“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” Cahaya
Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami!
Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.
“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?" - Fifi
Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eeee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!
“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” Roza
Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.
“Ya Allah, kau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.” - Fifi
Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan?
Kisah yg berada di antara mereka yg mencari cinta, sedang bercinta dan cuba merampas dan memaksa untuk di cintai. Dan tiba di pengakhiran suku ketiga lebih kepada kekeluargaan.
Mula2 tu saya suka juga dengan sikap Cahaya lama2 tu geram dan lelah juga sebab terlalu lama bermain tarik tali. Disebabkan apa ya? Statusnya sebagai ibu tunggal atau cinta yg telah lama pergi?
Masuk pula bab keluarga Adib. Ibunya yg tidak suka akan kanak2 lagi2 jika ia bukan datang dari keturunannya sendiri. People will wonder tak suka kanak2 tapi sampai 3 anak dia besarkan kan. Pelikkan? Dengan anak saudara dia semua dia tak berkenan. Cakap main lepas. Perempuan yg suka dan ada yg mendampingi Adib pun dia amat tak suka. Ada sahaja yg tak kena dgn selera dia.
Ketabahan dan kesabaran Cahaya mengharungi sikap ibu mentua yg tidak suka akan anaknya Fifi. Selain itu..OMG!! Saya ni mmg kategori pembersih dan tersusun tapi bila baca bab Puan Roza tahap kebersihan dia tu..saya cuci tangan..🤣🤣🤣 Saya tak se'OCD' begitu ya. Rumah mcm ni layak di lihat je nak tinggal dan makan..sorrylah..Mmg sikap ibu Adib segalanya buat saya juga ikut tertekan.
Kehadiran Fifi dan Lin-lin menambahkan rencah dalam kisah kekeluargaan ini. Lebih memeriahkan. Bagaimana mereka plot nak menyatukan Adib dan Cahaya dan juga setelah itu merebut hati Mak Tok yg tidak suka akan dirinya. Jujurlah kalau saya, takkan lagi nak kunjung rumah mentua begini. Kalau pergi pun sekejap sahaja sekadar mengambil hati dan menziarahi kerana dia ibu suami. Menyakitkan hati. Sabar jelah.
Namun itu sahaja keburukkan dia. But mereka berjaya dan Maktok makin hari semakin popular. Sebab apa? Hahaha..itulah sub plot dlm kisah ni. Lucu juga.
Tiba di pengakhiran pula, sedikit menyayat hati. Takde angin takde ribut, tiba2 je character evil author masukkan walhal awal2 dah settle. Takde clue langsung. Dan cara berhadapan pun tiba2 dan watak menghilang begitu sahaja.
Disebalik kisah di atas ada juga kisah lain yg turut menyakitkan hati. Aizul, Nazilla, Amin. Watak mereka ni mmg menyusahkan manusia. Amin kesianlah sebab itu pilihan dia sampai sanggup memusnahkan kebahagian adik dia. But theres definitely a blessing..yg lagi kesian Odah..adakah patut si Ainil ni beria2 nak jodohkan adiknya hanya disebabkan nak bolot harta Odah. Harta org yg nak disibuk2kan tu kenapa?
Kiranya antara kisah yg diselitkan saya mmg kesian kat Odah.
Teringat pula kata ni : Ada khilaf yg terpuji ada juga khilaf yg tercela.
Sedikit sebanyak, ia menginsafkan juga dan memberi pandangan dari sudut yg berbeza. Fight or Flight.