk berbulan madu dengan cara yang amat luar biasa. Mengembara ke Mekah bagi mengerjakan umrah dengan berbasikal dari Malaysia. Gila memang gila, namun penuh dengan kenangan manisnya. Sama gilanya seperti kisah jejaka Inggeris yang mengayuh dari England ke India, Bikepacker Nekat: Dari Inggris ke India.
Di MALAYSIA, persiapan mereka sejurus berkahwin agak menarik juga. Rancangan awal untuk bergerak dengan bajet sendiri berubah menjadi berskala besar dan nasional dengan cuba mendapatkan tajaan dari syarikat-syarikat besar. Namun kesudahannya mengejutkan juga. Perlu dibaca sendiri 😊
Pengalaman mereka di satu bukit seram di Perak, terserempak dengan mualaf Jepun yang juga mengembara berbasikal keliling Malaysia, dan Tok Yom di Kedah antara yang menarik untuk dibaca & diambil iktibar.
Dari catatan penulis ini juga baru saya tahu ramai lagi orang Malaysia yang hebat-hebat belaka yang telah mengembara serata dunia dengan cara yang luar dari norma biasa. Abang Khalib yang berjaya berbasikal keliling dunia (selain insan lain yang saya tahu dari buku Berbasikal Menuju Tuhan). Along Aimpro & rakan-rakan yang berjaya bervespa ke Mekah. Dan Sham Bedoqstar yang mengembara dari Malaysia ke Turki dengan bermotosikal. Jika anda ada info mengenai mereka, atau tahu berkenaan kewujudan buku mereka, sila beritahu ya. Amat berminat untuk baca.
Di THAILAND pula, pengalaman berbasikalnya mengingatkan saya pada buku Advantura Pulang Ke Malaya sebelum ini. Kisah anak muda kita yang berbasikal dari England pulang ke tanah air melalui negara yang sama.
Sayangnya kerana visa yang bertempoh sebulan sahaja, mereka tidak dapat mengembara penuh dengan berbasikal merentas Thailand naik menuju ke utara. Mereka cuma dapat berbasikal di sebahagian besar kawasan selatan ke tengah Thailand sahaja.
Antara yang menarik adalah kisah Jack Sparrow menjadi tok siak masjid, pusing kembali kerana tertinggal tupperware, dan kes ditipu untuk tidur di masjid. Antara tempat menarik yang mereka lawati adalah Pondok Bantan di Nakhon Si Tammarat. Cara orang Thailand menyebut masjid juga agak mencuit hati. Mat se yit!
Di MYANMAR, pelancong tidak boleh tidur di sebarangan tempat mahupun rumah orang tempatan. Hanya di hotel pelancong sahaja. Jika gagal untuk mematuhi peraturan ini dan anda ditangkap oleh polis, anda dan tuan rumah kedua-duanya akan dilokap. Muslim minoriti disini bermazhab Hanafi, jadi wanita tiada ruang untuk solat di masjid. Ada juga masjid untuk ahli anti-hadis sahaja di Yangon.
Bila melihat gambar mereka di hadapan bangunan kedutaan Malaysia di Yangon, teringat pula memori kesana menonton bolasepak pada 2016 lalu. Berkesempatan juga untuk berkunjung ke bangunan itu & beramah mesra dengan wakil kedutaan ketika itu. Buku Imbas Kembali pula hadir difikiran saya ketika mereka berada disini, dengan pengalaman penulisnya yang berbasikal merentasi Vietnam, Kemboja dan Thailand sebelum pulang ke Malaysia.
Di INDIA, banyak orangnya baik-baik. Walaupun hidup mereka serba daif di kampung masing-masing, namun masih cuba yang terbaik untuk meraikan tetamu. Juga bermazhab Hanafi, jadi wanita tiada ruang untuk solat di masjid. New Delhi dengan kepadatan melampaunya, dan dengan stesen kereta api besarnya. Kejadian mereka hampir ditipu untuk ke Taj Mahal, serta pentingnya ada passport atau nombor visa ketika menginap di hotel antara kisah yang banyak memberi panduan ketika kesana. Walaupun berbeza cara bergerak dan tempat tujuannya, namun buku Emak Rindu Mathanga Erissery tetap saya ingati ketika membaca bab ini. Mungkin kerana itu adalah buku travelog di India yang pertama saya baca 😊
NEPAL. Negara kedua menarik dari cerita mereka di dalam buku ini. Sudah tentu Banjaran Himalaya & Gunung Everestnya antara sebab utama. Peristiwa mereka perlu menyeberang tanah runtuh di cerun gunung ketika dalam perjalanan ke Kathmandu antara yang mencemaskan. Bukan rezeki mereka untuk melihat pemandangan puncak Gunung Everest. Namun rezeki lain yang timbul. Mereka dapat makan asam pedas & nasi lemak di rumah orang kedutaan setelah sekian lama. Sana juga Muslim minoritinya bermazhab Hanafi.
PAKISTAN. Tiada apa yang mampu diperkatakan. Paling menarik perhatian untuk turut saya kesana satu hari nanti. Pemandangan yang indah, orang yang baik-baik, yang sangat pemurah dan membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Cuma ayat 'anda tetamu kami' serta 'doakan Pakistan di hadapan Kaabah nanti' yang biasa mereka perkatakan. Terpana bukan?
Banyak tempat menarik yang dicadangkan penulis. Bila dilihat gambar-gambarnya di dalam buku memang sangat cantik, dan sangat memikat hati untuk dikunjungi. Deosai Park, Fairy Meadow, Kachura Lake, Hunza Valley, Karakoram highway, istiadat menukar bendera di Wagah Border dan banyak lagi. Sangat rindu untuk mengembara apabila melihat gambar-gambarnya.
Buku ini berakhir ketika mereka sudah memasuki sempadan China dari Khunjerab Pass, sempadan tertinggi di dunia.
Ilmu penting lain yang dapat saya teladani dari buku ini adalah cara bagaimana yang betul jika ingin menumpang di sebarang masjid di luar negara jika kita mengembara dengan pasangan berlainan jantina, bagaimana ingin mencari duit tambahan dengan poskad, serta perlunya untuk peka dengan sebarang simptom AMS (Acute Mountain Sickness) jika mendaki gunung atau ke kawasan tinggi.
Dari buku 1 (700 mukasurat) ke buku ke-2 (1000 mukasurat). Seperti menelaah 2 Kamus Dewan secara berturutan pula gayanya haha. Ayuh!
Foto-foto menarik yang disertakan mengiringi penulisan Ahmad dalam kembaranya dari Malaysia, menuju ke Mekah, menjadi antara daya penarik untuk meneruskan pembacaan buku ini.
Gaya penulisannya santai, aktif, sesekali lucu, membuatkan pembacaan lancar bagai perjalanan basikal menuruni bukit. Banyak fakta-fakta menarik dikongsikan.
Kembara mereka melalui Thailand, Myanmar, India dan Pakistan, penuh warna warni, kisah suka duka berselang-seli. Ia bukan buatan kerana ia dilalui sendiri oleh mereka.
Saya menjangkakan bahawa penulisan ini adalah berdasarkan catatan harian Ahmad sepanjang perjalanan secara 'live' menyebabkan berlaku banyak pengulangan fakta, yang tidak dikemaskan semasa proses penerbitan buku ini dibuat. Jika dikemaskan, mungkin buku ini akan kurang sedikit tebalnya.
Apa pun, saya sangat menikmati bacaan buku ini, dan dalam banyak masa, terasa sukar untuk berhenti membaca. Hanya kerana mengenangkan sudah lewat malam, atau ada tugasan lain yang perlu diutamakan, maka kenalah berhenti juga.
Sungguh pergantungan dan tawakal dalam keyakinan sepenuhnya kepada Ilahi itulah yang menjadi bekalan dalam kembara mereka.
Kembara seterusnya dalam Siri 2. Baru sampai China.
Bila saya baca komen di mana-mana, saya dapati kebanyakan pembaca membeli buku ini setelah mengikuti LIVE video Encik Ahmad dan Ustazah Adilla di mana-mana - Youtube dan Facebook. Mendengarkan kisahnya, membuat hati terpaut untuk mendapatkan naskahnya.
Lain kisahnya saya.
Saya tidak mengikuti malah tidak mengetahui langsung kisah pengembaraan Encik Ahmad dan Ustazah, walaupun pada tahun 2016 itu. Naifnya saya, malah menyesal. Sepanjang pembacaan saya dalam Jilid 1 ini, mereka sendiri, Kembara Memburu Hikmah dan #JiwaKembara ada updates ke dalam Facebook, malahan mereka ada memohon bantuan dan sumbangan dari orang ramai dan kenalan sebelum mereka memulakan kembara. Sungguh saya tidah tahu waktu itu! Sampai saya salahkan diri saya - Masa Tu Aku Kat Mana Ekk.....Aku Tengah Buat Apa? Kenapa Aku Tidak Tahu? Kalau tahu, saya teringin nak membuat sumbangan, sebab kembara yang mahu dibuat amat unik, dan menyentuh hati saya - kembara berbasikal ke Mekah, suami isteri, memburu hikmah, memburu kemanisan iman. Dan saya kagum, kerana kekuatan hati dan kekentalan jiwa mereka.
Terdorongnya saya nak membeli kerana lalu lalangnya Facebook advertisement Kembara Memburu Hikmah ini melintas di wall saya. Berkali-kali, lama kelamaan saya buat sedikit pencarian. Barulah saya tahu....Ya Allah,berbasikal dengan baju kurung! Saya naik basikal berseluar pun tak seimbang. (Boleh gelak ye, sebab saya memang tak reti naik basikal. Naik pandai, bila start kayuh akan jatuh ke tepi 😅😅😅)
Harga untuk kedua-dua jilid memang agak pricey. Tetapi percayalah, isi kandungannya akan pasti dpt menjentik jiwa dan hati pembaca. Saya habiskan Jilid 1 dalam masa 10 hari. Susah nak berhenti. Ianya merupakan kisah, penceritaan, semacam novel, berdasarkan perjalanan travelog yang bena-benar dilalui penulis. Setiap kisah, bab disertakan dengan gamba-gambar menarik - berwarna. Ye, setiap helai kertas adalah berwarna dan kertasnya berkualiti ye, seperti kertas majalah. Novelnya Jilid 1 dan Jilid II tebal-tebal, dan juga berat since kertasnya yang berkualiti.
Saya ringkaskan info perjalanan Ustazah Basikal di bawah ini (untuk kedua-dua Jilid 1 & 2):-
Encik Ahmad dan Ustazah Adila berkahwin pada Disember 2014 Melalui 14,000 km, merentasi 14 negara selama 15 bulan. Bermula 8 April 2016, flag off dari Masjid Negara, Kuala Lumpur Sampai ke destinasi Mekah pada 6 Julai 2017
Journey reading saya untuk Jilid 1 - start baca 8/9/2021, done 18/9/2021. 10 days of reading journey. Tentulah tidak sama dengan pasangan suami isteri yang melaluinya sendiri - merentasi 6 sempadan negara, dengan tawakal dan doa.
Ada orang pasti akan kata - Kerja Bodoh Susahkan Diri Berbasikal Dari Malaysia Nak Ke Mekah.
Tidak, bukan kerja bodoh, especially buat mereka yang nak mengejar nikmat kemanisan iman dan nak melihat sendiri bahawasanya Allah itu amat dekat, dan pertolonganNya pasti sampai asalkan kau tawakal dan percaya adanya Dia saat kat betul-betul perlukanNya.
Malah hidup kita sendiri suatu perjalanan. Nak sampai ke puncak dan melihat kecantikan alam, memerlukan kerja keras dan hati tabah meredah onak ranjau, hutan tebal dan liku-liku sepanjang jalan.
Satu aje nak cakap, Terima Kasih Kepada Encik Ahmad Dan Ustazah Adilla sebab hasilkan buku ini. Rasa nak menangis lepas baca bab demi bab.
Buku ni dah jadi buku kesayangan saya, oii susah nak bagi pinjam kat orang, takut nanti hilang! 😃😃😃
Menarik betol kisah kembara sepasang suami isteri ini dalam misi ke Mekah dari Malaysia.
Siri 1 ini memaparkan pengalaman mereka berbasikal dari Malaysia melintasi Thailand, Myanmar, India, Nepal, India lagi dan negara terakhir yang diceritakan, Pakistan.
Pakistan, cantik sungguh! Ada kawan ofis orang Pakistan, dia cakap Pakistan memang cantik, Kashmir tempat asal dia, cantik sangat katanya! Insyallah ada rezeki boleh ke sana.
Kagum dengan kesabaran yang dikurniakan oleh Allah kepada sepasang suami isteri ini..menjelajah 13 buah negara dengan basikal untuk menuju ke Mekah..segala dugaan, cabaran dan ujian berjaya ditempuh walaupun ada kalanya mereka hampir-hampir hilang sabar disebabkan tekanan yang datang menimpa sepanjang perjalanan..namun hikmah PALING BESAR adalah jangan sesekali meragui kehebatan dan kebesaran Allah dalam memberi rezeki kepada hambaNya.. dalam saat hambanya tiada apa-apa, akan berlaku keajaiban dan rezeki datang dari segala arah tanpa disangka-sangka.. kisah benar pasangan ini benar-benar memberi kesedaran bahawa sabar, usaha dan tawakal hanya kepada Allah itu adalah kunci kepada segala kejayaan dan kebahagian.
Seronok baca buku ni.. Walaupun agak tebal, namun ia tak membosankan. Pengalaman yang dilalui oleh kedua2 insan hebat ini penuh dengan adventure , sekali sekala diselangi kisah sedih merantau di negara orang dan nasihat yg berguna utk kita selami. Penulis juga menggunakan ayat2 lawak jd memang tak mengantuk. Boleh habiskan dlm beberapa hari saje. Recommended!! Tak sabar nak tunggu Siri 2.
Sebuah buku yang menceritakan pengembaraan yang penuh dengan cabaran. Saya kagum dengan Ustazah Adilah dan En. Ahmad.
Pengembaraan yang mereka lakukan ini perlukan kesabaran yang tinggi, juga tahap mental dan fizikal yang kuat.
Membaca kisah mereka, memberi bermacam-macam emosi. Excited bila mereka ingin mulakan perjalanan, seronok bila mereka berjumpa dengan ramai orang yang menyokong dan baik hati. Terharu dengan pengalaman-pengalaman yang mereka kongsikan. Ada juga pengalaman lucu seperti Ustazah Adilah kena kejut dengan lembu hehehe.
Mereka mengembara untuk mencari hikmah, melihat sendiri keadaan masyarakat di negara-negara yang mereka lalui. Dugaan sentiasa ada, dan paling tidak disangka pertolongan Allah tiba dalam bermacam cara.
Tebal buku siri 1 ini 700 m/s, tapi membacanya seperti tidak terasa. Sentiasa ingin tahu apa yang akan mereka temui. Sesungguhnya pengalaman yang mereka kongsikan amat berharga.
Kisah suami isteri, Ahmad dan Adila yang mengembara mengayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan muatan barang 100 kg dan berbekalkan RM1,900.
Sepanjang perjalanan mereka bertemu dan bersilaturahim dengan ramai orang. Rezeki Allah datang pelbagai cara yang tidak disangka-sangka. Dua perkara ini adalah perkara paling awesome dalam kembara mereka. Ini adalah magis dan intipati buku ini.
Backpacking naik basikal tidur di mana-mana yang sempat, mandi di tandas, makan apa yang ada, angkat turun naik basikal dari trak, bas, lori dan keretapi, cabaran solat sepanjang perjalanan, masuk hospital, berdepan dengan tanah runtuh, berdepan dengan polis dan tentera, etc memang sangat adventure.
Pengembaraan mereka digarap dengan santai dan mudah hendak faham.
Cuma sebagaimana pesanan penulis beberapa kali 'jangan google tempat ini sebab nanti hati tidak sabar hendak pergi ke sini' memang benar terutamanya bagi tempat-tempat di Pakistan. Sumpah cantik banget.
Buku Siri 1 ini bermula dari Malaysia - Thailand - Myanmar - India - Nepal - India - Pakistan.
Macam kena beli Buku Siri 2 merangkumi perjalanan dari China - Krygystan - Kazakhstan - Uzbekistan - Afganistan - Iran - UAE - Arab Saudi sebab walaupun gaya penulisan agak monotous tetapi pengalaman mereka berkembara memang menarik untuk dibaca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya suka cara penulisan Ahmad Isa. Saya tertarik untuk membaca buku ini apabila melihatnya di media sosial. Mula-mula terfikir untuk membelinha tetapi sangat sukar mendapatkannya di kedai buku biasa. Buku ini mudah dibeli di platform internet.
Kemudiannya saya mendapati buku ini boleh dipinjam di perpustakaan PPAs. Setelah 3 kali berulang alik ke PPAs, baru saya berjaya meminjam buku ini.
Alhamdulilah, ia agak berbaloi dibaca. Ia juga membantu saya mengingatkan saya sentiasa berserah kepada Allah. Mengingatkan saya untuk sedaya upaya cuba solat walau apa jua keadaan saya ketika itu. Tanpa sedar buku ini memotivasikan saya untuk sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang ada sekarang.
Cara penulisannya juga mudah untuk saya terima, santai, terdapat maklumat juga sedikit dakwah. Walaupun buku ini agak tebal, saya menyukainya. Sekarang saya sedang membaca buku kedua.
Super! Dengan hanya berbekalkan RM1900, menaiki basikal merentasi 13 buah negara selama 15 bulan menuju Makkah merupakan suatu misi yang hebat.
Di celah kembara pasangan ini mengadun indahnya ukhwah dengan warga tempatan. Mereka duta negara sebenarnya. Pengalaman suka duka, banyaknya sukar akibat perjalanan jarak jauh, masalah bahasa, kewangan, keselamatan, keletihan menjadi rencah yang sangat menarik.
Namun,siri 1 buku ini hanya mengenengahkan kembara melewati Malaya Thailand, Myanmar, India, Nepal dan Pakistan. Siri 2 nanti barangkali lebih menarik dengan ekspedisi menghampiri Makkah.
1st time aku nampak buku ni masa tu mak mertua aku yang tunjuk dia tengah baca buku ni. Dia kata tunggu dia abis baca dulu nanti baru bagi kat kami. Masa tu tak pernah dengar pasal pasangan suami isteri yang nak travel ke Mekah naik basikal ni. After few month kami balik umah mak lagi n tadaaaa...dia bagi dua² buku terus. Aku abiskan baca siri pertama dalam masa 16 hari. Penat membaca kadang² aku tengok youtube channel Ahmad Isa. Terinspirasi la baca pengalaman & tengok video dorang sebab aku n suami pon suka buat benda² macam ni.. Sekarang kena amik feel dulu untuk teruskan membaca siri ke2.
buku yang tersangat tebal, yang sebenarnya masih boleh dipendekkan. seakan penulis tidak menggunakan khidmat editor dan copy-writer. Begitu banyak kesalahan ejaan, contoh untie/auntie, sakit mata membaca.
Terasa pelik apabila membaca kisah yang sama ditulis dengan cara yang lebih menarik dan mengandungi pelbagai lagi details di Facebook/blog Kembara Memburu Hikmah, tapi dalam buku, jauh lebih membosankan dan agak berbeza. kenapa ya?
Best! Terasa seperti bersama dengan ahmad dan adilah dalam perjalanan. Terlalu banyak kisah2 yang menarik dan luar biasa terutamanya di Pakistan. Mmg best. Kuasa dan kekayaan Allah sememangnya mengatasi segalanya. Dia berhak memberikan apa saja pada waktu yang dia kehendaki. Sekaligus menambah perspektif baru berkaitan nilai tawakal yang sebenar. Tidak sabar untuk habiskan siri ke 2.
Perjalanan yang sangat menarik macam mana penulis boleh sampai ke Mekah dgn bajet hanya RM1000 lebih. Pelbagai peristiwa yang terjadi di sepanjang perjalanan, tapi kerana tekad untuk ke Mekah, mereka tetap teruskan. Jilid 1 ni hanya ceritakan sebahagian perjalanan & bersambung sebahagian lagi di jilid 2.
Good self reflection book with bunch of dry joke but funny. Both of them are matchmade in heaven crazy couple. Read till last page tengah sedih-sedih and found out that was the last page. Meroyan aku! Strongly suggest to have both jilid on hand then baru baca, kalau taknak meroyan macam aku. Travelog yang ter’fun’ so far.
Sebuah travelog perjalanan yang sangat menginspirasikan, sesekali mengkhayalkan, sesekali menginsafkan, ada ketikanya menyentakkan sehingga ada saatnya membuat diri termenung seketika. Sekali baca, susah nak berhenti. Cuma berat bukunya membuatkan buku ini sukar dibawa ke mana-mana untuk menyambung bacaan.
Novelog paling best saya pernah baca.Banyak informasi yg tak pernah tahu sebelum ini,diceritakan dengan santai dan ilmiah.Dah baca,confirm nak ulang balik.
Love the adventure and experiences written in it. I feel like escaping and travelling when I read the book. Good sense of humour make it more interesting.
Part awal2 buku ni aku bosan, sebab duk cerita perkenalan penulis dengan wife dia. Haha. Part kat Malaysia pun aku tak rasa best sangat. Dah start keluar Malaysia baru rasa sedap gak la. Tapi aku rasa paling terkesan time kat Pakistan. Banyak sangat pengajaran yang relatable dengan kehidupan aku. One of the things that i learn, banyak rezeki dan kebaikan yang kita dapat, asbab doa dari orang lain untuk kita.
Kembara memburu hikmah bertemu dengan apa yang dihajatkan. Hikmah berharga yang luar biasa, bukti kekuasaan, kemurahan dan bantuan Allah buat mereka yang bergantung harap sepenuhnya kepadaNya. Kembara yang hampir mustahil pada sangkaan manusia biasa, berjaya diharungi dengan jaya. La hawla wa la quwwata illa biLlah al-'Aliy al-'Azim.
Benarlah bahawa Allah menurut persangkaan hambaNya. Apabila niat yang baik untuk bersilaturrahim dan berjumpa dengan orang-orang baik sepanjang kembara, merekalah yang dihantar oleh Allah menghulur bantuan. Ditambah pula dengan amal kebajikan yang dilakukan di perjalanan, asbab membuka pintu rahmat dan rezeki dariNya dengan jalan yang tidak dijangka. Doa berpanjangan dari ibu bapa dan keluarga juga menemani dan menyelamatkan di saat sukar.
Kagum dengan semangat dan kekuatan mental pasangan penulis merealisasikan impian. Semoga menjadi inspirasi kepada semua pembaca untuk membulatkan tekad dan berusaha mencapai segala yang dicita.
Jilid 1 buku ini memuatkan pengalaman kembara di Malaysia - Thailand - Myanmar - India - Nepal - India - Pakistan dan permulaan di China. Luas perjalanan kaya pengalaman. Pembaca sedikit sebanyak dapat mengenali budaya dan budi rakyat di negara-negara tersebut. Juga sempat jatuh cinta pada keindahan lokasi-lokasi yang disinggahi penulis. Selepas membaca buku ini, Pakistan masuk dalam senarai impian tempat yang ingin saya lawati!
Terima kasih penulis kerana membawa saya mengelilingi dunia ketika jasad terkurung di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Tak sabar meneruskan perjalanan melalui jilid 2 pula!