HELENA ISABELLA gadis kacukan Melayu Sepanyol yang membesar di luar negara. Selepas tamat pelajaran, Helena mengambil keputusan bekerja di Malaysia. Atas faktor kerja, Helena menyewa di rumah sewa Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah sehingga projek syarikatnya di utara semenanjung tamat. Mulanya Helena kekok tetapi Helena belajar sesuaikan diri dengan suasana kampung yang begitu asing baginya.
Kehadiran tetamu di rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah tidak disenangi oleh Helena. Lebih-lebih lagi tetamu itu buatkan Helena mengimbau kembali peristiwa hitam 17 tahun yang lalu yang menimpa dirinya.
“You again! I remember you. Airport? KLIA Airport, remember?” – AHMAD FALIQ “Salah orang kut.” – HELENA ISABELLA
Helena berpura-pura tak mengenali Faliq. Dalam diam, gelagat Faliq sepanjang tinggal di situ diperhatikan. Helena mula syak yang Faliq ada niat tak baik pada Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah malah Helena bimbang jika Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah menerima nasib yang sama seperti dirinya.
“Kau dengar sini baik-baik, aku akan sentiasa perhatikan kau.” – HELENA ISABELLA “Kalau macam ni selalu, macam mana aku nak laksanakan plan aku?” – AHMAD FALIQ
Sikap dingin Helena terhadapnya menyebabkan Faliq sendiri tertanya-tanya. Hanya Helena seorang saja yang tidak mengalu-alukan kedatangannya. Di mata Helena, apa saja yang Faliq buat ada saja benda yang tak kena.
Apakah sebenarnya tujuan Faliq datang ke rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah? Mampukah Helena bongkar rahsia Faliq? Dan apa sebenarnya terjadi antara Faliq dan Helena tujuh belas tahun yang lalu?
Dia Helena Isabella. Saya tak tahu kenapa titlenya begitu walhal jalan ceritanya tidak kesemuanya tentang Helena. Mungkin sebab Helena di kelilingi orang2 yg bermasalah dan dia sering dijadikan tempat mereka meminta nasihat ataupun pandangan. In fact, jika ingin pendapat that is not going to be sugar coated, dialah orangnya.
Satu sahaja kelemahan Helena ialah dia seorang yg amat pesimis terutama apa2 yg melibatkan kaum Adam. Namun dalam soal lain, dia agak rasional dlm pemikiran dan membuat keputusan. Garang dan tak mudah di tindas.
Pada awalnya, mmg dipusatkan pada Helena dan Faliq but as the story flows, ia lebih pada hubungan kekeluargaan. Kerana masalah keluarga Faliq juga membuatkan hubungan Helena dan Faliq semakin dekat. Faliq sering meminta pendapat Helena cara menangani kepincangan hubungan datuk dan bapanya. Kes yg berlaku 30 tahun lalu. All ended well.
Jln cerita mula rancak dengan kedatangan Emma dan masalah rumahtangga Nina dan juga Damien. Adam saudara Faliq dan dgn adanya sahabat karib Helena, Miza juga membuat jln ceritanya semakin riuh. Belum termasuk watak lain lagi. Too many to list.
Kehadiran Syafiq walau sedikit tetap memberi kesan. Sementelah lagi Aulia menutup terus periuk nasi Helena hanya kerana tidak berjaya merujuk kembali bersama Syafiq. Namun kisah mereka ended just like that.
Sepanjang pembacaan, saya perasan, watak2 dalam novel ni, kesemuanya kaya raya dan cantik serta kacak, baik, sopan dan rajin. Except for 20% of them. Tidak lupa juga kesemua mereka menghormati org yg lebih berumur dari mereka except Joyah.
Satu fakta je saya sdg berfikir, sejak bila lelaki Singapura kaya raya? Lagi2 melayu. However, most are successful now. Alhamdulillah tapi belum tahap kaya raya lagi. Kalau gaji besar, ya, in shaa allah, asal rajin berusaha mmg gaji dapat banyaklah. Condo dan kereta pun mampu beli. Dekat sini, kalau deco rumah flat dah setanding condo, consider agak kaya jugalah. Bagi saya kalau dah tinggal di rumah maisonette dan condo mmg dah kaya dah. Harga rumah tu berdua tak banyak perbezaan. Siapa tinggal rumah terrace mmg kaya. Kalau rumah banglo mmg kaya giler. But saya rasa its all about modest living. Even our President lebih selesa tinggal di rumah flat. 🤔🤔 Sederhana sahaja org sini. Bolehkah duduk dirumah dan berkereta sebagainya yg masih membayar ansuran di anggap kaya?
Overall, I would say, novel ini okay dan biasa2 sahaja. Tiada keistimewaan yg menyerlah but I still like it. Jalan cerita yg sangat santai. Tak pening kepala dengan conflict berpusing2. 😊
satu perjalanan cerita yang sangat menghiburkan dari penulis Azimah Lily. percayalah, walaupun sana sini ada saja konflik kehidupan yang dikisahkan tapi setiap satunya rasa sangat berjiwa dan ceria.
utamanya, tentulah kerana helena isabella. watak ini kuat. bukan hanya sebab dia cantik dan bekerja sebagai jurutera tapi perwatakan yang digambarkan ada pelbagai warna. sesuai dengan watak manusia secara realitinya. tak sempurna. tetap ada kelemahan di mana-mana. dia tak pandai masak. dia garang. dia outspoken. dia tak sukakan perkahwinan. dia tak suka cinta.
menyewa rumah tok wan daud dan mak tok aishah buat dia bertemu kembali dengan ahmad faliq, lelaki yang menghuru-harakan hidupnya di zaman persekolahan. bila tinggal bersebelahan rumah tok wan dengan mak tok, helena syak faliq ada agenda.
suka dengan setia momen antara mereka. betapa garangnya helena dengan faliq. betapa mesranya tok wan dengan mak tok. rupanya betul. faliq memang ada agenda. agenda menyatukan apa yang terpisah sejak tiga puluh tahun dulu.
bukan itu saja yang helena perlu hadap. kerenah damien, adik lelaki tunggalnya yang mengharu birukan. ada isteri sebaik dan secantik nina tetap mengejar perempuan lain. nina sangat kecewa. dia mahu melupakan semua dan bina kehidupan dan kegembiraannya sendiri.
emma, miza, adam, syafiq, joyah... antara watak yang mewarna warnikan kisah ini. setiap seorang dengan gelagat masing-masing.
sifat manusia berbeza.
tapi satu yang pasti tetap mahu memburu bahagia. dengan cara yang tersendiri.
usah menyalahkan takdir. setiap satu tetap akan ada hikmah.
Sebuah karya santai. Bila membaca cerita ini, saya mencari apa kelainan? Namun, tak ada. Untuk bahagian yang sudah dibaca, tak ada mana-mana pun yang meninggalkan kesan dan cepat dilupakan tentang apa yang diceritakan penulis ini. Mungkin tidak kena dengan citarasa sendiri. Apa-apa pun syabas penulis atas kelahiran Dia Helena Isabella.
Cerita yang santai dan tidak berat untuk berfikir. Penulis cuba beri kelainan dalam karya kali dengan masukkan negeri Spain. Dari Helena Isabella yang punya wajah cantik kacukan Spanish dan Melayu hingga ke tempat-tempat menarik di Spain dikongsi bersama pembaca. Pada saya, tajuk novel tak seiring dengan keseluruhan isi cerita sebab peranan watak utama Helena sama saja dengan watak sampingan termasuk Ahmad Faliq, Damien, Emma dan Miza. Percintaan Faliq dan Helena juga hambar dan kurang perisa, tidak sampai ke jiwa saya. Mungkin bukan genre romantik kut. Konsep kekeluargaan menjadi tunjak utama dengan paparan kasih sayang dan keakraban adik-beradik. Anak sulong Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah, Ahmad Yussof kahwin dengan May tanpa restu mereka. Sebagai cucu, Ahmad Faliq cuba sambung hubungan mereka yang terputus. Di satu pihak lain, Helena, Damien dan Emma adalah anak Dato Zain Ariffin dan Datin Anna Khatijah. Kemelut rumah tangga Damien dan isterinya Nina cuba dihuraikan oleh keluarga Damien. Banyak watak dalam cerita ini. Apa jadi dengan Syafiq, kekasih pertama Helena? Bagaimana pula dengan Aulia yang menjadi punca Helena diberhentikan kerja? Hilang begitu saja watak mereka. Saya suka ending cerita walaupun klise cuma saya hampa kerana tiada langsung pasal perkahwinan Faliq dan Helena. Helena tinggal di Spain dan Faliq di Australia. Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah pula ada di Malaysia. Alangkah bagus sekali kalau dapat diceritakan pasal majlis diorang. Apa pun, saya berharap penulis Azimah Lily dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi di masa akan datang.
- i think most of the readers will think this story is mid but i personally like it - romance scene pun okayla takdela cringe sgt nmpk natural - broken english...