Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sekali Lagi

Rate this book
Kisah Keajaiban dua jiwa yang melangkaui masa~

Pertemuan dengan Tokiwa Matsuri mengubah warna hidupku.
Namun dia hilang semasa musim panas dua tahun lepas.
Dia gadis pertama aku suka dan semua yang berlaku terlalu sukar untuk aku terima.

Pada hari lahirku yang ke-20, entah kenapa aku kembali ke musim bunga lalu. Sambil mencerna apa yang berlaku, aku jumpa Matsuri semula! Setiap hari aku jalani hidup berbeza dari sebelum ini, menikmati detik berdua dan luahkan perasaan padanya.

Tapi... segalanya terhenti di musim panas dan... Tokiwa Matsuri hilang sekali lagi! Apa yang terjadi? Mungkinkah ini semua rancangan Matsuri? Aku tak mahu kehilangan dia lagi!

244 pages, Paperback

First published July 29, 2017

2 people are currently reading
10 people want to read

About the author

Shiki Mizuchi

66 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (14%)
4 stars
1 (14%)
3 stars
5 (71%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 10, 2019
Novel ringan ini terlalu manis untukku, aku tak sangka aku akan baca novel cintan cintun remaja sekolah menengah jepun. Aku tersenyum-senyum baca, rasa malu pun ada. Kerna terlalu banyak babak romantis haha. Ku sangkakan tulen fantasi tapi romantik fantasi rupanya. Walaubagaimana pun, jalan ceritanya sangat menarik, kau boleh habiskan sekali jalan (kalau kau tak sibuk). Sebab kau nak tau sangat macam mana watak utama boleh merentasi masa, misteri terungkai sedikit demi sedikit (Tapi aku boleh teka sebab genre pengembaraan masa memang kegemaran aku, jadi boleh agak sikit dari awal putaran plotnya). Cuma kurang puas hati dengan kualiti terjemahan di 5-6 mukasurat terakhir. Seperti penterjemah kalut nak tamatkan kerjanya, tatabahasa jadi tunggang terbalik. Sepatutnya bab akhir la yang mutarjim kena fokus supaya dapat tamatkan dengan padu dan memuaskan!

p/s: Tak sesuai untuk bacaan kanak2 sekolah rendah & menengah rendah kerna terlalu banyak babak manis cinta monyet jepun yang langsung tak sesuai dengan budaya orang melayu hehe (siapa yang rajin baca manga shoujo tu faham2 la)
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
October 25, 2022
⏰Kisah mengenai lompat masa juga sebenarnya fantasi yang aku gemar. Bacaan ringan yang cukup aku puas dengan penamatnya. Berfantasi untuk mengubah hal lalu teruntuk masa depannya. Hanya di alam buku sahaja mampu tercapai😅

⏰ Kisah bermula pada latar masa 2017. Waktu terkini watak bernama Takaki berusia 20 Tahun. 2 tahun hidup terkenangkan pada gadis bernama Matsuri yang lenyap seolah gadis itu tidak wujud di dunia nyata. Seolah hanya dia yang percaya wujudnya sosok itu. Jika ianya delusi kenapa pengikat rambut milik Matsuri itu masih dalam genggamannya?

⏰ Bermula pengembaraannya melompat ke latar masa 2015 saat dia berusia 18 Tahun menjadi pelajar sekolah tinggi kembali. Dunia yang Matsuri masih lagi wujud. Demi merungkai misteri kehilangan Matsuri dan mahu ubah untuk tidak buat Matsuri hilang. Kerna dia tidak mahu kehilangan cinta hatinya lagi. Benarlah, jika diberi peluang ulang ke waktu dulu pasti kita tak sia-siakannya makanya Takaki nikmati perjumpaan semula itu semahunya.

⏰Seolah ada rahsia yang cuba dilindungkan. Seolah Matsuri juga tahu dia bakal hilang. Kerna beberapa kali Matsuri seolah lenyap dan sekelip mata kembali di depan mata. Soalnya sekarang mampukah Takaki ubah sejarah? Seperti yang dimahukan. Akhir buku, kita mengerti apa pembuka jalan untuk kejadian babak lompat masa itu terjadi.

⏰Penamatnya bukan hanya lompat masa ke 2015 tapi akan ada satu lagi zaman bakal dia pergi. Mengundur atau ke depan?😉 Di sini, aku puas dan tutup buku dengan penamat yang melegakan untuk fantasi itu menjadi 'realiti'.✌🏻
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.