Diva Izara bagaikan terkena sumpahan. Dirinya tidak boleh menipu. Andai dia menipu, pasti semput akan menghukum dirinya. Namun, dalam jutaan orang yang Diva Izara temui, Irfan jejaka yang egonya tinggi melangit itu bagai dikecualikan daripada ‘sumpahan’ itu.
“Sebelum nak suruh orang beradab. Cermin sikit diri tu! Awak ingat, awak tu beradab sangat ke main terjah aje tandas perempuan?” - Diva
Pertemuan pertama mendesak Diva Izara memfitnah Irfan. Irfan dikatakan hendak mencabul kehormatannya! Padahnya, Diva terpaksa bersetuju untuk menjadi kuli Irfan selama empat bulan.
“Woi! Kau ingat aku ni tak ada agama ke? Cuba kau tengok diri kau tu. Kalau pakai baju semedang berlabuci. Kalau sikit tak apa. Kau tu bukannya taste aku! Aku tak minatlah minah ‘sarat’ macam kau.” - Irfan
Diva Izara yang digelar ‘minah sarat’ dan Irfan yang memegang takhta ‘mamat mental’ cuba menyakiti antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi bila Irfan sedar yang Diva Izara menaruh hati pada abang sepupunya, Doktor Sufian.
Dalam diam ada rasa indah di hati Diva buat Irfan. Diva mulai keliru. Seandainya Diva menerima Irfan, mampukah percintaan itu bertahan sedangkan Irfan masih cuba menjejaki ‘insan’ itu. Insan yang telah menghilangkan diri 19 tahun lamanya!
Best! Satu cerita yang unik. Boleh pulak semput bila menipu? Cerita tentang Diva yang 'sarat' tapi berjiwa lembut. Irfan yang baran tapi emotional. Fiza yang cepat melenting tapi protective. Dr Suffian yang romantik dan baik hati. Cerita Mak Enab dan Datin Salmah juga menarik. Semuanya baik dan bersangkut-paut. Tak boleh benci sesiapa except Ikram. Good work! Terimakasih.
Ok, mula2 I nak minta maaflah kat penulis ni sbb I mmg tak pernah baca novel penulis ni sebelum ni. So mcm ada double standard sikit lah. Maklumlah... gawat2 ni nak beli buku pun hati2. Takut hampa. Hahahah.... Tapi bila I tengok penulis ni keep prompt Novel Miss Diva Semput ni, siap up Status best seller, terlaris, terhangit... hihihi. So I pun beli jugak lah. Nasib ada diskaun waktu tu. Beli, belek2 Lepas tu I buka Page last sekali. So surprise coz penulis ni rupa2nya pakai purdah. So masa tu bijik mata ni dah terbuka sikit lah. Otak pikir mana ada penulis cenggini hasilkan karya yg macam ni. Tajuk gila2. Aku Uolls faham kan apa yg I maksudkan. So I terus buka and baca. Start dari page first mmg dah best. Prolog dia tu mmg dah kita dpt agak spesis apa Diva tu. Ko tipu ko Semput. So I keep baca dan jujur I cakap yg I menyesal sbb double standard dengan penulis ni. Mmg luaran Cover kita nampak mcm gila2 mcm tukan tapi a lot of things happened. Emosi uolls akan Turun naik apa Tag lagi bila uolls tahu siapa sebenarnya Fiza iaitu bff Diva kepada Irfan. Bab Fiza dan Irfan tulah akhirnya aku angkat bendera putih. Belum lagi part budak kecil tu kena seludup masuk dr Indonesia ke Malaysia. Mmg penulis ni buat research habis. Mmg writer with brain lah I cakap. Kekuatan novel ni mmg pada Plot dia. Plot twist dia uolls mmg tak dapat nak agak. Kalau ada 10 stars I bg 10 stars. Tahniah writer and sorry coz I double standard with u. Lepas ni I nak cari karya2 lain writer ni and of course this book will be 1 of my favourite book ♥️
Gila!!! Mmg giler writer ni. X tau mn dia dpt idea. Well kat last page writer ada tls mn dia dpt idea. Mn dh bli taulah. Honest first aku bc x lh stop. Plg tip top plot dia!!! Dh mcm bc buku thriller pun ada. Mmg lain dr lain. Sapa nk bc buku yg totally different from other aku suggest buku ni wei. Congrats writer!!!
Jarang saya jumpa sebuah novel komedi romantik Melayu yang begitu kreatif dan segar seperti Miss Diva Semput. Dari muka surat pertama, kisah Izara atau lebih dikenali sebagai Diva ini sudah membuat saya ketawa. Konsep sumpahan yang dialaminya , setiap kali menipu dia akan semput bukan sahaja unik, malah memberi warna berbeza kepada jalan cerita. Ia membuatkan watak Diva kelihatan comel, jujur tanpa pilihan, dan sangat mudah disukai.
Pertemuan Diva dengan Irfan pula bermula dengan penuh salah faham. Babak di stesen minyak ketika Diva menuduh Irfan mencabul memang lucu, malah jadi permulaan kepada hubungan penuh konflik antara mereka. Diva terpaksa bekerja sebagai kuli kepada Irfan selama empat bulan, dan dari situlah lahir banyak adegan yang bikin saya ketawa, marah, dan tersenyum sendiri. Ego Irfan yang tinggi kadangkala membuat pembaca geram, tetapi pada masa sama ada sisi lembut yang menjadikan wataknya menarik.
Kehadiran Dr. Sufian, abang sepupu Diva, pula menambahkan lagi dilema hati. Sekilas pandang, seolah-olah muncul cinta tiga segi, namun penulis pandai menjaga keseimbangan emosi setiap watak. Lebih menarik, terdapat misteri tentang seorang insan yang hilang selama 19 tahun, menjadikan kisah ini bukan sekadar komedi cinta biasa tetapi ada lapisan emosi yang lebih dalam.
Gaya penulisan Eija Khadeeja ringan, penuh dialog bersahaja, dan sangat dekat dengan kehidupan harian. Novel ini tebal hampir 500 halaman, namun saya tidak terasa bosan kerana plotnya padat dan menghiburkan. Walaupun ada bahagian yang sedikit berulang, kekuatan humor dan plot twist yang sukar dijangka membuatkan saya terus setia hingga ke helaian terakhir.
Secara keseluruhan, Miss Diva Semput adalah naskhah yang menghiburkan, romantis, dan penuh kejutan. Bagi penggemar novel cinta yang santai tetapi masih punya mesej, karya ini pasti memuaskan hati.
Kalau pernah tengok cerita Pinacchio, ni versi Melayu punya. Diva yang tak boleh nak menipu langsung, kalau tak semput yang datang. Baru tipu sunat sikit, konfem sedut gas! Fiza pulak dah jadi macam rescue team😂 siap bagi inhaler kalau Diva ni tertipu.
Karakter Diva agak lembut & tak tegas. Memang mudah kena pijak. Macam mana pekerja nak hormat kalau boss sendiri tak tegas. Nasib baik lah ada Fiza yang tukang ‘ajar’.
Irfan pulak jenis ego,keras kepala & tak reti sangat nak tunjuk perasaan. Macam tipikal hero lain. Walaupun dia kasar tapi dia ‘caring’ dekat Diva, cuma tak reti nak tunjuk dengan cara lembut. Itu yang Diva selalu annoying tu. Kita suka bila dia tegas , nampak macam budak-budak sikit tapi dia tahu apa yang dia buat dan benda tu betul.
Plot dia agak slow, lama jugak nak tengok pasangan ni jatuh cinta. Kita lagi suka kalau ada character development untuk Diva & Irfan. Ada tapi macam agak rushing kat hujung bab.
Btw kisah ni ringan & lain dari yang lain. Takde lagi rasanya pasal ‘pinocchio’ dalam novel melayu.
Selain watak utama, kita lebih suka dekat kisah hidup & karakter Fiza. Karakter Fiza ni lagi menyerlah. Kisah dia pun kalau ada spin off memang kita baca. Kita nak tahu detail lagi kisah Fiza dengan Irfan.
Konsep yang menarik di mana Diva akan semput bila dia menipu. Saya macam perlukan penjelasan kenapa parents dia bagi nama dia Diva. Cubaan untuk cerita enemies to lovers. Tapi premise enemies dia tu macam tak kena. What do you mean "kalau kau tak jadi kuli aku 4 bulan, siap kau". 1. kenapa spesifik sangat 4 bulan. 2. Kalau tak buat, apa jadi? CEO umur 25 tahun. Wow. Owner butik clientele datin-datin umur 25 tahun, juga wow. (Mungkin kerana itulah premise di atas boleh lepas, sebab dua-dua baru nak tumbuh frontal cortex). Foreshadowing cerita sebelah agak awal dalam buku. Tapi ditimbal semula dengan konteks lain untuk mengelirukan pembaca. Saya suka. Tapi masih boleh dijangka. Sebenarnya cerita dia ni pendek je. Tapi dah semua watak berdalih-dalih, panjang la jadinya. Mungkin kita dah boleh moveon daripada cerita "saya kejam dekat dia, sebab saya sukakan dia. Dia tak tahu apa yang saya korbankan di belakang tabir".
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jadi semput jika menipu. Itulah nasib Cik Diva setiap kali menipu.
Kisah bertemakan persahabatan dan juga kekeluargaan. Diva si pemilik butik tersepit antara 2 jejaka. Dalam masa yang sama, terpaksa berdepan dengan tuan rumah yang asyik memberi tekanan dengan kenaikan sewa. Pekerjanya pula asyik ponteng kerja. Manakala sahabatnya, Fiza merungkai rahsia diri yang tersimpan rapi selama 19 tahun.
Kisah yang cukup rencah, suka-duka, lucu dan misteri.