Jump to ratings and reviews
Rate this book

Momen

Rate this book
FINALIS SAYEMBARA PUISI KATA-PILAR 2.0 (2019/2020)

“...memperlihatkan keberanian pengarang dalam memilih subjek keragaman agama yang kebiasaannya agak tabu [...] sama ada secara metaforikal atau pengalaman fizikal tanpa menimbulkan rasa ofensif atau janggal [...] disusun dalam bait-bait pendek, namun membawa bentuk pemikiran yang dibina dengan konsisten, lembut dan romantis. Ini dibantu dengan kepintarannya membina ungkapan segar dan menangkap...” (Petikan laporan panel hakim)

Puisi-puisi Qurratul 'Ain mengalir seperti sungai yang jernih, dan membuka jalan-jalan kepada dunia baru yang sejagat.

88 pages, Paperback

Published January 1, 2020

1 person is currently reading
26 people want to read

About the author

Qurratul 'Ain

9 books12 followers
Qurratul ‘Ain is the author of a collection of prose, Dua Rahsia Berjabat (2020). Qurratul ‘Ain’s first poetry book, Momen (2020) was a finalist in the Sayembara Kata-Pilar 2.0. She received a Dewan Bahasa and Pustaka’s Hadiah Sastera Perdana Malaysia in the poetry category (2019/2020) and a Hadiah Sastera Selangor (2021).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (34%)
4 stars
22 (51%)
3 stars
5 (11%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
November 27, 2020
Saya suka pendekatan dan tema yang diutarakan dalam kumpulan puisi ini. Ada rasa feminin dalam gaya penulisan (tak semestinya sebab penulis itu wanita). Kumpulan cerpen ini terbahagi kepada dua bahagian; Gospel dan Momen. Saya secara peribadi suka Gospel, yang lebih mudah difahami dan dekat dengan hati. Momen lebih sukar untuk ditafsirkan dan lebih rumit untuk pembaca puisi yang biasa-biasa seperti saya.
Profile Image for Wardah Puteh.
Author 4 books5 followers
April 30, 2020
Seorang penyair perempuan meningkat naik yang punyai gaya unik dan manis.

Semoga menulis terus, 'Ain.

Tahniah.
Profile Image for Lyana A..
228 reviews14 followers
December 7, 2024
Sebagai seorang pembaca puisi yg biasa-biasa sahaja, agak sukar utk saya hadam walaupun bahasanya cantik belaka.
Profile Image for Qubey .
28 reviews5 followers
June 13, 2021
Salah seorang penulis yang saya sangat sukai. Mulai mengenalinya melalui dua rahsia berjabat dan sejak itu saya mula mengikuti rapat karyanya.

Tiada apa yang perlu diragui, hasil karyanya yang sangat lembut dan feminin. Saya sangat sukai! Mungkin kerana saya juga wanita jadi sajak yang dikarang olehnya berasa tidak janggal bagi saya malah membuatkan saya rasa terpukau.

Saya bagi 4.5 kerana ada sebahagian puisi di dalam buku ini saya tidak mengerti. Hahaha bukan salah penulis ini cuma kelemahan saya sendiri dalam memahami puisi. :')

Apa-apa pun syabas dan tahniah Qurratul 'Ain ^^
Profile Image for Mi..
2 reviews1 follower
July 31, 2023
Pada mulanya, saya didedahkan dengan karya-karya Qurratul 'Ain bukan daripada buku ini, sebaliknya daripada karya-karyanya yang berbentuk eceran di ruangan Internet. Membaca karya-karyanya di SelangorKini, siaran Tukang Puisi dan lain-lain, hanya membuatkan minat saya terhadap gaya penulisannya semakin membelukar.

Momen yang merupakan buku puisi sulungnya ini, saya amati benar keintimannya. Gaya penulisannya amat kena dengan jiwa. Saya tertarik dengan gaya Qurratul 'Ain yang suka bermain dengan diksi-diksi yang kedengaran spiritualistik—beelzebub, challah, halo, dan sebagainya. Menariknya, puisi-puisi yang ditulis bukanlah semata tertumpu kepada perkara spiritual, namun lebih kepada hal-hal yang dekat dengan kehidupan seharian tapi ditulis dengan renungan yang tajam.

Kredit juga selayaknya diabadikan kepada ilustrator buku ini, Rasyidah Othman yang merupakan seorang lagi penyair wanita yang amat saya minati. Ilustrasi yang dihasilkan memang padan dengan estetika buku ini.

Saya akan selalu menanti buku puisi seterusnya daripada Qurratul 'Ain yang saya yakin, akan menjanjikan intensiti yang semestinya lebih kaw kaw punya (pasca-Momen).

Puisi-puisi yang abadi dalam ingatan—Jika, Dua Latte Dingin, Sepanjang Hanukkah Di Apartmenmu, Perempuanmu, Nostalgich, Enam Momen (semestinya), Menggambar Kekasih, Motel i, Motel ii dan Tren.
Profile Image for Shazni.
24 reviews1 follower
August 19, 2023
Salah satu bacaan kegemaran tahun 2023.
Profile Image for Anem Arnamee.
Author 2 books1 follower
September 7, 2021
"Kekasih, terima kasih meski masa depan
belum tentu bersih.." - #Momen - Qurratul 'Ain.

Mengenali Qurratul 'Ain, saya selalu merasakan beliau seorang penulis yang berani merentas sentimen serta teliti dalam bermain perkataan walaupun untuk hal-hal naif dan klise (apatah lagi dalam hal yang lebih kompleks). Jadi apabila wujudnya buku tulisan beliau sendiri, saya tiada alasan untuk tidak memiliki.

Secara peribadinya, buku Puisi ini membawa saya bersama-sama melihat kembali diri dan mengunjungi kenangan. Antara pilihan saya adalah Mendengar Pink Floyd Di Kamar Ibu, Labirin, Tren, Di Meja Makan, Enam Momen, Malaikat Blues dan Menggambar Kekasih.

"Kau lebih sekadar jawapan. Tanpa isyarat dan muslihat, kau menyekolahkanku, dalam setiap penjuru hidup sebagai kuliah peribadi."
Profile Image for Birsilah Bakar.
Author 6 books24 followers
August 24, 2022
Dah lama tak baca sajak yang boleh membuatkan rasa choked-up-with-tears.

Sajaknya padat - penuh dengan doa, damba, muzik dan adventure; darah dalam hati saya.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.