PELAYARAN MISTIK MENCARI KEBENARAN Tragedi menimpa Alishah menemukannya dengan Amir, kelasi Kapal Al-Mi'raj. Amir yang terpesona dengan warna mata dan rambut Alishah tak menyangka Alishah seorang Dayang Permata, pewaris Permata Laut yang berkuasa dan mampu ubah dunia.
Sebenarnya Alishah melarikan diri daripada cengkaman Jabir, ketua penjahat yang ingin memiliki kuasa permata. Mampu ke Amir lindungi Alishah? Apa agaknya pengakhiran nasib Alishah yang dibebani kuasa ni?
Dah lama tak baca komik2 bergenre pengembaraan fantasi tempatan dari gempakstarz (aku tau x-venture tu wujud, aku dah try, mmg utk kanak2, aku dah "tua" kot huhu).
Seingat aku last time diorang terbitkan komik bergenre fantasi pengembaraan shonen adalah Red Fox KK Ng (lama tuh), Zint toksah cerita. Cuma aku nak juga layan komik aksi dari komikus lain.
Papahal, hampa kena beli. Mmg tak menghampakan. Cuma aku rasa cerita dia terlalu pendek, boleh dikembangkan lagi. Tapi, aku tetap puas hati. Terbaik Qizeaq habaq hang!
Sebuah komik bergenre pengembaraan fantasi yang diinspirasikan dari kisah pengembaraan Sinbad. Plot komik ni menghiburkan, tapi macam terlalu pendek pulak. Lukisan Qizeaq pula cantik, dah macam artis manga antarabangsa.
Mengisahkan tentang Alishah, seorang Dayang Permata, iaitu pewaris Permata Laut (satu permata yang mempunyai kuasa untuk mengubah dunia). Dia telah diburu oleh kumpulan Helang Hitam yang diketuai oleh Jabir, sebelum diselamatkan oleh Rhais, kapten kapal Al-mi'raj. Selepas itu, bermulalah pengembaraannya bersama krew kapal itu untuk mencari dan memusnahkan Permata Laut demi mengelakkan ianya disalahguna.
Kisah pengembaraan kat laut, tapi bukan pasal lanun. Walaupun dalam ni ada karakter yang perangai macam lanun...
Terdapat elemen fantasi di mana instead of memburu harta karun, semua orang memburu Permata Laut. Permata Laut ni sejenis batu yang berkuasa dan ada di sebuah lokasi rahsia kat tengah laut. Kira bukan semua orang boleh senang-senang jumpa batu ni! Orang terpilih je boleh jumpa.
Dalam ni penuh dengan babak action yang menarik macam; lawan pedang dan perang atas kapal. Ada jugak diselitkan makhluk mitos yang kita dengar tinggal dekat laut. Karakter kapten ialah seorang yang bijaksana menyelesaikan masalah bila kena serang. Best tengok dia gunakan strategi masa ada kapal tembak dia.
Jom kita berlayar naik kapal Al-Mi'raj! Antara keluaran Siri 1001 Malam dengan pengisian lengkap dari Qizeaq. Komik selitkan babak aksi, pengembaraan & magis. Aku minat pada suasana pertempuran laut yang nampak auntentik cam sebenar terjadi pada zaman dulu2.
Best cerita ni. Fantasi yang tak terlalu mengarut & plot twist yang sesuai. Rasa macam boleh sambung lagi dan lagi utk pengembaraan Alishah, Amir & Rhais. Tapi malangnya hanya 1 shot. Samalam macam jilid2 selebihnya dalam siri ni.
Tamatlah sudah pengembaraan Alishah yang singkat ni. Walaupun singkat, tapi saya suka, al maklum lah, elemen fantasi adalah makanan kegemaran saya.
Qizeaq cakap "Saya memang suka cerita libatkan watak muda yang mengembara ke dunia luar." - yang ni saya pun setuju. Saya pun suka watak remaja yang mengembara, tapi tu lah, diri sendiri hanya mengembara di universiti saja, dalam negeri pula tu. Nak mengembara pun makan modal. Jadi saya mengembara di dunia buku sajalah. Hihi...