๐๐ข๐ฌ๐๐ก cinta tak kesampaian Ehsan bermula di Las Vegas. Hannah telah meninggalkan satu tekad dalam jiwa lelakinya sehingga membentuk kerjaya dan perniagaannya sekarang.โฃ โฃ โ๐โ๐ฎ ๐ช๐ฏ๐ต๐ฐ ๐ข ๐ฎ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐ข ๐จ๐ถ๐ฏ, ๐ฏ๐ฐ๐ต ๐ข ๐ฎ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฉ๐ฐ๐ฐ๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐ข ๐จ๐ถ๐ฏ.โ - Hannah Scottโฃ โฃ Tujuh tahun lamanya Ehsan terpisah dengan Hannah tanpa sebarang berita. Selama itu juga, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Namun, agenda Tan Sri Abdul Hadi ingin memperkenalkan anak gadisnya menimbulkan tanda tanya. Sejak itu, hatinya mula goyah.โฃ โฃ Mengenali Hana Raisa Abdul Hadi umpama ๐ฅ๐ฆ๐ซ๐ข ๐ท๐ถ. Hana Raisa mengingatkan Ehsan tentang Hannah Scott. Wajah mereka hampir seiras walaupun perwatakan mungkin berbeza.โฃ โฃ Walaupun sikap Hana Raisa agak โAmerikanoโ di mata Ehsan, dia tetap berasa selesa tiap kali berada di samping gadis itu. Seakan serasi bergandingan bersama.โฃ โฃ ๐๐ฆ๐ข๐ณ ๐๐ข๐ฏ๐ฏ๐ข๐ฉ,โฃ ๐โ๐ฎ ๐ด๐ฐ๐ณ๐ณ๐บ ๐ต๐ฉ๐ข๐ต ๐ ๐ง๐ช๐ฏ๐ข๐ญ๐ญ๐บ ๐ฉ๐ข๐ท๐ฆ ๐ต๐ฐ ๐ญ๐ฆ๐ต ๐บ๐ฐ๐ถ ๐จ๐ฐ.โฃ ๐๐ฆ๐ญ๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ฏ๐ข ๐๐ข๐ช๐ด๐ข, ๐๐ฉ๐ฐ ๐ ๐ธ๐ช๐ญ๐ญ ๐ด๐ต๐ข๐ณ๐ต ๐ข ๐ฏ๐ฆ๐ธ ๐ญ๐ช๐ง๐ฆ ๐ธ๐ช๐ต๐ฉ. - Ehsanโฃ โฃ Saat Ehsan mula memilih Hana, Hana pula sukar memberi kata dua. Pendirian Ehsan buat dia sedar, Daniel lebih baik untuknya.โฃ โฃ โ๐ ๐ฐ๐ถ ๐ข๐ด ๐ข๐ฏ ๐๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ช๐ค๐ข๐ฏ ๐จ๐ช๐ณ๐ญ. You tak tahu ke zaman sekarang orang dah tak ๐ฅ๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐จ lagi. ๐๐ฉ๐ฆ๐บ ๐ฎ๐ฆ๐ฆ๐ต, ๐ต๐ข๐ญ๐ฌ, ๐ค๐ข๐ต๐ค๐ฉ ๐ง๐ฆ๐ฆ๐ญ๐ช๐ฏ๐จ๐ด, ๐ฉ๐ข๐ท๐ฆ ๐ข ๐จ๐ฐ๐ฐ๐ฅ ๐ต๐ฉ๐ช๐ฏ๐จ ๐จ๐ฐ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ฏ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ข ๐ญ๐ช๐ต๐ต๐ญ๐ฆ ๐ฃ๐ช๐ต ๐ต๐ฉ๐ฆ๐ฏ ๐ฆ๐ฏ๐ฅ ๐ถ๐ฑ ๐ฆ๐ช๐ต๐ฉ๐ฆ๐ณ ๐ช๐จ๐ฏ๐ฐ๐ณ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ณ ๐ฎ๐ข๐ณ๐ณ๐บ๐ช๐ฏ๐จ.โ - Ehsanโฃ โฃ โHahaโฆ ๐ฏ๐ฐ๐ต ๐ง๐ถ๐ฏ๐ฏ๐บ ๐ฃ๐ถ๐ต ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ญ, memang cinta tak penting bagi you?โ โ Hana Raisa
okay, actually bila baca awal-awal lagi aku tak boleh nak go sebab banyak sangat cerita pasal guns. Tapi seiring dengan pergerakan cerita aku dah boleh masuk even adalah pening sikit sebab fast paced pastu berselang-seli dengan throwback. Tapi tak tipu memang besttttt!
Dear TETAA, hello, where are you? Shopee? lazada? zalora? Gentleman, know how to handle a situation (cara dia pujuk Hana omgeeee ahh sudahlahhh) plusss matured betul!!
Dear Hana, yes, you memang badass! I love smart, mature, independent, intelligent, empowered women!! I lovee youu.
Dan bak kata TETAA kepada Hana, โYou either want something or you donโt. I want you because I love you. It is always you. I donโt have to choose. It is always you, Hana.โ
If you ask me for a book I would sell my soul to read it again for the first time, THIS IS THE BOOK! I repeat, THIS IS THE BOOK!
Tengku Ehsan aka TETAA really rise my standard up! Like hello! Take lah all my money, my soul, my everything lah and please send me a man like him. A gentleman, a realistic character and of course a handsome man that we cannot find in the real world. Sumpah renyih tak sudah dengan Ehsan ni, sangatlah memahami isteri, a very encourangable husband and very sexy with his fashion taste โ*: .๏ฝก. o(โงโฝโฆ)o .๏ฝก.:*โ Kalau semua yang baik-baik tu bagi dekat dialah, the greenest walking flag ever.
Belum campur lagi dengan sikap heroin, match made in heaven teruk! Yale alumni, a part-time lecturer and a very classy woman. Rasanya wisdom and bravery tu prinsip hidup seorang Hana Raisa. Kalau masuk sorting house Hogwarts memang confirm Gryffindor lah. Campak ke mana pun boleh hidup, love teruk with her lah! I aspire to be as wiser as her, mentally and physically. Giving her a very much tight hug sampai semput rasa nafas.
Lepastu bila a very independent woman met a traditional man, make me smile sampai hujung dunia.
Ehsan layan Hana dengan penuh kasih sayang walau mulanya niat kahwin sebab 'marriage inconvenience'. Did I mention the marriage inconvenience? yes *cough*. He's very soft lah, aduhhh saya pun turut terasa kelembutan dan cinta tak berbelah bahagi seorang Ehsan pada Hana. Dengan Hana yang serba nakal tu, both of them ada aura tersendiri.
Okay, stop simping Ehsan dan Hana (I can't sebab yang buat saya stay baca buku ni is because of them)
Kita beralih pada plot cerita ni, boleh untuk saya katakan kemas dan gaya Rin Ahmad memang takkan lari cerita pasal hobi orang kaya dan dunia konglomerat. Konflik dalam dunia korporat sangatlah ditekankan. Saya sebagai rakyat marhean memang ternganga sebab banyak istilah yang kurang faham disebabkan jargon yang digunakan. Ini saya nak tekankan pada penerbit khususnya editor boleh tak tambah nota kaki untuk bagitahu makna-makna istilah yang hanya sesetengah pakar sahaja yang tahu. Mujurlah ada perkataan berkaitan kejuruteraan yang saya faham, takdelah rasa otak tertinggal.
Flash back harus ada untuk lepaskan satu-satu plot twist dalam penulisan Rin Ahmad. Tapi segalanya tidak terasa ralat, I really love it. Fokus penuh kepada konflik hubungan anak dan ayah, suami dan isteri serta kakak dan juga adik segalanya tersusun rapi. Siapa Hannah, siapa Hana dan apa yang jadi pada Ehsan sehingga menjadikan dia yang sekarang benar-benar memberi pengajaran pada diri sendiri.
SENANG CAKAP I SUKA SEMUA LAH!
Please guys, I could not find someone who is more suited to portray Ehsan other than Henry Cavill, ke-handsome-an Ehsan sangatlah sesuai dengan Henry Cavill.
While reading this book, I cannot unheard song by Taylor Swift - The Great War. The song = the story between Ehsan dan Hana.
"One who has a heart of love has blessings and who can eliminate worry has wisdom. You are both my dear husband."
And everytime I read your books my dear author, saya selalu rasa sama ada you are born lucky or you banyak sangat membaca sebab you ada every detail dalam sesuatu kerjaya.
Satu lagi novel yg membawa kita ke business yg berbeza selain Love Lila. Banyak informasi. Ya saya suka tentang gun specification, testing and manufacture. Touch on MINDEF, STEM, Yale-NUS dan Purdue University. Lagi satu saya pun belum berkesempatan nak pergi Jewel @ Changi, Circuit Breaker lah pulak walhal dah plan dah. Terima kasih sebab beri gambaran tempat tersebut. Buat masa sekarang, berangan bolehlah.
It takes a lot for me to actually like TETAA. Saya lebih suka Daniel. TETAA boleh protect Hana from others but he cant protect her from himself. Bukan dia tak baik eh. Dia sebenarnya a real gentleman. Dia bijak dan baik hati tapi bab Hannah dia tewas. Tewas akan perasaan yg belum ada penghujung (closure) dan lebih pada rasa bersalah. Jika masa boleh di undur dia sanggup korbankan segalanya demi melihat Hannah sembuh dan normal.
Sayangkan dah kahwin. Tak perlu kut buat begitu. Bukan bermakna dia tak cintakan isterinya.
Bukan juga jenis yg meminta maaf bila tahu dia melukakan hati isteri dia. In fact, he demanded subtly seeking for her understanding to all his lies and empathy to Hannah, pekerjaan and whatever Hana disliked. Especially bab Hannah!!
Bagi TETAA, kalau beritahu Hana tentang Hannah sekarang atau kemudian tetap sakit hati nya sama. So whats the difference tetap sakit hati. Dont assume lah TETAA. Adakah patut setelah everything that happens dia tanya isteri dia, so u want to hear an apology? He never did apologised and wont do it. He laid his reasons but not really that justifiable. To him Hannah was history and Hana is his belove wife. So itu yg harus Hana pegang. Mudahkan fikiran begini.
Bab jaga batas dangan Hana mudah saja sebelum nikah tapi bab Hannah dia melanggar segala prinsip. Worse a married man at that. Keliru dan inginkan closure, serba salah akan nasib yg menimpa Hannah which saya rasa tak perlu sebab bukan salah dia dan Hannah ada abah dan adik lelakinya untuk menjaga dia. Sayangnya, mereka pun tak berusaha pulihkan dia. Just left her with bibik. So to me his help is unwarranted without his wife knowledge.
Hahaha..saya buat TETAA ni mcm less of a man gitu but dia sebenarnya terlalu honorable. Dia tak minta maaf dengan kata2, tapi dia pujuk isteri dia dengan action. But maaf!! Saya tak mudah cair mcm Hana. Hana nampak tegas tapi hati lembut dan amat memahami. Itu yg bagi saya suaminya serta bapanya mengambil kesempatan dalam kesulitan.
Dalam banyak2 saya paling tak suka Tan Sri Hadi. Because dia sangatlah selfish. Melakukan sesuatu demi kepentingan diri sendiri. And saya tak berapa suka dengan sikap ibu Hana sebab rasanya dia kurang tegas dengan bapa Hana. Dan why is Sofi still pegang gelaran Datin Sri? They were not divorced agaknya tapi ditinggalkan.
Ya, jadi walaupun nasib Hannah ni malang tapi bagi saya Hana lebih malang. The only difference, Hana lebih cekal. Whereas Hannah relies on people to motivate her life especially TETAA. Maybe sebab trauma and being abused.
Sebenarnya, takdelah in depth sangat author nukilkan kisah Hannah. Tapi seringkas gitu pun kita dah boleh gambarkan situasi yg both Hana and Hannah hadapi.
Hannah (Hey-nah) "Im into a man making a gun, not a man shooting a gun."
This is what buat TETAA jatuh cinta dulu on top of her vibrant personality dan mereka mengenali minat masing2.
Hana "I hate a man making a gun with all my heart."
Ketika keadaan sedang getir dan nyawa di ancam, ayat penyata dari saingan business, "Guns dont kill people, women do."
Hana, "No, people who likes gun kill people."
Based on atas, Hana mmg kesian. Dia tak tahu apa2 tentang suaminya even minat suaminya pertaining to guns but TETAA tak suka bila si isteri bekerja dalam bidang manufacturing senjata yg di monopoli lelaki. So contradictory kan?
Tak boleh tidur malam TETAA memikirkannya. Disebabkan minat Hannah dengan lelaki yg boleh buat senjata mendorong TETAA berdiri dibelakang Hana sekarang. Hannah again.
Yg best tentang novel ni tentulah tentang pekerjaan Hana. Alahai..rasa macam nak jadi bijak dan cool macam Hana juga. Cuma dia takde seni mempertahankan diri je. A crack shot. Yg buat saya forged on bila baca novel ni ialah Hana. Alone but not lonely while at the same time lonely but not alone. 2 situasi yg di hadapkan pada Hana. Walaupun di sakiti tetap tabah tanpa berkelakuan biadap terhadap suami except bapanya.
______*****_______
These snippets from TETAA dialogs and monolgues, buat saya rasa susah nak menerima TETAA.
(1) Monolgue 'Hana, adik u sdg sakit. Boleh tak kita jaga dia? Kita tengok dia sama2? I sayang u dan itu tak mengubah hakikat u isteri I. Hannah sebagai bekas kekasih hanyalah cebisan memori.'
Mampukah Hana menerimanya dengan fikiran yg lapang? Dari awal perkenalan lagi, dia boleh tersalah teka Hana sebagai Hannah. Semalam dia tercari2 persamaan fizikal Hana dan Hannah. Sikit sangat persamaan dan dia rasa dulu dia tersalah teka. Kerana rasa bersalah, dia akhirnya melepaskan cintanya terhadap Hannah pergi.
Dia nak sangat berterus terang. But for now dia ambil prinsip 'lying for good cause'.
(2) Hana jarang call suaminya diwaktu tugas tapi sejak suaminya tahu keadaan Hannah, this is how she is being treated waktu tugas yg tak membincangkan hal kerja dengan sahabatnya selain Hannah :
"I call u back baby, and please stop calling me if nothing urgent came up."
(3) After waiting for an apology which tak pernah kunjung tiba, semasa TETAA dtg memujuk :
Hana : You boleh pilih I atau dia. You lebih tahu hati u sayangkan siapa, cintakan siapa.
TETAA : I boleh pilih tapi u tak boleh pilih. She will forever be...
Eh masalah betul jawapan TETAA ni. She needed time tau. But he seems to force her hand.
(4) Hana to TETAA : Dia dah tahu u dah kahwin?
Jawapan TETAA : Dia tahu u kakak dia?
Eh apa punya jawapan lah.
But b4 these mmg finally, TETAA explained. Itupun sebab Hana dah menghilangkan diri. Cakap ke mana, perginya kemana. Selamatlah dia dah pasang GPS kat jam tangan isteri. Kalau tidak tunggu lah hingga Hana rasa nak balik agaknya.
Hehehe..banyak lagi scene but I think inilah scene2 yg menyakitkan hati. Ada salvation tau. Itupun sebab dia risaukan isteri dia. Msg tak dilayan. Hahaha.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Rin Ahmad kembali lagi dengan novel Miss Amerikano. Sebuah novel yang tipis saja tetapi padat dengan ilmu tentang pembuatan senjata dan aplikasinya dalam ketenteraan Malaysia. Rin Ahmad tidak terlepas dalam memberikan ilmu kepada pembaca.
Kisah pertemuan Hana/Hannah dan Ehsan membawa kepada perjalanan cerita cinta yang ada manisnya, pahitnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi pabila rahsia yang tersimpan kemas itu terbongkar tanpa dipinta.
Totalnya, novel Miss Amerikano ini sebuah novel yang cukup rencah sama seperti novel penulis yang telah diterbitkan sebelum ini. Tahniah buat Rin Ahmad!
The best possible way to describe a gentle, caring husband ๐
Watak hero heroin matang. Walaupun ada lah sikit masalah dalam ni. Tapi sifat kematangan mereka membuatkan buku ni sedap dibaca.
TETTA ni ada syarikat untuk mencipta senjata api sendiri. Cerita pasal tender, politik dsbnya. Hana Raisa pula pensyarah, assistant dan pakar dalam bidang senjata api. Hana akan jelajah pergi balik Singapura-Malaysia-Vegas-Republik Czech.
Suami isteri pakar dalam bidang senjata api tapi mereka tak kongsi cerita hal kerja masing-masing. Macam Mr & Mrs Smith pulak haha
Watak paling dibenci dalam cerita ni adalah bapa si Hana. Macam-macam Tan Sri buat untuk menjatuhkan anaknya sendiri. Ugut, stalk dengan camera, buat video ugutan kalau kehendak dia tak dipenuhi. Menyirap lah baca ๐ค๐คฌ
Walaupun buku ni nampak nipis tapi cukup rencah dan imaginasi aku berkembang dengan setiap 'detail' penceritaan. Date di Marina Bay, bunga orkid, man cave, bau kesukaan Ehsan, pakaian ringkas Hana, Ehsan tak pandai berbasikal hahaha dan banyak lagi.
All because TETAA and his badass. They complete each other ๐
Pemikiran Ehsan jauh ke depan. Dia tahu apa yang dia buat. Dia tahu akibatnya. But still dia calm giler bila kantoi dengan Hana.
And Hana bukan jenis perempuan yang melenting. Cara Hana handle memang Hana ni jenis independent and strong. Kena tipu pun dia relax. Hana tahu plan ayahnya still Hana tetap relax. Characters Hana memang cool! Sesuai la dengan Ehsan.
Karya terbaru RA. Lamanya x pegang naskah RA. Kali terakhir Bimbo. Mai gaddd... lama sangat tu.. tapi jgn risau.. koleksi RA mamang complete. Cuma belum sentuh aje lagi. Ni karya ke3 RA dengan Alaf 21. hemmm.. i'm not sure kenapa RA bertukar penerbitan. Nampak sgt tertinggal kereta apinya saya. Tapi .. ini membuktikan, walau di mana kamu berada ai is tetap membeli karya anda..ah githuuuuu...
Okey.. Miss Amerikano ni.. masih mengekalkan identiti RA. Kenapa ML cakap macam tu. KL-JB- Singapore, overseas dan flash back. setakat yang ML baca karya RA, USD, ARLUNA, GET, BIMBO ... ada semua tu cuma berlainan tempatlah. cuma KL-SINGAPORE, JB memang ada dalam UAS, Arluna... yang lain-lain.. ingatยฒ lupa lah pulak.
Naskah kali ini, ML rasa berlainan sedikit level dia. Main-main dengan pembuatan senjata yang sedikit tak kena dengan minat ML yang hala-hala gadis melayu terakhir ni... muhahhahaha. i'm not on this level. maklumlah.. ai is dah peringkat mak-mak yang dah nak senja. babยฒ pembuatan senjata api ni dah tak menarik minat ML dah.dah rasa compleks sgt dah.. sampai bab tu terus blur.... aura nenek kebayan pun muncul dan bertanya, apo ko citer ni nak??? Tapi ML sokong sangat pasal tangan-tangan ghaib yang ada kat dunia ni... rasa macam nak tepuk tangan tak nak berhenti sampai sebulan pasal statement tu.
" Life is hard in different ways and we just need to be happy with so little."
Sejujurnya, bila aku dapat parcel dan tengok fizikal Miss Amerikano ni, aku sedikit kecewa? Sebab, ketebalannya sedikit nipis dari novel-novel Rin Ahmad yang lepas.Tapi. Bila dah selesai baca semalaman, kecewa itu digantikan dengan perasaan yang sukar dimengertikan. Lebih kepada wow, mind-blowing! Kalau pernah baca Love Lila, Juhd dan team yang memanipulasi teknologi, Juhd dan vCJD, aku rasa korang akan suka Miss Amerikano. Aku boleh katakan, Level up! Boleh dikatakan, dalam banyak koleksi Rin Ahmad yang aku ada, Miss Amerikano ni a bit complicated tapi dah menjuarai carta ehe Tidak dapat menolak sekali lagi naskhah Rin Ahmad tidak mengecewakan!
Kulit buku saja sudah menterjemahkan secara tidak langsung sisi-sisi watak utama yang ingin ditonjolkan. Ceritanya tidak straight forward, dan kali ini Rin Ahmad mengajak pembaca untuk lebih kritis sepanjang menghayati konflik antara Hana dan TETTA.
You either want something or you don't You either love someone or you don't
Aku suka dengan dominan dan firmnya TETTA untuk setiap keputusan yang dia buat, dan aku suka dengan keberanian, optimistik dan fleksibelnya Hana Raisa dalam memastikan apa yang dia mahu dia akan dapat, kedua-duanya tahu apa yang mereka perlu buat untuk saling melengkapi. Aku suka dengan garapan dan olahan penulis terhadap perkembangan watak dan juga dialognya- perkembangan watak-watak lain, Hannah & Tan Sri Abdul Hadi. Pada aku watak Tan Sri Abdul Hadi juga memainkan peranan besar dalam Miss Amerikano
Lebih menarik lagi, cerita ini berlatarbelakangkan Vegas-Malaysia-Singapura-Prague dan Timeline cerita ini bergerak seiring dengan kekuatan dan kematangan jalan cerita, dan konflik yang diketengahkan oleh Rin Ahmad iaitu family dinamics, relationship, isu pembuatan senjata api yang melibatkan Malaysia-Singapura & Prague.
Gaya penulisan yang matang, penggunaan unsur suspens dan flashback dalam Miss Amerikano yang kemas meninggalkan tanda tanya sehingga beberapa kali tebakan terhadap apa yang akan berlaku jarang mengena, emosi aku turut libang libu dalam menantikan jawapan kepada tanda tanya, apabila nak tahu tapi tak sanggup nak habiskan sebab jalan ceritanya yang sangat menarik ! Cukup rencah, penuh dengan mesej kehidupan dan ilmu-ilmu baru. plus, aku tak rasa research yang dibuat oleh penulis tentang isu pembuatan senjata api kali ini sesuatu yang mudah tetapi tetap mampu menjadikan fiksi Miss Amerikano sangat bermanfaat.
Tahniah Rin Ahmad untuk novel yang ke-9! Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti. ๐ Korang boleh dapatkan naskhah Rin Ahmad di karangkraf mall!
Sampai ke akhirnya KakChik rasa ralat dengan Tengku Ehsan sebab manisnya pertemuan di Las Vegas itu perkara pertama yang terpetari di minta KakChik. Dan sampai ke akhirnya KakChik macam dah set minda memang itu jodoh TETAA.
Tapi nak buat macam mana? Setiap pilihan & keputusan yang dibuat pada lalu atau kini pasti hasilnya terpaksa ditelan pada masa depan.
Aku suka! Novel ni padat dengan ilmu, info tapi diolah dalam bentuk yg bersahaja. Aku kira ini memang kepakaran RA. Lebihยฒ lagi fokus tentang pembuatan senjata api.
1. Aku kurang feel dengan watak Hana. Mungkin sebab dia jenis yg lonely, hanya fokus pada mommy dan kerjaya dia di samping Daniel, aku rasa life dia sangat boring๐๐๐
2. Watak TETAA bagi aku dia hero yg bijak, berkarisma, dia tahu apa yg dia buat, dan otak dia sangat jauh ke depan. Bukan mudah musuh nak tumpaskan dia sebab perancangan dia lagi kebabomm! Dan paling tak sangka, si father in law punya perancangan. Cehh! Aku jadi Ehsan pun, mahu angin satu badan!
Ehsan tak cepat melenting. Watak dia realistik. Walaupun di hatinya ada Hannah, bila yg diakad pula namanya Hana, Ehsan tak ragu dengan hati sendiri.
Poor Hannah. Walaupun babak dia tak banyak, aku suka karakter dia, tak macam karakter Hana yg ambil masa juga la nak suka๐
3. Part aku ketawa berdekah masa buat yoga ketawa tu. Ekspresi Ehsan bongok gila!๐ Sampai aku pi cari dekat youtube nak tengok yoga tu.
4. Jalan ceritanya mudah sebenarnya. Tapi aku nampak berat sebab isu senjata api, koperat, politik.
5. Jadi Hana tak mudah. Tak disayangi ayah kandung. Boleh pula si ayah gunakan dia macam patung tak bernyawa. Tapi aku tabik time Hana dapat tahu rancangan ayah dia. Dia tak melenting, dia sangat bijak control emosi.
Overall, aku suka MA. Kalau ada yg berani cakap "novel cinta siaยฒ" aku sumbat novel MA dalam mulut dia macam sendal pintu๐๐
Woww! Serius wey heroin dia power!!!! I loikeee!!! Mmg amerikano sgt ni. Time pregnant pun selamba badak testing pistol dah mcm makan super ring dah. Actually aku tak tahu nak team mana. Kejap team Ehsan, kejap team Hana. Yang aku tahu sepanjang aku baca novel ni aku dok tersengih2. Ehsan punya aura tu haihh lain macam! Aku dapat bayangkan Ehsan tu hensem gila dgn muka stone cold dia, rambut terjuntai sikit kat dahi. Arghhhh! (Malamni mimpi Ehsan la kot. Haha!)
Cerita ni lain sikit sebab Kak Rin Ahmad ketengahkan topik pembuatan senjata untuk tentera, which is buat pistol dan lain2 senjata. Interesting though! Tak pernah lagi kan baca novel lovey dovey pastu hero n heroin dlm bidang pistol2 tembak2 ni. Bagi aku menarik sgt!
Dan pasal Hey-nah tu, aku dah syak masa awal2 lagi time Ehsan terpanggil Hana, Hey-nah! Lagi apa ya, ohh aku suka gila idea man cave si Ehsan. Cool habis! I wish one day I could have my own cave with my other half. Anddd aku teringin nak cari perfume man cave yg Ehsan guna. Nanti aku googling lah!
Kisah Hannah-Ehsan-Hana ni sedikit complicated jalan ceritanya. Teka sekali, salah. Kali kedua teka, pun salah. Dah masuk kali ketiga barulah dapat tau cerita sebenar. Geram dibuatnya. Geram dengan tangan-tangan yang 'menggarap' jalan cerita mereka termasuklah penulis! Grrrrrr kesian Hana.
Paling ketara karakter Ehsan yang bukan bad boy seperti hero-hero RA sebelum ni. Ehsan ni sejenis good boy. Cuma tindakan yang dipilih Ehsan buat aku rasa nak ketuk je kepala si Ehsan ni. Kesian lagi dekat Hana.
Buah tangan terbaharu dari RA ini membawa pembaca ke dalam dunia pembuatan senjata api. Betullah kata Ehsan, perniagaan di Malaysia ni terlalu banyak tangan-tangan ghaib. Bidang perniagaan Malaysia dan dunia politik berpisah tiada. Kena pulak dengan situasi Malaysia yang baru saja selesai pergolakan politik. Memang relatable habis naskah RA kali ni.
Peranan karakter dan jalan cerita yg tersusun menghasilkan banyak element of surprise dalam buku ni. Tak terjangkau dek fikiran. Sampaikan aku sangat menyampah dengan satu watak ni, *hint**hint* kerusi roda. Dengan 'udang galah' pun aku tak menyampah sampai macam ni. Mujurlah pengakhirannya masih manis seperti biasa. Jadi jangan risau. Dapatkan buku ni dan nikmatilah ia bersama secawan kopi amerikano.
Kisah Hana dan Ehsan ni memang nampak fiksi je mana tidaknya jadi Gun Specialist reka senjata api buat testing bagai hu hu... tapi banyak jugak dapat info tentang senjata api ni.
Buku kedua Rin Ahmad yang saya baca. Sebelum ni, baca Bimbo. Apa yang saya suka, penulisan Rin Ahmad membawa bersama beberapa maklumat yang menarik untuk kita berasa 'wow'.
Jika sebelum ini di dalam Bimbo, beliau mengenalkan saya pada makna Bimbo dan tentang penyakit Bell Palsy / Cerebral Palsy? (tak ingat). Di dalam Miss Amerikano pula ia lebih kepada perniagaan pembuatan senjata dan kisah kekeluargaan.
Walaupun ia bukan pokok utama penceritaan, tetapi ia pencetus terbesar konflik watak. Bagaimana seorang bapa memperguna kemahiran dan kebijaksanaan anak gadisnya yang hebat menembak dan mengurus berjenis pistol; dengan cara licik untuk memenuhi satu tuntutan perniagaan.
Ia tak seperti cerita cinta lain bertemakan kahwin aturan keluarga (yang kebanyakannya paksaan), lalu berkonflik dan terlerai dengan cinta sebenar. Tidak! Ia tak begitu.
Walaupun rancangan perkahwinan Hana Raisa dan Tengku Ehsan aturan Tan Sri Abdul Hadi, bapa Hana Raisa, tapi kedua-dua mereka diberi kebebasan berkenalan, mendalami hati budi dan membuat keputusan. Tiada paksaan dalam membuat keputusan.
Cerita ini ditulis dengan matang.
Watak-wataknya juga dibina dengan sangat matang. Sesuai dengan kedudukan sosio-ekonomi mereka sebagai orang terpelajar, memegang kerjaya hebat.
Pemikiran mereka tidak 'remeh'.
Malah, babak ketika Tengku Ehsan melepaskan Hana Raisa untuk gadis itu bersama Daniel, menunjukkan betapa berbezanya cerita ini dengan cerita cinta berkonflik orang ketiga.
Walau cinta, kasih sudah berputik, keputusan dibuat dengan memikirkan kehidupan masa hadapan yang lebih realistik.
Mereka tidak diikat oleh penulis dengan mainan jiwa sepanjang masa sehingga hidup macam tak ada benda lain selain masalah hubungan dua manusia. Watak-watak ini disibukkan dengan konflik lain iaitu kerjaya, keluarga, masyarakat dan hal-hal lain yang memaparkan kehidupan itu sendiri.
Kita belajar tentang persenjataan. Kaitan MINDEF, ATM (Angkatan Tentera Malaysia), pihak universiti yang memiliki kepakaran penguji kualiti senjata, para peniaga yang bersaing merebut geran pembuatan, pengilangan, pemasaran senjata itu sendiri.
Bagaimana ujian dilakukan di lapangan dan bagaimana ia menjadi sebuah jenayah apabila ada pihak bermain kotor dalam mendapatkan blue print pembinaan senjata.
Ilmu, pengalaman, kemahiran dan kebergantungan pada Tuhan memenangkan watak-watak yang terlibat dalam pertarungan licik.
Cerita ini juga tentang kebijaksanaan seorang lelaki yang diuji dengan kasih dua wanita.
Watak ini matang. Sebagaimana ia mengesan permainan mentuanya, begitulah dia menetapkan pendirian terhadap cinta. Sekali dia memilih, tidak ada niat berpatah balik.
Watak ini tegas. Watak ini tenang. Watak ini mempercayai setiap keputusannya. Dia seorang yang accountable terhadap tindakannya.
Perancang yang bijak dengan aturan keselamatan berteknologi yang tak dikesan hatta oleh isteri sendiri. Dia melindungi dalam diam. Hampir-hampir wujud salah faham.
Watak wanita, Hana Raisa juga sepadan. Ada rasa - sedih, kecewa, keliru... tapi ditangani dengan matang. Marah, rajuk... tak panjang. Sebab masing-masing ada urusan kerja yang bukan calang-calang. Berat kerjaya kedua-dua watak ini. Fokus yang tinggi diperlukan dalam kerjaya mereka.
Kematangan watak yang sesuai dengan dukungan kerjaya.
Ni buku kedua RA yg saya baca, bestttt jugak walaupun sempat terlelap sekejap ๐คฃ sebab awal awal tu macam ke mana cerita ni nak membawa saya pergi hahahah gitulah
Cerita bermula dgn Tan Sri Abdul Hadi mengaturkan pertemuan pertama anaknya Hana Raisa dan Ehsan utk menyatukan kedua-duanya. Pada awalnya hana menolak tapi sebab mommy memujuk jadi hana turutkan sahaja permintaan mommynya. Setakat jumpa kalau tak suka terus noktahkan semuanya, kalau dah tersuka lain ceritalah pada hana. Nak kata macam macam yg terjadi sebelum hana kawin dgn ehsan takdelah sangat tapi hana merasai kehilangan dulu baru berkahwin dengan ehsan.
Saya dapat rasakan saya akan sukakan semua heroin RA sebab semuanya bukan perempuan tipikal yg selalu saya baca dlm novel lain. Hana Raisa seorang gadis yg berjiwa bebas, tersangatlah berdikari, campaklah ceruk mana pun dia tetap boleh hidup. Hana macam biasa dia sangat jujur, apa yg dia tak suka atau dia rasa tak sedap hati dia cakap je, takde nak selindung. Cuma satu je kekurangan hana, dia tak mendesak hahahahahah. Tapi tulah watak fl RA ni mmg matang betul. Takde nak merajuk sebab isu kecil walaupun hana ni ada je merajuk tapi dia masih ingat ehsan tu laki dia, jadinya dia tetap hormatkan suami dia. Marah macam mana pun, dia tetap layan suami dia. Isteri solehah betul! Yelah pekerjaan hana pun bukan biasa biasa takkan lah dia tak boleh fikir mana betul mana salah.
Ehsan atau TETAAA lagi better lah dari syed azri hahahahaah sebab menjaga ikhtilat, bab agama dia perfect lah. Kalau hana tertunjuk perangai โamerikaโ dia tu, ada je cara ehsan nak menegur atau menepis hahahaha. Tapi ada benda ehsan memaksa hana tapi ada benda ehsan tak paksa sbb dia sendiri dah janji nak bahagiakan isteri dan bimbing isteri dia. Agak narsistik lah kalau ingat balik ayat tu tapi tak pun. Ohhh lupa rating kat atas kurang 0.2 sebab ehsan ni lah. Ada ke patut dia tak boleh lupa ex dia ๐ rasa nak marah, dia macam teragak agak nak suka siapa padahal dah kawin. Sedar diri tu dah kawin tapi boleh terkenang ex lepastu tak berterus terang dengan isteri. Nasib baik lah hana ni bukan jenis tantrum, kalau tak mmg nasib ko lah bang nak melayan tantrum bini.
Kali ni kisah pekerjaan laki bini ni memang rare, kerja dalam bidang senjata api. Seronok baca ilmu baru dan tak sangka pun boleh suka cerita pasal senjata api ni tapi nampak cool lah laki bini ni. Tapi bila hana kerja sekali dgn ehsan tahu jugak ehsan tu gelabah ayam, sebelum tu semua tak kisah ๐
Paling rasa macam kelakar tapi comellah jugak sbb hana panggil laki dia tiger HAHAHA lain daripada yg lain betul RA ni bagi gelaran utk laki orang ๐คฃ tapi sesuai sangat dgn ehsan tu. Ehsan ni takdelah garang je selalu ada masa masa dia jugak, ada masa jadi ulat bulu merenyam tapi buku ni mmg tak sesuai lah budak sekolah baca sbb ada satu part tu mmg tak expect betul walaupun takde pun cerita detail tapi sesuai lah dari gen z ke atas je yg baca cerita ni.
Buku RA plot dia memang best, memang gempak ๐ญ tak expect betul lain dari yg lain ceritanya. Walaupun lain dari yg lain tapi tetap realistik. Hero ada kekurangan dia, heroin pun ada kekurangan dia sendiri & plot pun sangat realistik tapi hujung hujung tu rasa macam tengok movie dah. MA ni pun dia ada masa kini dan flashback tapi tak sepening USD ๐คฃ still kena fokus dan cepat catch up, kalau tak mmg peliklah sampai ke sudah.
Rasa macam nak baca buku ni buat pertama kali sebab besttt ๐ฅน tapi takpelah byk lagi buku RA yg beratur ni hahahahahahha dan sebelum terlupa MA ni byk pengajaran dan ilmu yg boleh dapat cuma bacalah dengan mata hati.
Buku ni mungkin berdiri bawah sikit je daripada takhta USD. hahaha. .
Tema arranged marriage yang takdelah tipikal kahwin paksa sangat pun. .
Kisah cinta tidak kesampaian antara Hannah dan Ehsan menjadikan Ehsan seorang perindu yang setia selama 7 tahun lamanya. Sehinggalah family menjodohkan Ehsan dengan Hana Raisa. .
Pertama kali jumpa Hana, Ehsan terpanggil 'Hannah' kerana perwatakan dan rupa mereka yang hampir seiras. Tapi Hana tak kenal siapa Hannah. .
Bila Ehsan terbuka hati untuk Hana, Hana memilih Daniel. .
Dan fast forward cerita, disebabkan jodoh, pasti bertemu. Ehsan kahwin dengan Hana. Dan disaat mereka bahagia, Hannah muncul. Apakah kesudahan kisah mereka? .
Oh ya, term Amerikano tu, untuk Hana yang jenis innocent, aci redah je. Sebab dia tak stay kat Malaysia. Walaupun aku rasa, Hana ni comel je, takde la rasa dia liar pun. (Mungkin sebab dah pernah baca watak heroin RA yang lain yang jauh lebih 'Amerikano'.) .
Dan aku suka watak Ehsan. For me, jarang jumpa watak hero RA yang jenis menjaga batas agama. Ada je, tapi mostly jenis yang bergaul bebas. So, aku jatuh cinta pada Ehsan ni, yang tepis tangan Hana yang duk merayap kat Ehsan. hahaha .
Hana pun, bagi aku, tidaklah liar mana. Baik je, cuma dia tidak practising Islam. .
Dan aku suka chemistry Hana- Ehsan ni. Ehsan yang charming, yang cuba sedaya upaya melebihkan dan menjaga hati Hana berbanding orang lain. Dan Hana pulak, walau marah pada Ehsan, dia tetap cool and calm. Sama jugak macam kes Hana dan Hannah. Hana cool je. OMG. Aku kagum. .
Suka la dengan dorang ni yang level T20, tapi takde la penulis make it too obvious. .
Suka segalanya tentang buku ni. Aku suka Ehsan mostly sebab dia religious. Tapi suka Hana sebab dia ialah Hana, si beauty with brain. .
Oh ya, kalini, aku suka buku ni sebab transition flashback tu, tak buat aku pening sangat, as compared to Devilish Delilah. Seperti yang sedia maklum, baca buku RA, takleh skip ayat, perenggan, apatah lagi pages. Nanti hanyut ke laut dalam. Buku RA, nampak je nipis, tapi ambil masa untuk habiskan, sebab kena fokus. .
Another masterpiece by Rin Ahmad! One thing I love the most about RA is her writing style. It's so unique.
โช๏ธPLOT/STORYLINE
Rasanya ni antara buku yg paling nipis yg diterbitkan oleh RA dgan 358 ms shaja. It's something new and genre yg cuba diketengahkan oleh RA sgat menarik. It's about gun industry and making gun. Bnyak infoยฒ yg menarik yg dikongsikan oleh RA and for me who knows nothing about it I find it's fascinating. Perjalanan cerita and pace cerita just nice tak terlampau slow or fast. No rushing in writing and tak terlampu mendatar.
โช๏ธCHARACTERS
Let me start with Ehsan. For me he is the definition of responsible and gentleman man you can find (I know I know susah nak jumpa Ehsan ni in real life). He know when to act, when to be firm and when to let go. Bermula dgan pertemuan yg dirancang antara dia dan ayah hana for a date to kenalยฒ lebih rapat. Then he know when to let go when Hana has someone in her heart at that time. Also Ehsan seorang yg berpendirian when he said firmly his belief and when needed to protect the one he loves. The way he protect Hana and the way he make it clear to Hannah about their relationship.
Moving on to Hana, she is the definition of independant woman. One of the saying that I really loves is "I definitely don't need a man making a gun when I can make one myself". The industry is so foreign to me and through Hana I learn to understand on gun making industry and all the policy (๐คซ even not all).
Sepupu Ehsan, ohhh myyy ๐ they're so entertaining and ada je ragam masingยฒ... I also love the family relationship between Ehsan and the cousions shows how much they rely on each other (especially part yg Zara teman Hana masa dia sakit kat Uhersky Brod).
โช๏ธOverall
Penulisan RA adalah antara kegemaran saya and I have to say RA mempunyai tarikan yg tersendiri.
I recommend this book to those yg mencari buku yg nipis untuk di baca, light romance tak mempunyai terlampau bnyak konflik, cerita yg mengetengahkan industry gun making, family relationship, and trust between partners in marriage. For me this book is a solid 5 โญ.
SEKIANโค
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya menamatkan bacaan Miss Amerikano dengan rasa puas yang sukar digambarkan. Novel ini memberi pengalaman berbeza daripada kebanyakan cerita cinta tempatan yang pernah saya baca. Rin Ahmad memperkenalkan Hana Raisa, seorang wanita misteri yang cekal dan penuh rahsia. Dari bab pertama lagi, saya terpikat dengan latar unik dunia perniagaan senjata api yang jarang disentuh dalam novel romantik. Perincian tentang ujian kualiti dan proses tender menambah rasa realistik dan membuat saya seolah-olah berada dalam dunia Hana sendiri.
Kehadiran Ehsan, lelaki yang pernah kehilangan Hannah Scott, menjadi pemangkin konflik emosi. Wajah Hana yang seiras dengan kekasih lamanya menimbulkan persoalan: adakah Ehsan benar-benar mencintai Hana atau sekadar bayangan kenangan? Pertemuan dan perbualan mereka penuh debar, membuat saya tertanya-tanya pada setiap bab. Rin Ahmad bijak mengekalkan ketegangan ini sehingga penghujung.
Saya sukakan watak Hana. Dia kuat, berdikari, namun tetap mempunyai sisi rapuh. Kadangkala ketegasannya membuat saya geram, tetapi kejujuran dan prinsipnya menawan hati. Penulis tidak menulis Hana sebagai watak sempurna; dia manusia biasa dengan sejarah luka yang mendalam. Ehsan pula menambah lapisan drama setia, namun dibelenggu masa silam. Dinamika mereka realistik, seolah-olah saya mengenali pasangan ini secara peribadi.
Ada bahagian pertengahan yang terasa perlahan, terutamanya monolog Hana yang agak panjang. Namun saya hargai cara Rin Ahmad memberi ruang kepada pembaca untuk memahami latar dan motivasi setiap tindakan. Klimaks yang penuh kejutan menebus kelewatan itu, dan pengakhiran yang sederhana tetapi bermakna meninggalkan kesan mendalam.
Keseluruhannya, Miss Amerikano adalah gabungan romantik, misteri, dan elemen teknikal yang segar. Saya menutup buku ini dengan rasa puas, debar, dan rindu kepada watak-wataknya. Novel ini membuktikan cinta tidak hanya tentang manisnya perasaan, tetapi juga keberanian untuk berdepan masa lalu. Empat bintang daripada saya.
Aku sebenarnya nak berkongsi review buku ni pada esok hari tetapi aku buat keputusan untuk review pada hari ini memandangkan aku agak lapang. Betul la kata kak @athirah_bookstagram , buku ni agak nipis daripada novel Rin Ahmad yang lain. Agak kecewa tetapi apabila membaca isi di dalamnya, kisah Ehsan dan Hana ini bukannya kisah yang kosong dan tidak sepatutnya aku menilai melulu.
Tak tahu nak ceritakan bagaimana tetapi ingin aku katakan, naskhah ini layak menerima 5 ๐ daripada aku. Jalan cerita, konflik dan watak-watak yang ada memang memainkan peranan yang penting.
Watak yang paling dibenci semestinya Tan Sri Abdul Hadi. Ya Allah, seorang lelaki yang penuh agenda. Nasib baiklah Ehsan ni sok-sok jejaka bijak dan genius. Tak mudah terpedaya. I loike ๐คฃ
Baca Miss Amerikano ni bagi aku banyak informasi. Tentang apa? Tolong baca nanti ๐
Watak Ehsan ni kadang-kadang menyakitkan hati. Nak dengar dia ucap perkataan maaf tu ibarat kau tunggu kucing tumbuh tanduk tapi bila tengok tindakan dia, baru kau tahu apa makna disebaliknya. He is a man of action.
Kisah Hana dan Ehsan ni sangat berbaloi untuk diselami. Kisah yang penuh pengajaran. Kasih anak terhadap ibu bapa ni, tiada penghujungnya. Kasih sayang seorang kakak terhadap adik, tiada pengakhirnya. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.
P/s : pekerjaan hero dan heroin sangat SMART ! โค๏ธ
โพ Sebuah novel yang informatif bagi saya. Sarat dan padat dengan informasi dan ilmu baru berkaitan penyelidikan, pembuatan dan perniagaan senjata api (pistol, rifle, dunia pekerjaan; MINDEF dll) bersesuaian dengan kerjaya watak-watak utama novel, Hana Raisa dan Tengku Ehsan. Tema ini bagi saya agak janggal dan jarang kita jumpa di dalam novel tempatan.
โพPenggunaan bahasa agak santai, moden dan segar (ada kalanya agak kasar dan bebas) tetapi terdapat banyak jargon berkaitan dengan dunia pertahanan dan senjata digunakan. Ada kalanya saya sebagai pembaca tersasar dan 'lost' tetapi tetap tertarik untuk meneruskan pembacaan.
โพPelbagai negara / tempat-tempat menarik digunakan sebagai latar belakang antaranya Amerika Syarikat, Singapore, Indonesia, Prague, White Carpathian, Uhersky Brod dan banyak lagi. Seakan-akan sebuah pengembaraan mini.
โพGaya penceritaan yang agak laju, diselang-selikan dengan babak imbas kembali adakalanya mengelirukan tetapi tidak mengganggu pemahaman secara keseluruhan.
โพNovel ini juga mengetengahkan isu berkaitan konflik dan kasih sayang antara keluarga, cinta yang tidak kesampaian dan 'marriage of convenience' / 'arrange marriage'. Sweet story. ๐ฉท
โพNovel ini bagi saya sebuah novel yang menarik, menawarkan kelainan dan berwarna-warni. Cukup rencah dengan gelak tawa dan sedih tangis. Secara keseluruhannya, saya menghargai dan teruja dengan pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya peroleh melalui pembacaan saya. It was a nice read.
Peringatan awal untuk yang nak baca buku Miss Amerikano โ sila sediakan first aid kit di sebelah! Sebab sepanjang baca, aku rasa macam nak ketuk meja banyak kali dan mental betul-betul diuji.
Cerita ini tentang dua hati yang disatukan dalam ikatan perkahwinan, tetapi terjerat dalam konflik keluarga Hana โ termasuk isu adik-beradik tiri dan ibu bapa yang perlu muhasabah diri dalam bab tanggungjawab terhadap anak-anak.
Watak suami Hana ni, tahap mental game dia tinggi sangat. Tenang je melayan isteri dia, walaupun tahu ada benda besar yang terbongkar. Sikit pun tak cuba pujuk atau tenangkan hati Hana. Sakit hati dibuatnya!
Hana pula, memang luar biasa โ bukan saja mantap bab emosi, tapi pakar senjata api! Penulisan Rin Ahmad memang padu. Babak demi babak digambarkan begitu jelas sampai aku boleh bayangkan setiap gerakan Hana, termasuk satu babak ikonik: gambar Hana muncul di skrin telefon suami dia. Pergh, bergetar jiwa.
Cerita ni bukan sekadar aksi dan drama, tapi penuh dengan plot twist yang tak dijangka, terutama bila persoalan timbul โ Hana yang mana satu sebenarnya? Dan Ehsanโฆ dia nak Hana yang mana?
Rating aku: 4/5 untuk aksi, emosi dan penulisan yang hidup! 4 sebab rasa nak ketuk si Ehsan.๐tapi cerita best everyone.. belajar pasal senjata api, penyakit trauma dan pentingnya didikan ibubapa.
Mula-mula baca serabut giler rasa. Sekejap kisah macam ni, nanti sekejap lagi macam tu pulak..rasa terlompat-lompat pun ada. Tapi dah set kat otak, cara penulis tulis memang lain dari yang lain..itu yang saya suka tentang rin ahmad. Tak tahu nak describe macam mana. Kena baca karya dia yang lain.
Lepas tu yang best hero mesti hensem & kaya giler. Tapi beriman tau. Sedikit naughty tapi masih menjaga batasan. So kita pun rasa nak baiki diri jadi lebih baik. Heroin pulak mesti pakai baju, kasut berjenama. Tersangatlah vouge.
Latar tempat pun main peranan. Kemungkinan daripada pengalaman penulis ke luar negara. Bolehlah take note tempat-tempat yang dimaksudkan. Dan dapat tambah ilmu baru tentang design serta cara penjagaan senjata api.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kadang2 terfikir Rin Ahmad ni keje ape? Aku bkan jenis stalk blog/fb writer..so mmg x taw la kan.
Anyway this novel..haishhhhh ...nipis sangat!! Aku xpuas nak teroka lagi ke 'cool' an Hana tu... Aku cam..goshhh heroin cool, pandai lak tuh, speaking English berhabuk, Gun specialist some more? How could im not fallin in love with that character!! Hana yang berdikari, Hana yang jenis cool and tenang bila ada problem lagi2 ngan bapak dia yg cam xde perasaan tu... And scene dia ngan hubby sweet sgt... aku senyum2 je baca..dah knape...
Cant wait for ur next baby Rin ahmad. Harap2 ada la yer...
Kalau buku tu best saya memang sayang nak habiskan awal, saya akan peram lama dan baca sikit-sikit. Lagi2 buku ni tak tebal mana.
Ehsan jumpa Hannah 'unicorn' dan jatuh cinta. Lelaki bila dia jumpa cinta pertama dan bila tiba-tiba hilang tanpa khabar berita, ambik masa untuk rasa sayang tu hilang. Saya ingatkan Hannah tu adalah Hana versi jahiliah. Rupanyaaa bukan.
Dear TETAA, benarkah anda hanya wujud dalam dunia fiksi sahaja ? ๐ฅน
First time baca tulisan rin ahmad drp karangkraf.jalan cerita boleh disimplekan supaya x meleret sikit supaya x terganggu dan x perlu banyak kali bca utk fahamkan x berapa kena dengan jiwa.tp gigihkan juga utk baca sebab jalan pencitaan dorg yg best lagi2 tentang kerjaya masing2.tq penulis