Selepas kejadian Dato' Bakri cedera ditembak, pengawal peribadinya, Mikail jadi makin gelisah. Sudahlah kedai-kedai emas milik Dato' Bakri menjadi sasaran perompak, salah seorang rakan perniagaannya pula mati ditembak di tempat awam. Fikirnya ada seseorang yang mahu balas dendam pada Dato' Bakri. Sasaran seterusnya mungkin Lufya, anak tunggal Dato' Bakri yang cantik dan lincah itu. Gadis itu harus dilindungi dengan apa cara sekalipun. Si pembunuh upahan, Luth telah ditawarkan sejumlah wang untuk menembak mati Dato' Affandi, seorang usahawan terkemuka. Siapa yang mengupahnya, dia pun tak tahu. Boleh jadi Ikmal Hafiz, anak Dato' Affandi yang dipecat dari syarikat ayahnya sendiri kerana pecah amanah. Dia tak peduli semua itu, yang penting hasil kerjanya dibayar setimpal. Tugasan seterusnya adalah menculik anak gadis Dato' Bakri. Arahannya culik, tapi jangan bunuh. Bukan susah sangat kan?
Plot bagi buku ni aku rasa agak tak terkawal. Banyak sangat main dengan lompat masa. Tapi bila kau dah dapat tangkap plot by plot, kau akan "Ohhhh, dia tu.", "Laaaaaaa..". Kau juga akan dihidangkan dengan plot twist sana sini.
Sejujurnya, jalan cerita dia agak mengelirukan sebab dia banyak point of view (pov). Cepat bertukar masa dan lokasi. Satu page tu boleh jadi 2 pov yang berbeza sampai ada satu pov tu aku tersalah watak. Plot twist dia memang mantap. I didn't expect at all siapa sebenarnya dalang di sebalik semua kejadian dan penulis berjaya buat aku tertanya-tanya, apa kaitan semua watak tu.
storyline yg sangat santai tetapi agak perlahan di pertengahan sangat best bila dah nak masuk akhir penceritaan saya rate hanya 7/10 kerana saya peminat keras bagi buku yg bergenre survival seperti ini
Buku ni best! Walaupun ada banyak part yang mengelirukan + memeningkan. Pembaca akan tertanya-tanya, eh kenapa macam ni, kenapa macam tu. Tapi plot twist dia serius unexpected. Susunan plot pun bagi aku best, dan susah nak tulis plot macam buku ni. Congratz writer❤️
Dah dua kali baca. Still tak percaya plot twist dia cenggitu 😭. Best ngl, pov each character kinda good tho. dari bapa nya sampai la anak nya sampai anak kawannya sampai la staff nya..best"..worth it.
Very disappointing and frustrating. Jalan cerita yang memeningkan. Sekejap lompat sana sekejap lompat sini. First time rasa bosan baca Fixi. Im sorry. 1 star only.
1) I lowkey have kinda hard time figuring the timeline
2) I also have to point out that reading this book could be confusing — like you gotta think more.
3) There are *some* awkward, draggy and meh writing for me idk - quite turnoff
but on the side note, the plot twist got me like Damn??! Whatt?!!
Beside giving 3stars overall, I would love to add extra one plus point (0.5 star) to the unexpected plot twist. Overall, this book seems to have a simple cool story with a very creative yet confusing way of storytelling— and i somehow felt ok with it. Good job author! Keep on improving. This book is not that good but not that bad. 😁👍🏻
P/s: i like how this book have no (or less i forget) adult content
So my friend bought this book for me jadi nak taknak saya kena habiskan. Its the worst Buku Fixi book I read storyline berterabur, banyak sangat POV and ending dia akan buat korang macam "oh itu je ke".
Buku ini memeningkan ya. Too many pov. Dan timeline agak serabut. Jump sana, jump sini. Tapi aku faham je dan dapat teka siapakah 'aku' untuk tiap pov aku tu. Ending Lufya disoal oleh Inspektor Ziqri agak tergantung.
And the plot twist?! Oh damn! Plot twist after plot twist! Lufya ni memang boleh dikatakan queen of fake ye. Pandai berlakon! Dan itu yang menyebabkan aku bagi 3⭐️ instead of 2⭐️.
Tapi sejujurnya, buku ni agak boring. Macam tengah baca buku teks. Mungkin sebab penulisan yang terlalu detail atau penceritaan yang agak bosan. Baca buku ni pun sebab nak hilangkan reading slump sebab buku ni pendek.
This entire review has been hidden because of spoilers.