Buku tentang kolestrol ini adalah dalam bentuk soal jawab yang membincangkan tentang pelbagai masalah kolestrol seperti maksud kolestrol, kebaikan dan keburukan, cara mengatasi masalah kolestrol berlebihan serta cara menghindari penyakit-penyakit yang timbul akibat dari masalah kolestrol. Selain itu, terdapat banyak lagi isu menarik berkaitan kehidupan kita seharian yang turut dikupas di dalam buku ini.
Mengenali kolestrol membolehkan kita mengetahui tahap kesihatan kita serta membantu menanganinya. Semoga buku ini bermanfaat kepada anda.