Kisah bermula selepas Munir bertemu seorang kanak-kanak bernama Adib bersama novel tulisan ibunya. Anehnya, satu persatu kisah yang tertulis mula menguasai hidup Munir.
"...penulis jadikan kebekuan seorang Munir semacam perisai supaya bulu tengkuk tak meremang, supaya otak ni bertahan dari fikirkan yang karut marut, tak lut." - Yazlina Saduri, Goodreads.
"Aku habiskan ketiga-tiga buku dalam trilogi ni dalam masa kurang 24 jam. Aku tak pasti aku paranoid atau memang trilogi dari Ismi ada aura dia yang sendiri..." - Syahirahx, Goodreads.
Kata penulisnya, JANGAN BACA KOMBO NI seorang diri. Make sure ada teman. Sebab ada kemungkinan anda akan berasa aneh. Juga berhalusinasi benda yang bukan-bukan.
Mashaallah tabarakallah saya sangat menghargai segala masa saya habiskan untuk tamatkan buku ni.
Asalnya beli sbb malas nk beli trilogi. Alang-alang ada dalam bentuk kombo, kita tibai jelah kan :D
Jujur, aku teramat suka jenis cerita yg aku perlu rujuk balik ke penceritaan sebelum. Senang kata, berkait lah. Aku siap letak sticky note kat part part aku rasa penting.
Straight to the point jelah aku senanya nk komen part "Akhir" (ノ`Д´)ノ彡┻━┻
*Ada spoiler ye (ini luahan jujur aku)*
Jujur ckp, "Akhir" adalah bahagian yang paling paling aku suka. Fav among the trilogy gitu. Sbb dalam "Akhir", semuanya lebih detail. Cara kematian setiap watak yang mati, suasana seram yang dirasai oleh watak-watak... Semuanya cukup detail, cukup menyeramkan, cukup memuaskan untuk baca. Aku sumpah puas baca "Akhir". Ada lah gak aku pernah takleh tido dua tiga malam sbb terigtkan rupa makhluk yg diperincikan dalam cerita ni :D sbb terlalu spesifik, aku asyik membayang bende tu. TAPIIII WTHHHHH terlalu banyak terlalu banyak perlu diterangkan terlalu banyak perlu diproses terlalu banyak tanda tanya tapi no takde penerangan :D habis gitu like selama ni aku baca buku ni untuk ending yg terpaling plot twist terpaling tiber terpaling. LIKEEEE BANYAK AKU NK TANYA NIIIII WTF HAPPENED TO Kemboja and Atif? Atif tak penting jadi put him aside. KEMBOJA???? PUNYALAH DIA ANTARA SIDE CHARACTER YG DARI MULA SAMPAI HABIS STILL ADA TAPI??? HABIS TAKAT SITU JE??? FUNCTION???? DAN WHERE THE FUCK MUNIR GO??? MATI? MAMPUS KENE JILAT API?? EH WHYYYY??? KENAPA ZACK TAK MATI LAK??? KENAPA MUNIR KENE MATI DIA BEBETUL MATI KE??? Sorrylah emo ni emo. Terlampau emo. Terlampau banyak aku nk tahu.
Tbh aku cam antara puas dan tak puas dgn ending dia. Aku puas sbb semua plot pelik like org terbang, experiment, nak buat manusia kebolehan baru, orang atasan yang rancang nk ubah dunia etc etc tu semua rupanya hanyalah Anom cipta untuk lindungi Adib dari kebenaran. For real tho, the idea pun kedengaran tak logik tapi ntah kenapa aku logikkan juga bende tak logik masa tgh baca HAHAHAH but everything jadi masuk akal at the end. Respect kepada Anom sbb tak bagitahu Adib yg hanyalah budak tentang kisah sebenar kelahirannya. Sbb kalau aku jadi anak pun aku tak sanggup nk tahu.
Yg aku tak puas hati... Hmph banyakkkkkk!! Aku suka semua bende pasal buku ni kecuali 10 muka surat terakhir buku ni. Siapa sangka dalam beberapa helaian muka surat sahaja, boleh mengubah 360° cerita. Suraya = Anom. Wtf??? Part yg Pohon masuk badan Anom untuk resap seksaan dia daripada dibakar hidup hidup tu sounds okay lagi tapi lepas part tu semua jadi tak masuk akal (idk maybe only to me tho). Macam mana... Suraya boleh simpah rahsia sebesar itu? The real pandai jaga rahsia. TAPI! Dah kalau Anom masih hidup, siapa yg Adib dan Zack sentiasa ditemankan? Dari cara diorg describe, aku jamin itu Pohon. Tapi satu aku tak faham. Diorg fikir itu Anom tapi itu sebenarnya Pohon dan apa function Pohon munculkan diri dan sentiasa dgn diorg? Sbb takde penerangan, aku buatlah teori sendiri HAHAHA. Mungkin sbb diorg berdua berkait dgn Anom dan Pohon nk gain trust kan diorg dua ni. Cam Pohon sendiri mengaku, Zack tak suka dia. So dia selalu dampingi Zack, yg mana dalam ketika itu Zack fikir itu roh Anom, untuk kaji rapatkan "silaturahim" dgn Zack. But where's the logic sbb Zack tak tahu pun itu Pohon. Aku tak fahammmm kenapa Pohon jadi Anom? Sgt tak faham. Dan Adib keep on calling Pohon as "mak". At first sebelum aku habiskan buku ni, aku fikir yg Suraya tu hilang igtan but noooo?? Dia igt segalanya dan wow kelakarnya dia biarkan anak sendiri yg dia dok kata dia rindukan tu panggil makhluk lain sebagai mak dia. Aku kinda dah agak dah Zack akan suddenly ada kat situ but at first aku igt diorg bertukar tempat. Like, Munir suddenly kat penjara pula ke... Saya sgt terkejut ya yg Munir tiba tiba hilang. Adakah dia benar rentung dijilat api? Tolonglah takkan tidak dan dia hanya ditelepotasikan ke tempat lain dalam keadaan selamat. Takleh brain hero dalam trilogi ni boleh ditamatkan riwayatnya begitu sahaja begitu mudah setelah mengharungi terlampau banyak kisah. Dan wtf dgn reaksi Suraya at the end? Kenapa dia happy rather than sedih suami dia dah mati? Zack hanya kekasih lama. I know dia still cintakan Zack tapi Munir? Takkan kau lupakan gitu je... Such a betrayer. Dan sungguh sungguh aku nak tahu apa jadi dgn Kemboja. Ayat dia "Sebab Kemboja dapat merasakan yang mereka sudah tidak ada banyak masa lagi" tu cam nk kasi clue that something will happen to Kemboja (and Atif idk) tapi no? Takde pape. So perkaitan antara wanita yang ada sebut dari "Jangan Baca Novel Ni" sehinggalah "Akhir" dgn Anom tu hanyalah sbb dia pernah bagitahu Anom cara Anom akan mati? Itu je? Wow... Tapi takpe. Aku belajar banyak bende dari watak Kemboja ni. Idk tu jelah kot.
Buku ni actually dh baca lama dah, tapi baru discovered about GoodReads last year. Buku ni memang bikin seram meremang bulu roma bila tutup lampu 😂👍🏻 Seram + Thriller + Paranormal 👍🏻
Weh i cannot sleep tutup lampu lepas baca ni, rasa mcm ada 'benda' betul2 tonggek tengok i. Dia bukan seram mcm rasa ada hantu tau, tp seram dia tu rasa mcm what if segala benda dlm buku ni real ? haaa dia rasa seram mcm tu
Penulisan dia memang bikin on edge 👍🏻 cannot stop flipping, dia berhenti dkt each chapter je rasa mcm "okay jp aku sambung sikit lg, sebab what happened ni? awat depa buat lagutu? dia ni sape? apa kaitan ni?" haa lepas tu tanpa sedar kita "hidup" dalam buku ni and belek2 sampai habis
Dia bukan cerita hantu semata2, dia memang menyeramkan . But don't worry so far i tak kena baca 3 qul ke ruqyah ke apa, dont follow your emotion 😂 cuma nya utk org yg hati kental sikit baru boleh baca kot. Penulis memang hebat dalam tahap seram dia tu, bukan di taruh pd hantu tapi pd cerita itu sendiri.
manusia sendiri dh perangai kalah setan dan hantu, so..yeah, memang adrenaline laju sikit baca ni. Segala yg kita agak akan salah, dh sampai akhir baru kita mcm "What..?? 😦 itu cerita sebenar dia??!! Rupa nya dia??!!" haa gitu lah
Fuh selesai. Ada seram dan seriaunya, ditambah lagi dengan rasa geram. Lebih gila dari Multiverse of Madness. Bukan sekadar cerita hantu, ada juga unsur thriller fantasi. Dari satu bahagian ke satu bahagian seterusnya, buat aku sendiri keliru nak percayakan cerita siapa. Dan endingnya? Why? Why? Adakah tiada lagi yang seterusnya?
Mantap plotwist dia. Dan aku kagum dengan imaginasi penulis; beyond the norm. Ada beberapa part yang buat aku doubt buku ni sebenarnya fiksyen ke bukan fiksyen. Bukan apa, risaulah kang tengah baca tu, aku pulak yang jadi entah apa-apa.
Selain daripada storyline, aku suka juga pengetahuan penulis pasal psychological terms. Rasa macam tengah tengok kdrama yang selang-seli screentime antara psychiatrist dengan detective.
🚧 Permulaan cerita dimana Munir bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun bersama sebuah novel tulisan ibunya. Munir curiga dengan isi kandungan buku tersebut dan mula membacanya menyebabkan hidupnya terganggu. satu demi satu misteri muncul.
🚧 buku ni penuh dengan misteri, saspen, seram, thriller fuhh lengkap 🔥 saya suka cara penulis menulis dalam cerita ada cerita yg lain dan pandai menyusun susunan plot yang rapi dan meninggalkan banyak persoalan. Sepanjang pembacaan tak rasa bosan malah membuatkan nak tahu lagi dan lagi.
🚧 for me buku ni lebih kepada thriller dari seram. ada part seram tu tapi tak banyak. Dalam buku ni banyak kisah yang berkait antara satu sama lain ( tu yang dalam notes banyak nau ditulisnya🤣)
🚧Saya juga suka cara penulis mengetengahkan beberapa term saintifik dan psikologi dalam ni. cuma ada part yang rasa macam merepek & tak logik tapi layankan jelah HAHAHAH. saya tak puas hati ending dia! nak proceed baca buku yang kedua pulak 😫
❗recommended kepada peminat buku-buku thriller + horor+ misteri+ plot twist 💯 siapkan mental dan minda seluasnya sebelum baca buku ni💀
" Dalam dunia ni bukan hanya ada kita saja. Kadang kala manusia terlalu angkuh dengan memikirkan yang seluruh alam ni hanya milik mereka saja. "
Cerita bermula apabila Munir yang dalam perjalanan pulang ke kampung bertemu dengan Adib yang berseorangan di sebuah rumah usang. Satu persatu kejadian pelik mula berlaku secara 'nyata' apabila Munir membaca tujuh cerita pendek dari sebuah buku usang yang ditulis tangan oleh ibu Adib.
Disebabkan dah terlalu lama aku tak baca novel kak Ismi , aku tak tahu kombo kalini ni diinspirasikan dari novel mana. Cuma yang aku tahu , aalah satunya dari Jangan Baca Novel Ini. Ada banyak cerita untuk dihadam , jadi agak sukar untuk aku bagi proper review.
What can I say about this book is , aku agak terkejut ya 😅 Adib yang agak....lain dari yang lain ? Manusia homo sapien ? Perempuan terpilih ? Suraya ? Anom ? A bit confusing..aku macam japp...macam mana Zack yang dalam penjara boleh ada kat rumah lama Anom balik.
Terlalu banyak benda yang buat aku susah nak hadam. Cuma yang aku faham- dari pandangan aku. Anom ada keupayaan untuk melihat makhluk halus (hijab terbukak) disebabkan tabiat Anom mandi diwaktu senja buat dia di dampingi oleh makhluk halus yang dipangil Pohon. Anom diperkosa 5 lelaki. Anom hampir mati terbakar tapi dapat selamatkan diri dan dijaga oleh keluarga angkat. Munir ? Suraya ? Dan pelbagai kejadian aneh yang berlaku aku simpulkan sebagai dendam dari Pohon.
“ Hanya perlu meyakini bahawa setiap kejadian Allah itu , ada sebab disebaliknya.”
This entire review has been hidden because of spoilers.
just finished reading this book and im honestly.. disappointed? maybe because i expected too much from this book.
what i like about this book;
ada beberapa bahagian yang buat saya meremang kerana rasa pelik.
what i dont like about this book;
the first book is okay even though the writing style is really not my cup of tea mungkin kerana penulis baru saja mula menulis.
the writing style in the second book is better than the first one but it's just full with weird explanation that doesn't make any sense. saya faham buku ni bergenre seram tapi tak bermaksud semua benda tak logik. saya rasa susah sangat nak habiskan bahagian yang ni.
the third book is kinda okay compared to the second book but still susah bagi saya untuk habiskan kerana jalan cerita yang terlalu berselirat.
saya rasa penulis terlalu fokus untuk menghasilkan sebuah cerita yang kompleks dan epik tetapi akhirnya penjelasan bagi semua cerita ini sebenarnya sangatlah ringkas.
saya anggap ini karya permulaan ismi fa ismail jadi saya tak judge buku buku dia yang lain. saya dah pernah baca 'tragedi' and it's definitely better than this trilogy. sangat sangat sangat bagus. so please go read 'tragedi' now.
• Semua bermula dengan pertemuan Munir dan Adib di rumah usang bersama dengan novel yang ditulis oleh ibu Adib. Dari situ, semua kisah yang tertulis di dalam novel tersebut telah berlaku dan menguasai hidup Munir.
Okay ni salah satu buku yang aku susah nak explain balik dekat orang lain and buat aku jadi “apa yang aku baca tadi eh?”
This book got me feeling paranoid like what if everything in this book ni real (but ofc not). And aku takleh baca buku ni dalam keadaan yang gelap like i used to sebab memang confirm akan terbayang😭 I kept praising the author bcs how can dia terfikir untuk buat karya yang gempak and gila ni!
At first, aku rasa macam tak logik gila; manusia jadi binatang? Manusia boleh terbang? Boleh ramal masa depan? Boleh tahu kematian? Dah macam bukan cerita seram yang aku expect dan lebih kepada fantasy pulak tapi bila makin lama makin aku baca, aku rasa mind blowing gila. Author memang genius dalam menyusun semua persoalan yang berlaku terhadap watak-watak dan pilih tempat yang terbaik untuk diletakkan sebagai jawapan.
Aku suka dengan all the psychological terms yang disebut oleh Dr Dayang yang membuatkan aku kadang-kadang terfikir betul ke apa yang diorang rasa or just mainan minda sahaja (particularly mental health)? Watak Zack yang selama ini tahu kisah sebenar mengenai Anom agak memberikan kesan kepada aku. Situasi aku sama seperti Dr Dayang yang marah dan puas akan apa yang menimpa kelima-lima ‘Han’ itu. Watak Adib yang sangat berahsia tapi dia yang tahu segalanya agak membuatkan aku tertanya-tanya. Apakah maksud dia yang tahu segalanya? Adakah disebabkan oleh Mak Adib yang bagitahu dia? Watak Kemboja pula agak menarik kerana dia dapat mengetahui kematian seseorang dan aku tidak faham dekat part kubur di mana ibunya baru ditanam.
Overall memang best and sangat seram lagi-lagi dua scenes dekat masjid tu (scene Dr Dayang dan Arfan). And tak sabar untuk baca naskhah- naskhah yang seterusnya daripada author.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jangan Baca Kombo Ini” bukanlah sekadar sebuah kompilasi biasa, tetapi karya yang penuh dengan misteri, saspens, dan kadangkala membuatkan pembaca terfikir semula tentang batasan logik dan keberanian. Buku ini memuatkan beberapa cerita yang saling berkait tetapi berdiri sendiri dalam kekuatan penceritaan masing-masing. Setiap kisah bukan sahaja membawa elemen kejutan, malah menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam – seperti menonton filem thriller tetapi dalam bentuk penulisan.
Apa yang saya kagumi adalah cara penulis menggabungkan gaya bahasa santai dengan susunan plot yang rapi. Pembaca tidak akan bosan kerana jalan cerita sentiasa bergerak, dengan setiap bab seolah-olah mengheret anda lebih jauh ke dalam dunia yang penuh tanda tanya. Namun, jangan terpedaya dengan gaya penulisan yang nampak ringkas – setiap perincian membawa maksud dan meninggalkan kesan mendalam.
Kelemahan utama buku ini mungkin terletak pada kecenderungannya untuk ‘menggantung’ jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan. Ada ketika, kita sebagai pembaca akan terasa tergantung, seperti mahu tahu lebih tetapi terpaksa menunggu atau mengagak sendiri. Tetapi di sinilah terletaknya keistimewaan Jangan Baca Kombo Ini – ia bukan sekadar buku untuk dibaca, tetapi untuk direnung dan difahami secara mendalam.
Keanehan dan tanda tanya sudah banyak timbul pada awal bab apabila Munir berjumpa Adib dan buku cerita hitamnya. Satu demi satu misteri muncul. Hal ini lagi menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Yeap kita akan rasa frust dengan Munir kerana masih terus membaca walaupun mmg obvious benda yang dibacanya benar-benar berlaku. Ha tu first thought bila baca. Seterusnya, korang baca sendiri la ye. Selepas masuk buku kedua dah kurang frust tu, korang hanya akan mindblown. Munir sememangnya watak yang berani dan cekal. Pembacaan diteruskan sebab Munir. Daripada seorang anggota polis yang berhati kering kepada seorang suami, bapa dan lelaki yang kuat tetapi lemah-lembut. Aku suka cara penulis susun cerita dan kaitkan antara watak. Pengakhiran dia agak mengecewakan tapi penulis biarkan pembaca untuk bebas berimaginasi sendiri tentang apa yang berlaku seterusnya. Mungkin aku boleh sambung cerpen..Mana tau 🤪 Aku rasa boleh je baca sorang² dalam bilik sbb mostly thriller.
Buku ini adalah gabungan dari 3 buah buku iaitu Jangan Baca Novel Ini + Tiada Tajuk + Akhir sebanyak 418 muka surat in total 💯
Sangat enjoy baca buku ini tapi ending dia agak mengecewakan sedikit. Cerita lain dari yang lain. For me, buku ini lebih banyak thriller dari kisah seram. Cerita lebih buat otak kita ligat untuk memikir tentang setiap kisah 😌
Banyak watak dalam novel ini dimana watak utamanya ialah Anom. Anom merupakan seorang gadis istimewa dimana dia boleh melihat makhluk dari alam lain dan telah berkawan dengan seseorang yang dinamakan ‘Pohon’. Sesuatu terjadi kepada Anom dan dia telah melahirkan seorang anak yang bernama Adib. Adib telah membaca buku yang ditulis oleh ibunya sendiri. Dalam buku itu terdapat kisah yang berkait antara satu dengan lain & sangat mindblown 🤯 Sekian.
JANGAN BACA KOMBO NI oleh Ismi Fa Ismail dari Buku Fixi
weyh. what the f—?
Jangan Baca Kombo Ni (JBKN) consists of tiga buku yang asalnya diterbitkan oleh IFI Enterprise, Jangan Baca Novel Ni (JBNN), Tiada Tajuk (TT) dan Akhir.
JBNN buat aku confused, TT bagi aku explaination tapi Akhir, mindblown. macam mana 3 Novel ni boleh cerita perkara yang sama tapi dengan cara berbeza but it all making sense. faham tak?
permainan watak oleh IFI sangat menarik. character development of Munir, Suraya & Adib with Zack & Anom on the side, sangat sangat mengelirukan.
tapi apa yang paling menyakitkan is, the final revelation. korang kena baca sendiri lah baru korang boleh rasa. aku tak habis hadam lagi ending dia.
Tapi ni bukan ending kan? ada Jangan Baca Kombo Ni 2 kan? Yang Ke-7 pun ada kan?
Novel ini merupakan kompilasi antara 3 novel yang telah dihasilkan oleh penulis.
Melalui satu buku hitam yang mengandungi beberapa cerpen pendek, akhirnya pengembangan watak semakin dilihat berkait antara satu dengan yang lainnya terutamanya watak Anom yang diangkat sebagai ‘STAR’ dalam novel ini.
Pengakhiran yang tidak dijangka dan agak mendukacitakan. Banyak juga watak yang dilenyapkan begitu sahaja (cth : watak sahabat Munir - Zafrul, Kemboja dan si wartawan).
Kagum juga dengan usaha penulis memperkenalkan beberapa terma-terma saintifik dan psikologi dalam novel ini. SYABAS.
Nota : Bagi yang meminati genre ‘thriller’ perlu risau untuk membaca novel ini walaupun pada tengah malam.
Siapa kenal author ni tau lah penulisan beliau macam mana. Memang out of the box punya jalan cerita. Plot yang sangat menarik tapi mengarut, tu makanan beliau lah. Siapkan mental dan jiwa raga sebelum menelusuri cerita ni. Bukak juga minda anda seluasnya, in shaa Allah beres.
Plot twist yang menyumbang banyak bintang dari aku, selain hubung kait antara watak² yang kemas tersusun. Kesalahan ejaan atau tatabahasa juga hampir tiada, bravo!
Minus 0.5 ⭐ sebab kadang² aku masih keliru pada sedikit bahagian dalam novel ni, walaupun otakku sudah dikerah pada tahap maksimum. Maklum, aku bukan genius. Dan aku tak puas hati dengan penamatnya. Itu sahaja.
dear bookwrom Malaysia, terutama pencinta karya dari Ismi Fa Ismail. Jangan Baca Kombo Ni - 1 menurut saya adalah sebuah Romantic Thriller yang dibungkus dalam cerita misteri dan sedikit horror, dengan sedikit unsur Gore.
"...apa yang Zack rasakan adalah hal yang paling WARAS seorang laki-laki boleh lakukan" ~~meskipun semua orang menganggapnya TIDAK WARAS.
Tentang Cinta, kasih dan ketulusan makhluk-makhluk yang ada didalamnya. Cinta sepasang kekasih, Ketulusan Sepasang sahabat, Kasih ibu kepada anaknya. Cerita yang sangat indah menurutku, mekipun yaaa... sangat Tragis. Ending yang mebuat perasaan campur aduk. Sedih sekaligus senyum.
Walaupun tajuk dia “Jangan Baca Kombo Ni” - of course semua orang akan baca! halah2, aku la tu.. Setiap kisah ada vibe tersendiri, ada yang main dengan hantu, ada yang mind-bending, ada yang penuh darah dan plot twist gila. So yeah, dia bukan seram biasa. Dia seram jenis buat kau paranoid lepas tutup buku.
Kulit depan (cover) dia memang eye-catching- dark, bold, dan misterius. Kalau kau letak atas meja, confirm orang tanya, “Buku apa ni weh?” hahaha.. Cetakan dia tebal tapi ringan nak baca sebab setiap bab pendek dan laju flow dia.
The story is quite good, it's written really well, though it can be a bit predictable. The horror in this novel is the creepy mysterious type, it's not overwhelmingly scary but it made you feels that something is not right. There's also some local Malaysian flavour in it, but it's not intrusive to the storyline. All in all the novel isn't really that scary unless you are someone who imagines themselves in the shoes of the main character.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Best dan menarik, tapi macam ada persoalan lain yang belum terjawab. Masa di awal pembacaan agak keliru sebab ada banyak cerita Dan watak Dan juga garis masa yang berbeza. Tapi makin Lama makin lancar Dan faham penceritaan. Elemen2 seram Dan misteri yang penulis garap dalam buku ni saya suka. Lepas habis baca dan search dekat net baru tahu rupanya ada lagi Siri ni dengan tajuk lain. Tak rugi untuk dapatkan buku ni.
Memula baca yang siri pertama tu, memang start mimpi tak elok. Terbawa-bawa pulak. Mende entah diri penakut lagi nak baca cerita seram cemni. Tapi, masuk yang akhir, kesian dekat Anom. Mati-mati ingatkan Adib memang ada super pawaahhhh, sebab mak dia istimewahhhh, tapi tak :(
Okay la. Cerita dia okay, seram. Cuma tak puas hati Munir cemtu je hilang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
First time baca karya Ismi fa Ismail. Memang addictive sebab sentiasa curious. Bahasa simple tapi indah. Ada misteri/thriller, mistik/paranormal/horror, fantasi/sains fiksyen. Perasaan mcm dinodai pelbagai rona semasa nak habiskan combo ni. Kadang2 ada unsur dakwah/kerohanian sebab teringat kematian juga. hehehe. Semoga diberi kekuatan untuk sambung next combo.
Senang cakap, buku ni gabungan buku Jangan Baca Buku Ni, Tiada Tajuk dan Akhir. 3 buku ni menjadi 1 buku. Aku mengharapkan keseramannya macam buku Bercakap Dengan tulisan Tamar Jalis, rupa rupanya bukan. Kecewa sikit laa hehe.
Rasanya sudah 6 buah novel tulisan penulis.Sepertinya unsur Islamik yang di adunkan sekali di dalam karya penulis hanya sebagai rencah penyedap cerita.Hanya sekadar ada.Tetapi seperti tiada apa.
This book is well-written. Though at first the story is a bit confusing due to various characters POV but somehow could made it. Never thought the twist at the end. This book is a mixture of horror and suspense. Good book to read if you love horror!
Memang best, sangat unpredictable, memang plotwist habis , suka sebab dia buat kita excited nak baca lagi next part. Part first ni memang seram banyak sbb macam ada banyak adegan horror hantu2 tu, nice
Even baca buku ni di waktu siang rasa seolah ada yang memerhati. seram, thriller & plot twist - rencah yang cukup bagi satu buku. Looking forward for next book.